2024-12-08

Mendonianya seorang Diana Ishak di China.


Sebelum aku terlupa, aku kena cerita kisah ni sebagai satu rekod mendonianya seorang Diana Ishak di China. Kahkahkah!

Bismillah...ok cerita slow-slow.

Aku selalu lepak Weibo. Dah 2 tahun 3 bulan aku melepak Weibo. Weibo ni macam FB and Twitter, versi China. Basically boleh tulis apa-apa je, macam kita tulis kat FB. Bezanya, Weibo ni lebih kepada bersifat entertainment sebab kepunyaan Sina Entertainment. Walaupun boleh tulis apa saja di sini, kebanyakannya revolves around entertainment. Jadi, fanclub dan artis-artis selalu update apa-apa kat sini. Weibo also ada buat anugerah Weibo setiap tahun, untuk artis and influencer. Sebab tu dorang tak heran nak pakai FB, sebab Weibo lebih cenderung meng-appreciate talent.

Selama 2 tahun lebih aku menetap kat Weibo, fans Johnny Huang (HJY) always update aktiviti HJY. Everything. Segala advertisement dia, interview dia, shooting dia, drama dia, filem dia, variety show dia - basically segala aktiviti HJY di sana, fans akan bercerita. Again aku ulang, fans update AKTIVITI tau. Bukan gossip tentang HJY. Dorang share stories berkaitan aktiviti yang melibatkan kerjaya HJY sahaja. TAK ADA LANSUNG fans post tentang personal HJY sebab HJY pun tak berapa berkongsi tentang kehidupan peribadi dia kat media sosial. Dia sendiri jarang guna akaun Weibo and Douyin (TikTok versi China). Apa-apa aktiviti, management HJY yang akan update, samada berkongsi video atau gambar.

Disebabkan jadual HJY sangat padat dengan aktiviti kerja, kejap fly sana, kejap fly sini, maka banyaklah bahan yang fans dapat kongsikan. Lojiklah kan, kalau kau ada banyak job, mestilah banyak yang fans boleh kongsikan. Kalau kau takde job, apa benda yang fans nak kongsikan. Balik-balik kongsi gambar lama dan cerita-cerita gossip bercinta dengan orang tu, bercinta dengan orang ni. Boringggggg.

It so happened, tahun ni ada 2 drama dan 1 movie HJY yang dah released. Dan hujung bulan ni satu lagi drama terbaru dia bakal release kat iQiyi. Bermakna sepanjang tahun ni, Weibo penuh dengan cerita tentang aktiviti dia. Menjelang drama Love Song in Winter, HJY banyak involve dengan variety show and press interview, untuk tujuan promosi. Jadi, kat TV, magazines and social media bersepah-sepah cerita pasal dia. HJY pula bukan someone yang selalu join variety show sebab jadual dia padat dengan acting. Plus, dia adalah CEO and Executive Director untuk 4 entertainment company yang ada 10 artis di bawahnya. He is a busy man. Jarang nampak dia involve in variety show. Tapi setiap kali dia join, rating program akan melonjak.

Contohnya, variety Show "Let's Go Now" yang dah bertahun-tahun wujud, last month hit the highest rating sejak program ni muncul sebab guest adalah HJY. Dia selalu berlakon military-detective genre. Bila sesekali join variety show, orang nak tengok the other side of him. Variety show ni berlansung 2 bulan. Memang bersepah-sepah orang update pasal ni kat Weibo. Maka, haters pun butthurt.

Adat menjadi haters, bila retis lain dapat limelight, dia menjadi bitter. Dia menjadi bitter sebab HJY dapat perhatian dari semua stesen TV dan media, sedangkan retis idaman dia tenggelam. Bila tak dapat compete dengan achievement, kita buat apa kawan-kawan?

Ya, kita reka cerita!

Berderet-deret fitnah muncul. Lepas satu, satu. Kemuncaknya, 6 Disember baru-baru ni, management HJY filekan saman pada 8 orang yang buat fitnah pasal HJY. Tak tahulah apa nasib 8 orang tu lepas ni. Fans HJY sepakat share keratan surat saman tu sampai penuh wall Weibo macam dah takde update lain melainkan kes saman.

Tapi aku peratikan fans HJY memang another level. Fandom dia tak besar tau. Tapi konsisten. Everyday fandom akan update aktiviti-aktiviti HJY so that HJY kekal relevan. Bila kes fitnah ni berlansung, fans pakat-pakat bakor line dengan menge-share semua achievement and success story HJY.Because HJY tak main media sosial, jadi fans jalankan tugas meng-educate people about him. Fans backup HJY dengan fakta. Lansung tak kutuk mana-mana retis. Lansung tak jentik mana-mana retis. Hanya share success stories sahaja. Ditakdirkan 2 malam lepas dia menang Best Actor, lagilah mendonia fans HJY kat Weibo and WeChat. Aku pun ter-join sekali. 

Aku macam biasalah, memberikan pandangan aku dengan cara Diana Ishak. Bagi post santai-santai, ujung-ujung libas. Kahkahkah.

Pagi ni post aku ada 16.2K comments dan 100K shared! Fuh, mendonia Diana Ishak di China! Tapi aku tak pakai nama sebenar. Nak mampus? Aku pakai nama gedik-gedik sikit.

Tapi tu lah, tak sempat baca semua komen. But roughly dorang kata good writing. Dan aku dapat banyak gila followers. Terkejut ahkak. Silap-silap post tu sampai ke pengetahuan management HJY sebab ramai tag nama HJY and management pada post aku.

Petang tadi, akaun aku kena BANNED! Kahkahkahkah.

Biasalah, aku punya post kalau tak maki tak sah. Dah kau benak sangat, memang aku bagilah. Eh kisah pulak aku kena banned? Yang penting, mesej aku sampai. Itu yang penting. Aku nak perspektif aku difahami. Ramai sempat baca, ramai dah share, dan ramai yang chat (PM) untuk sembang tepi.

Tapi, aku ada extra akaun. Awal-awal dulu aku dah create 3 akaun, saja buat standby. So now satu akaun dah kena banned, isokay. I ada 2 lagi talian hayat. International HJY Fanclub pula tawarkan diri untuk dorang postkan tulisan-tulisan aku kat akaun Weibo and Douyan (TikTok). Oh that's good. I taknak limelight. I nak post I dibaca saja. So, kalau ada benda aku nak tulis nanti, aku akan pass pada geng-geng ni. Dorang tepekkan kat akaun masing-masing. Buat masa ni aku masuk Weibo jadi pemerhati saja. Kasi keadaan reda dulu. Mbahahahaha. Puas hati aku dapat 'celikkan' dorang.

Aku tak sempat nak screenshot tulisan aku yang worth 100K shared and 16.2K comments tu. Bukan apa, nak simpan as kenangan breakthrough seorang Diana Ishak di China. Hahahahaha.

Ada satu post aku fanclub Myanmar pinjam untuk tepek kat akaun dia. Ini salah satu post menganjing Diana Ishak. Jadiklah, kenangan.