2026-10-27

Medical Card: Bertahun-tahun ada medical card, selepas 20 tahun baru guna.

Kenangan tahun 2023. Bulan November, 3 tahun lepas. Buat pertama kalinya guna medical card sendiri sejak jadi pencarum since 2003. Ni lah namanya, dah tua-tua senang dapat sakit.

Kisahnya, aku kena UTI. Tak lama mana pun duduk hospital, 3 hari 2 malam. Hanya drip antibiotic dan ubat tahan sakit sepanjang 2 malam tu. Alhamdulillah, after 2 hari, sembuh. Hari yang aku discharged tu, urine dah tak detect bacteria (culture).

Memang tak lama dalam ward. 3 hari je. Tapi sebab first time duduk wad sebab sakit, agak risau jugaklah.

Yang aku nak tunjuk tu ni ha. Kau tengok berapa dia caj? Grand total RM7,440.69! Ni cara-cara takde surgery. Cuma duduk berehat saja sambil masukkan antibiotic. Tapi caj kemain lagi.

Punyalah dari tahun 2003 aku buat medical card tak pernah-pernah sakit masuk hospital, know-know umur 46 Allah bagi check in kejap kat hospital.

Masa ni aku tak guna medical card lama. Aku guna takaful medical card yang baru sign up dengan En Wan bulan April tahun yang sama. Maknanya 7 bulan selepas ambil new medical card, dah boleh guna. 

Kenapa GL lepas walaupun medical card is still new?

Sebab ini UTI saja, bukan penyakit kritikal. Kalau penyakit kritikal konfem sangkut GL and claim aku. Tapi kalau sangkut, aku masih ada medical card lama yang dah 20 tahun buat. Cuma saja je masa ni nak test lepas ke tak new medical card.

Maksudnya kat sini aku nak cakap, kalau condition kita tak mencurigakan, takde sebab GL tak diluluskan. Dan takde sebab claim declined. Medical card yang baru ni aku saja tambah sebab En Wan suggest ambil plan yang baru and lebih tinggi coverage. Alhamdulillah, syukur. Semua bil ditanggung PruBSN. Inilah yang dikatakan kalau nak sakit tu selalunya takde warning. Tau-tau je dapat sakit.

Hari tu masa kena UTI, takde rasa sakit apa pun masa kencing. Takde simptom sakit perut ke, pedih ke. TAKDE. Tiba-tiba masa kencing aku tengok toilet bowl merah. Eh, dah kenapa? Sakit tak apa tak. Period ke?

Disebabkan kencing tu warna merah, agak seramlah juga kan. Terus gi jumpa doktor. Doktor kata UTI. Biasalah wanita umur 40-an lebih berisiko sebab kita dah sampai tempoh peri and menopause. Maka, aku serah diri je lah ke hospital sebab doktor kata kalau makan ubat mungkin ambil masa nak baik. Lebih naik drip antibiotik terus. Oklah, medical card pun ada. Agent pulak laki sendiri. Biar dia yang uruskan.

Tapi masa ni tak dapat bilik single. Bilik penuh. En Wan tanya nak tukar hospital tak? Ah tak payah. Aku nak cepat baik. Ambik je lah bilik berdua. Lagipun aku takut tido sorang. Kebetulan masa tu En Wan ada banyak program, tak sempat dia nak meneman aku. At least bilik berdua ada member kat sebelah. Kalau takde member aku rasa mau aku tido depan kaunter nurse.

Kesian En Wan, masa aku warded tu lah dia ada ramai client untuk dijumpa dan at the same time dia menerima award. Serba-salah dia. Nak cancel appointment ke, nak wakilkan orang ambil award ke, atau nak teman bini. Aku cakap takpe, aku ok je sini. Tapi aku nak hamper. Aku kan client. Kahkahkah.

Dua malam je kat hospital tapi tetaplah angkut laptop, senang nak buat kerja dalam bilik. Dan seperti biasalah aku merayap ke sana sini tengok keadaan wad-wad lain. Walau kena seret tiang drip ke hulu-hilir, aktiviti melawat rakyat tetap diteruskan 😆.

Makanan hospital Sunway cenggini ha. Ada grilled salmon siap! Bubur nasi dia macam-macam lauk ada. Scramble egg kemain sedap. Masa Rayyan duduk Avisena dia dapat Executive Suite. Makanan kat sana jauh lebih sedap. Aku syak bilik executive Sunway pun makanan sedap. Alangkan bilik marhaen pun ada grilled salmon, kau rasa? Tu pasal cepat baik agaknya. Dah macam percutian 3 hari 2 malam.

Inilah yang aku nak cerita ni. Punyalah bertahun-tahun ada medical card, dari semenjak belum ada Redza, sampai anak dah 19 tahun, baru itulah aku guna medical card. Betapa tak sangkanya di usia 46 tahun baru aku perlu medical card ni. Sungguh! Ambil medical card tak rugi. Sebab benda-benda emergency ni datang takde warning. Takde simptom takde apa, tau-tau masuk ward.

Semalam ada sorang blog reader DM bagitau last week suami tiba-tiba kena masuk stent bila 99% blockage pada arteri. Semuanya berlaku dengan sangat cepat katanya. Sampai sekarang dia masih mencari syarikat yang boleh accept medical card untuk husband. I tell her nope. Once dah dapat penyakit kritikal, takde comoany yang nak grant medical card.

Ini reply aku to her:

Walaupun aku cakap selepas 2 tahun boleh try apply semula but chances are VERY VERY VERY LOW. Even kalau kanser pun, doktor dah declare cancer free, you takkan dapat buat medical card. 

Why?

Sebab underwriter bukan menilai samada kau dah sihat or not tetapi RISIKO. Once dah pernah ada critical illness, risiko untuk tinggi claim tetap wujud.

Ada yang kata rugi bayar medical card bulan-bulan sebab bukannya guna setiap bulan.

Tak. Sekarang ni yang kau meminta-minta nak guna medical card every month tu dah kenapa? Aku yang pegang medical card 20 tahun pun tak pernah memintak nak guna. Selisih! Biarlah sihat. Takde siapa nak penyakit. Tapi, kalau dah sampai masanya sakit, at least medical card dah ada boleh guna.

Bak kata En Wan, bila aku RM7K tu tak banyak mana pun. Setakat RM7K ramai mampu bayar cash. Tapi, kalau takaful boleh tanggung, buat apa kita nak bayar, ye tak? Save duit aku. Treatment aku tu dibayar oleh medical card takaful yang aku baru sign up in April. Sebulan bayar RM380. Dari April 2023 hingga November 2023, baru bayar tak sampai RM3K. Tapi bil aku dibayar penuh RM7K+.

Selepas discaj kena buat follow up. Bil consultation RM115. Bayar sendiri. Tapi boleh pay and claim. Sebab 3 bulan selepas kau discharged, rawatan outpatient masih ditanggung PruBSN. Pun lulus claim ni.

Tahun 2022 masa Rayyan patah kaki, semua bil rawatan selepas discharged, termasuk fisio 3 bulan, kitorang dapat claim balik. En Wan uruskan semua. Elok je habis 3 bulan, Rayyan pun dah boleh berjalan balik. Alhamdulillah, tak perlu keluar duit sendiri untuk rawatan susulan.

Aku tak tahulah orang lain pikir macamana. Bagi aku, having medical card adalah salah satu ikhtiar. Sediakan payung sebelum hujan konsepnya. Hari tu masa aku ditolak masuk ke emergency, segalanya cepat. Dari ambil urine, full blood test, masukkan ubat drip, kemudian ditolak ke ward - semuanya cepat. In fact, sebelum GL approved, aku dah ada dalam ward dah.

Kepada yang belum ada medical card, usahalah buat sekiranya ada kemampuan. Selalunya kita takkan nampak kepentingan ni until kita dapat sakit. 

Contohnya macam stent masuk kat jantung, prosedurnya maybe ditanggung atau disubsidi kerajaan tapi stent tu sendiri belum tentu percuma. Kebanyakannya kena bayar sendiri. Kalau kes yang kompleks yang perlu beberapa stent, RM35K tak lari. Stent alone. 

Kebanyakan orang apply medical card bila dah sakit dan berharap company cover penyakit tersebut. Kalau tak cover, tak nak apply.

BUKAN MACAM TU KONSEPNYA.

Penyakit sekarang mungkin takkkan dicover (exclusion), tapi kalau ada kecelakaan lain masih boleh digunakan medical card tu. Melainkan penyakit yang kau dapat tu critical illness, hat ni takleh buat apa. Memang tak lepas nak apply pun. 

Kalau takde kemampuan nak buat medical card, takpe. Kita masih ada hospital kerajaan. Pergi je hospital kerajaan. Tapi kalau ada kemampuan dan kau pun nak good service dengan segalanya ditanggung takyah kekuatkan duit sendiri, go for medical card. Jangan bertangguh.

Tahun depan PruBSN dah takde pelan medical card yang premium macam sekarang. Semua dah ditukar ke MediAsas (kerajaan punya) yang coveragenya rendah dan basic (sebab rakyat mintak nak murah). Sementara belum hujung tahun ni cepat-cepat apply. Lagi cepat lulus, lagi cepat habis waiting period.

Semalam nampak ni kat Threads:

Aku buat second medical card sebab inilah. Polisi lama limit rendah.

Aku punya first card limit RM80K je setahun. Dulu tahun 2003, RM80K ni besar dah, that’s why ada pelan RM80K. Now RM80K silap-silap tak cukup. Imagine MediAsas hanya cover RM100K setahun. Kalau dalam kes budak ni, bill RM120K maknanya kena standy RM20K cash untuk bayar sendiri.

Inilah yang rakyat mintak. Nak caruman murah tapi dia tak tahu coverage pun rendah. Esok kalau tetiba kena bayar lebihan yang tak cukup, mulalah merentan kat Threads kata kerajaan penipu aniaya rakyat. Nak murah, tapi nak servis tiptop pastu nak ditanggung semua. Many pretty your face??

Ni lagilah. RM500K lifetime. LIFETIME. Maknanya card dia tanggung rawatan sepanjang hayat sampai RM500K saja. Kalau habis guna, habislah. Takleh guna the card lagi. Berbeza dengan pelan medical card sekarang, kalau ambil RM200K setahun maknanya setiap tahun nilai ni akan di-reset semula.

Please consider cadangan aku. Buatlah medical card, standby. Because kita takkan tahu bila kita perlu. Aku sendiri tak pernah sangka after 20 tahun tetiba kena masuk hospital. Dah lah terkejut and agak stress bila dapat sakit, kalaulah bil pun kena bayar sendiri, duduk pulak keadaan wad tak selesa, mau bertambah-tambah stress aku. Silap-silap aku suruh En Wan kensel semua kerja dia hari tu. Biar dia pun sama-sama stress. Kata susah senang bersama, kan. Meh teman aku sini!

Nak cerita pasal pelan, aku tak pandai sebab aku bukan agen. Gi tanya En Wan pelan yang sesuai untuk bajet korang. Tak payah ambitious sangat pelan tu, janji what you need, ada. Yang penting anual limit tu jangan sikit sangat.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027 & COT 2027)