2020-06-28

Kes rogol puncanya?


Rogol secara khususnya tidak ada kaitan dengan hijab.
Rogol terjadi bukan kerana “perempuan berpakaian seperti telanjang” atau “berposing berahi”.
Aku perhatikan ada sebilangan kelompok apabila membahaskan kes rogol dan cabul, selalu menyalahkan perempuan sebagai punca masalah.
To them, kes rogol terjadi kerana kesalahan perempuan yang tak menjaga aurat.
Akal singkat dorang mengatakan kalau semua perempuan menutup aurat dengan sempurna dan tidak beraksi manja depan kamera, maka rogol tidak akan terjadi.

Fine.

Tetapi kalau memang akar masalah dari kes rogol adalah disebabkan perempuan membiarkan auratnya terbuka dan tak berhijab, dah tentu kes rogol di negara-negara Barat-lah paling tinggi.
Dorang tu lagi lah dengan macam-macam fesyen yang pelik-pelik.
Berpakaian selagi tak terkeluar tetek, tak sah.
Pergi mall pakai seluar jean and bra tutup dengan cardigan [cardigan tu buat syarat je].

Negara-negara yang selama ini terkenal sangat ketat dalam melaksanakan syariat Islam, termasuk syarat berpakaian bagi perempuan, jangan tak tahu, negara-negara ni kes rogolnya sangat tinggi.
Afganistan, Mesir, Pakistan - ini sebahagian negara yang tak sepatutnya kes rogol terjadi.
Arab Saudi sendiri, negara yang terkenal dengan sangat konservatif dan super-ketat dalam cara berpakaian, pernah ada kes rogol beramai-ramai tahun 2005-2007. Ingat lagi kes ni?
Seorang perempuan dirogol beramai-ramai oleh 7 lelaki Saudi juga. Saudi kot!
Perempuan Saudi semua keluar dengan bertutup-litup! Apa lagi yang kurang tutupnya?

Hakikatnya, hijab, jilbab, abaya, burqa, niqab atau apa pun nama pakaian syariat untuk perempuan ternyata tak mampu membendung nafsu lelaki kalau dah memang mengote je kerjanya.
Walau bagaimanapun tak dinafikan faktor penampilan dan cara berpakaian juga mempengaruhi.
Tapi jangan anggap ia adalah penyebab utama.
Pada umumnya kes rogol berlaku di kalangan mereka sama sendiri.
Maksudnya, ada pengaruh faktor lingkungan.
Maybe di kalangan darah daging, kawan, jiran atau guru. Seseorang yang mangsa kenal.
Selebihnya faktor kesempatan dan sikap perogol.

Tak adil nak salahkan perempuan saja.
Please explain negara-negara Timur Tengah yang majoriti kaum wanitanya menutup aurat?
Adakah di sana tak berlaku kes rogol?

Lelaki dan perempuan dicipta dengan characteristik unik masing-masing.
Perempuan ada aurat, lelaki ada syahwat.
Perempuan dicipta dengan aurat yang lebih banyak daripada lelaki dan lelaki dicipta dengan syahwat yang besar bila berdepan dengan aurat perempuan.
Dua-dua point ni kalau bertembung bertemu akan menghasilkan daya tarik dan respon bergantung kepada orangnya.

Aurat adalah kelemahan bagi perempuan.
Setiap inci badannya yang termasuk kategori aurat adalah ujian bagi lelaki.
Manakala syahwat terhadap aurat perempuan adalah kelemahan lelaki.
Maka, sangat tak bijaknya orang yang mengatakan kes rogol berpunca dari wanita yang tak menutup aurat.
Dan dalam masa yang sama tak bijak juga kalau menyalahkan lelaki yang tak mampu menahan syahwat. Perlu ada kerjasama kat sini.

Anyways sebagai orang beriman, menutup aurat adalah wajib.
Islam tak pernah memerintahkan sesuatu yang tak jelas manfaat dan alasannya.
Begitu juga dengan larangan.
Ada sebab kenapa timbulnya larangan.
Menutup aurat bagi perempuan adalah perintah Allah dan Rasul.
Pasti ada manfaat besar di sebalik perintah tu.
Baik manfaat di dunia dan akhirat.

Secara psikologi, perempuan yang menutup aurat terhindar dari gangguan dan kejahatan lelaki yang tak berakhlak.
Selain tu bila kita menutup aurat dengan sempurna, secara tak lansung memberikan self control yang baik.
Kata-kata lebih terpelihara, sikap dan kelakuan lebih terjaga.
Secara otomatik, kalau kita memahami hakikat menutup aurat yang sebenar, kita lebih dihormati dan disegani oleh siapapun juga.

Tak perlu extreme sangat pun tak apa, cukuplah buat yang basic dulu.
Sometimes penampilan yang extreme yang tak didasari dengan ilmu yang benar juga akan membawa pelakunya tersasar dari kebenaran.
Ingatlah, kita bukan saja dinilai dari penampilan tapi seluruhnya.
Bak kata ustaz aku, penampilan adalah level hijrah yang paling bawah.
Ia bukan petanda bahawa kita sudah baik tetapi PERMULAAN untuk menjadi lebih baik.
Jadi, jangan ter-carried away dengan penampilan sendiri.

Ketika kita berhijrah, kita sedang membawa diri untuk berada di jalan Allah dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi larangannya.
Jadi tetaplah merendah diri dan tidak merasa diri kita paling betul.
Penampilan yang menurup aurat tak menjamin kita sudah “maksum”.
Ada ujian lain yang menanti.
Salah satunya adalah merasa diri lebih baik dan selalu benar. Ini ujian.

Kebelakangan ni, ketika seseorang sudah berhijrah, dia selalu merasa dirinya lebih baik dari orang lain maka rasa ke 'aku-an' jadi semakin tinggi dan cenderung memandang orang yang belum berhijrah penuh dosa.
Sebagai contoh, orang yang dah menutup aurat memandang yang belum seperti orang yang tidak taat pada agama, memandang rendah orang lain, dan merasa diri manusia yang paling betul dan tak pernah lagi salah.
Rasa ke 'aku-an' ni adalah ujian untuk mereka yang dah berhijrah.
Perlu sedar, semakin berilmu seharusnya semakin menunduk bukan menunjuk diri dan memandang dirinya lebih baik dari orang lain.
Kalau setelah hijrah sikap kita berubah begini, nampaknya takde beza kita sebelum dan selepas hijrah.
Kerana kesombongan takkan membawa kita cium bau syurga.

Hakikatnya semua ilmu dan hidayah datangnya dari Allah dan kita hanyalah makhluk yang sangat lemah dan tak berhak menyombongkan diri sesama manusia.
Ketika kita diberikan kesempatan untuk menyambut hidayah, hendaknya kita bersyukur dan menjaga ikhtiar kita tanpa memandang orang lain hina dan kita ahli syurga.
Kalau kita tak mampu membantu dalam hal duniawi, maka doa adalah hadiah yang terbaik untuk kebaikan seseorang.

Personally, my request, Muslimah dimanapun berada, bersegeralah menunaikan perintah Allah dalam hal penampilan.
Ambil yang ringkas dulu tetapi perindahkannya dengan ilmu yang benar.
Ilmu yang benar akan membawa kita kepada akhlak yang lebih baik.
Jangan terprovokasi dengan kata-kata “Lebih baik tak bertudung tetapi hati baik daripada bertudung tetapi hati busuk.”
Ingatlah, hati yang baik adalah hati yang kaya dengan iman.
Hati yang baik dapat dilihat dari pertuturan yang berhikmah.
Tak mungkin seorang Muslimah yang mengaku beriman dalam masa yang sama mengabaikan perintah Allah.
Allah perintah kita menjaga aurat [penampilan dan perilaku] agar terjaga jiwa.
Mengaku beriman tetapi masih berkeras taknak menutup aurat, selain dari di dunia hidupnya kurang terhormat, di akhirat nanti akan diminta bertanggung jawab.