2026-07-07

Medical Card: Dalam memilih agen, achievement agen tu penting.


Ini satu lesson untuk semua yang nak ambil medical card. Jangan pilih agen semata-mata sebab dia kawan atau kita rasa kesian nak support bisnes dia.

Takaful bukan purchase yang kita buat sekali saja. This is a komitmen yang kita nak pakai maybe 20-30 tahun lagi. Dalam tempoh tu, akan ada macam-macam urusan. Nak review polisi, nak ubah penama, nak tambah protection, nak buat claim, nak tanya tentang hibah, nak confirmkan polisi masih aktif atau tak, etc.

Kalau agen yang kita pilih susah nak di-contact, follow up lambat atau tak lama dalam industri, payahlah. Memanglah kalau agen hilang, polisi kita tak hilang. Polisi kita akan diletakkan bawah leader/manager si agen tadi. Tapi kita kenal ke managernya? Manager tu pun faham ke health condition kita? Entah-entah dia tak study pun polisi kita, dia park bawah dia je.

As client, dah tentulah kita lagi selesa berurusan dengan agen yang kenal polisi kita and boleh respond dengan cepat. Itu yang membezakan between “sekadar ada polisi” dengan “good service”.

Dalam memilih agen, achievement agen tu penting. Kalau tengok key person mencari polisi, dorang memilih agen. Dorang hanya nak MDRT agen saja. Bukan dorang nak flex “Ohh agen aku MDRT”. Bukan. Tapj achievement agen menunjukkan agen tu aktif, konsisten and serius dalam industri ini. Agen ni betul-betul nak kekal lama, bukan sekadar menyinggah nak cari extra money.

Key client sejenis yang tak kisah bajet, asalkan agen can give good service and take care of their policy. Lagipun dorang tahu kes-kes under MDRT agen akan di-treated as priority oleh company because MDRT agen ada customer service sendiri. Segala urusan lebih cepat.

Kalau sesiapa nak cari extra income, toksahlah pilih untuk jadi agen takaful. Because kerjaya as agen takaful ni bukan boleh santai-santai buat kerja. Kau kena fokus betul-betul, rajin cari new client. Because kalau appointment kau terlalu sikit, kau punya presentation takkan sharp. Sebab kau jarang buat. Macamana nak convincekan client?

Kalau sekadar nak cari side income, carilah job yang boleh buat santai-santai. Not with takaful. Dengan takaful kena serious. Orang yang serious jadi agen takaful usually lebih jaga reputasi, lebih banyak knowledge, lebih banyak experience buat claims, dan lebih banyak handle kes pelik-pelik.

Kalau agen konsisten dapat reward and award setiap tahun, itulah agen yang kita kena hire sebenarnya. Tapi biasalah, orang kita ni pelik sikit. Kalau agen tu perform, hat tu yang dia jaki. Jaki amende tak tahulah. Bukannya company yang bayar gaji agen. Nak bodek company untuk naik gaji pun tak dapat. 

Agen yang banyak recognition tu agen yang perform. Tak perform kalu, memang kena terminate. Idoklah maksudnya kalau agen tu masih baru, jangan ambil. Semua agen yang hebat hari ni pernah jadi agen baru. Cuma, kalau dia baru, pastikan kita memang kenal perangai dan etika kerjanya.

Jenis bertanggungjawab ke tak?
Jenis teliti ke tak?
Jenis fokus ke tak?
Whatsapp reply ke tak?
Mudah dihubungi?
Jujur ke tak?

Ini semua lagi penting daripada sekadar boleh jual polisi.

Kalau sebelum sign pun whatsapp lambat reply, soalan dijawab ala kadar, muncul hanya bila nak close sale — jangan harap after sales servis lebih baik. Selalunya pattern service before and after tu kekal.

Salah sorang key client En Wan, sebelum dia hire En Wan as agen, banyak soalan dia tanya. Berapa lama dalam industri, buat full time ke part time, apa recognition yang pernah dapat….berpeluh nak menjawab kalau tak konfiden.

Ini biasa. Mana-mana key client sangat pentingkan servis. Duit takde masalah to them. Dorang nak servis tip-top. Key client En Wan kebanyakkan owner company. Bila dorang puas hati, dorang promote staff-staff ambil dengan En Wan jugak.

Nak pilih company takaful mana?

Bagi aku, company mana-mana pun takpe. Polisi plan tak jauh beza. Asalkan agen trusted. Kalau agen bagus, hilang satu serabut.

Tolonglah jangan ambil polisi yang takde agen. Ada company jual takaful tanpa agen. Murah memang murah, tapi hazabedahnya Allah je yang tahu bila nak buat claim. Banyak dah aku tengok orang mengeluh kat Thread salahkan company. Susah nak respond, lambat, GL tak approve. Macam-macam.

Itulah fungsinya agen. Agen ni perantara antara client dengan company. Agen tahu flow untuk approve GL, approve claim, appeal. Company lebih senang nak berurusan dengan agen berbanding client sebab agen lebih faham dengan polisi client. Ni kau dahlah takde agen, polisi pun kau tak berapa faham. Pastu bila berurusan dengan company macam ayam dengan itik bercakap. Company tanya kau tak tahu nak explain apa. Berbaloi ke ambil polisi tanpa agen sebab nak murah, ujung-ujung hassle?

Tips nak buat medical card:

(1) Pilih pelan yang sesuai bajet
(2) Pilih agen yang profesional, responsif dan ada good service record.

En Wan kata selalunya dia akan tanya client berapa bajet. Daripada bajet tu baru dia propose pelan. Selalunya dia akan bagi 2 jenis pelan. Satu yang sesuai bajet client. Satu lagi yang up sikit tapi dengan benefit yang lebih. Selalunya client end up pilih yang benefit lebih.

Maksudnya kat sini, bajet bukanlah isu. Bila client tengok agen explain why Pelan A begini, why Pelan B begitu, client nampak VALUE di sebalik harga yang dibayar. Bila client faham beza benefit antara dua pelan tadi, dorang sendiri akan menilai samada bayar extra tu berbaloi atau tak.

Support kawan tu bagus, tapi pastikan kawan tu serious. Kalau dia buat part time, elakkanlah. Takaful sebenarnya bukan kerjaya yang boleh buat part time sebab kerjanya banyak. Pilihlah agen sebab kita yakin dengan integriti, knowledge, komitmen and kemampuan dia untuk jaga polisi kita. Anything happen esok, kita perlukan someone yang profesional yang really boleh menolong.

Aku rasa ramai yang salah faham konsep takaful.

Kita mencarum bukan untuk kumpul point. Kita mencarum sebab nak pindahkan risiko kewangan kepada company takaful.

Bila kita tak pernah buat claim selama 7 tahun, itu sebenarnya good news. Maksudnya kita sihat, tak ditimpa musibah besar yang buatkan kita perlu guna that protection. Dah lama bayar dan tak pernah claim, ini company takde keperluan untuk bagi reward. Sebab caruman takaful bukan savings atau customer loyalty program.

Caruman kita bagi every month tu dikumpul dalam tabung dana risiko yang bila sesiapa ditimpa musibah, dana tu lah yang akan digunakan. Hari ini maybe we don't need that dana. But who knows esok lusa? Takde siapa nak sakit. Tapi kita perlu ada back-up plan. Samada dengan savings sendiri atau medical card.

“Tak pernah claim tapi caruman naik. Patutnya bagilah diskaun macam insurans kereta”

Hello? Nilai kereta makin lama makin susut. Kalau beli kereta RM100K, lagi 10 tahun nilainya maybe tinggal RM40K. Kalau tak buat claim, memang dapat diskaun.

Medical card takde konsep aset yang susut nilai. In fact, risikonya makin tinggi sebab makin umur bertambah, makin tinggi risiko dapat sakit. Kos rawatan dan ubat makin mahal. Teknologi rawatan makin lama makin canggih. 

Tu pasal setiap 3 tahun please review polisi dengan agen. Sebab sometimes company tambah benefit untuk cover rawatan guna new technology. Kalau kau tak review polisi, one day jatuh sakit, penyakit tu pulak treatmentnya dah guna new technology, tapi polisi tak cover that technology. Dahhhhh kena bayar sendiri. Padahal kalau review polisi, boleh masukkan that benefit, takyah bayar sendiri.

Isunya bukan kita pernah claim atau tak, tapi how much cost yang perlu untuk bayar segala kos-kos perubatan hari ni berbanding kos perubatan 10 tahun lepas. Kalau company nak bagi hadiah atau token of appreciation, itu adalah inisiatif saja. Ada, bagus. Takde, bukan kewajipan pun.

That’s why some agen ambil inisiatif untuk provide client dengan gifts. Planner, payung, calendar, tabung. Ini semua tak wajib, inisiatif saja. 

Nilai sebenar medical card bukan pada berapa banyak kita dapat balik, tapi pada financial protection. Bila kita tak payah risau bil hospital ratusan ribu because company takaful cover, itu sebenarnya benefit yang paling besar.

Ini kes client En Wan. Claim approved RM30K. Ini client yang aku teman En Wan visit Ahad lepas. Alhamdulillah, cepat urusan claim. Dia accident masa En Wan outstation ke Penang. Semalam En Wan ada di Surabaya. Today approved dah.

Tak sangka main-main bola pun boleh accident. Hari tu aku pernah buat post, kalau ada anak yang join sports macam bola atau rugby, buatlah medical card untuk anak tu. Sebab risiko nak cedera tu tinggi.

En Wan masih di Surabaya, tapi dia bawak iPad ke mana-mana. Kalau nak send request boleh je whatsapp dia 012-4407757. Dia masih boleh bekerja.