2022-02-23

Tak rasa dipergunakan ke?


Ramai betul yang respond pasal post semalam, yang pasal BFF dengan lelaki. Antaranya:

"Lelaki sepatutnya janganlah memberi harapan. Terlampau baik mestilah perempuan cair".

"Pernah ke orang mengadu kat Mak Aji akak yang akak naik moto dengan lelaki? Mak Aji cakap apa?"

"Akak tak kisah ke kawan lelaki baik dengan akak tapi couple dengan orang lain. Tak rasa dipergunakan ke?"

"Jarang dengar lelaki and perempuan boleh jadi kawan baik. Selalunya akan bercouple juga".


Ini pun ada DM yang aku belum baca, yang respond pada post hari tu.
Takpe, kejap-kejap lagi free aku baca lagi.
Harap-harapnya pertanyaan dan respond yang aku dapat lebih kurang ni je, senang takyah buat post lagi 🤪.


Kita jawab yang pertama - "Lelaki sepatutnya janganlah memberi harapan. Terlampau baik mestilah perempuan cair".

Ya, aku setuju lelaki jangan beri harapan.
Tetapi, kita as perempuan pun ada pilihan.
Kita boleh jauhkan diri kalau mahu, kan?
Tapi kenapa kita tak jauhkan diri?
Kenapa kita bagi peluang lelaki tu rapat dengan kita?
Kalaupun lelaki tu nampak macam bagi hint suka kat kita, why not kita direct tanya dia terus "Aku nak tanya, kau ni baik sangat dengan aku, aku ni girlfren kau ke?"

Aku tak sure if ada perempuan yang berani untuk tanya soalan macam ni depan-depan.
Kalau aku, berani.
Aku suka tahu letak duduk suatu perkara. Biar jelas.
Kalau aku malas ambik tahu, memang aku buat tak tahu.
Tapi kalau aku nak tahu, aku akan cari tahu.
Caranya, tanya direct pada orang yang berkenaan.

Kalau tak berani [atau tak sampai hati] nak tanya bold question macam tu, kita bagi hint.
Masa aku kerja sales dulu, ada 2 orang customer suka membagi hint suka kat aku. Dua-dua ni chinese.
Satu customer di sebuah private lab di Negeri Sembilan, satu lagi lecturer di Tganu.
Yang dari Negeri Sembilan tu boleh dikatakan setiap bulan datang ofis kat Kelana Jaya untuk self-collect barang-barang yang dia beli.
Sanggup dia datang jauh-jauh padahal dalam quotation aku dah quote sekali harga pos.
Bila aku tengok dia macam tak terkawal lagi, aku start bagi hint macam "I have to pick up my son", atau "I'm not around next week, balik kampung husband".

Yang lecturer kat Tganu tu, Dr C.
Yang ni lebih sopan tindakannya. Tapi tetap ada hint dia bagi.
Dan aku pun balaslah balik dengan hint juga.

Dia macam tu lah, kalau tak mampu nak tanya direct, kita bagi hint.
Bukan apa, macam kes aku dulu, dorang tu customer.
Hubungan dengan customer ni kita nak pegang lama, jadi jangan sampai ada yang termalu sendiri, atau berasa dimalukan.
Bila masing-masing hanya membagi hint, bila aku balas dengan hint juga, dorang akan faham dan takdelah rasa malu sangat sebab tak confess apa-apa.
Maka, perhubungan sebagai customer-seller masih boleh baik.

Kita tak boleh nak halang kalau ada orang nak buat baik dengan kita, tapi kita boleh pilih untuk wujudkan gap kalau rasa tak selesa.
Masalahnya, ada perempuan yang tak mahu buat gap.
Dia bagi peluang and ruang.
Tapi bila lelaki tu pilih perempuan lain, dia tuduh lelaki tu bagi harapan.
Yang sebenarnya, bitter.
Bitter sebab tak dipilih jadi gf.
Bila tak dipilih, maka salahkan lelaki.

"Lelaki semua sama".
"Lelaki suka bagi harapan palsu".
"Lelaki suka ambil kesempatan".


Nope.
Kesempatan tu kita yang beri.
Ruang tu kita yang buka.
Peluang tu kita yang wujudkan.
Kalau semua tu kita tak bagi, tak jadi apa.

Pernah tak dua orang bagi pandangan yang berbeza terhadap kita?
Yang A kata kita peramah, yang B kata kita sombong?
That is actually based on our respond towards them.
Yang A kita lebih terbuka memberi ruang untuk dia kenal kita.
Maka dia jadi tahu yang kita ni peramah dan suka gelak.
Yang B, kita tutup ruang tu, maka nampaklah seperti kita sombong.

Same goes to persahabatan between lelaki and perempuan.
Tak semua lelaki jadi kawan aku, tak semua jadi rapat.
Ada yang setakat kenal, tapi tak rapat.
Ada yang rapat betul macam family.
Bermakna, ada certain lelaki yang aku bagi ruang untuk dia kenal aku, dan akhrinya kami jadi kawan baik.
Ada lelaki yang aku tutup ruang untuk dia kenal aku, maka orang macam nilah yang akan kata aku sombong.
Padahal aku tak sombong, cuma dia tak berpeluang kenal aku. Itu saja.


Yang kedua - "Pernah ke orang mengadu kat Mak Aji akak yang akak naik moto dengan lelaki? Mak Aji cakap apa?"

Pernah sangat.
Kau imagine, aku makan aiskrim sambil berjalan pun ada orang menyampaikan kat mak aku.
Jenis takde kerja punya orang, kan? Ntah hape-hape.
Lagikan nampak aku naik moto dengan lelaki, haruslah sampaikan berita.

Apa benda yang aku buat kat Bandar Baru Bangi tu selalunya mak aku tahu.
Tahun 90an, Bandar Baru Bangi tu kecik lagi. Apa pun takde.
Semua benda nak beli kena pi Kajang.
Pusing-pusing akan jumpa orang yang sama.
Nak-nak lagi kalau pi pasar malam.
Aku syak satu pasar malam tu kerja kat UKM.
Sebab semua orang mak aku kenal.

Selalunya Mak Aji akan tanya dulu.
Tapi dia tanya yang jenis tembak terus.

"Kau balik sekolah dengan budak lelaki mana tadi?"

"Kau melepak kat padang bola dengan budak-budak laki eh?"

"Kau naik moto dengan siapa hari ni?"


Menyampah gila dohh nak jawab soalan remeh camni.
Bukan apa, sebab takde apa pun.
Bukannya aku bersenggama dalam kolong ke apa.
Balik sekolah jalan kaki berdua dengan kawan lelaki punnnnnn jadi berita.
Padahal Hamba Allah tu lalu jalan yang sama.
Bukannya dia lalu jalan tu semata-mata nak hantar aku balik rumah.
Dia nak balik rumah dia.

Lepak padang dengan budak-budak lelaki pun jadi masalah kat makcik-makcik bawang.
Yang aku lepak dengan budak lelaki dia cerita kat mak aku.
Yang sebenarnya ada 2-3 orang lagi kawan perempuan aku sama-sama di situ dia tak cerita.
Semua yang lepak bersama tu satu kelas okeh?

Ni gambar kitorang melepak padang.
Semua ni satu kelas.
Kelas sains mana ramai pelajarnya.
Disebabkan itulah kitorang sangat close.

Semua ni pengawas yang macam perangai mawas 😆.
Yang depan sekali mendepangkan tangan tu entah-entah bos korang kat Putrajaya.
Yang kanan sekali tu tukang translate lagu-lagu Beyond kat aku.
Yang belakang dia tu owner company pest control.
Yang perempuan terselit kat blakang tu partner in crime aku, tengah tunggu konvo PhD.
Yang kiri sekali tu baik sikitlah sebab dia Ketua Pengawas.
Yang duduk sebelah brader yang mendepangkan tangan tu lagilah, dah jadi retis sekarang. Aniston ke hape ntah namanya.

Aku ni bukan sekarang je aku malas ambik tahu apa orang cakap pasal aku.
Memang dari dulu pun aku dah malas ambik port.
Puncanya, sebab benda-benda macam tadilah.
Dia nampak, pastu dia buat kesimpulan berdasarkan apa yang dia nampak.
Dia tak reti nak tanya dulu letak duduk satu-satu perkara.

Aku tahu kalau aku naik moto dengan lelaki konfem mak aku tahu punya.
Tapi, aku lebih pentingkan misi aku ketika tu.
Contoh, pernah aku kena gegata, satu badan berbintat. Tak tahan sangat.
Lambat sangat nak tunggu malam baru pegi klinik dengan Pak Aji, balik dari sekolah aku menapak pi klini kat Fasa 1.
Punyalah Bandar Baru Bangi tu tempat jin bertendang dulu, sampaikan klinik pun takde kat Fasa 2 and 3. Semua kena pegi Fasa 1.
Jauh gila tau aku berjalan tengah-tengah panas.
Kawan aku nampak aku jalan kaki nak balik ke rumah, dia offer hantarkan.
Kau rasa aku nak "Eh takpelah...aku balik sendiri"??
Panas okeh? Badan tengah naik gegata lagi.
Yang offer tu pulak kawan aku, bukannya some random guy. Mestilah aku tumpang.
Pastu dah nama naik moto, mestilah aku berpaut kat pinggang dia.
Abis kalau jatuh, aku jatuh sorang? No wayyyy!
Aku berpaut pada pinggang dia supaya aku tak jatuh.
Kalau jatuh pun, biar dengan dia-dia sekali jatuh.
Barulah u jump I jump. Kahkahkah.

Ni tahun 1994, masa Form 5, kitorang sama-sama outing kat Wendy's di Kajang.
Aku nak tunjuk kawan aku yang berdiri buat peace tu.
Pernah sekali, aku jogging dengan dia waktu pagi around 7am.
Aku bagitau aku nak jogging the next day (Sunday), dia kata "Oklah, kalau sempat, aku join sekali".
Pagi tu aku start jog sorang. Pusing sampai Fasa 2.
Elok je sampai Fasa 2 tiba-tiba dia ada kat sebelah dah.
Rupanya dia pun tengah jogging, ternampakkan aku, dia join.

Aku cakap aku dah habis 1 round, nak balik.
Dia jogging sekali dengan aku sampai Fasa 3, aku balik rumah, dia sambung.
Itu punnnnnnn berita sampai kat mak bapak aku.
Rupanya pakcik makcik yang singgah beli roti canai kat warung tepi jalan terperasankan aku and bagitau parents aku.
Kau tak sakit otak bila mak kau tanya "Kau jogging dengan jantan mana?".
Aku jawab je terus "Dengan anak Dr Ali" (mak bapak aku kenal bapak dia).
Aku balik rumah letih, dapat soalan gitu rasa nak cekik je yang tukang menyampaikan tu.
Memang spesis bawang betul.

Ya, aku tahu orang-orang tua concern hal anak-anak jiran.
Tapi macam lebih kepada kepoh tau.
Jogging kot. Jogging di tempat public.
Lainlah kalau nampak aku berpeleseran pukul 10 malam.
Atau berdua-duaan di tepi tasik waktu Maghrib. Itu lain cerita.
Ini tak. Yang disampaikan kat mak aku semuanya waktu terang-benderang dan di tempat yang ramai orang.
Maybe dulu takde drama Korea jadi makcik-makcik ni bosan agaknya takde aktiviti nak buat.

Pernah aku naik moto dengan kawan lelaki, orang buat cerita "Diana naik moto dengan si anu siap berpeluk!".

Oi bingai. Berpaut dengan berpeluk tu dua benda yang berbeza, ya.
Berpaut kat pinggang tu hanya cengkam baju je tau.
Pinggang dia pun aku tak sentuh.
Kalau berpeluk tu, tetek aku ni melekat kat belakang dia, kau paham tak?

That's why aku malas nak ambik port apa orang cakap pasal aku.
Dari zaman skolah lagi aku dah hadap benda-benda macam ni. Dah tak lut.
Kau nak bersangka-sangka? Kau nak membawang? Gasakk.


Yang ketiga - "Akak tak kisah ke kawan lelaki baik dengan akak tapi couple dengan orang lain. Tak rasa dipergunakan ke?"

Tak. Sebab tak rasa dipergunakan pun.

Dia macam ni tau, kalau kita berkawan ihkhlas, tak mengharapkan apa-apa balasan, takde personal interest - kita takkan rasa dipergunakan.
Sebab kita tak letak any expectation.
Kita buat sebab kita nak buat.
Lagipun macam aku cakap hari tu, selagi dia tak confess, aku akan buat macam takde apa-apa.
Walaupun dia nampak macam care sangat kat aku, selagi dia tak confess, I'm still free.

Lelaki yang serious mahukan kita, dia akan confess.
Selagi dia tak confess, kau jangan tunggu.
Kau berkawanlah dengan sesiapa je.
Yang buatkan kita rasa diperbodohkan adalah kerana kita tunggu dia.
Kita letakkan harapan. Kita mahukan balasan.
Once tak dibalas, kita rasa macam dibodoh-bodohkan.
Padahal waktu tu kita yang willing untuk buat segalanya untuk dia.

Maybe juga aku tak rasa diri aku cantik.
Aku tak rasa ada lelaki sukakan aku.
Sebab dari kecik orang dah ejek-ejek aku hitam hitam hitam.
Lama-lama aku percaya yang aku tak cantik, maka tak perlulah aku perasan atau mengharapkan apa-apa.
Everytime ada lelaki nak berkawan, aku akan anggap kawan saja. Itu lebih selamat.
Masa En Wan hint hint suka kat aku, punnnn aku buat bodo.
Bukan jual mahal, tapi ada pengalaman.
Aku biasa berkawan dengan lelaki. Ramai yang baik dengan aku.
Yang rapat macam boifren pun ada, sampaikan mak aku ingat salah sorang akan jadi suami aku.
Jadi, bila En Wan mula-mula bagi hint, aku notice tapi aku buat bodo.
Aku tunggu sampai dia confess.


Yang last - "Jarang dengar lelaki and perempuan boleh jadi kawan baik. Selalunya akan bercouple juga".

Selalunya gitulah. Bermula dengan kawan, akhirnya bercinta.
Aku dengan En Wan pun bermula dengan kawan.
Tapi dengan kawan-kawan sekolah aku yang lain, walaupun sangat rapat, we remain friends.
Dia punya rapat tu sampai everyday balik dari skolah sambug bersembang dalam fon. Like everyday!
Aku pun tak tahu apa benda yang kitorang bersembang tak habis-habis.
Maybe kat skolah tak sempat sebab masing-masing menumpukan sepenuhnya pada pelajaran [kahkahkah].
Kadang-kadang pukul 11 malam pun call masuk.
Apabenda yang kitorang sembang ntah, padahal besok jumpa lagi kat skolah.

Kalau aku tak datang sekolah, nanti tenghari berjujuk call masuk.

"Apesal tak datang sekolah? Sakit ke?"

"Cikgu ada bagi note. Nant petang aku datang hantar buku aku".

"Kau ok tak? Aku datang tengok kau kejaplah".


Nanti petang ada la 2-3 biji motor datang ke rumah.
Berlonggok la kitorang kat depan rumah ramai-ramai bersembang.
Masa tu takde pulak makcik-makcik bawang nak bertanya apesal depan rumah ada ramai jantan. Yihhh!