“Orang yang beli tiket Paddock RM40,000 tu bukan minat F1. Dia cuma nak tunjuk dia kaya”
Aku ternampak statement ni kat Thread. Pelik sungguh dengan mentaliti miskin. Mintak maaflah cakap. Jenis gini adalah MINDSET MISKIN. Jenis tak berlapang dada dengan kelebihan orang lain. Asal ada yang lebih mampu dari dia semua dia dah persoalkan.
Orang tu mampu beli tiket mahal pun dia bitter. Bukannya orang tu hutang dia beli tiket.
Apesal zaman sekarang bila someone ada apa yang kita takde, mudah kita nak bitter? Assume orang tu berlagak and nak menunjuk. Padahal orang tu tak terfikir nak menunjuk pun. Dorang just nak menikmati sukan dengan selesa, tu je.
Sama macam orang gi holiday spend kat good and nice hotel. Some people tak nak spend kat hotel sebab bagi dia bilik tido hanya untuk tido. Hotel murah-murah dahlah.
But to some other people, tak kisah duduk bilik walau untuk tido saja, dia tetap mahukan bilik yang selesa. Good pillow, good matress, good toilet, good service.
Bila someone sanggup bayar puluhan ribu untuk satu pengalaman, that person bukan tunjuk kaya. Dia MEMANG MAMPU. Dia enjoy sukan tersebut. Dia memang nak ada pengalaman yang datang dengan keselesaan.
Semalam aku gi dinner atas cruise. Ada macam-macam pakej. Kitorang ambil pakej VIP. Pakej VIP ni selain ada 3-course meal, ada juga unlimited drinks, duduk tepi tingkap, middle (dekat dengan stage) and ada access ke tingkat atas (untuk bergambar atau viewing).
People will say buang duit ambil pakej VIP. Duduk belakang apa salahnya. Tetap atas cruise yang sama.
Ya, betul. Tapi kau cakap macam tu sebab kau tak duduk kat seat aku. Seat aku tepi tingkap, boleh naik atas untuk bergambar view cantik dannnnnn….penari gelek bergelek tepi aku je. Aaaaa gitu viewnya. Pastu kau dari hujung sibuk nak ke tengah blok orang semata-mata nak ambil video penari gelek. Memang kena escort dengan waiter balik ke meja. Now you know kenapa ada VIP pakej, kan?
Maksud aku, those yang spend banyak untuk paddock tix tu bukan berlagak. Dorang just nak better experience saja. Takde kuasanya dia nak berlagak dengan kau. F1 tu dah lama takde kat Malaysia. Untuk orang yang berduit, RM40K tu murah dah daripada dia spend tengok F1 kat luar. Selama ni entah-entah dia tengok F1 kat luar negara pakai tiket sama macam kau. Ni kebetulan buat kat dalam negara, masa nilah dorang nak splurge.
Orang yang beli tiket Paddock RM40K ni MAYBE memang peminat F1. Maybe dia dah tengok F1 bertahun-tahun. Dia faham pasal teams, drivers, pit stop, qualifying and segala tok nenek benda yang aku sendiri tak faham. Orang macam ni of cos pilih PENGALAMAN yang paling selesa.
Kau maybe minat F1 juga tapi kau tak sanggup spend banyak. Dia jenis sanggup. Biarlah. Kenapa mesti kesimpulannya, “Dia nak menunjuk”? Tam paham akum.
Aku rasa statement-statement macam ni actually lagi banyak serlahkan cara kita melihat duit dan kekayaan, berbanding menceritakan orang yang beli tiket tu. Sebab there’s a HUGE difference between mampu beli something dengan nak menunjuk kita mampu beli something.
Orang yang really ada duit dan nak spend duitnya untuk menikmati apa yang dia suka takde keperluan nak membuktikan kekayaan dia kat orang lain. In fact most of the time, semakin someone dah biasa dengan hidup yang selesa, semakin dia tak rasa perlu tunjukkan pada semua orang apa dia ada.
Dia beli, dia diam. Tau-tau je orang nampak dia pakai.
Dia takyah mention duduk hotel RM8K satu malam sebab orang boleh google sendiri.
Dia tak payah bagitahu dinner tadi RM3K, sebab zaman sekarang kau tak mention pun orang boleh cari tahu.
This person mungkin post gambar makanan. Post gambar pemandangan. Post gambar kopi. Post gambar F1 car lalu depan mata. Yang tengok gambar kadang-kadang tak terpikir nak ambil tahu pun berapa harga bilik, berapa harga tiket or berapa banyak duit Hamba Allah tu spend. Just enjoy tengok apa dia share.
Kita tak boleh assume semua yang spend kat something yang mahal tengah mencari validation. Kadang-kadang orang macam ni cuma dah sampai tahap dalam hidup dia di mana keselesaan lebih bernilai dari harga. Dia appreciate keselesaan. Tak kisah berapa harganya asal selesa.
Ada orang gi holiday overseas sanggup hari-hari makan maggi and sambal bilis bawak dari rumah. Ada orang berhabis bab makan. Jenis yang enjoy good food. Ceritanya kat sini, keselesaan kita semua tak sama. Takde kaitan dengan menunjuk kaya atau nak bermegah-megah. It is just keselesaan.
Kita semua sebenarnya buat benda yang sama pada skala masing-masing. Ada orang sanggup bayar RM500 untuk makan sedangkan orang lain kata, “RM500? Aku boleh makan 20 kali dengan duit tu”
Betul. Tapi orang yang bayar RM500 tak beli makanan semata-mata. Dia beli ambience. Service. Quality. Experience. Privacy.
Kenapa makan RM500 orang kata membazir?
Kenapa stay kat hotel yang mahal dikata rugi sebab bukannya duduk dalam bilik seharian?
Kenapa spend RM40K dianggap menunjuk?
Sebabbbbb…jumlah itu jauh melepasi kemampuan majoriti orang. Tu je.
Bila sesuatu berada di luar kemampuan kebanyakan orang, people tend to mencari-cari sebab lain untuk explain kenapa orang sanggup spend sebanyak tu.
One thing yang aku realized bila ambil private driver di Turkiye ni — TAK PENAT. Dari satu tempat ke satu tempat agak jauh. Menunggu public transport satu hal. Mengangkut barang satu hal. Makan masa satu hal lagi. Bila ke sana sini dengan driver, masa tak terbuang. Terus tuju ke tempat nak pergi, drop betul-betul kat tempatnya. Selesa. Barang ada yang angkat. Nak gerak lambat sikit boleh. Nak balik awal boleh. Nak singgah kejap ke mana-mana tempat pun boleh. Tak terkejar-kejar.
Kadang-kadang orang bukan spend lebih untuk tunjuk kat orang lain, tapi untuk kesenangan diri sendiri. Benda-benda macam are not newlah. Golf club. Private members club. Business lounge. Fine dining. Luxury hospitality. Exclusive conferences. Executive suite. Paddock hospitality. Semua ada satu persamaan iaitu KESELESAAN.
Aku ingat lagi masa aku ke umrah kali ke-dua. Aku request nak duduk Le Meridien. Pakej yang aku ambil tu duduk hotel lain. Aku request upgrade. Bayar lebih. Sorang jemaah ni tanya kenapa duduk Le Meridien, kita banyak habiskan masa dalam masjid. Duduk jauh sikit pun takpe. Kalau duduk dekat nanti malas nak ke masjid.
Itu pandangan dialah. Tapi aku ada reason. Masa tu aku bawak Redza, Rayyan and mok sekali. Aku nak yang lebih selesa. Bilik air ada bathtub so that Rayyan boleh “mandi swimming pool”. Masa tu dia umur dia 4-5 tahun. Dia bawak goggle ya ke Mekah sebab dia ingat pi vacation. Jadi aku terpaksalah cari hotel yang sedap sikit dia nak berendam.
Budak-budak ni makan kemain cerewet jadi makan kena yang ok. Le Meridien Mekah cenggini ha 👍🏻. Lagi best makan dia dari Safwah and Hilton. Betul-betul macam makan buffer hotel, buang dewan makan jemaah umrah. Mahal memang mahallah sikit tapi SELESA.
Umrah ketiga aku and En Wan upgrade ke business class sebab dah dua kali umrah jadi dah tahu what to expect. Selalunya bila turun Jeddah, dah takde rehat dah. Dengan perjalanan 9 jam, queue kat aiport, pastu straight buat umrah. Maka perlu energy.
Jadi ambil business class supaya boleh tido dengan selesa sebelum sampai Jeddah. Tapi penyudahnya aku tetap tak tido. 9 jam non-stop mengaji and zikir. Sampai jemaah panggil aku ustazah, punyalah berimannya aku kat atas tu 😆.
Jadi jangan pelik kalau ada yang pilih untuk spend mahal untuk something yang pada mata kita nampak tak berbaloi. Kau nampak harga. Dia nampak value + comfort.
Not everything expensive is a flex. Sometimes, expensive is simply expensive and the person can afford it.