2023-09-18

TikTok rosakkan market?


GreenAard baru berjinak-jinak dengan TikTok tahun ni.
Lambat sikit berbanding player lain.
Entah, aku tak sure apesal sales team aku tak teringat nak create akaun untuk Tik Tok.
Aku sendiri baru berjinak-jinak dengan TikTok tahun ni.
Tapi tu lah, sekadar nak memenuhkan je.
Buat video, malas.
Tapi aku rajin juga scroll-scroll tengok video-video semasa yang berkaitan.

TikTok ni dari pemerhatian aku, macam satu dunia berbeza sebab dorang ada "artis" sendiri.
Aku pernah tengok orang buat persembahan kat sebuah universiti.
Ramai gila budak-budak Uni tengok performance "artis" tu.
Aku tak kenal.
Ingatkan aku sorang je tak kenal.
Bila tengok komen, ramai yang tak kenal juga.
Dan dari komen juga baru aku tahu "artis" tu adalah TikTokers. Terkesima aku.

Dan ada satu lagi issue dengan TikTok, iaitu business.
Baca post bawah ni:

Inilah trend yang dah jadi masalah kepada peniaga, iaitu jual murah tak masuk akal.
Kebanyakan orang yang berbisnes di TikTok ni adalah perniagaan tanpa modal besar.
Yang takde premis perniagaan.
Yang tak menyewa ofis.
Takde pekerja.
Kalau ada pekerja pun tak dibayar KWSP, SOCSO dan no medical benefit.
Bayar pekerja ikut jam.
Ada bisnes teamnya 3-4 orang, tapi 3-4 orang tu adalah member sesama sendiri yang keluar modal, nanti untung bagi sama rata.
Kiranya, keluar modal untuk beli stok semata.
Kebanyakannya berniaga sendiri-sendiri, untuk tambah-tambah pendapatan.

Bila modal tak besar, untung sikit pun takpe.
Orang yang berniaga suka-suka dan sendiri-sendiri macam ni tak kisah untung RM1-2 pun. Janji untung.
Sebab dia takde apa nak dibayar, hanya untuk diri sendiri.
Apa yang dia nak susah hati pun sebab dia bos dan dia pekerja.
Modal keluar RM100, untung RM10 pun dah lega.
Janji tak rugi.
Keluar RM100 dari poket, masuk balik semua ke poket sendiri juga.
Tak perlu bayar pekerja dan segala expenses lain.
That's why sekarang dah nampak trend buang harga.

Disebabkan trend inilah, manufacturer pun dah jual direct.
Dah takde lalu orang tengah.
Kalau dulu ramai agent, now dia tak perlu agent sebab dia boleh jual direct pada consumer.
Untung lebih besar. Stok lebih laju keluar.

Dari dulu lagi, aku tak suka fight dengan price.
Dari zaman jual biotech supplies lagi.
I prefer fight dari sudut technical.
Price fight ni penattttt.
Kerja kau asyik nak compare price.
Si anu jual murah, kau pun turunkan harga.
Si sinun jual murah dari si anu, kau pun turunkan lagi harga.
Lama-lama bisnes tu hancur dengan sendirinya.
Tak payah pakai santau.
Kau kau jugak yang menjahanamkan market.

Why not daripada turunkan harga, kau tambah nilai.
Contoh, kalau rata-rata jual RM50, kau juallah RM50 juga, tetapi bagi gift.
JANGAN TURUNKAN HARGA!
Bukan semua orang suka harga murah.
Ada orang yang suka barang yang ada added value.
Contoh, Beli 2 GC Plus dapat 1 shaping brief (GreenAard pernah buat).
Atau, beli Gloei 3 dapat free 1 (ini deal paling disukai ramai).
Biarkan orang yang suka harga murah beli dengan seller yang main harga.
Kau fokus kat customer yang suka dapat added value.
Yang nak jual kat semua-semua orang dah kenapa?

Masalah sekarang, kat TikTok tu berlumba-lumba nak jual pada semua orang.
Dia nak kaut semua jenis lapisan masyarakat supaya beli dengan dia.
Ada yang sanggup untung RM1-2. Tak tahulah kenapa.
Nak gain views ke. Nak gain likes ke.
Nak FYP ke. Nak gain followers ke. Entah.
Jual satu kaup barang kosmetik dengan harga RM20. Gila apa.
Berapa kos produk kau?

Some big players jual produk semata-mata nak famous.
Bukannya dia kisah sangat untung ke tak.
Sebab kekayaan dia adalah dari properties dan saham.
Tapi dia nak jugakkk produce produk dan jual dengan keuntungan yang sangatttt rendah.
Takde untung pun takpe.
Dia berasa macam konon dia tengah buat perkara yang baiklah.
Membantu ramai orang dapat pakai kosmetik, padahal dia sebenarnya merosakkan market dan menyusahkan player lain.
Pastu canang "persaingan sihat" *juling mata ke atas, kembangkan hidung, jelir lidah*

Jual barang dengan volume adalah sangat memenatkan.
Plus, kau akan dapat customer yang tak loyal.
Bulan ni kau dapat sales RM10K.
Lagi 2 bulan, sales menjunam sebab ada player lain start jual lagi murah dari kau.
Customer yang cari harga murah selalunya akan pergi pada yang lebih murah.
Kalau ada yang jual lebih murah, they will jump lagi kepada yang lebih murah tu.
Lama-lama kau pun terpaksa turunkan harga untuk match competitor punya harga.
Yang untung memang customer.
Yang lemau, kaulah.

Business is not solely about making a profit.
Making profit memang perkara asas dalam berbisnes.
Kalau tak untung buat apa berbisnes, ye tak.
Tapi, it's just one aspect of a much broader and more complex picture.
Perkara pertama sebenarnya adalah serving customer needs.
Untuk lakukan ni, perlu apa?
Tenaga, ilmu dan kemahiran kau.
Ini semua bukan free tau.
Tapi sebab kau hanya pikir nak juallllll je, jadi kau punya profit adalah pada produk semata.
Untung RM2 pun takpe.
Hello?? Bila kau menjual, skill, ilmu dan service semua mesti diambil kira sebab itu adalah tenaga kau, faham?

Masa aku pertama kali diajar buat costing untuk quotation, banyak benda kena ambil kira.
Bukan setakat "tambahlah 35% pada harga kos produk". NO NO NO.

1. product cost
2. currency exchange
3. inflation
4. tax & duty
5. packaging
6. shipping (dari KL ke Kota Bharu contohnya)
7. distributing barang ke tempat customer (dari KB airport ke USMKK contohnya)
8. warranty
9. support (after-sales support)
10. customer-specific requirements (kadang customer request nak training and installation)
11. payment terms (kalau bayar dalam masa 14 hari harga lain, bayar dalam masa masa 60 hari harga lain, bayar cash lain, bayar pakai P.O. lain)

Walaupun jual tudung tak se-detail jual DNA Analysis intrument yang perlu segala tok-nenek step tadi, tak boleh sekadar ambil untung atas produk saja.
Kena kira tenaga kita.
Mana boleh sekadar untung RM1-2.
Baik kau buat charity terus.

Jangan kerap-kerap buang harga.
Kesannya nanti dapat kau juga.
Brand image rosak satu hal.
Customer expectations satu hal lagi.
Kalau customer dah terbiasa beli dengan harga murah manjang, it can be challenging for you to sell products at full price later.
Dorang akan tunggu sale baru beli.
Buatlah added value, lebih bagus.
Added value selalunya akan create loyal customer.
Contohnya kan, everytime GreenAard buat 3 x Gloei free 1 bottle, aku boleh nampak kat dalam sistem, nama-nama customer yang sama.
Padahal 3 botol Gloei ni tak murah. Harganya RM417.
Tapi disebabkan ada added value free 1 botol, alhamdulillah loyal-loyal customer ni selalu ada.
Angkat tangan plis loyal customer!

Kalau aku, aku mahukan company ini ada long-term sustainability.
Bukan sekadar jual 1 produk, BOOM, lepas tu hilanggggg.
Aku anggap everyday masuk ofis macam pergi kerja.
Macam kerja makan gaji.
Biar perniaagan ni berterusan, bukan sebab nak kaya cepat tapi untuk sentiasa ada kerja.