2023-12-21

Takyah nak jadi pejuang B40 sangatlah. Yang benaunya, kau bitter!


Semalam aku naikkan screenshot aku mereply komen sorang lady pasal sistem sekolah berasrama yang katanya T20 mengambil hak orang miskin.
Hmm...isu ni sorry to say, ya.
Yang selalu mengungkit isu ini bukannya orang B40, mahupun M40 atau T20.
Tetapi orang yang BITTER bila anak orang lain dapat masuk, anak dia tak dapat.
Takyah nak jadi pejuang B40 sangatlah.
Yang benaunya, kau bitter!

Tang mananya T20 ambil hak B40. Tang mana?
Yang beria cakap T20 ambil hak orang miskin OBVIOUSLY takde pengalaman anak-anaknya masuk SBP atau MRSM.
Kalau ada, mesti dia tahu, dalam tu lebih ramai B40 dan M40 daripada T20.

Dia gini lah, ya.
Kita kalau takde pengalaman berada dalam kelompok parents yang anak-anaknya di sekolah berasrama penuh atau MRSM, jangan bercakap seolah-olah kita tahu senario kat dalam tu.
Baik duduk diam-diam je.
Jangan bercakap ikut sedap anak tekak.
Sebab nampak benau bodohnya.

Orang always pertikaikan SBP elite macam TKC, MCKK, STAR, STF ni semua dimonopoli golongan T20.
Sebenarnya, tak.
Tahu tak kenapa dorang ni nampak macam ramai?
Sebab golongan T20 paling aktif dalam whatsapp group parents.
Disebabkan dorang berduit, dorang always nampak available dalam setiap program anak-anak di sekolah.
That's why orang always nampak geng-geng ni memonopoli sekolah-sekolah elite.

Aku tak payah ambil contoh orang lain.
Aku ambil contoh Redza.
Sepanjang 5 tahun dia kat sana, group parents yang aktif adalah dalam 10-15 orang.
Yang mengusahakan program anak-anak, dorang.
Yang volunteer untuk iring anak-anak balik bercuti dengan flight, dorang.
Yang willing berada di maktab sepanjang anak-anak exam untuk bagi support, dorang.
Yang rajin melawat anak, pun dorang.
Sebab? Sebab mereka berduit.
Sebab tu dorang nampak dominant.
Dan disebabkan dorang dominan, orang luar nampak macam "Wow! Ramainya T20 masuk MRSM"
Hakikatnya lebih ramai B40 dalam tu. 
Cuma mereka ni memilih untuk senyap. 
Maybe segan, atau maybe takde kemudahan atau ada kekangan untuk join dalam aktiviti and program-program yang parents anjurkan.

Ingat lagi masa kejadian PKP 2 tahun lepas.
Berdedai budak-budak Langkawi kena kosongkan sekolah, diarah balik.
Masa tu parents yang aktif-aktif ni lah yang paling busy cari jalan terbaik untuk mudahkan pengangkutan anak-anak untuk kurangkan risiko terdedah dengan covid.
Dapat chartered 1 flight.
Satu flight tu berapa ratus je, nakkkkk.
200 lebih student je muat.
Jumlah student kat maktab tu berapa pulak? Beribu!
Tapi dek kerana yang 200 orang ni naik chartered flight, macam nak kiamat Malaysia dengan parents-parents yang bitter ungkit MRSM dimonopoli T20. Katanyaaaaaa.
Alahaiii...singkat nau akal tu.
Yang 200 lebih naik flight tu pun bukan semuanya T20.
Ada juga M40 dan B40, ya.

Tak, yang aku pelik, apesal bitter sangat dengan T20 eh?
Kau ada troma apa dengan geng T20?

Dalam isu SBP/MRSM ni, kita semua faham kuota yang diberikan pada B40, M40, atau T20 adalah based on KELAYAKAN AKADEMIK.
Kalau kuota T20 tu dimansuhkan, if anak kau tak layak, tetap anak kau tak layak!
Janganlah perasan kalau kuota T20 dihapuskan, maka peluang anak kau dapat masuk tu tinggi.
Ingat sekolah berprestij ni buta-buta accept student tak tengok academic qualifications?
Dorang pun ada ranking nak kena jaga tau.

Yang benaunya, ada mak bapak yang feelingggg.
Feeling anak dia bijak sangat.
Dia sendiri yang tak nak pilih sekolah lain.
Nak apply elite school saja.
Tapi dia tak kaji keupayaan akademik anak dia tinggi mana.
Bila tak dapat, bitter.
Tuduh orang tu salah, orang ni salah.
Hakikatnya dia yang feeling tak tentu arah.

Dari zaman Redza, sampai ke zaman Rayyan, setiap kali bermulanya exam anak-anak untuk pemilihan ke SBP/MRSM, wakil-wakil MRSM dan KPM selalu nasihatkan "PILIH SEKOLAH YANG SETARA DENGAN KELAYAKAN ANAK".
Maksudnya, dalam tempoh 2 tahun terakhir di sekolah rendah anak kita tunjukkan prestasi akademik dan koko yang cemerlang, dan kita yakin dapat bersaing dengan sihat untuk ke sekolah elite, silakan apply sekolah elite.
Kalau pencapaian anak suam-suam, kau applylah sekolah lain.
Jangan kau tibai jugak apply elite school.
Bila tak dapat, merempan salahkan T20.

Padahal kuota T20 sikitttt sangat.
Anak-anak T20 yang dapat masuk tu kau tengok achievement power mana.
Sebab kuota dorang sikit sangat.
Jadi yang dapat masuk tu memang cream gila budaknya.

Aku ada pengalaman anak di MRSM dan SBP Elite School, jadi penceritaan aku ni maybe orang boleh agak I am referring to sekolah mana.
Tapi aku taknak sebut which one.
Dari pengalaman aku, kelompok parents B40 ada yang terlalu insecure.
Tak semua, tapi ada.
Dia punya tahap insecure tu, sampaikan nak buat makan-makan atau chip in duit pun kena consider kemampuan orang lain sama.

Aku tak tahulah dia nak orang consider kemampuan orang lain atau kemampuan dia.
Mak bapak yang aku kenal semuanya tak kisah nak chip in lebih.
Tapi dia asyiklah question kenapa nak bagi banyak ni, kenapa nak chip in, kenapa taknak tetapkan jumlah sumbangan.
 
Kau dah kenapa?
Nama pun sumbangan.
Kalau sumbangan pun nak consider semua orang, ujung-ujung semua bagi RM20 seorang.
Cukup ke nak beli barang-barang and makanan kalau setakat banyak tu sorang sumbang?
Biarlah kalau ada orang nak sumbang lebih.
Nama pun sumbangan, bukannya orang lain tahu siapa bagi banyak siapa bagi sikit.
Insecure tak tentu arah!
Yang benaunya diri sendiri rasa rendah diri.
Jenis tak boleh tengok orang lain ada lebih.

Aku ingat lagi masa Rayyan kat STAR, aku bawa dia shopping barang makan kat Jaya Grocer Ipoh Parade.
Terserempak 2-3 orang kawan dia kat situ.
Kesian sorang budak ni jalan sorang-sorang jinjit bakul berpusing-pusing kat lorong biskut and coklat.
Pegang, lepas. Pegang, lepas.
Aku tanya Rayyan itu kawan dia ke.
Dia kata ya, satu dorm tapi lain kelas.
Aku minta Rayyan sembang dengan kawan dia tanya dia plan nak beli apa.

"Ma, kawan adik nak beli biskut Gary cheese and biskut Tiger. Adik kata tak payah beli sebab adik dah beli. Nanti makan sama"

Yang anak aku ni pun perangai.
Aku mintak dia tanya kawan nak beli apa, so that aku boleh belikan.
Dia pegi offer kawannya tak payah beli apa-apa, dia dah beli 🙄.
Memang kenduri sungguh katanya minggu tu.

Punyalah banyak dia order. Aku layankan sebab mikirkan dia jauh masa ni.
Rupanya dia open table, gaissss.
Lepas tu dia rewang lagi dengan Coffe Beans & Tea Leaf, gaisss.
Dia kendurikan duit aku kaw-kaw.
Tapi takpelah, dia belanja kawan-kawan.

Aku tak consider diri aku T20.
Sekadar memberi penjelasan bagi pihak T20 saja.
Cuma aku nak emphasize kat sini, bila kita masukkan anak kita ke SBP, MRSM atau Elite School, be prepared untuk anak-anak kita terdedah dengan persekitaran yang baru.
Jangan kerana kita B40, maka kita nak kekalkan ke-B40-an kita sampai bila-bila sampai halang orang yang lebih mampu untuk berbelanja atau menyumbang lebih hanya kerana kita tak mampu.
Biarlah anak-anak tu terdedah dengan satu dunia yang berbeza dari kebiasaan.
Satu masa nanti perubahan tu akan berlaku juga.

Janganlah kita takut sangat anak-anak T20 mengubah gaya hidup anak kita.
Anak dia nak makan sedap, anak T20 yang disalahkan.
Anak dia nak beli baju baru, anak T20 yang disalahkan.
Daripada kau salahkan anak-anak T20, baik kau bawak anak kau keluar belajar sekolah tepi rumah je.
Senang kau nak pantau.
Pastu bila anak-anak kau tak berkembang dan hanya berkisarkan environment yang sama, kau salahkan kerajaan, kau salahkan sistem, kau salahkan takdir.

Salah sorang cikgu dari sekolah anak-anak aku, yang juga blog reader, pernah bagitau, "Anak-anak T20 jauh lebih polite dan beradap, Kak Di".
Dia bagitau aku ni masa dulu kecoh-kecoh orang kata anak-anak T20 bagi pengaruh tak baik di sekolah berasrama.
Cikgu ni tak maksudkan budak-budak yang bukan dari background T20 tu tak polite.
Cuma dia bagi pandangan referring to isu masa tu.
Itu dari pandangan cikgu. Takde personal interest.

Zaman aku dulu, zaman mak bapak aku B40, aku as anak B40 terdorong nak berkawan dengan T20 sebab nak berjaya macam dorang.
Dan mak bapak aku as B40, tak pernah pulak aku dengar mengata geng-geng kaya.
Malah mak aku proud bila aku bagitau aku sekelas dengan anak Prof itu, anak Prof ini.
Dia seronok anak dia berkawan dengan anak-anak bijak dan berjaya.
Biar minda tu terbuka sikit katanya.

Masa kat TKC adalah beberapa orang dalam dorm aku tu anak orang have-have.
Bawa mini compo lagi.
Tapi most of us dalam dorm tu anak B40!

Kat kelas, sebelah aku namanya Haslina. Budak Kelantan.
Dia punya ke-B40-an sampai alamat rumah pun takde.
Surat semua sampai kat kedai katanya.
Offer letter ke TKC tu pun sampai kat kedai.
Bapak dia nelayan.

Depan aku, Hasnita Diana, budak Penang.
Sebelah Hasnita tu Afidah, budak Kedah.
Afidah ni anak Dato.

Hujung meja sana ada sorang budak Melaka, lupa namanya.
Bapak dia kerja buruh buat jalan raya.

Percayalah cakap aku, SBP and MRSM ni dari dulu sampai sekarang lagi ramai B40 dari T20.
Yang buat kau nampak macam T20 lebih ramai adalah sebab mak bapak T20 ni lebih berani bersuara, lebih aktif dan rajin melawat anak tiap-tiap minggu.
Keta besar-besar pulak tu.
Jadi nampaklah macam sekolah tu didominasi oleh geng-geng T20.
Yang bitter-bitter tu aku cadangkan, buat persediaan pada anak sampai dia boleh layak ke MRSM and SBP.
Lepas tu kau tengok betul tak apa aku cakap tentang senario sebenar dalam tu.
Lagi ramai B40 atau T20.