2026-10-07

Hanya yang tak pernah bagi salam kaut je tak suka tuan rumah letak QR code.


Aku nampak satu post tentang sewa bekas tempat letak salam kaut pengantin. Dia macam post box, ada lubang untuk masukkan envelope, and depan tu ada juga ditampal dengan QR. Siapa tak bawak duit cash, boleh scan je QR untuk bagi salam kaut.

Maka berbondong-bondonglah orang komen "Tak patut letak QR code. Macam paksa guest bagi duit pulak"

Hanya yang tak pernah bagi salam kaut je yang tak suka cara ni. Kalau biasa bagi salam kaut, letak QR code tu sangat memudahkan. Tapi aku lagi suka cara lama. Hulur dalam envelope.

Ok, aku nak cakap pasal ni. Aku pernah gi kenduri, dan ditegur oleh kawan apesal aku nak bagi duit kat tuan rumah.

Ceritanya, aku bawak hadiah. Tapi time balik kan kita akan lalu depan keluarga pengantin, takkan nak salam tangan kosong je. Aku tanya kawan ada extra envelope tak, nak isi duit. Dia tanya “Kenapa nak bagi duit? Aku pergi jemputan tak pernah bagi duit. Hadiah pun tak bawak. Dia kan jemput datang makan”

Dia terkejut tengok aku nak bagi duit.
Aku laaaaaaaaaagi terkejut dia datang bawak perut semata.

Yes, salam kaut tak wajib. Tapi COMMON SENSE.

Betul, kita dijemput. Tapi sejak bila something yang tak diwajibkan bermakna perkara tu tak penting dari sudut adab, budi bahasa dan timbang rasa?

Dalam hidup, ada banyak benda yang kita buat bukan sebab kita wajib buat, tapi sebab benda tu WAJAR dibuat oleh manusia yang ada COMMON SENSE.

Kita tak wajib bawak buah tangan time ziarah ke rumah orang.
Tapi bukan ke elok kalau kita bawa something yang termampu? Paling-paling bawaklah pisang goreng.

Kita tak wajib balas every kebaikan orang dengan value yang sama.
Tapi kan ke elok kalau kita appreciate orang yang pernah buat baik kat kita?

Kita tak wajib tolong everytime nampak orang susah.
Tapi kalau kita mampu tolong, why not?

Nampak tak bezanya?

Tak wajib bukan bermaksud tak perlu. And that’s basically my POV on salam kaut.

Aku dah terbiasa dari kecil gi rumah orang, bawak something. Apetah lagi gi jemputan kenduri. Kalau tak mampu hulur duit, jangan kedekut dengan tenaga. Tolong apa yang patut. Itu namanya common sense. 

Kadang pelik jugak tengok cara some people berfikir. Semua benda nak ada black and white before buat. Kalau tak wajib, tak payah buat. Kalau takde rules yang menyuruh, tak payah nak mulakan. Kalau takde siapa paksa, tak buat pun takpe. Penat jugak hidup bermasyarakat dengan orang macam ni.

Imagine kau ziarah kawan baru bersalin. Kita tahu dia penat, maklumlah ada anak kecil. Rumah maybe bersepah. Dia pun baru nak adapt dengan new rutin. Yang kita datang beramai-ramai, duduk berjam-jam, expect tuan rumah hidang air, datang tak bawak buah tangan pulak tu, pastu dah kenyang, balik. Kau tak rasa apa-apa ke datang rumah orang gitu?

Same goes dengan datang kenduri. Dah tahu tuan rumah tengah meraikan anak kawen, dia keluar belanja besar untuk bagi tetamu makan sedap dan selesa. Ada khemah, kerusi meja, lauk-pauk, siap dessert and kuih. Dibagi door gift pulak lagi sebelum balik. Yang kau datang melenggang. Dah lah angkut semua 8 beranak datang. Takde hulur duit sikit pun. Hadiah tak bawak satu hal. Takkan salam kaut pun tak bagi? Patut padanlah sikit.

Cubalah peka dengan situasi. Datang kenduri kawen kot. 

Zaman aku kecil dulu, tahun 80-an, everytime ikut arwah nenek gi kenduri kawen, aku pegang bakul sia. Dalam tu isi beras. Tu adat orang Melaka. Dorang tak bagi duit, tapi bawak beras. Kadang bawak telur. Maknanya ADAB ke kenduri kawen tu bawalah something untuk tuan rumah. Tak semestinya banyak. Tak semestinya dalam bentuk duit. Payah-payah sangat kau singgah Beryl’s beli kek gulung sebekas. Itulah namanya common sense.

Ada orang, dahlah tak bawak hadiah dan tak bagi duit, pastu saiko orang lain jangan bagi.

“Takyah bagi, takyah. Dia jemput kita datang makan, bukan suruh kita bayar makan”

Helo? Kalau semua benda nak kena diwajibkan dulu baru datang rasa tanggungjawab, jangan peliklah one day kawan-kawan kau buat makan-makan tak include kau sekali. Jenis berkira macam ni payah dibawak berbincang selalunya.

Salam kaut BUKAN untuk bayar makan. Takde maknanya. Ini adalah SUMBANGAN tanda kita hargai jemputan yang kita dapat.

Kalau kita makan kat kedai, kita dapat makanan saja. Tapi kat kenduri kawen, kita dapat makan DAN peluang untuk bersedekah. So kenapa nak pilih salah satu? Benda ni memang perlukan common sense. Aku rasa common sense aku tinggi dari kecil. Mesti masa Allah agih-agihkan common sense, aku antara yang beratur awal 😄.

Masa sekolah rendah, dalam keadaan TAK ADA, aku cuba sediakan hadiah untuk attend birthday party kawan. Walaupun hadiah aku tak mewah macam orang lain, setakat bagi pensil and eraser, at least aku tak datang melenggang ke birthday party orang. Itu namanya ADAB jadi tetamu.

Patutnya datang kenduri kawen, bagilah salam kaut sikit. Kita datang meraikan. Makan makanan yang disediakan. Doakan kebahagiaan pengantin. Bagilah sikit sumbangan. Dahlah kau buat kenduri orang tu tempat kau reunion dengan kawan-kawan. Berlonggok 2 jam tak bangun-bangun. Kejap-kejap bangun ambik kuih, tambah cendol, ratah ayam goreng rempah. Dah kenyang, blah gitu je. Pastu bangga cerita beli kereta conti, beli rumah baru. Perangai beruk.

Kalau majlis tu dibuat besar-besaran, belanjanya dah tentu besar. Aku bukan kata tuan rumah patut buat kenduri sesuai kemampuan. Itu different isu. Bagi aku, tuan rumah keluar banyak belanja nak bagi tetamu seronok. Dia sambut kedatangan kita dengan makanan yang sedap-sedap. Apalah salahnya hulur RM20-30? Bukannya kau kena bayar semua kos majlis tu.

Aku bukan marah kat orang yang tak bagi salam kaut. Aku cuma tak suka MENTALITI yang anggap memberi tu tak penting.

Nak bagi hadiah?
Ok, bagi.

Nak bagi duit?
Ok, bagi.

Nak sekadar hadir, ucap tahniah and doakan pengantin?
Ok, buat.

Aku pun tak naklah majlis yang patutnya mengeratkan hubungan bertukar jadi benda yang memalukan orang. Tapi kalau sengaja merendahkan kepentingan memberi, like “buat apa nak bagi duit, bukannya dia suruh kita bayar makan” — hat ni aku baran. Tak nak bagi tu satu hal. Jangan saikokan orang lain untuk ikut kau tak nak bagi. Yang benaunya kau takut nampak pelik bila kau sorang je datang kenduri tak bagi apa-apa, kan?

Ni bukan salam kaut je. Terpakai untuk semua majlis. Ada orang tak pernah terfikir nak bawak buah tangan masa ziarah orang. Dia kemain seronok lagi kalau dapat hadiah, bila time kena memberi, macam-macam fatwa hadis keluar.

So, salam kaut wajib?

Tak. Tapi pakailah common sense.