2020-12-23

JB Dis 2020 - jadiklah bercuti dalam negara.


11 hari tak update blog adalah sebuah pencapaian yang rare ya untuk seorang Diana Ishak.
Walau macamanapun, ini adalah sesuatu yang normal setiap kali bulan December.
Macam tahun-tahun sudah, December ni selalunya aku bercuti - dah tentu-tentu tak sempat nak update blog.
Dan bulan ni juga Y.E.S - dah tentu-tentu sibuk dengan sales and operation.
Bulan December juga adalah bulan busy at home melayan karenah anak-anak yang dah bercuti sekolah.
Jadi, agak normal juga bulan December blog aku tak sesibuk bulan lain.
Tapi rasanya bulan ni pada tahun ni, blog aku jauh bertambah sawangnya sebab aku ada education project untuk disiapkan dan assignments serta research project untuk disiapkan.
Tapi kalau yang follow IG aku tahu aku tak sentiasa update aktiviti harian aku di sana.

Last Friday aku ke JB, bercuti.
Nak kata bercuti beria-ia pun tidaklah.
Motif utama nak jumpa Mak Aji and Pak Aji.
Mak pak aku dah almost 2 bulan duduk JB rumah Ima.
Sejak Ima operation awal bulan Nov hari tu, dorang ke JB jaga Ima and anak-anak.
Alih-alih dah hampir 2 bulan.
Seronok nampaknya duduk sana, lagipun Selangor ni tak surut-surut kes Covid19 jadi aku tahan dorang kat sana dulu.

Selalunya bulan December kitorang adik-beradik mesti berkumpul kat Bangi celebrate wedding anniversary Mak Aji and Pak Aji.
Tiap-tiap tahun Ima akan balik Bangi untuk sama-sama celebrate.
Ni dah alang-alang Mak Aji Pak Aji ada di sana, aku cakap apa kata kali ni kita je lah ke JB untuk celebrate.
Tapi tak cukup korum sebab Dill masih tersekat kat Qatar belum dapat balik, Ibal pulak balik Kelantan.
Pun tak apa, aku yakin suara aku and Ima dah mewakili suara yang tak dapat datang.
In fact suara aku punya desibel bersamaan suara 10 orang, konfem meriah.

Aku and Ima plan untuk senyap-senyap jangan bagitau Mak Aji and Pak Aji aku nak ke JB.
Aku gerak 9am dari rumah, bawa Mie anak sedara En Wan sekali.
Ima pun sporting, sama-sama check in di Afiniti Medini, sebelah je dengan Legoland.
Tapi pagi Jumaat tu Azrul masih kerja, jadi dorang check in Sabtu.
Aku je check in Jumaat.
Tapi pagi tu sampai je JB terus ke rumah Ima dulu.
En Wan dah rindu nak solat Jumaat, tu pasal bergerak pagi supaya dapat Jumaat di sana.

Aku sampai depan rumah Ima, seperti yang dah dirancang, Ima akan tutup semua pintu and tingkap.
Aku masuk dengan tak bagi salam, terus ketuk pintu je.
Pak Aji bukak pintu dengan muka yang blur.
Ada la 3-4 saat dia tenung aku, agaknya dia masih men-digest siapa lah yang datang ni, macam muka anak aku, tapi takkanlah anak aku datang JB.
Siap gosok-gosok mata tu, tak tahannnn.
Hilangkan aku nak surprisekan dia, aku pulak yang surprise bila dia macam takde emosi memandang muka aku.
Terus aku "Eh Pa, dah lupa ke ada anak sorang lagi?"
Lepas tu baru dia gelak and panggil Mak Aji "Diana datang!"

Riuh sekejapan rumah Ima macam jejak kasih.
Aku dalam kereta dan warning semua "Jangan salam-salam ya"
Nenek and atuk nampak cucu terusssssssssssssss.....
Aku macam....hmmmm...
Berdoa janganlah ada apa-apa, maklumlah we all kan dari red zone.

Bukan main suka lagi En Wan akhirnya dapat solat Jumaat setelah sekian lama.
Siap dapat saf kedua tu, antara yang terawallah kiranya. Alhamdulillah.
Ima dah get ready dengan Pizza Hut, aku pulak lepas Subuh kat rumah dah siap-siap buat mihun goreng seafood.
Lengkap dengan bawak sebalang keropok. Macam nak pi piknik.
Kenyang semua dapat makan mihun and pizza.
Tak lama lepak rumah Ima sebab aku perlu check in at 3pm sebab 4pm aku ada zoom meeting.



Tanjat ai tengok bilik dia.
Mentang-mentang sebelah Legoland, tema rumah pun ala-ala kanak-kanak riang.
Vibe Legoland tu sampailah kiranya.

Apartment ni SANGAT OK.
Yang pertamanya sebab bilik air besar.
Kebanyakkan AirBNB yang aku pegi, bilik air boleh berlaga tetek kalau masuk berdua (eh!).
Tapi kali ni masuk berempat pun boleh.

Contohnya gambar atas ni bilik master bedroom.
Katil aku tu king size, tu pasal selimut tu muat-muat je cover atas tilam.
Rayyan boleh tido dengan aku sekatil dengan selesa kalau dia nak.
Tapi dia mesti nak tido dengan nenek.
Tapi mandi kat bilik air aku sebab ada bathtub.
And bathtub dia besar (panjang). 
Dia punya shower pun boleh mandi 3 orang dengan selesa, jauh lebih besar dari most hotel aku pergi.



Ini hall and bilik mok.
Dekat hall ada 2 set single bed room.
Mie and Redza tido luar.
Dorang lebih suka sebab rupanya apartment ni ada sekali PS4!
Memang jadi burung hantu la budakberdua tu melayan PS4 sampai tengah malam tanpa gangguan.
Bilik air dorang berkongsi dengan mok.
Besar and selesa cuma takde bathtub.
Pantry pun lengkap pinggan mangkuk cawan yang banyak.
Ada mesin basuh berserta dryer, tapi kitorang tam basuh baju pun. Malas.
Dah nama bercuti kan, malas nak buat kerja-kerja membasuh ni semua.

Ima duduk apartment yang sama, tapi aku level 10, dia level 16.
Swimming pool, surau and gym kat tingkat 22.
Tapi masa kitorang datang, pool tutup.
Takpelah, budak-budak ni pun taknak main pool.
Masing-masing lagi enjoy berkubang dalam bath tub.



Ini apartment Ima, konsep Minion.
Ima punya apartment, ruang hall takde katil, tapi ada ruang main untuk budak-budak.
Siap ada Lego bagai.
Master bedroom dia ada dua twin beg, jadi anak-anak dia boleh tido sebilik dengan dia.
Bilik lagi satu Mak Aji and Pak Aji tido.
Not bad jugaklah konsep tempat tinggal macam ni, tak tido dalam Legoland pun takpe.
Anak-anak masih dapat vibe 'riang ria kanak-kanak'.

Jumaat malam, aku berempat makan kat Medini Mall sebelah apartment ni je.
Walking distance.
Medini Mall ni attach dengan Legoland, jadi memang cun sangatlah port stay aku kali ni.
Tempat makan kat sebelah, Legoland pun kat sebelah.

Rupanya aku dah penah masuk Medini Mall ni 7 tahun lepas.
7 tahun lepas aku dah masuk Legoland, pernah makan dah pun kat Medini Mall ni tapi tak tau pulak aku namanya Medini Mall.
Biasalah, aku kan jenis masuk mana-mana tak tengok tajuk kedai. Redah je.
Tapi sekarang Medini Mall dah makin cantik.
Instagrammable punya tempat.

Malam tu, aku, En Wan, Redza and Mie makan kat Chicken Rice Shop je.
Penat la nak makan jauh-jauh, lagipun mok and Rayyan taknak ikut, tak best la makan tempat best-best kalau tak cukup korum.



The Chicken Rice shop ni mengundang memori 7 tahun lepas, tatkala nampak step dalam kedai dah diletak amaran "Mind your step".
Aku syak dah ramai tersungkur dek kerana step dia yang tak bertamadun tu.

7 tahun lepas, aku pernah tergelecek dalam restoran ni disebabkan floor dia yang tak tahu hujung pangkal tetiba ada 1 step tangga.
Memang tak perasan ada satu step berbeza level di tengah-tengah restoran.
Lalu aku pun tergelecek dan tersembam. TERSEMBAM okeh!
Mujur jugak aku yang kena, dibuatnya mok mertua aku?
Masa tu pun aku ke sana bawa mok sekali, dengan bibik Lenny.
Masa jatuh tu, aku cuba bangun tapi tak boleh.
Sakit gila sampai pekuh keluar serta-merta.
Berpapah keluar dari kedai.
Masuk dalam kereta, kaki aku bengkak (kiri).
Aku dah cuak kot-kot fracture ke apa ke kan, sebab kaki yang sama pernah retak masa aku second year dulu. Bersimen!

Pulak tu masa aku tergelecek kat Medini Mall 7 tahun lepas, cun-cun sebulab je lagi aku nak ke umrah for the first time.
Seram je bila kaki dah membengkak, takut tak dapat pi umrah.
Tapi alhamdulillah dia terkehel je, lepas Lenny urutkan, dah ok.
Memang kuang aja betul step kat kedai tu.
So bila last week nampak dah letak tanda amaran, aku memang syak dah ramai tersembam kat situ.
Yang si kedai tu pun satu, dah 7 tahun kot, can't you do something better than letak amaran? Adoilaaa.



Ni tengah-tengah Medini Mall.
Dah cantik dah area ni. Memang sesuai la untuk bergambar-gambar.
That's why aku cakap mall ni instagrammable.

Bujang sangat kan, Redza?
Nasib baik menjak dah bujang ni mau bergambar.
Agaknya sebab dah tak mampu nak menyorok.
Kalau tak, dulu asal ajak bergambar je dia hilang, menyorok.
Kadang-kadang dia sama-sama dengan kita ready nak bergamba.
Bila semua dah ready, tetiba dia menyorok belakang kita. Memang payah.
Now, alhamdulillah, banyak dah gambar dia.



First time aku try Java Chip + Cashew nuts + Muffin.
Ya Allah sedap gila!
Ni semua gara-gara anak sedara En Wan yang belanja.
Dia sangat arif bab-bab mengimprovisasikan Java Chip aku.
Kalau dia belikan aku Java Chip, konfem yang pelik-pelik air tu jadinya.
Kali ni memang pekat gila rasa coklat, puas hati!
Korang yang belum pernah try campuran ni, silakan.
Tapi nak dekat RM30 jugak la harga sebekas ni.
Kalori? Abaikan buat sementara ni.



Another port di Medini Mall.
Just nice ada 3 ketul buai, silakanlah.



Esok pagi, aku dengan En Wan keluar breakfast berdua sebab masing-masing bangun awal.
Malas nak kejutkan budak-budak ni join sekali, kasi aku makan bertenang-tenang.
Aku tak tau mana En Wan jumpa tempat ni, Ima sendiri kata dia tak pernah sampai sini.
Kedai Mok Cun (kalau tak salah).
Gugel-gugel sendiri dan terus sampai sini.
Kedai ni buka 8.30am, just nice kitorang sampai.
Tak masuk pukul 9am tau-tau dah penuh.
Rupanya kedai ni famous juga. Patutlah ramai orang.

Kedai ni ada jual semua common food orang Johor - laksa Johor & lontong especially.
Nasi lemak pun ada, nasi goreng pun ada.
Of course la aku makan lontong, kan. Kata dah sampai Johor.
Lontong dia ada banyak jenis, ada lontong kuah, lontong kering, lontong daging.
Yang aku makan ni lontong kuah.

Tapaukan makanan sikit untuk rakyat-rakyat di apartment sekali.
Masa ni Ima and the geng belum check in lagi, jadi aku tak tapaukan apa-apa for them.
Lepas makan memang terus balik bilik.
Pagi tu takde program apa-apa, lagipun Sabtu lepas hari bekerja untuk ofis aku.
Jadi, lepas breakfast, aku and En Wan masuk "ofis".
Masing-masing bukak laptop and berkomunikasi macam biasa dengan staff-staff kat ofis.



Ini pemandangan biasa sewaktu bercuti di bulan December.
Be it ke luar negara atau dalam negara, kalau dah nama bulan December, laptop wajib dibawa ke mana-mana sebab bulan ni bulan Y.E.S.
Aku taknak biarkan staff tunggang-terbalik kat ofis menyiapkan order.
Marilah kita tertonggeng berjemaah walau dikejauhan.

Program kitorang hari tu start at 2pm - celebration wedding anniversary Mak Aji and Pak Aji.
Ini memang program wajib setiap tahun, bulan December.
Selalunya Ima akan balik ke Bangi, tapi tahun ni memandangkan mak pak aku ada di sana, biar kitorang pulak ke JB.
Planning dah dibuat seminggu lebih awal.
Ima and Azrul 2-3 kali ulang-alik ke Medini Mall untuk arrange deco and book makanan semua.
Segalanya dibuat senyap-senyap macam takde apa yang berlaku, supaya Mak Aji Pak Aji tak detect apa-apa.



Inilah apartment yang kitorang stay - Afiniti Medini.
Ni bergamba sebelum berjalan kaki ke mall sebelah.
Walking distance je, tu yang best tu.
Aku rasa kalau budak-budak lain mesti dah menggeletik nak masuk Legoland, tapi si Rayyan tak nak masuk, boleh?



"Adik nak main game dengan Kak Jannah".

Punyalah jauh bapak kau drive, alih-alih kau tak nak masuk Legoland.
Dulu pun punca kitorang tak berlama-lama dalam Legoland tu sebab dia menangis bosan nak balik.
Kesian Redza.
Mujur kali ni Redza yang memang nak masuk sangat.
Nasib baik jugak anak sedara En Wan ikut sekali, kalau tak, dah siapa pulak nak teman Redza main kat dalam tu.
Aku memang taklah tempat-tempat gini, tak pasal je karang migrain. Panas gila kot.




Buat kat Secret Recipe je, senang semua benda boleh makan sini.
Nak western ke, nak Asian ke, lengkap.
Mula-mula nak buat kat Absolute Thai, tapi macam tak best pulak budak-budak tak banyak pilihan makanan.

Selalunya kalau aku buat majlis kat mana-mana restoran, kebanyakkannya offer complimentary deco.
Tapi memandangkan SR kat Medini tak pernah buat apa-apa event jadi semua kita kena provide.
Jadi, kitorang bayar duit deko, senang cerita. 
Tapi simple-simple je lah deco dia pun. Tak perlu sarat.
Makanan pun book awal-awal so that tak payah tunggu lama.

Mak Aji and Pak Aji seperti yang kitorang dijangka, SURPRISEEEEEEEEEE!
Memang dorang tak expect ada celebration sempena wedding anniversary kali ni sebab tak cukup korum. 
Lainlah kalau semua anak-anak datang, maybe dia dah boleh syak something.



Bila dah ramai-ramai tu masing-masing pun lupa nak ambik gambar masa makanan dah sampai.
Mujur ada ambil gambar ni sebelum segalanya berterabur.
Idea pakai crown tu tak terlintas dalam kepala pun, itu semua idea Secret Recipe.
Lepas tu cucu-cucu paw semua crown bawak balik.



Mok pun pakai juga.



Ni memang kembar Siam...melekat ke mana-mana.
Kat rumah masing-masing berkomunikasi via Roblux.
Dah jumpa depan-depan pun masih dengan Roblux.
Dan dua-duanya K-Pop.



....termasuklah anak menantu pun tumpang sekaki pakai.
Bila lagi kan. Lainlah kau Dato Vida nak pakai crown hari-hari.



Beburung ku.
Tua benar dah nampaknya burung yang kiri sekali tu.
Rambut tu sikit masa lagi lebih banyak putih dari hitam.



Patutnya ramai lagi ni, tapi takpe, mana yang ada.
Ada rezeki esok, repeat lagi.
Sekarang nak berkumpul ramai-ramai gini dah payah.
Ini pun mujur orang Johor nak terima kitorang yang dari red zone ni.

Nak dijadikan cerita, pagi tu En Wan and anak sedara dia gi merayap kat Gleneagles sebelah apartment kitorang.
Apartment kitorang ni berdepan dengan Gleneagles.
Hajar hati nak carikan bunga untuk Mak Aji.
Hospital mesti ada florist, kan.
Bila scan kat pintu masuk, guard tanya dari mana.
En Wan gi mention "Dari Selangor".
Terus tak boleh masuk kauuuuu. Hahahah.
Takde orang nak terima makhluk dari red zone nampaknya.
Maka, kensellah beli bunga.



Ni bergambar kat perkarangan Medini Mall.
Belakang tu apartment kitorang. Dekat sangat.

Lepas makan-makan kat SR, semua pun balik bilik masing-masing, tido.
Entah hape yang penat pun aku tak tau lah, tapi aku pun tido jugak.
Bangun tido, get ready nak dinner pulak.
Memang gitulah kalau dah nama bercuti - makan makan makan - tak berenti.
Malam aku keluar ber-enam je - aku, En Wan, Mie, Redza, Pak Aji and Mak Aji.
Yang lain semua nak lepak bilik.
Macam Ima, memang konfem taknak keluar punya.
Sah-sah dia duduk area situ, apa benda yang dia nak cari pun kan.
Better dia spend time dalam bilik je.

Kitorang dinner kat restoran favourite aku - Sedap Corner.
Sorry, takde gambar. Dah penat bergambar.



Again, esoknya aku bawak Mak Aji and Pak Aji breakfast.
Tekak aku teringin nak makan mamak, pekena teh tarik.
Sekali mamak tu ada vadeh, pehhhh!!! 
3 bijik aku sorang hadap. 
Bak kata En Wan "Kalau dah salasilah dia itu, itu jugaklah yang dia cari".



Masa untuk check out adalah 11am di apartment ni.
Redza and Mie masuk Legoland at 10am.
Takkan lah dorang nak main sejam je kan.
Jadi kitorang plan, lepas check out, semua balik rumah Ima kejap.
Lepak sana sampai 1pm, sebab 1pm baru Redza and Mie keluar.
Max kita bagi 3 jam je.
Lepas collect dorang, baru kita makan lunch, kemudian terus balik Putra Heights.

Lepas En Wan dropkan kitorang kat rumah Ima, En Wan and the guys ke stadium JDT.
Biasalah kan guys...tak kuasa aku nak join.



Memang cantik stadium ni, tengok launching kat TV dulu tu pun dah nampak mewah.
Tapi tu lah, yang terlibat dengan JDT macam Hamba Allah dalam gambar ni, mohon bergambar dari kejauhan je lah.
Jadilah, nak bergambar dekat-dekat bukan kau sokong JDT pun. 



Ini je la pun gambar yang aku dapat dari Redza selama 3 jam dia kat dalam tu.
Budak lelaki, mana reti nak menyimpan kenangan bergamba semua ni.
Lainlah budak perempuan, mau panas henfon tu kejap-kejap bergambar.
Walaupun panas berdenting, at least berbaloilah bayar tiket beratus, puas main.
Dibuatnya hujan, lagi sedih tak dapat main lansung.
7 tahun lepas kitorang masuk sini tak dapat main sangat sebab hujan.
Dah macam maskot Digi ke sana sini dengan baju hujan.



Ni 7 tahun lepas masuk Legoland dengan baju hujan.
Kesian mok mertua aku, pasrah berserah kena pakai baju hujan kuning.

Tak, dah kenapa aku legam sangat waktu ni?



Akhirnya sampai jugak aku kat sini - Restoran Terapung Pendas.

Selama 2 bulan Mak Aji duduk JB, bukan main meriah lagi dorang men-spam gambar makan seafood kat sini.
View pun cantik.
En Wan yang nak pegi sangat sini, tu yang macamanapun, kena sampai ke sini jugak.
Baru berbaloi drive beratus kilometer dari rumah.

Tapiiiiiiii.....aku pening makan atas ni.
This is my first time makan di restoran terapung yang betul-betul terapung atas air.
Selama ni aku makan kat restorang terapung yang di pacak dalam air.
Tapi kali ni memang restoran floating atas pelampung.
Patutla aku terasa apesal air laut ni dekat sangat dengan lantai restoran?
Rupanya memang terapung atas pelampung.
Yang si bot and kapal pulak kejap-kejap melintas.
Dia punya bergolak air tu buat aku mabuk. Stress aku nak makan.
Makan sambil terjeling-jeling tengok laut.
Yang Si Azrul menambahkan lagi seram aku "Ko jangan risau Diana. Restoran ni takkan tenggelam. Paling teruk pun dia hanyut sampai Singapore".
Kuang asam.



The food SEMUA SEDAP.
Especially asam pedas ikan merah.
Dah la semua pun seafood fresh, masakan pulak sedap, memang puas hati.
Cuma the ketam tu keras nau cengkerang dia, dia tak ketuk dulu.
Aku pakai baju putih pulak tu, tak dapat nak kekah.
Kalau kat rumah memang aku dah ketuk dengan lesung batu.



Dah macam meja kenduri kawen kitorang punya lauk pauk penuh dari satu hujung ke satu hujung.
Yang penting SEMUA pun habis.
Yang tak habis cuma ketam and tomyam yang ditapau sikit.
Itupun licin juga penyudahnya.
Mok mertua aku sampai tak reti nak makan apa dek kerana lauk banyak sangat.
Last-last dia makan sayur and telur je. Adoilaaa.





Mendung dan hujan sepanjang makan kat sini.
Tapi takdelah sampai tempias.
Cuma seram la sebab restoran tu bergoyang-goyang.
Aku kan imaginasi tinggi.
Tapi dalam pada seram tu, makan tetap bertambah.



Dah mau berposing dah Budazah ni sekarang.



Of course, haruslah ada gamba tuan tanah bersama roommate-nya.

Kali ni ke JB aku puas hati, especially kat tempat tinggal.
AirBNB yang sebelum-sebelum ni, tak berapa menarik.
Paling hazab bab parking and registration.
Punyalah payahnya sampai aku ngeri nak ambik AirBNB.

Tapi kali ni, aku selesa sangat. 
Dari parkingnya yang mudah, lift yang cepat, persekitaran selesa, 7-11 ada kat bawah, mall hanya walking distance - PERFECT.
Lagi satu, bilik air besar.
Bilik air memainkan peranan penting dalam hidup aku - mesti besar, ada hose, lighting tak suram, heater ok - cun dah ni.

Yang kedua, aircond kena mantap, ya.
Kalau setakat hembus-hembus, memang aku pangkah.
Yang lain-lain aku boleh pejam-pejamkan mata lagi.

Tak tahu bila lagi nak ke JB.
Kalau ke Pagoh tu insyallah, awal January nanti sampai lagi.