2022-02-17

Jangan pakai sekejap-sekejap pastu expect result kebabom.


Baru-baru ni meeting dengan customer di sebuah universiti.
Lepas meeting, waktu bersembang dia tanya "You umur berapa Diana?"

"Lebih kurang je kita, Dr".

"40 ada?"

"45 this year, insyallah".

"Sama kita rupanya. Tapi mata you takde crow feet lah. You pakai skin care apa?"


Baru aku tersedar memang ada orang kelebihannya boleh nampak small-small things like that, contohnya crow feet.
Orang macam ni jenis teliti.
Jenis macam aku ni, kalau pi meeting, fokus kat meeting je (dan kuih karipap kat depan).
Muka orang aku tak berapa nak pandang melainkan semasa menjawab soalan.
Itupun kadang next round datang aku dah lupa mukanya macamana.

Bila dia sebut pasal skin care, aku rasa memang ada kaitan dengan rutin penjagaan kulit.
Walaupun jenis skin care yang kita guna orang kata memainkan peranan, but to me as long as you jaga kulit secara rutin, brand adalah tak penting.
Walau macamanapun, aku masih setia dengan Clinique sebab benda dah pakai lama. 15 tahun kot.
Aku pakai Clinique sejak tahun 2007.
Masa tu pakai sebab aku dah lama teringin nak pakai Clinique.
Makcik-makcik aku kat Singapore masa muda-muda dulu pakai Clarins and Clinique.
Teruja rasa nak pakai brand tu one day. Tahun 2007 baru dapat.

Masa first time beli, aku pakai tanpa sebarang expectation.
Kulit aku jenis takde masalah. Masalahnya cuma tak putih-putih je. Kahkahkah.
Lepas beberapa bulan pakai Clinique, tak nampak apa-apa kesan yang ketara pada kulit.
Maybe aku tak perasan.
Atau maybe kulit aku memang tak bermasalah that's why takde perubahan ketara.
Atau maybe juga ketika tu aku masih muda.
Umur baru 30 tahun. Kolagen tengah banyak. Jadi tak nampak perubahan sangat.
Tapi boleh jadi aku nak kulit cerah kot sebab produk pertama Clinique yang aku beli adalah Brightening series.

Adakah aku putih?
Tak pun.
Tak mungkinlah jadi putih, kan.
Tapi kalau lebih cerah berbanding sebelumnya, maybe.
Banyak bukti-bukti dari gambar-gambar aku 10 tahun lepas berbanding sekarang.
Malah, sekarang aku lebih putih dari En Wan. Mbahahahaha.

Banyak produk Clinique yang aku pakai.

1. Moisture Surge Hydrator - yang ni untuk pastikan kulit kekal lembab. Sampai sekarang masih pakai.

2. Moisture Surge Hydrating Lotion - yang ni sepesen dengan yang atas. Tapi bentuk lotion. Malam-malam aku apply yang ni (kalau teringat. Selalunya lupa).

Moisture Surge series ni basically untuk taknak bagi kulit kering je.

3. Dramatically Moisturizing Lotion - ini moisturizer. Sampai sekarang masih pakai.

4. Clarifying lotion - ini toner. Sampai sekarang masih pakai.

5. Even Better Clinical - ini serum dari range brightening series.

6. Even Better Dark Spot Defense - yang ni sunscreen.

Even Better Lotion - yang ni lotion untuk muka. Yang ni sama function macam Moisture Surge Hydrating Lotion tapi dari brightening series. Tak pakai selalu, kejap aku pakai hat tu, kejap aku pakai hat ni.

Semua Even Better Series adalah untuk brightening.
Tapi tak bright-bright pun, kan? Hahahaha.
Tapi aku tetap pakai dari 2007 sampai sekarang.
Even Better adalah range yang pertama aku pakai dari Clinique. Kemaruk nak putih.

Kulit kita ni kalau dijaga dengan rutin, walaupun dia tak jadi putih macam Elsa Frozen, at least dia tak kusam.
At least dia nampak glow. At least dia tak kering.
Terbukti rupanya bila customer tegur skin aku.
Bukan nak kata pakai Clinique bagus (boleh jadi juga), tapi lebih kepada kalau pakai skin care, jangan pakai sekejap-sekejap.

Some people terlampau nakkan kesan yang cepat.
Kalau boleh pakai habis sebotol sebulan, terus nampak perubahan.
Kalau boleh pakai hari ni, lusa dah cantik.
Bila tak nampak perubahan, stop pakai.
Tukar pulak produk lain.
Bila muka jadi teruk, salahkan produk.
Eh, kulit kau pun pening tau kejap nak adjust dengan produk ni, kejap nak adjust dengan produk tu.
Sabar-sabarlah. Pakai satu-satu dulu.
Kulit kalau tengah teruk, memang lambat sikit healing processnya.

Masa Rayyan ada eczema kat tumit and lutut sejak lahir, aku pakai hydrocort 1% sampai 3 tahun.
Dia tak stopkan eczema, tapi kurangkan gatal.
Jumpa pakar kulit terkenal kat Subang Jaya pun, dia suggest pakai hydrocort juga.
Jumpa makcik-makcik tua, dia kata nanti budak dah pandai berjalan, benda ni hilang.
Ceh, takde maknanya. Tapi aku layankan je.

Hydrocort ni walaupun mengurangkan gatal, tapi kudis-kudis tu tetap ada. Tak hilang.
Itu yang aku come out with idea untuk buat Cleansing Gel.
Tikus putihnya Rayyanlah.
Selepas beberapa bulan guna Cleansing Gel, settle masalah. Alhamdulillah.

Bukan promote produk sendiri, cuma aku nak bagitau aku ni sejenis yang kalau guna produk, aku akan guna selagi dia boleh bagi perubahan walaupun sikit.
Perubahan tak banyak, takpe. Janji membantu.
Macam hydrocort tu kat Rayyan tak menghentikan kudis tetapi mengurangkan gatal.
That's why aku terus guna sampai 3 tahun.
Takde de aku guna 1-2 tiub, tak baik terus giveup.
Sebab aku tahu ada je orang lain pakai hydrocort 1 tiub dah baik, tapi anak aku pakai bertiub-tiub tak jalan.
Jadi, aku cuba juga guna dulu and ambil walau sedikit manfaat yang ada.
Tapi lepas Cleansing Gel aku berjaya hilangkan terus kudis tu, memang aku stop teruslah hydrocort.

Benda yang kita apply kat badan ni, takkan bagi respond yang sama untuk semua orang.
Jadi, kalau pakai skin care, mohon bersabar.
Jangan pakai hari ni, bulan depan tukar.
Selagi tak memberi mudarat pada skin, tak payahlah tukar dulu.
Healing process ni ambil masa. Kulit semua orang tak sama.

Contohnya kolagen.
Kalau ada bahagian badan yang lebih memerlukan kolagen, kolagen akan ke bahagian itu dulu.
Dah settle sana baru dia baik pulih bahagian badan yang lain.
Sebab tu ada orang makan kolagen, rambut jadi lebat, kurang gugur.
Orang lain makan, takde perubahan pada rambut pun.
Sebenarnya bukan takde perubahan tapi BELUM ada perubahan lagi.
Orang tu takde acne, kita ni ada acne.
Jadi kolagen tumpu pada baik pulih acne dulu, later baru dia baik pulih rambut yang gugur. Mohon bertenang.

Apa-apa pun komen customer tu kat kulit aku, buatkan aku yakin, muka ni kalau dijaga dengan baik (tak kisah pakai skincare apa brand pun), dia akan memberikan hasil.
Tak nampak sekarang, nanti lagi 20 tahun akan ada orang akan notice apa perbezaannya.
Tak perlu spend pada brand yang mahal-mahal (kalau mampu, silakan), asalkan basic skin care mesti ada:

- lepas pakai mekap, cuci bersih! Pastikan no residue.
- kalau pakai cleanser berasaskan krim/oil, tolong apply toner selepas tu.
- apply sunscreen kalau keluar rumah atau ketika duduk dekat dengan cahaya matahari (walau dalam rumah).
- moisturiser JANGAN TINGGAL.
- mask selalu orang anggap tak penting. Aku taknak cerita panjang kat sini pasak mask nanti jadi blog ilmiah. Yang aku nak pesan, pakai mask at least seminggu sekali.

Hat ni skin care basic 👆. 
Yang lain-lain macam serum, night cream, lotion, boleh tinggalkan dulu.
Ada rezeki esok, beli. Jangan semua-semua nak beli serentak.
Aku dulu pun beli 2-3 je dulu. 
Lepas dah guna 7-8 bulan, nampak macam skin takde outbreak, serasi, baru tambah 1-2 lagi produk.