2021-06-12

Wanita malang

Minta maaf kepada yang request aku respond pada isu 'bodo-bodo- Prof Muhaya'. 
3 hari lepas punya isu. 
Kebetulan masa isu tengah panas aku tengah prepare nak exam. 
By the time aku dah lapang kepala, Prof dah pun buat statement tentang isu tu. 
So, anggap settle. 
Walaupun begitu, sampai ke hari ni newsfeed aku masih lagi orang dok bercakap pasal isu ni. 
Dalam ramai-ramai tu aku terpandangkan satu post yang quote kata-kata Prof "Wanita paling malang adalah wanita yang salah pilih suami". 
Pun, ramai yang tiggered dengan quote ni.

Aku tak sure lah kenapa isu 'bodo-bodo' aku tak triggered, quote 'wanita malang' ni pun aku tak triggered. 
Maybe aku kurang perasaan kot. Entah, I don't know. 
Tapi aku lebih suka nak respond pada quote 'wanita malang' tu. 

Aku tak follow Prof. 
Tak rajin tengok rancangan dia. 
Tak pernah tertunggu-tunggu pun program dia. 
Bolehlah dianggap aku bukan fans dia. 
Tapi kalau lalu video atau quote dari dia tu aku bacalah.

Actually kan, quote 'wanita malang' ni aku dah dengar dari orang lain, iaitu dari seorang ustaz. 
Tapi dia tak sebutlah perkataan malang. 
Dia cakap "Jangan salah pilih suami. Nanti terperangkap dalam neraka dunia". 
Dia tak main word MALANG dah, terus bagi NERAKA dunia je. 
Ni mujur ustaz cakap dalam kelas munakahat, hanya depan-depan orang yang bersedia untuk menerima ilmu.
Kalau ustaz ni bercakap depan orang awam yang kerjanya nak memprotes saja, memang masaklah ustaz ni.
Silap-silap ustaz ni yang dinerakakan netizen.

Ustaz cakap "Kalau bakal suami masih tak tahu solat atau solat masih malas-malas, puasa culas-culas, tangguhkan dulu kahwin. Memang betul manusia boleh berubah tapi kan lebih baik solat dan puasa tu diperbaiki sebelum kahwin?"

Jadi aku rasa apa yang Prof cakap tentang wanita paling malang adalah wanita yang salah pilih suami, ada benarnya. 
Kuasa seorang lelaki yang bergelar suami sangat besar dalam rumahtangga. 
Sebab tu ramai wanita yang walau menderita dengan sikap suami, masih terus kekal bersama kerana nak keluar dari rumahtangga bukan mudah. 
Kedudukan suami dalam keluarga sebagai ketua, dengan anak-anak yang dah berderet, menjadikan isteri susah buat keputusan untuk keluar dari belenggu masalah. 
Akhirnya ramai yang pilih untuk stay semata-mata nak menjaga ikatan perkahwinan yang dibuat atas nama Allah, demi airmuka, demi menjaga anak-anak.

Ada yang kata "Manalah saya tahu kalau saya dah pilih suami yang salah selagi saya tak kawen dengan dia".

True. You got the point.
However, sebahagian besar perangai seseorang kita boleh nampak ketika kita berkawan, contohnya....ok aku malas nak start part ni nanti mood aku blow satu hari. 
Apa yang aku aku boleh katakan, tempoh berkawan adalah ruang terbaik untuk kita nampak SEBAHAGIAN BESAR sikap bakal pasangan. 
Cuma ketika ni rasa sayang dan cinta sangat menebal. 
Semuanya kita pandang sebelah mata, walaupun perangainya menyakitkan hati. Betul tak? 
Jangan tipu diri sendiri. Betul tak?

Aku pun sama, gitu jugaklah. 
Seawal 6 bulan pertama bercouple dah nampak dah hawa-hawa perangai jelik tu, tapi aku diamkan aje.
Sebab apa? 
Sebab wanita selalu merasa dia boleh ubah lelaki tu jadi lebih baik. 
Wanita selalu merasa one day kerana aku maka dia berubah. 
Disebabkan itu kita pejam-pejam mata dengan perangai yang kita tak berkenan. 
Tapi masa tu kita tak realize one day sikap dia itulah yang akan jadi beban terbesar selepas kahwin.

Contohnya, malas. 
Peel malas ni kita boleh nampak sebelum kawen lagi. 
Again, aku ada contoh ni tapi aku malas nak bukak balik cerita lama.

Another one, berlagak pandai padahal bodoh. 
Ni bukan buat-buat bodoh tau tapi memang bodoh tapi mengaku pandai.

Lagi satu, tak tau malu asik mintak belanja.

Aku malas nak elaborate nanti sampai minggu depan aku panas hati.

Wanita belanja sesekali, itu wajar. 
Kau pun janganlah kedekut sangat duit tu kan. 
Tapi jenis lelaki yang muka tak malu asal outing asyik harap pompuan keluar duit, ini adalah hint terawal esok dah kawen kau bakal tanggung segala expenses dalam rumah. 
Mimpilah dia nak bagi nafkah bagai. 
Janganlah anggap "Takpelah, apa salahnya berkongsi rezeki".
Jangan jadi bodoh sangat, ya. 
Berkongsi bermakna sorang-sikit share. 
Dah kalau balik-balik kau yang cover sebahagian besar benda, kongsi apabendanya?

Itu dari kacamata duniawi seorang Diana. 
Kalau dari apa yang ustaz aku maksudkan tu, lebih kepada urusan akhirat. 
Seorang suami harus mengajarkan ilmu agama pada anak dan isteri. 
Kalau dia tak begitu pandai dalam masalah agama, maka wajib dia mencarikan guru atau hantar anak isterinya belajar agama. 
Jadi bila ustaz kata "salah pilih nanti terperangkap dalam neraka dunia" - ini lojik. 
Kerana manusia yang tak berilmu pasti leka dengan urusan dunia dan jahil urusan akhirat. 
Maka dia tergolong dalam golongan yang rugi kerana terlepas banyak manfaat. 
Salah satu bentuk azab Allah adalah ketika dia terus-menerus leka dan asyik dengan hal dunia.
Inilah maksud neraka dunia tu.  

Berbalik pada statement Prof tentang isu wanita malang, aku yakin itulah juga yang dia maksudnya, iaitu ketika seorang wanita mendapat suami yang salah, pasti hidupnya menderita. 
Suami yang tak berilmu pasti tak tahu kewajiban menyediakan keperluan asas terletak atas bahunya.
Dia juga tak tahu wajib beri nafkah zahir dan batin pada isterinya.
Dia juga tak tahu tak boleh pukul isteri sesuka hati.
Dia juga tak tahu ibu bapa mertuanya juga di bawah tanggungjawabnya.
Dia juga tak tahu aurat isteri dan anak-anaknya perlu diperhatikan.
Dia juga tak tahu isteri bukanlah babu di rumah. 
Semua benda ni kalau seorang suami tak tahu, pastilah isteri itu jadi wanita malang. 
Realitinya, RAMAI wanita yang ada masalah ni. 
Tu ha, page KRT tu manjang je isteri mengadu suami gitu suami gini. 
Pasti isteri-isteri tu pernah terdetik dalam hati "Apalah malangnya nasib aku dalam laki macam ni".

Jadi kalau suami kita ok terhadap kita, kita juga boleh terima suami seadaanya, kenapa mesti triggered dengan statement tu? 
Apa yang Prof maksudkan tu bukannya seorang suami harus perfect. 
Islam kan ada benchmark untuk seorang pemimpin keluarga. 
Seorang suami tak wajib kaya, tapi wajib melunaskan keperluan asas keluarga.
Seorang suami boleh tegas, tetapi bukan kaki pukul bini.
Seorang suami sibuk mencari rezeki, asalkan perhatian pada keluarga tak terabai.
Rasanya kebanyakan suami kita macam ni, kan?
Dia tak perfect, tapi dia pun tak teruk sangat, maka kita bukanlah wanita malang.
So, tak perlulah terasa.