2023-06-27

First date makan apa?



Ingatlahhhhh. Mana boleh tak ingat.
Terasa macam baru semalam jumpa. Kahkahkah *PANGGG sedas*

Kitorang jumpa kali pertama, pada bulan puasa.
Disebabkan puasa, takleh makan-makan masa dating.
Lepas aku fetch En Wan kat stesen komuter Bangi, kitorang bawa dia balik ke rumah dulu.
Sembang-sembang.
Tapi sebenarnya aku tak berapa suka part ni.
Sebab waktu ni Mak Aji and Pak Aji macam tak berapa layan En Wan bersembang.
Masing-masing masih lagi terpedaya dengan tohmahan si gila tu.
Si gila tu dah pasakkan kat minda Mak Aji and Pak Aji yang En Wan rampas aku dari dia.
Kahkahkah. Kau berangan apa, gila?
Kau ingat aku hot sangat sampai nak dirampas??
Tak, ya. Takde adegan rampas-merampas. Eiii geli aku.
Ah malas aku nak repeat cerita ni.

Tapi scene pertama perjumpaan En Wan and mak bapak aku, seriously aku tak suka.
Sebab keadaan sangat cold.
En Wan kat hall, duduk sebelah aku.
Mak Aji and Pak Aji kat hall yang sama, masing-masing baca paper.
Eiii sakit betul hati aku masa ni.
Aku geram sebab mak bapak aku berjaya diperdayakan oleh cerita dongeng si gila tu.
Kesian En Wan. Duduk kat hall tercongok je.
Dahlah bulan puasa, takleh minum makan-makan.
Aku je lah yang bersembang dengan dia berdua.
Tapi sesekali Mak Aji menyampuk sepatah dua.

Sebab dah boring sangat keadaan macam cold semacam, aku mintak kebenaran keluar dengan En Wan.
Mak Aji mula-mula tak kasi.
Macam-macamlah alasan dia.
Nanti nak balik macamana?
Nanti nak berbuka macamana?
Kau pandai ke naik bas?
Nak cari apa keluar ni?
Yang pelik-pelik je dia punya alasan taknak bagi aku keluar.
Padahal aku belajar terpelanting kat Kuching bertahun-tahun.
Dah sah-sah kat sana semua aku buat sendiri.
Outing sendiri, berbuka puasa sendiri.
Ini baru nak keluar pi Mines, dah macam-macam dia tahan.

Memandangkan semua soalan Mak Aji berjaya aku patahkan dengan reason yang solid (sebenarnya soalan dia tak yang solid), aku pun dapat keluar dengan En Wan, pergi Mines kat Seri Kembangan.
Pergi jalan-jalan pusing-pusing mall je.
Aku jarang masuk Mines, jadi aku tak tau apa nak cari kat sana.
Last-last to kill the time, dia ajak aku lepak kat garden area Mines, tepi sungai yang ada feri tu.
Situ ramai orang lepak dengan anak-anak main buih, sementara nak tunggu berbuka puasa.
Tapi kitorang tak bukak puasa kat mall pun.
Aku balik.
Sebab aku masih lagi terbiasa dengan "Sebelum pukul 7, kena ada dalam rumah".

Kat Kuching, balik malam takde hal.
Tapi bila kat Bangi, otomatik aku akan balik sebelum 7 pm.
Masa tengah lepak garden tu la En Wan bagi aku cincin "Sudi tak jadi awek Wan?". Kahkahkahkah.
Declare jadi couple pun pakai cincin u ollsss.

Gentle juga dia.
Hantar aku balik sampai depan rumah, lepas tu dia patah balik ke stesen komuter.
Esoknya kitorang janji nak keluar.
Tapi kali ni aku gerak sorang dari Bangi, dia gerak dari KL (tumpang rumah Kak Ngah).
Time ni aku gelabah sebab ini first time aku naik komuter alone.
Dah lah takde henfon.
Sebelum keluar rumah En Wan dah ajar siap-siap macamana nak beli tiket komuter, and turun kat mana.
Dia tunggu kat stesen komuter The Mall (Sunway Putra).

Aku keluar-keluar je pintu komuter, nampak dia tengah bersandar kat dinding betul-betul depan entrance.
Dia standby situ siap-siap supaya senang nampak aku.
Date hari kedua ni aku balik malam, sebab berbuka sama-sama kat Kenny Rogers.
Inilah pertama kali aku masuk Kenny Rogers.
Dan inilah makanan pertama keluar dating.
Panjangkan mukadimah aku nak sampai ke jawapan makan apa kali pertama dating ni? Hahahaha.

Aku kan first time masuk Kenny. Tak tahu nak order u ollsss!
Cuak dah aku. Apa aku nak order niiiii.
Dah lah Kenny ada side 1, side 2, quater, half, dan segala tok nenek ad on.
Macamana niiiii?
Dia pulak dengan cool-nya siap bersandar selak menu.
Aku baca menu macam baca jurnal. Kemain rapat muka dengan menu. Mbhahahaha.
Sebab aku tak faham nak order macamana. 

"Di nak makan apa?"

Inilah soalan aku yang takut. Sebab aku takde jawapan.
Tapi aku pikir balik, gasaklah kalau aku nampak darat sangat.
Baru day 2 berjumpa. Sempat lagi kalau dia nak reject aku.
Aku jawab "Di tak pernah makan sini. Tak tahu macamana nak order".

Surprisingly dia tanya balik "Di nak makan nasi berlauk ke? Kita cari food court".
Gituuuuu gentlenya.

Sekarang??
Tak tanya aku pun.
Lajuuuuu je dia menonong masuk food court.

Begitulah perjumpaan pertama kali yang total tak sampai 24 jam.
Kali pertama jumpa 23 Dis 1998, around 4 jam.
The next day lama sikit, 10 jam.
Apa benda yang aku buat pun tak tahulah.
Merayap pi Sunway Piramid bagai.
Jauh gila kitorang berjalan nak menghabiskan masa.
Dan lepas tu dia pun balik Jepun, aku balik Kuching.
Tak jumpa-jumpa dah sampailah 6 Ogos 1999, balik untuk bertunang.

Bercinta kat mana? Bercinta dalam surat dan fon.
Lepas bertunang, dia hantar aku balik Kuching, spend 3 hari kat Kuching jalan-jalan kenal dengan kawan-kawan setetek.
Lepas tu dia balik ke Jepun semula on mid Ogos 1999, tak balik-balik Malaysia sampailah April 2001, ya!
May 2001 kitorang kawen.
Setia betul kitorang, kan? Gitewwwww.

Ok, aku nak masak.