2020-02-18

Hint



This lady rapat dengan sorang lelaki, tapi lelaki tu tak pernah cakap apa-apa tentang relationship [frendship?] dorang, samada bercinta atau teman tapi mesra.
However, bila this lady ada kawan lelaki lain, this guy sentap.
Walaupun sentap, dah ada tanda-tanda jealous, still dia tak bagi kepastian ke mana hala tuju relation dorang.
So, sebagai someone yang pernah hot dan menjadi kegilaan ramai satu ketika dulu *batuk*, aku pun bagilah pandangan sikit.
Tapi seorang Diana mana reti bagi pandangan setakat satu perenggan. Mesti mau tulis satu blog post!

To be honest, memang ada lelaki yang lembab macam ni.
Bukan lembab bodoh, tapi lembab bab-bab meluahkan perasaan.
Jangan ingat lelaki takde yang pemalu. Ada.
Kalau korang adalah lelaki yang macam ni, please jangan pemalu sangat.
Kena beranilah sikit bab-bab ni.
Kalau malu, then jangan cuba-cuba nak merapat.
Bukan apa, kesian si perempuan.
It's like, "Macam ada something between us, tapi aku tak tau if he feels the same way sebab dia tak cakap apa-apa pun. Tapi sometimes ada sweet moment but I don't know if he really interested or he was just bored".
You get it?

As perempuan, kita tak perlu tertunggu-tunggu.
Zaman Sri Mersing dulu just dengan jelingan mata pun dah tau siapa suka siapa, tak payah confess pun.
Body language memainkan peranan.
You can tell a lot samada seseorang ada perasaan yang sama by watching their body language.
Kajian saintifik mengatakan perempuan bercakap lebih banyak dari lelaki.
Itu semua orang tahu.
Tapi ramai tak tau bahawa perempuan ada lebih dari 50 body languages kalau dia sukakan lelaki tetapi lelaki ada lebih kurang 10 saja body language kalau sukakan perempuan.
Maknanya, you can easily tell kalau lelaki tu suka that perempuan.

Masa aku kenal En Wan, kitorang tak pernah berjumpa muka, hanya hantar gambar and balas-balas surat.
Awal-awal tu memang bahasakan diri 'kau-aku'.
Lama-lama jadi 'Di-Wan'.
Tak tahu hujung pangkal tetiba panggilan berubah, tapi masing-masing tak confess apa-apa pun lagi.
Dia tak cakap apa-apa, aku pun tak bertanya but aku tau that was a hint from him.

Simple hint macam tu sometimes adalah salah satu bentuk confession from the guy that you are special to him.
Especially bila setiap kali penutup surat, En Wan akan ingatkan aku "Jangan ponteng kelas. Fokus pada study. Jaga kesihatan. Doakan Wan kat sini".
You think kawan lelaki biasa ada masa nak mintak kau jaga kesihatan, jangan ponteng kelas, belajar rajin-rajin segala?

Tapi aku faham, nak cari hint agak mengelirukan sikit.
Kita pun tak nak perasan sorang-sorang, kan.
So untuk kes-kes tak pasti macam ni, what you can do is try ajak lelaki keluar.

"Nak pi cari bukulah. Teman boleh, tak?"

Kalau dia willing to teman, it's a sign.

Atau, try bagitau dia "Laparlah...".

Kawan lelaki biasa akan cakap "Dah lapar tu pegilah makan!"
Tapi lelaki yang suka kita akan cakap "Nak makan apa?" atau "Jom, kita pi cari makanan".

Henfon.

Kita semua tahu zaman sekarang, masing-masing henfon berjahit kat tangan.
Henfon dah jadi satu keperluan, bukan lagi kehendak.
Bila berada dengan dia, dia betul-betul tumpukan perhatian pada kita, sanggup letak henfon tepi tak sentuh, ok itu antara tanda-tanda you are special.
Tapi kalau dia banyak pandang henfon dari pandang kita, that's a bad sign.
Tapi tanda-tanda ini terpakai sebelum bercouple ya. Dah bercouple esok dah cerita lain.

Masa korang tengah sembang tu bawak-bawak perhatikan mata lelaki.
Ada banyak signs kat situ.
Lelaki kalau dah suka, dia akan tengok muka kita banyak kali. I mean, like A LOT.

Kalau dia banyak buat eye contact dengan kita, that's a sign.

Kalau dia duduk rapat dengan kita, that's also a sign.

Kalau dia cuba alihkan pandangan bila kau perasan dia tengah tenung kau, it's a sign too.

Kalau masa kau tengah bercakap, dia pandang muka kau then tetiba he raise his eyebrows, that's a HUGE sign.

Jangan tanya aku why, because I am berpengalaman bab ni. Hahaha.

Lagi satu, senyuman.
Lelaki tak macam perempuan murah dengan senyuman.
Kalau lelaki berada dengan perempuan yang dia suka, dia akan kerap senyum.
Dorang susah nak sorok senyum kalau berada dengan dengan perempuan yang dia suka, ini major indicator.
Senyum adalah tindakan bawah sedar.
Kalau hati tengah suka, automatically rasa nak senyum je.
Orang perempuan suka senyum, itu biasa, tapi kalau lelaki sentiasa senyum, itu mesti ada apa-apa.

Kita boleh juga test them dengan tanya apa-apa tentang diri dia.
Orang lelaki tak berapa suka bersembang. Memang fitrah lelaki sebenarnya tak bercakap banyak.
Tapi kalau dia rajin bercakap dengan kita, that's a sign.
Cuba sesekali tanya tentang diri dia sendiri - family, kerja, minat, etc.
Lelaki yang sukakan kita, they feel like they have to prove something untuk perempuan, jadi they will start bercerita.
Lelaki tak macam perempuan, perempuan memang suka bercerita.
Lelaki yang enjoy bercerita tentang diri dia everytime kita bertanya, bermakna they trust us and they want to share part of themselves with us.

Aku ada satu trick yang aku pernah buat dulu.
Trick ni aku pakai masa nak test if mamat Kuching tu memang suka aku or not.
Sesekali aku bercakap suara perlahan.
Pernah 1-2 kali aku buat ni, aku cakap soft je, tetiba dia lean in.
BINGO!

Lelaki yang suka kita, bila kita cakap soft, dia akan lean in untuk dengar apa yang kita nak cakap.
Dia takkan "Hah? Apa you cakap tadi?" No.
At least bukan sebelum bercouple. Dah bercouple esok nak menjerit itu dah cerita lain.

Aku test trick tu bukan apa, sebab aku nak kepastian.
Aku tak suka aku ter-carried away dan si lelaki pun carried away.
Jadi, apa-apa biar kita settle awal-awal.

Another tektik, kita boleh gunakan 'kekejaman' sikit.
Ajak dia buat sesuatu yang kita tau dia tak minat.
Contohnya, ajak dia tengok movie Tamil kat cinema.
Kau tahu dia tak minat cerita Tamil, tapi dia tahu kau suka cerita Tamil.
Ajak dia teman kau tengok.
Lelaki yang penuhi permintaan kita walaupun perkara tu dia tak berapa suka - jangan lepaskan.
Itu dah kira memang konfem dia suka kau.
Dah boleh dah start kirim-kirimkan buah tangan kat mak dia.
Lama-lama nanti mesti mak dia mintak dia bawak kau balik kenalkan pada keluarga.