2023-07-17

Sekolah kena habiskan.



Hari tu aku komen kat satu page ni, Oh Bulan ke apa ntah.
Berita tentang sorang budak yang bergelar artis (pelakon) berhenti sekolah sebab nak menumpukan perhatian pada kerjaya lakonan.
Aku baca pun pelik.
Budak ni sebatang kara ke camana? Mana mak bapak dia?
Tak boleh ke sebagai orang tua, nasihatkan anak yang tanggungjawab sekarang adalah belajar, bukan bekerja.
Peliknya kecik-kecik dah kena pikir tanggungjawab terhadap kerjaya.
Ni lah jadinya bila kecik-kecik dah masuk dalam environment orang dewasa.
Dia jadi konfius tanggangjawab sebenar.
Dah tak nampak yang pelajaran adalah fokus utama.

Dik, umur kalau tengah muda, memang jarang nak terbayang usia tua.
Perasaan diri tu masih muda, tua jauh lagi.
Nak pulak tengah famous, lagilah tak terbayang lansung yang bila-bila masa je famous tu boleh hilang.
Dulu, zaman internet belum ada.
Nak famous apa caranya? Jadilah artis.

Zaman 90an dulu, artis dari kalangan budak-budak sekolah cukup ramai.
Kejap je famousnya.
Lepas satu, satu artis dari kalangan budak-budak yang masih sekolah.
Siapa je lah yang jadi artis masa sekolah dulu kekal sampai sekarang?
Yang betul-betul MASIH RELEVAN, tak ramai.
Relevan tu maksudnya masih lagi ada produk baru (menyanyi atau berlakon).
Bukan relevan sebab famous jual barang kat TikTok.
Siapa? Ada?
Bell Ngasri kot yang aku terpikirkan.
Itupun dia habiskan sekolah, ya.

Yang hilang tu, bukan kerana takde bakat.
Ada. Tapi, peluang tu dah makin takde sebab setiap tahun industri demand muka baru.
Maka, jangan bergantung pada populariti semata-mata.
Kena backup dengan pelajaran.
Pandai tak pandai itu bukan soalnya.
Soalnya sekarang, kenapa sampai kena berhenti sekolah?
Lainlah kalau tak mampu finnacially.
Berhenti sekolah sebab miskin, perlu cari kerja untuk bantu keluarga.
This is another story.
Tapi kalau ada duit dan berkemampuan untuk belajar, jangan berhenti sekolah!

Percayalah cakap aku, pelajaran akan bawa kita jauh.
Sekarang mungkin kita tak nampak.
Esok, dah cecah 30-an, slowly akan mula terasa sesalnya.
Dah masuk 40-an makin terasa stressnya.
Sebab apa?
Sebab you started to realize, kau takde apa untuk disandarkan selain bakat yang orang dah tak pandang lagi.

Tak dinafikan ramai artis yang berjaya, tapi berapa kerat yang berhenti sekolah?
Tak ramai.
Sekolah tetap dihabiskan.
Lepas tu kau nak jadi apa pun, gasak.

Even artis-artis yang tak sambung belajar Uni, anak-anaknya semua dipastikan bersekolah sampai habis.
Dorang tak bagi anak-anaknya berhenti sekolah.
Ada yang sekolahnya pandai sebab dia encourage anaknya to be pandai.
Anak dara Faizal Hussein dulu di MRSM Kuala Kelawang (IGCSE).
Anak Rahmat Mega semua ke uni, ada yang sampai peringkat Masters.
Sorang anaknya ke SBP Sekolah Tun Fatimah.
Anak Che Ta pun maknya sanggup berhabis duit biar anak sekolah ke peringkat tinggi.
Masa aku ke wedding Jihan Musa (atas kapasiti blogger), anak Era Fazira jinjit buku latihan, ya.
Sambil makan sambil siapkan latihan.
Parents ni semua tahu industri seni ni bukan semua orang boleh carry.
It's like doing business.
Kalau tak strong, done.
Bila ada pelajaran, at least kalau tak boleh pergi dalam industri seni, you can makan gaji.

Ada someone yang aku kenal.
Bersekolah sampai habis Form 5, tapi tak nak sambung belajar.
Nak jadi influencer, sebab dari zaman sekolah dah berjinak-jinak buat produk review.
Dapatlah merasa hidup mewah sekejap.
After 3-4 tahun, influencer yang baru makin ramai.
Malah, ramai yang lebih famous.
Now, business kurang dapat sambutan.
Dah mula terasa lemau je semangat.

Orang kata dia demotivated sebab business dah tak maju macam dulu.
To me, no.
Dia bukan demotivated sebab business slow.
Tetapi kerana deep down dia started to realize "Ke mana aku nak pergi selepas ni? Aku takde sijil diploma. Aku takde degree untuk disandarkan. Buta-buta sijil SPM saja".
Nak belajar, rasa diri dah tua.
Kawan-kawan sebaya dah habis belajar, dia baru nak bermula. Mulalah terasa segan.
Maka, nak tak nak terpaksa teruskan juga kerjaya yang sedia ada.
Semakin hari semakin hilang semangat.

Ini yang kita tak nak berlaku pada anak-anak muda.
Business is not for all.
Benda tengah gempak, memang rasa diri power.
Rasa diri terpaling pandai berbisnes.
Tak sambung belajar pun takpe katanya, sebab aku mampu jadi kaya, malah lebih kaya dari kawan-kawan yang sambung belajar.
Benda tengah seronok, jarang kaki nak jejak bumi.
Bila dah tersodok, baru jelas mana langit mana tanah.

Kawan aku pernah cakap "Duit tengah banyak memang semua benda kau boleh manage. Tapi kehebatan sebenar adalah manage keadaan ketika duit tak banyak".
Nak manage keadaan ketika takde duit inilah kena pakai ilmu.
Kawan aku yang bercakap ni, dia pernah terpaksa berhenti kerja kerana berpindah.
Cari kerja kat tempat baru, belum ada kekosongan.
Padahal dia ada degree dan pengalaman bekerja di bidang yang sama.
Last-last dia buat kelas.
Pergi dari satu sekolah ke satu sekolah buat talk, buat workshop untuk murid-murid berbekalkan ilmu yang dia ada.
Dia boleh survive menanggung keluarga dengan kerja ni.
Selepas setahun dua, dia akhirnya dapat kerja.
Stop business and makan gaji.
Bukan kerana dia tak boleh buat the business, tapi dia memang tak pernah bercadang nak buat bisnes.
Dia run the business sementara menunggu peluang kerja lain sahaja.

Gitulah dik, orang kalau ada ilmu, ada sijil.
Dengan ilmu dan sijil tu boleh buat bisnes.
Tapi kalau takde ilmu, takde sijil?
Bukan tak boleh hidup. Boleh.
Tapi kau takde pilihan lain untuk disandarkan melainkan teruskan saja apa yang kau dah start.
Tu pasal jadi stress sebab kau takde pilihan.

Again, anak-anak yang bawah umur 18 tahun ni, tolonglah habiskan sekolah.
Kalau menyampah sangat nak belajar, kepala tu dah memang block taknak terima pelajaran, at least habiskan sekolah dulu.
Tapi kalau boleh, dapatkanlah satu sijil -- tak kisahlah sijil kemahiran ke, diploma ke, degree ke.
Jangan kata "Ada sijil tapi kerja sekarang tak guna pun sijil tu".
Jangan cakap.
One day kau akan tahu kat mana sebenarnya kekuatan sijil yang "tak berguna" tu.