2020-12-27

Anniversary ke 22.


23 Disember 2020.
Genap 22 tahun “Metvesary” antara aku dengan En Wan.
23 Dis tiap-tiap tahun lebih meng-excited-kan aku berbanding wedding anniversary.
Kerana kalau tak kerana 23 Dis 1998, maka takdelah hari nikah.

Actually, pada tarikh tu 22 tahun lepas, aku tak berani nak jumpa En Wan.
Just like dalam entry yang lepas aku cerita tentang ‘penyakit’ aku tak suka jumpa orang, itulah juga yang berlaku bila En Wan ajak jumpa.
Aku ingat lagi malam sebelum tu aku sampai dari Kuching, balik bercuti sempena Krismas.
En Wan dah sampai Malaysia lebih awal, stay rumah Kak Ngah di Setiawangsa (dulu Kak Ngah duduk sana).
Pagi tu En Wan call ajak jumpa, aku taknak.
Aku cakap “Tak payahlah, kita just sembang-sembang dalam phone je”.

En Wan kata “Dah kebetulan kita ada dekat, apa salahnya jumpa dulu kejap. Takkan nak berkawan kat surat je?”
Padahal dalam surat En Wan dah bagi hint dia nak aku jadi special, tapi ‘penyakit’ yang ada dalam diri aku ni deny semuanya.
Last-last aku setuju dengan syarat dia kena datang rumah aku sebab aku tak pernah keluar ke mana-mana sorang (except pi tusyen).
Apa alasan aku nak bagi mak bapak aku? Nak keluar jap jumpa jantan?
PANGGGGG kena penampa kokedai nanti.

En Wan dengan beraninya datang ke Bangi, naik komuter.
Dah lah berani datang jumpa, berani pulak datang rumah sembang dengan mak bapak aku dan berani minta izin bawak aku keluar kejap.
Aku kat tepi dah pucat.
Apesallah kau ni advance sangat. Baru first day kot.
Tapi tu lah, kerana 23 Dis 1998 tu la kitorang jadi roommate sampai sekarang. Alhamdulillah.

So tahun ni celebrate dekat je - One World Hotel Damansara.
Macam biasalah, aku tak tau cerita.
Pagi tu Isnin aku ada meeting kat academy.
Next day sambung meeting patutnya 8.30am.
Balik rumah aku bagitau “Esok Di sambung meeting lagi tau. Maybe sampai petang, silap-silap malam”.

“Eh janganlah. Abang baru nak buat surprise”,

Rupanya dia senyap-senyap book hotel 1 malam kat sana.
Nasib baik meeting boleh sampai 1pm je.
Ni la payahnya kalau suami lupa isteri dia juga attach dengan company lain.
Sesuka hati dia je suruh aku tukar waktu meeting.
Dia ingat aku own that company jugak agaknya.
Mujur Big Boss academy sporting. Boleh tukar waktu.

Esoknya, lepas meeting aku balik rumah.
En Wan dah tunggu siap-siap, terus zasssss ke One Utama (hotel tu attach dengan mall).
Makan dulu kat Madam Kwan.

Selasa, tak ramai orang kat mall. 
Tapi boleh tahan juga waktu lunch orang bershopping. Mood Krismas. 
Aku tetiba mengantuk. Letih kepala otak memerah idea masa meeting agaknya.
Makan pun tak lalu. Just order sup dim sum je. Itu pun habis 3 ketul dari 6.

En Wan kelaporang. Nasi sepinggan settle. 
Siap order otak-otak. ABC aku pun dia bedal sampai licin. 
Then dia tanya “Nak apa-apa tak, dalam poket abang ada cash RM1400 ni”.
😆😆😆 Tu nak hint jangan mintak lebih dari tu la kan? Tak kosser.

Seperti biasa, gamba aku haruslah yang paling banyak : 

Dah 22 tahun bersama, dah tak reti nak mintak apa.
At this age, rasanya semua yang aku berangan akan dapat dari seorang boifren, aku dah merasa.
Bunga 40 kuntum? Bunga 12 kuntum?
Teddy bear? Coklat?
Candle lite dinner? Kek?
Semua pun dah. Dah tak kuasa nak menambah barang.
Lagipun setahun 3 kali celebrate - wedding, birthday and metversary. Nak apa lagi?
Aku cuma mintak check in hotel cepat, aku nak tido. Takleh angkat dah mata waktu ni.

Ini first time aku masuk One World Hotel Damansara.
Not bad juga hotelnya. Orang tak ramai tapi tidaklah sunyi.
Smooth check in. En Wan tempah suite.

Sangatlah besar suite dia. Barulah betul surprise!
Ini tak, surprisekan aku hotel kat Chow Kit, mana aku tak merempan, kan.
Actually aku dah pernah warned En Wan, kalau nak buat surprise anniversary kat aku, tolong berbincang dulu.
Bukan apa, laki aku ni always rasa setiap surprise dia tu hebat nau.
Tu yang kadang syok sendiri je book hotel celah-celah Lorong Haji Taib pun jadikkkk. Stress aku.

Sampai hotel, aku salin baju terus tido.
Pelik gak aku apesal laki aku ni bertenaga sangat sampai tak nak join tido.
Selalunya kalau nampak aku tido, mesti dia jemaah sekali.
Rupanya, member ada surprise.
Hantaq afternoon tea dalam bilik gitu.

Sedap pulak tu. Nak lagi tart dark choc tu.
Alahaiiii sebiji je la pulak.
Bangun tido terus mengadap makanan lagi u ollss.
Tapi satu benda yang aku mengah bab anniversary adalah - MAKAN. 
Non-stop dengan makan.
Padahal baru lunch kat Madam Kwan, balik bilik tido sejam, bangun makan kuih-kuih pulak.
Gitu gini gitu gini dah maghrib, nak bersiap keluar makan lagi.

En Wan booked dinner kat SUBAK, tak jauh dari hotel.
This is my first time ke sini.
Nama pun tak pernah dengar before this. Entah mana laki aku jumpa.
Tempatnya ceruk ke dalam.
Dari tepi hiway memang takkan nampak tempat ni.
Agak seram juga sebab terasing dari orang ramai.
Tapi once kau masuk dalam ni rupanya meriah.
Ramai betul manusia makan dalam ni.

Cantik betul setting meja kitorang malam tu.
Penuh dengan fresh flowers.
Aku ingatkan meja kat situ standard semua ada bunga. Rupanya tak.
En Wan kata dia tempah deco and flowers lagi mahal dari harga makanan kitorang malam tu.
Yang aku pulak boleh tak ambil flowers tu.
Mana aku tau kan. Dia pun tak cakap.
Kalau aku tau, aku bawak balik.
So technically, dapat bunga jugak tahun ni 🥰.

Cuma satu je la yang aku tak berkenan - PANAS. 
Kipas ada, tapi sebab ramai juga yang ber-candle lite dinner, jadi kipas tak dipasang. 
Penyudahnya aku berkuap. Tapi takpe, kontrol. 
Malam tu aku pilih salmon steak, En Wan ambik aglio olio.
Aku punya salmon steak not bad tapi mashed potato very dry, kurang sedap. 

Yang peliknya kitorang ni, dah la duduk serumah, kerja se-opis, breakfast, lunch and dinner sama-sama, tapi masih sentiasa ada benda nak diceritakan 😆.
Kat dinner anniversary ni pun boleh bersembang panjang gelak-gelak macamlah kau tak balik tido sekatil jap lagi.
Padahal atas katil nanti dah tutup lampu masih lagi “Abang, nak tau tak....”, sambungggg lagi bersembang.

Ingatkan dah habis makan, boleh balik.
Rupanya datang one slice cheese cake. 
Jangankan tidak laki aku ni nak jugak bagi kek.
Aku dah la macam nak tertetas butang seluar.
Makanlah jugak 3-4 suap, selebihnya tolong habiskanlah bang.

Oklah SUBAK ni, sesuai kalau nak dating atau celebrate apa-apa occasion, cuma aku takleh tahan panas so rasanya aku tak pi lagi kot.
Tunggu esok kalau dia ada buat bilik beraircond.

Malam tu balik bilik masing-masing sambung buat kerja.
En Wan dengan Y.E.S sale, aku dengan preparation meeting esoknya di academy.
Lambat jugak kitorang tido malam tu sebab siang dah ‘ponteng’ kerja, jadi malam kena pulunlah.

Esoknya lepas breakfast, lepak kejap dalam bilik siapkan sikit lagi kerja, pastu check out.
Oh yes, sepanjang Covid19, inilah hotel pertama yang allow guest ambik sendiri makanan.
Sumpah seronok betul aku.
Cuma setiap guest kena pakai glove (disediakan) untuk ambil makanan.
Tak kisahlah kalau kena pakai glove, janji puas hati dapat cedok makanan sendiri.
Barulah tak segan nak ulang ambik makanan berkali-kali 😆.

The food ok, walaupun on weekdays tapi pilihan boleh tahan banyak - ada nasi lemak, mee, rendang, sosej, potato, chicken/beef slice, bubur.
Oh bubur dia CENGGINI haaa 👍🏻👍🏻.
Bubur nasi kosong je tapi the condiments pelbagai.
Siap ada ayam carik. Memang meriahlah bubur aku.
Sebanyak-banyak ayam aku letak.

Food LULUS.
Eh lupa nak cakap, toilet dia kureng sikit sebab pakai bidet, bukan hose.
Aku boleh consider la bidet, tapi lagi puas pakai hose.
Jadinya, 50-50 kalau perlu kembali ke hotel ni.
Yang buat dia menang sebab bilik dia cantik.
Siap dalam bilik ada mouthwash, hand sanitizer and getah rambut!
Atau maybe bilik suite je dapat ni, I don’t know. Maybe.

22 tahun perkenalan.
Kawan baik dan kawan gaduh yang baik juga.
Yang pasti, business partner yang annoying.