2022-10-09

Wujud spesis bibik macam ni.


Weekly bibik aku sepatutnya balik bercuti sebulan, tapi dah 2 minggu dia masih tak balik-balik lagi.
Aku tanya kenapa tak balik lagi, takde tiket ke?
Dia kata risau pula nak balik, takut nanti lepas sebulan, rumah-rumah yang dia bersihkan dah ambil orang lain pula.
Ye tak ye juga. Sebulan tu lama sebab bibik ni punya service seminggu sekali datang bersihkan rumah.
Kalau sebulan, dah 4 kali skip mengemas.
Tak semua orang boleh tahan 4 minggu rumah tak berkemas (atau kena kemas sendiri).
Especially those yang rumah penuh orang.
Rumah aku ok lagi setakat sebulan bibik balik kampung sebab takde siapa pun yang menyepahkan rumah.
Aku dengan En Wan dah tentu-tentu siang hari kat ofis.
Rayyan je lah sorang. Itupun memerap dalam bilik.
Kitorang pun most of the time lepak bilik je.
Memang takde apa sangat nak dikemaskan kat rumah.
Kalau mengemop hari-hari pun cuma dapur sebab almost everyday memasak.
Lain-lain, takde apa sangat.

Kesian pulak aku tengokkan bibik ni.
Sampai takut nak balik bercuti memikirkan esok patah balik ke sini job hilang.
Kalau dapat bibik jenis betul-betul nak kerja macam ni, beruntung.
Datang sini untuk sungguh-sungguh kerja.
Ini pun dia bagitau hari tu, kat kawasan rumah aku dah ramai ambil inhouse bibik.
Tak perlu dah khidmat weekly bibik lagi.
Ye lah, now orang dah start bawak masuk maid.
Lebih untung ada inhouse maid.
Walau bayar RM1500, tapi sekali harung dia buat.
Kalau weekly bibik ni, dia kira ikut jam.
Walau nampak macam murah, tapi sebenarnya mahal sebab dalam tempoh beberapa jam (katakanlah 4 jam), apa sangat kerja yang boleh settle.
Menggosok baju je dah makan berapa jam.
Belum lagi basuh bilik air, mengemop, menvacumn, basuh porch.
Bilik air aku je dah 6.
Dengan bibik ni memang aku tak suruh dia menggosok, melipat dan membasuh baju.
Confirm tak sempat buat kerja lain nanti.
Aku bagi dia kerja yang aku malas buat je macam mengemop satu rumah and membasuh toilet.

Nak ambik bibik sekarang orang kata kalau takde 11-12K jangan bukak mulutlah. Mahal kos sekarang.
Zaman aku pakai bibik dulu, baru 5-6K je bayar process.
Gaji pun RM800 habis tinggi. Now, RM1500.
Tapi, kalau dapat yang reti buat kerja, perangai senonoh, boleh diharap - takpe.
Kalau dapat yang macam blog reader ni, buat sakit kepala.
Kita balik kerja nak berehat, dah satu kerja nak mikirkan dia pulak.

Memang wujud spesis bibik yang perangai macam bibik reader di atas.
Dia buat rumah majikan macam rumah dia.
Sukati bila nak bangun, bila nak membuta, bila nak start kerja.
Dari tahun 2004 sampai 2014, aku ada 6 orang bibik.
4 ok, sorang je cekik darah.
Yang lain semua cukup 2 tahun service.
Ada yang sampai 2 tahun 7 bulan.
Yang 2 orang ni tahan beberapa bulan je. Lari dari rumah.
Yang sorang tu dah lari dari rumah, pergi canang pulak satu taman aku tak bagi dia makan 6 bulan.
Tengkorak dia.
Kalau aku tak bagi makan, takde de kau bertahan sampai 6 bulan. Masuk bulan ke-2 je dah mampus.

Macam kes aku, bibik Cici and bibik Ida ni bangsa benak sikit.
Memang jenis yang tak reti buat kerja.
Taknak belajar buat kerja pulak tu.
Aku tak faham apesal kau nak datang jauh-jauh jadi maid sedangkan kau tak pandai buat kerja.
Sampai nak terkeluar anak tekak aku mengulang-ulang ajar benda yang sama. Tak masuk-masuk jugak!
Sampai bergaduhlah aku laki bini disebabkan dia.
Dek sakit hati marahkan dia, kitorang yang bertekak.
Baru je 5 minit lepas aku instruct dia buat something, dia boleh lupa. Kau tak hangin?

Orang kata bibik tu dari hulu. Orang susah. Sebab tu tak pandai buat kerja.
Eh hello? Bibik yang datang kerja kat Malaysia MOSTLY orang susah, takde yang senang.
Kalaupun dia susah, apa kena mengena dengan tak pandai buat kerja rumah?
Takkan dia tak pernah menguruskan rumah sendiri.
Yang benarnya, PEMALAS.
Orang kalau dah malas, otomatik semua benda jadi bangang.
Kau ajar lah apa pun, manjang je dia lupa.
Sebab apa lupa? Sebab malas nak mengingat. Malas nak memikir.
Penyudahnya bangang abadi.
Tapi kalau guna astro, guna remote TV, guna phone, tak payah diajar. Cukup cekap 🙄.

Bibik Ida adalah bibik aku yang paling serabut!
Menyesal aku tak simpan gambar dia.
Kalau tak, boleh aku tepek kat sini.
Dari awal dia datang, that was year 2006 - aku dah rasa lain macam.
Dengan rambut berselirat. Dengan terkibai-kibai.
Entah, tak reti aku nak cakap. Macam ulu sangat.
Yang si agen pulak meng-up-kan "Ida ini sudah ada 2 orang anak, jadi dia biasa urus anak kecil".
Last-last aku yang kena uruskan dia.

Aku suruh ikat rambut biar kemas, taknak.
Muncung bila aku tegur pasal rambut.
Buat muka mintak penampar everytime aku suruh ikat rambut.
Bila aku kata aku nak potongkan rambut, tak bagi.
Rambut dahlah ada kutu.
Kau menjaga anak aku kat rumah.
Tak pasal-pasal dengan si Redza sekali karang ada kutu.
Aku kata dah pendek baru senang nak shampoo dengan ubat kutu.
Dia cakap "Mana ada kutu, kak. Telurnya aje". Kau rasa?
Dah tu mana datang telur kalau takde kutu, bingai.

Masak memang out terus.
Dah diajarkan apa-apa hal kena basuh dulu.
Lepas 2 bulan, baru aku tau rupanya dia masak sayur tak pernah basuh. Speechless.
Bukan tak diajar, tapi entahlah.
Kadang-kadang aku konfius dia ni bodoh ke, atau nak bunuh aku.
Macam takde common sense lansung.
Kau kat rumah kau masak sayur buta-buta campak dalam kuali tak basuh dulu ke camana?
Patutnya orang yang dah berumahtangga, ada anak, boleh pikir lojik benda-benda mentah ni kena basuh dulu sebelum masak.
Alangkan epal yang comel tu pun kita basuh dulu sebelum makan.
Takkanlah bayam yang akar berselirat tu kau tak basuh dulu sebelum masak.
Tu pun mujur dia buang akar, kalau dengan akar-akar sekali dia masuk dalam periuk memang aku jirus dia dengan air bayam tu.

Jiran aku dulu cakap, dorang ingatkan ada histeria dalam rumah aku sebab dengar suara orang terpekik-pekik.
Yang memekik tu aku lah.
Aku kalau naik hangin, memang sound tegak je.
Aku tak peduli dah jiran sebelah-menyebelah terkejut dengar suara aku.
Everyday balik kerja, aku tanya rumah dah sapu ke belum sebab dari pintu rumah aku kesat kaki kat lantai boleh rasa berkerak berpasir.
Dia cakap "Dah". Oklah fine.
Sengaja aku biarkan tisu aku bergulung kat satu sudut.
4 hari tisu tu kat situ tak bergerak-gerak. Yang itu kau kata sapu?
Bak sini penyapu biar dengan muka kau sekali aku sapu.

Nak dijadikan cerita masa aku tengah membebel-bebel sambil ajar dia cara menyapu yang betul (untuk ntah keberapa kalinya aku ajar), aku angkat karpet.
Hah kauuu, bawah karpet tu segala plastik Cheezel, Twisties, semua ada.
Rupanya, dia main selit bawah karpet je lepas makan.
To her, kalau tak nampak kat mata, maknanya bersihlah.
Senang gila dia berkemas, kan?
Aku pun apa lagi. Macam mambra aku bertempik.
Jangankan jiran sebelah rumah, jiran langkau 2 buah rumah pun dengar lagi suara aku.
Kalau Ramli MS dengar suara aku masa tu mesti dia kata "Lontaran vokal yang mantap. Ada lagu ada lagi!".

Lepas aku nampak plastik yang terselit tu, terus aku kelebet segala sudut dalam rumah.
Macam-macam sampah aku jumpa! Dia main peruk je.
Lagi satu kan, dia punya tahap pemalas tu, mandi sekali sehari je.
Itupun time aku nak balik kerja baru dia tergopoh-gapah mandi.
Nak kata sejuk, bilik air dia aku pasangkan heater.
Dah diajar cara guna. Nak sejuk, nak panas. Punnnn masih malas mandi. Tak faham aku.
Kalau aku ada kat rumah hujung minggu, aku yang kena tanya "Dah mandi? Pergi mandi sekarang".
Hilangkan nak suruh dia jaga anak aku, aku yang kena jaga dia pulak.
Tapi muka dia sebelum dengan selepas mandi takde beza. Berkerak semacam.
Naik segan aku nak bawak dia berjalan.
Nanti orang kata aku tak hiraukan orang gaji.
Padahal masa dia datang sini, dia cuma ada sehelai baju tido, sehelai seluar, 2 helai baju.
Esok tu juga aku belikan segala tok nenek seluar, baju, coli, panties - lengkap untuk pakai 3-4 hari.
Aku belikan baju kurung sehelai untuk dia ikut aku pi kenduri-kendara.
Tapi dia simpan, taknak pakai.
Ikut aku pi kenduri pakai jeans half cut! Sakit betul jiwa aku.
Jeans half cut tu aku yang bagi.
Tapi aku dah cakap kita nak pi kenduri, takkan kau takleh pikir baju pi kenduri harusnya yang macamana. Alahaiiii.
Kalau ajak di jalan-jalan mall hujung minggu, taknak jalan sama oii.
Jalan 5-6 tapak kat belakang.
Jalan sambil tangan dua-dua seluk poket ni. Feeling betul.
Aku tinggalkan terus baru tahu.

Bibik Ida aku boleh kata spesis sama macam bibik blog reader yang hantar email ni.
Jenis yang buat rumah majikan macam dia ada share. TV nak conquer.
Dulu TV aku cuma ada satu je.
Lepas makan, aku dengan En Wan tengok TV kat living hall.
Elok je dia datang kat tepi "Kak, taknak tengok cerita Indon ke?".
Aku cakap aku nak tengok cerita ni (omputih).
Dia jawab "Aku tak tengok cerita ni, kak".
Dah tu? Kalau kau tak tengok cerita ni aku kena buat apa?
Tak puas-puas lagi tengok TV dari pagi sampai ke petang?
Kadang tu aku dengan En Wan ada kat rumah, dia elok je mencangkung depan TV terbahak-bahak tengok Tom and Jerry.
Redza main kat depan, dia tengok kartun kat dalam, boleh?

Tu belum lagi kalau aku minta senaraikan barang-barang dapur untuk aku beli.
Kita ni expect list macam beras, minyak, tepung, etc.
Dia punya list untuk aku - aiskrim, biskut, jajan, bon-bon.
Aku tak ingat apa benda bon-bon ni, something like candy kot.
Takde lansung list groceries.
Dia tulis semua list untuk meradak perut dia je.
Pernah beberapa kali, hujung minggu dengar aiskrim Mat Cool lalu, berlari dia keluar beli aiskrim.
Aku ingatkan Redza yang nak makan.
Sekali nampak dia mencangkung luar pagar santai jilat aiskrim *tepuk dahi*.
Seriously childish yakmat.
Aku syak dia datang Malaysia bukan nak kerja tapi nak menikmati hidup.
Agen pula nak buat duit senang. Hantar orang yang tah hape-hape.

Agaknya dia fedap takleh nak bersantai-santai, one day dia lari dari rumah.
Aku tak kisah dia lari sebab yang pertama, dia sangat menyusahkan aku.
Kedua, duit gaji dia aku simpan.
Aku tak pernah bagi dia hantar semua ke kampung.
Setiap bulan kitorang hantarkan half gaji ke kampung, lagi half simpan untuk diri dia.
Tapi aku keluarkan sikit dalam RM60-70 untuk dia pegang.
Untuk dia beli aiskrim Mat Cool.
Jadi aku tak rugi sepenuhnya bila dia lari.
Tapi yang aku hangin tu bila dia bagi Redza makan ubat tidur!
Allah, nasib baik panjang umur anak aku.

Allah tu nak selamatkan anak aku.
Pagi tu pesan bibik masak for lunch sebab En Wan balik makan.
Dia macam nak tak nak je menjawab.
Aku biarkan je sebab aku dah nak keluar pi kerja.
Nak dijadikan cerita, kat ofis around 11 pagi aku tersedar sample DNA tertinggal dalam freezer kat rumah.
Aku nak jumpa customer dah waktu tu.
Jadi, aku balik rumah dulu untuk collect sample dan terus ke tempat customer.
Sampai depan rumah, aku nampak gate aku terbukak separuh.
Hati dah tak sedap sebab itu autogate.
Kalau terbukak separuh, bermakna dia keluar dari rumah tak bawa kunci sebab tu gate tu tak boleh ditutup.
In other words, dia lari.
Aku masuk rumah bagi salam bertalu-talu takde orang jawab.
Masuk bilik dia tengok almari dah kosong. Sah, dah lari.
Terus naik atas cari Redza.
Nampak Redza baring depan TV, dengan botol susu di mulut, roti butter kat tepi dah bersemut.
Aku cabut botol dari mulut Redza, nampak susu berbuih-buih.
Terus call En Wan suruh balik.

Report kat agen.
Seperti dijangka, berdolak dalih kata dia takleh buat apa sebab bibik dah melepasi tempoh percubaan.
Taknak refund duit la tu.
Aku syak itulah modus operandi dia selama ni.
Hantar bibik ni ke sana, lepas 6 bulan lari.
Kutip hantar ke sinun pulak, lepas 6 bulan lari. Pusing-pusing gitu.
Kawasan rumah aku guarded, dia takkan boleh lepas gitu-gitu keluar jalan kaki dengan bawak beg baju. Mesti guard tahan punya.
Ini takde lain, ada orang pickup dia dari rumah. Dah berjanji dah ni.
Yang best tu, serentak hari yang sama 3 bibik dalam kejiranan hilang.

Another bibik aku yang hazab adalah bibik Cici. Ini bibik yang last.
Lepas tu aku pakai khidmat weekly bibik je.
Bibik Cici ni pandai masak sikit dari Ida, tapi takde la pandai sangat.
Bolehlah setakat goreng-goreng tu.
Tapi dia ni malas kedaung. Super-duper malas!
Nak kena disuruh selalu. Macam ada short term memory loss.
Sekali ketuk, sekali jalan. Sekali ketuk, sekali jalan.
Nak je aku ketuk dia betul-betul.

Dia bangun pagi lambat. Tido cepat. Kesimpulannya, kuat tido.
Bangun pagi duduk-duduk santai macam mem.
Tak tau nak buat apa katanya sebab rumah dah bersih.
Rumah aku tak pernah bersepah dia kata.
Dah tu, perlu ke aku sepahkan rumah tiap-tiap malam sebelum tido so that kau ada kerja nak buat esok pagi?
Hadoilahhh. Takde common sense lansung.

Bangun pagi, bukak la tingkap dapur, tarik langsir, lap pinggan mangkuk yang dah cuci malam tadi.
Sapu-sapu sikit dapur tu.
Ni tak, bangun tido macam mem duduk-duduk kat kerusi.
Sejenis yang tunggu arahan untuk buat kerja.
Jadi aku ni takde kerja lain, tiap-tiap hari sebelum pi ofis kena bagi dia arahan yang sama berulang-ulang kali.
Everyday arahan yang sama. Tak letih kau?

Aku dah ajar banyak kali.
Bangun pagi lepas bukak tingkap, tarik langsir, pegi masak nasi dulu.
Lauk belakang cerita, tapi nasi biar masak dulu.
Senang kalau tiba-tiba aku nak buat nasi goreng, nasi dah siap masak.
Lepas tu, jirus la sikit kereta aku tu, biar hilang embun-embun.
Then lap pinggan mangkuk, sapu-sapu sikit dapur sementara nak tunggu arahan aku yang special.
Kau imagine eceryday aku pesan benda yang sama.
Jiran belakang rumah pun agaknya pun dah boleh hafal apa yang aku pesan kat Cici hari-hari. Fedap betul aku.

Punyalah aku nak bagi dia rasa selesa, takde gap between majikan and pekerja, aku tak pernah asing-asingkan lauk.
Apa aku makan, itu dia makan.
Pergi bercuti angkut. Pergi makan luar angkut.
Aku makan KFC snek plate, dia pun aku belikan KFC snek plat.
Baju aku belikan, coli spender aku supply, pad, deodoran, bedak, moisturiser pun ada belikan biar nampak bersiap sikit muka tu.
Masa aku beli pinggan mangkuk baru, aku nak bagi orang pinggan mangkuk lama.
Tapi dia minta asingkan, nanti lagi 2 tahun dia nak bawak balik ke sana. Ok, aku asingkan.

Malam-malam aku perasan macam ada bunyi grill bukak tutup padahal dah lewat.
Aku kan penakut nak turun bawah.
Bila aku ajak En Wan teman akun turun, dia kata imaginasi aku melampau sampai terdengar-dengar.
Hari yang Cici lari tu kau tau apa?
SEMUA barang yang aku asingkan untuk dia - pinggan mangkuk dinner set 2 jenis, blender, cerek elektrik, periuk, baju-baju lama aku - gone.
Aku syak selama ni yang aku dengar bunyi pintu bukak tutup malam-malam, adalah projek dia mempassing barang-barang untuk team dia collect.
Jadi on the day dia lari, dia bawak tetek je. Kuang ajar, kan?
Terkilan betul aku masa dia kerja kat sini aku tak hayun satu das penampar. Baru puas hati kalau lari pun.

Dalam setandan pisang orang takkan dapat semua perfect.
Sama ada busuk, atau kita yang bertolak-ansur.
Dalam 6 orang bibik aku, 2 orang tu je yang cekik darah. Yang lain ok.
Now at this age, aku dah malas nak semakkan otak aku dengan masalah bibik.
Kalau boleh memang nak ambil sorang buat-buat teman kat rumah.
Tapi mikirkan kalaulah dapat sorang lagi macam Ida atau Cici, silap-silap aku jadi pembunuh.