2020-04-24

Aku perlukan lebih


Years ago I used to think "Kalaulah ada bangunan ofis sendiri..", "Kalaulah ada lebih ramai pekerja...", "Kalaulah aku boleh lebih lagi...", "Kalaulah aku ada pengalaman lebih..."...
Selalu je ada something yang aku rasa tak cukup, tak ada dan tak boleh buat.
Ada je benda yang aku tak puas hati dengan diri aku, especially bab achievement.

One day aku terbaca - pada hari seseorang itu mati, bermakna semua rezekinya telah habis diberi.
Dari sejak tu aku belajar appreciate apa yang aku ada SEKARANG.
Because, walaupun ada masanya aku rasa apa yang aku ada now tak cukup, aku percaya apa yang ada ni adalah apa yang aku perlukan SEKARANG.
Strength yang aku ada hari ni adalah strength yang aku perlukan SEKARANG.
Mungkin apa yang aku ada SEKARANG tak cukup untuk esok lusa, but that's ok. Esok cerita lain.
When tomorrow comes, insyallah Allah datangkan kecukupan untuk esok pulak.

Bukan maksudnya aku hidup untuk hari ni je. Tak, bukan macam tu.
Dulu aku selalunya mengeluh "Kalaulah aku ada tu...", "Kalaulah aku boleh buat macam tu..."
Bukan tak bersyukur, tapi sometimes kita ada rasa "Dah lama aku ada di takuk ni, kalau boleh nak gerak dari level ni ke level yang lebih ok". You get me?

Selepas beberapa kejadian, aku mula belajar that yang sebenarnya aku dah ada talent, ada qualifications, ada experience yang aku perlu SEKARANG.
It may not be as much as somebody else tapi takpelah.
Sebab segala yang kita ada SEKARANG, semuanya apa yang kita perlukan sekarang.

Contoh, masa aku pakai kereta aveo green apple, terdetik hati aku nak pakai CRV.
Menggeletis nau rasanya nak pakai CRV, for no reason.
Stress je bila CRV potong kereta aku. Sampai macam tu sekali aku punya teringinnya.
Lama juga aku pakai aveo, sampai aku dah kerja sendiri baru aku tukar kereta.
Sampai dah hilang minat kat CRV-lah kiranya baru dapat tukar kereta.
Aku tukar pun bukan sebab berlebih duit tapi sebab keperluan untuk dapatkan kereta yang lebih 'tegap'.

Tahun 2010 aku banyak outstation and mengangkut instrument ke sana sini.
Aku cakap kat En Wan, kalau bawak SUV nampak 'besar' sikit atas jalan, takde la takut kena road bully ke apa ke, sebab aku banyak bergerak sorang.
Lagipun SUV tegap sikit nak mengangkut instrument.
Akhirnya aku beli.
Masa tu aku realized aveo yang aku beli dulu was all I need.
Aku tak perlukan lebih dari itu pada ketika tu, takde keperluan pun.
Bila masanya tiba when I need more, Allah gave me more.

Samalah juga dengan kerjaya.
Masa aku terpaksa settled dengan kerjaya sales, aku rasa that was a low-level job.
Tak blaja tinggi-tinggi pun takpe kalau setakat nak jual barang.
Rasa rendah diri sangat bila bersembang dengan orang, orang tanya "Kerja apa?"
Allah...malunya nak cakap "Sales and Marketing". Rasa low class sangat.
Now, baru aku nampak hikmahnya.
Being a sales and marketing exec was all I need back then.
Bila sampai masanya to be promoted, nothing can stand against Allah.

Banyak betul hikmah bersyukur.
Padahal dah tau dah benda ni, berbuih dengar cikgu cakap, ustaz cakap, baca buku pun dia cakap benda yang sama.
Tapi lumrah manusia kan, always nak lebih dan nak perkara tu berlaku dengan cepat tanpa kaji apa keperluannya.

"Kalaulah ada banyak duit...."

Kalaulah sekarang kita memang perlukan banyak duit dan Allah menahan duit tu dari sampai ke kita, itu maknanya Allah tak adil.
Hakikatnya, Allah sedang atur jalan paling sweet untuk duit tu sampai kepada kita.
Dia tengah line up the right people, Dia plan masa yang betul supaya duit itu sampai pada kita pada waktu yang tepat di saat kita cukup bijaksana untuk mengatur duit yang banyak.
That means, if you don't have it right now, you don't need it right now.

Macam kisah Nabi Daud bunuh Jalut dengan lestik.
Kalau Allah nak bagi Nabi Daud machine gun, dah lama Dia bagi.
Tapi Dia tahu dengan lestik tu dah memadai nak bunuh Jalut.
Kisah ni bagi pengajaran bahawa apa yang kita ada sekarang adalah apa yang kita perlukan to fulfill our destiny.
Akan sampai masanya bila apa yang kita ada tu tak cukup atau tak sesuai, Allah will give more.
Ketika ada sesuatu mula menghalang perjalanan kita ke next level, pada waktu tu nanti pertolongan Allah yang seterusnya sampai.
So kalau apa yang kita nak tu tak tercapai lagi, jangan pernah terfikir ia takkan terjadi.
Kalau takkan terjadi as we planned, pasti sesuai sangat dengan keperluan kita pada waktu tu.

Pernah tak kita nak menulis sesuatu tapi idea takde.
Puas kita sela buku sana, buku sini, google itu ini, tetap ilham takde.
Segalanya macam tak kena.
Tapi selalunya bila waktunya sama [selalunya bila dah dekat deadline], hah kau, berlumba-lumba ilham keluar sampai otak kau bergerak lebih laju dari tangan.
Apa yang kau tulis pun kadang kau tak boleh baca.
Orang katalah, kalau tulisan tangan kita jadi macam tulisan trengkas, itu maknanya otak lebih laju bergerak dari tangan.

Sometimes bila aku bercakap sorang-sorang, bukannya aku berangan.
Kebanyakkan masa aku cakap untuk diri sendiri, as if sedang memotivasikan diri sendiri.

"Aku kerja sorang..."
"No! Buat masa sekarang, kerja seorang memadai"

"Staff aku 5 orang. Bila la boleh tambah"
"No! These 5 people are all I need"

"Bila la nak start produce new produk"
"No! What I already have in store are all I need"

So boleh nampak tak kecelaruan orang yang suka bercakap sorang-sorang ni?

Allah lebih tahu apa yang kita perlu dan bila kita perlu.
That's why tak perlu compete dengan orang lain.
Buat menambah stress je bila kita always nak lebih dari orang lain.
Bendanya belum tentu dapat, tapi sakit hati dah dapat dulu.
Kita tak ada keupayaan untuk menang kalau kemenangan tu belum kita perlukan.
Jangan underestimate apa yang kita ada now.
It may look small and insignificant.
Tapi apa yang kita ada now cukup untuk SEKARANG.

Kadang-kadang, tak cukup sekadar kata "Aku percaya Allah ada".
Itu penting, bukannya tak penting but you have to have faith in what Allah has given you.
Apa yang kita nampak kecil dan tak cukup ni, kejap je kalau Dia pusingkan jadi banyak.
Jangan pandang rendah dengan permulaan yang kecil.

"Kerja dari rumah tak style. Ada ofis sendiri barulah gempak"

"Dapat offer semuanya keja low level. Aku nak kerja management"

Look.
What Allah has given you right now may seem small, tapi jangan sampai membutakan mata hati.
Use what you have, nanti Allah akan tambah.




p/s : Hi IG followers! Ramadhan Sale starts today. Whatsapp SINI untuk tahu harga sale.