2026-07-13

GreenAard: Inchloss dari 26 ke 32 inch.


Ya sayang-sayang sekalian, Pay Day kali ni kita allow pembelian 1 botol GC Plus dengan harga diskaun. Kalau nak banyak diskaun, belilah 3 botol, terus dapat free sebotol. Jimat RM90.

Aku nak cakap pasal testimoni bawah ni:

Start makan GC Plus bulan puasa hari tu (maybe beli time Ramadan Sale). Sejak dari tu ukuran pinggang dia dari 36 inch dah 32 inch! Oh this is exactly feedback yang aku nak. Sebab inchloss jauh lebih penting dari penimbang.

“Berat saya turun 5kg”

Ini biasa, tapi 5 kg tu selalunya bukan lemak. Most of it adalah air. Dalam weight loss management, ada satu lagi indicator yang jauh lebih penting daripada penimbang, iaitu INCH LOSS.

Customer ni kata:

Berat - 75kg
Tinggi - 148cm

Lepas ambil GC Plus berat turun kepada 70.5kg. Lebih kurang 5kg loss. Tapi yang aku paling suka bila inch loss dia from 36 to 32. 4 inch hilang is victory, ya. Dulu sebelum kenal inchloss inchloss ni semua, aku tak nampak kepentingan 1 inch tu. Hanya bila nak beli seluar, dan seluar tu ketat, sedangkan seluar ru sangat cantik. Masa tu kau berharap sangat pinggang kau kecik 1 inch. Baru kau tau erti penyesalam tak kurus.

Bayangkan customer ni loss 4 inch! Weiii, 4 inch tu banyak okeh!

Ramai orang taksub dengan penimbang berat. Selalunya benda pertama yang dia buat every morning is, timbang berat. Turuh 300 gram pun happy dah, padahal kejap lagi kau minum air dah naik 200 gram semula.

Berat badan berubah everyday. Sebab dalam badan ada air. Ada garam yang kau makan semalam. Ada kandungan usus. Ada glikogen dalam otot. TU belum cerita bab haid and hormon. That's why ada orang hari ni 65kg, esok 66kg. Lusa turun balik 64.8kg.

Lemak tak naik turu cepat macam ni. Kita nak hilangkan lemak, bukan air. Bukan otot. Bila lemak berkurang, benda pertama yang berubah selalunya ialah ukuran pinggang. Tak semestinya berat.

Perasan tak kadang berat kita tak kurang banyak, tapi baju-baju lama dah longgar bila dipakai.

Contohnya berat bulan lepas 70kg. Lepas sebulan, berat 69.5kg. Turun 500 gramje, tapi seluar dah loose sikit. Baju kat bahagian ketiak dah tak berlipat sendat. Pinggang mengecil. Pipi nampak runcing sikit. Why?

Sebab lemak ambil ruang yang lebih besar berbanding otot. Lemak ni fitrahnya besar. Menggeleber. Lemak dan otot umpama sepaket gula pasir dengan span dalam plastik. Dua-dua berat 1kg. Berat sama, tapi saiz? Jauh beza.

Macam tu lah lemak. Lemak punya isipadu sangat besar. Jadi, bila lemak dalam badan berkurang, ukuran badan cepat mengecil, sedangkan berat yang hilang cuma 1kg.

Doktor sendiri banyak guna ukuran lilitan pinggang as indicator risiko kesihatan. Sebab lemak kat pinggang adalah lemak kategori BAHAYA. Lemak kat perut petunjuk, badan menuju ke arah:

Diabetes
Tekanan darah tinggi
Penyakit jantung
Fatty liver
Sindrom metabolik

Simptom belum keluar lagi, tak akar dah ada kat dalam. Maksudnya, pinggang yang makin kecik bukan sekadar bagi badan kita nampak lebih cantik, tapi lebih sihat. Takyam aim sekeping sangat kalau belum mampu. As long as ukuran pinggang below 31 inch, bermakna kau masih dalam kategori ideal weight. Aku sekarang 26 inch, tapi jeans ambil 27 inch.

Sampai sekarang aku bingung pikir camana tahun 2009 dulu aku boleh fit jeans size 25? Bermakna actual pinggang aku less taht that. Mesti 24 inch. Padahal 26 dengan 24 cuma 2 inch beza. Tapi tak muat dah jeans 25 oiii. Tu pasal aku cakap jangan underestimate 1 inch loss. Besar ertinya!

Inch loss maksudnya ukuran badan semakin kecil. Contohnya pinggang, pinggul, paha, lengan, perut, dada. Walaupun berat belum turun banyak, badan dah berubah bentuk. Inilah ramai customer GC Plus tak sedar. Asyiklah nak timbang berat. Aku dah pesan, TAK PAYAH. Ukur lilitan pinggang saja, cukup.

"Logik tak someone yang beratnya dah turun, tapi tak cantik?"

LOGIK.

Bila badan hilang otot berbanding lemak, berlakulah macam tu. Dia kurus, tapi kurus layu. Bentuk badan plank. Orang yang buat diet extreme selalunya badan dia jadi macam ni, makin kurus makin tak cantik.

Diet extreme tu macamana?

Tak makan langsung. Skip protein. Terlampau restrict makan, calori intake below 1000.

Berat memang turun. Tapi kau bukan setakat hilang lemak. Dengan otot-otot sekali gone. Eventually, badan nampak KECUT. Bukan kurus, tapi KECUT! Badan tak nampak kemas. Nampak lembik. Berjalan pun macam nak tumbang.

Bila makan GC Plus, our mission is body recomposition. Maksudnya, kita aim untuk KURANGKAN LEMAK, manakala oto kekal atau bertambah. Berat kat penimbang maybe berubah sikit je. Tapi bentuk badan berubah dengan obvious. Inilah punca some people beratnya 53 kg tapi saiz pinggang 26 inch. Berat aku la ni.

Zaman pinggang aku 25 inch, berat aku around 46 kg. Kalau ikut kiraan logik maths, berat 53 kg patutnya pinggang aku 28-29 inch. Tapi boleh 26 inch. Maknanya walaupun berat kita nampak banyak, maybe yang berat tu otot, tapi lemak berkurang. Because, bila lemak berkurang dan otot bertambah dengan serentak, berat badan kita boleh statik atau bertambah. Tapi size seluar berkurang.

GC Plus ada Hydroxycitric Acid (HCA). HCA ni tujuan utamanya kurangkan pembentukan lemak baru. And dia stimulate badan hasilkan serotonin. Serotonin ni yang akan kurangkan selera makan. Bila selera berkurang, senanglah sikit nak kawal food intake.

Bila kalori intake terkawal, badan mula gunakan lemak as sumber tenaga. Kalau keadaan ni berterusan, lama-lama banyaklah lemak simpanan yang digunakan. Maka kuranglah lemak beransur-ansur. Bila lemak mula berkurang, ukuran badan pun mengecil. Kat sinilah inch loss berlaku.

Tak susah benaunya nak kurus ni, tak perlu exercise bagai nak rak untuk kurus. Nak kurus hanya perlu diet. Kalau nak sihat, yes, perlu exercise. Tapi tu lah, nak diet tu yang hazab sebab ramai orang fail bab kawal makan. Bukan tak kasi kau makan, cuma kawal saja. Pun susah, kan? Sebab tu GC Plus punya mekanisma kurangkan selera makan. Bila selera berkurang, food intake pun kurang.

Jangan kejar lose weight dengan extreme. Ramai orang bangga bila turun 5kg seminggu, 8kg dua minggu. The thing is, apa yang hilang? Kalau majoritinya air,bersiap-sediakan untuk berat naik balik dengan cepat. Orang kaya berat yo-yo.

Kalau otot yang hilang, kau punya metabolisme jadi sangat slow. Lepas 3 hari makan, berat naik mendadak-dadak. Sebab, otot dah mengecut. Sedangkan otot tugasnya bakar lemak. Tu pasal ada orang kata "Puasa sebulan turun 5 kg. Raya ketiga dah naik 5 kg balik". Inilah akibatnya bila semasa berdiet, kau diet extreme. BIla once makan macam normal semula, badan burn kalori dengan sangat slow sebab otot dah banyak hilang dalam proses diet tadi. Biar turun slow, asal kekal lama.

Cara ukur inch loss macamana?

Sebelum ambil GC Plus, ambil dulu ukuran:

(1) Pinggang
(2) Pinggul
(3) Paha
(4) Lengan

Kalau aku, ambil pinggang je, sebab bontot and kaki aku jenis tirus.

Setiap 2 minggu, ukur.

Selain tu, ambil gambar pakai baju yang sama before and after GC Plus sebotol. Tengok beza.
Jangan terkejut bila tengok gambar sebulan kemudian. Berat maybe turun sikit, tapi bentuk badan berubah banyak.

Seluar kita tak pernah menipu, ya. Kalau dulu ketat, sekarang longgar, itu adalah bukti kau dah kurus.

Yang penting, jangan banding progress kau dengan orang lain. Because ada orang turun 10kg tapi masih pakai saiz yang sama. Ada orang turun 3kg tapi turun dua saiz baju. Why?

Sebab every person simpan lemak di kawasan yang berbeza. Ada yang banyak kat perut. Ada kat bontot. Ada kat paha. Kau jangan kejar progress orang lain. Bandingkan dengan diri sendiri yang bulan lepas. Cukup.

Please kalau ada feedback macam ni, share dengan aku, ya.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.