2020-01-09

Ugly Truth


Semalam kawan aku celebrated his company's anniversary yang pertama.
I am happy for him because aku faham struggle buat bisnes.
Nak pulak bila kita dah ambil pekerja, fokus kita dah bukan pada gaji sendiri tapi gaji pekerja.
Apetah lagi kalau pekerja dah berkeluarga, ada mak bapak kat kampung untuk ditanggung - ini lagi kena pikirkan sama.
Untuk orang yang belum faham, maybe rasa 1 tahun tu fresh lagi.
Tapi bagi yang melaluinya, 1 tahun tu hazabedah nak melaluinya.



Status aku 10 tahun lepas keluar semula kat FB memories kelmarin.
Aku syak waktu aku menulis status ni aku tengah stress membina company.
Bila dah stress, mulalah nak mengeluh kat FB.
Aku start run the business on Okt 2008.
Waktu status ni ditulis walaupun dah melepasi tempoh 1 tahun, masih lagi 'sesak'.
Siang malam pikir kerja kerja kerja.

Orang kata kalau kerja sendiri tak stress.
Ye sangattttttttt.
Kalau takde hutang and komitment besar maybe lah tak stress.
Tapi waktu aku start bisnes, aku dah ada anak, ada bibik, ada 2 loan rumah, ada kereta.
Masa nak berhenti kerja tak nampak susah pun nak cover semua ni tapi bila dah berhenti barulah mencungap. Hawa-hawa menyesal pun ada gak tapi aku tak nak patah balik makan gaji. Nak tak nak, kena redah.

Ada banyak ugly truth dalam perniagaan.
Bukan nak melemahkan semangat sesiapa, tapi sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Maybe orang lain laluannya lebih mudah.

So here's perkara-perkara yang aku boleh kongsikan :

1. Keputusan hanya di tangan kita sorang.
Semasa makan gaji, walaupun buat sale sendiri-sendiri, tapi setiap minggu ada weekly meeting dengan team. Dalam meeting berbincang tentang next projek, masalah yang dihadapi dan share ideas. Company pun dah kukuh, jadi kalau nak buat marketing campaign takde masalah sebab duit company banyak. Bila start bisnes sendiri, segala idea, perlaksanaan dan hasilnya aku tanggung sorang. Jadi sebelum buat apa-apa program kena fikir banyak benda sebab money is crucial waktu ni. The process of clarifying apa nak buat and macamana nak buat, segalanya terletak di atas batu jemala patik. Salah buat keputusan, bye!

2. Hidup tak selalunya indah-indah saja
Sometimes segala perkara dah perfect, tup-tup ada masalah. Pernah satu kali barang cold item bernilai USD3K dipos ke Tganu. Masa Pos Laju deliver barang, customer takde. Dia pass kat sesape yang boleh accept the package. Tapi penerima hantu tersebut takde akai punya orang, dia pi letak package tu atas meja lab bodoh-bodoh gitu je padahal aku dah tepek sticker COLD ITEM. Tak dapat dikesan siapa penerima tu. Next day bila customer bukak pakej, dry ice dah cair, ice pack pun dah lembab. Suhu kotak dah jadi sejuk-sejuk aircond bilik je. Walaupun principal jamin barang tu masih elok, customer refused to accept. Ye lah aku pun faham, barang tu mahal kot. Dibuatnya tak ok, punhalah research dia. Jadi aku replace baru. Burn macam tu je USD3K. Nasib baik dulu currency Malaysia tak sehazab sekarang.

3. Duit keluar macam air
Masa ni lah aku realized yang jumlah sales tak menentukan kejayaan sebuah bisnes. Dulu masa makan gaji aku tertanya-tanya apesal sales tahunan berjuta tapi company bagi bonus 1-2 bulan je. Macam tak sepadan dengan sales yang berjuta-juta tu. Bila dah run bisnes sendiri baru tahu. Sales memang masuk dengan konsisten tetapi duit tak duduk diam. Dapat payment, kejap pastu keluar balik. Duit keluar ke mana? Ke utilities, ke sewa ofis, ke marketing campaign, ke stok barang. Nak bawak masuk stok minimum kena ada USD10K. Dalam USD10K ni ada 3-4 jenis barang. Ada masanya 2 barang je habis. Lagi 2 barang masih banyak lagi. Tapi in order nak re-stok 2 barang tu masih kena bayar USD10K sebab itu minimum ordernya. Maka duit keluar, keluar dan keluar. Masuk banyak, keluar lagi banyak. Boleh dikatakan 2 tahun pertama masih tak nampak bayang duit. Tu yang agaknya sampai tertulis status FB tu [atas]. Tengah stress lettewww.

4. Gaji rendah
Employee earn more sebab dorang ada komisyen scheme, whereas aku? Aku tokey cum kuli. Kerja macam nak mati tapi belum tentu ada gaji. I didn't earn much of a personal income in the beginning. Apa-apa pun aku dahulukan bills, bayar stock, bayar shipping company, bayar gaji part-timers and contract engineers. Sometimes aku jadi demotivated. Keje macam nak gila, tapi tak dapat enjoy gaji yang setimpal. Banyak benda kena korbankan pulak tu. Nak beli barang pun terpaksa berkira-kira. Beli hanya bila perlu. Beli hanya yang praktikal. Beli waktu sale. Tertelan-telan air liur tengok benda best-best lalu-lalang depan mata. Nak beli spender longgok-longgok pun pikir 3-4 kali. Pegang, lepas, pegang, lepas. Waktu ni bra paling mewah pun Scarlett, RM10/helai.

5. Competitors lagi laju
Ada masanya kena akur dengan kepantasan competitor bertindak. Kadang-kadang aku rasa every hour I put in was never enough. Sampai aku rasa letih sangat. Letih nak meet deadlines, letih nak initiate sales, letih letih letih. Akhirnya aku latih diri aku belajar untuk melepaskan. Lepaskan apa yang aku tak boleh control dan work on apa yang aku boleh control. Some competitors are from big companies. Dorang ada lebih resources, lebih duit dan lebih pekerja jadi kerja dorang lebih cepat dan they can provide macam-macam kelebihan untuk customer. Kalau dulu masa makan gaji, aku akan fight habis-habisan untuk win semua customer. The fighting spirit tu terbawa-bawa hingga ke bisnes sendiri sedangkan situasi dah tak sama macam dulu. Jadi untuk melegakan tekanan, aku belajar untuk terima bahawa tak semua benda aku boleh dapat.

6. People judge you
People will judge you in every possible way. Tak semua orang faham apa yang kita buat. Orang nampak macam kita pentingkan diri sendiri, tak hirau anak-anak, tak jaga makan pakai suami, hamba duit dan macam-macam lagi. Orang nampak macam kita nak kaya cepat sangat padahal kita ada pekerja nak dibayar gaji, kita ada hutang dengan supplier nak dibayar, kita ada upcoming project nak launch, dan of course aku ada hutang kereta nak kena bayar. Semua benda tu nak kena pikir. But one thing yang aku suka tentang diri aku adalah - "You think I care?". Suka hati kau lah nak judge aku macamana pun. Kalau dengan mengejudge aku buatkan kau bahagia, silakan. Aku tak suka cari bahagia dengan cara kau tu. Cara aku cari bahagia adalah dengan HUSTLE.

7. Free
Semua orang suka benda free dan customer tak terkecuali. Padahal customer beli barang bukan pakai duit dia pun, tapi duit grant, but still nak free, nak diskaun, nak itu nak ini. Pernah sorang customer  [tapi yang ni kisah waktu makan gaji] sanggup tukar ke new kit hanya sebab competitor tu bagi hamper raya. Siap perli aku "Kedekut la bos awak, dah beli banyak pun tak pernah bagi hadiah". Aku senyum je lah kan, nak buat macamana dah memang polisi syarikat tak provide hamper. So bila dah berbisnes kena ketepikan some amount of money untuk beli jiwa customer. Tapi customer jenis ni tak ramai, cuma bermanis mulutlah juga kadang-kadang. Dia dah beli banyak, hulurkan 400g Famous Amous apa salahnya.

8. Tak boleh selesa dengan benda/cara yang sama
Biotech business sangat berkembang pesat. Dalam 1 tahun boleh keluar 3-4 new kit with advance method. Aku kena sentiasa invest diri untuk pi talk and workshop. Update diri dengan new technology. Kena sentiasa alert dengan produk competitor. Ambil masa untuk study product competitor supaya aku tahu what to offer to my customer. Seriously memang banyak kerja. Mana nak buat sales, mana nak buat training, mana nak masuk lab, mana nak membaca, mana nak tulis blog lagi. Tu yang aku suka offer blanket order. Blanket order bukan jual selimut ya. Ini bermaksud aku lock deal untuk 1 tahun punya purchase. Customer akan keluarkan surat perjanjian mengatakan dia akan beli produk dengan aku selama setahun dan barang akan dihantar secara berperingkat supaya tak memenuhkan bilik stor dia. Kalau dapat lock blanket order ni memang sedaplah sebab sales untuk 1 tahun dah tentu ada, cuma kena hati-hati masa buat perjanjian awal tu because barang-barang aku dulu semua dari overseas. Kalau currency tiba-tiba jatuh, sengih la aku sorang-sorang. Karang elok-elok nak buat untung tetiba jadi charity work.

9. Weekend tu apa?
Your weekends belong to the business too. Tak pi ofis tetapi tetap duduk depan computer siapkan kerja. Mujurlah aku ada bibik masa tu. Mujur juga Redza tak banyak karenah, pandai main sendiri, pandai bawak diri dan tak ganggu aku buat kerja. Tido lambat dah tentu. 1am masih awal lagi. Kalau 2-3am baru lambat. Nasib baik jugalah aku start bisnes umur 31. Muda lagi. Tenaga masih banyak. Now kalau nak aku buat balik macam dulu, tak larat dah rasa.

10. Orang tak nak dengar masalah kau
Jangan cuba-cuba nak cerita masalah bisnes kau kat orang lain. At least bukan kat sebarangan orang. Because people do not want to hear about your problems or why you can't do something. Orang yang tak involve in business akan padankan muka kau balik. "Haa, tu lah! Elok-elok dah makan gaji sibuk nak buat bisnes. Nak cepat kaya sangat, kan? Last-last stress. Padan muka". Yang involve in business pulak suka kalau tahu kau tengah susah. So tak payahlah nak cerita susah kau. Orang tak nak dengar. Silap-silap jadi demotivated terus. Mengadulah pada Allah. DIA takkan bawa kita sejauh ini hanya untuk biarkan kita terkapai-kapai. Never.

11. Perjalanan macam rollercoaster
Jangan expect laluan smooth. Business has many high points, but it also has many low points. Adakalanya kau punya chart - gagal-berjaya-gagal-gagal-gagal-berjaya-gagal. Awal-awal bisnes, lebih banyak gagal dari berjaya. Burn out, kurang tido, susah nak tido, and excessively high amounts of stress adalah simptom yang kau akan hadapi. Kalau penat, rest. Kalau stress, rest. Jangan paksa diri. Kemampuan kita tak sama. But jangan give up terlampau awal. Bagilah peluang kat diri sendiri untuk kutip pengalaman. Pengalaman tu sangat mahal. Selalunya yang give up awal ni expectation dia dari awal adalah berjaya-berjaya-berjaya dan berjaya only. Bak kata ustaz aku, dalam urusan dunia ni, angan-angan jangan terlampau tinggi. Yang kena tinggi adalah usaha.

12. Jangan terlampau banyak idea
Di awal-awal bisnes, jangan terlampau pikir idea, kumpul idea, atau nak produce idea yang gempak-gempak. Ideas don't matter. Cashflow matters! Buat sales cepat, jangan dok pusing kat idea idea idea je. Aku dulu bermula dengan jual barang-barang company lain. Dalam masa yang sama aku apply distributorship dari Cape Town. Setahun juga baru dapat sole-distributorship. Terpaksa jual barang orang lain dulu kalau tak macamana nak build reputation because nak apply distributorship kena impress-kan dorang dengan sales record.

13. Lonely
Busy build bisnes buatkan aku tersisih dari banyak aktiviti kekeluargaan, kawan-kawan dan dunia luar. Dah la kena menipu. Aku always tipu aku busy padahal aku nak jimat. Nak join itu ini semua kena duit sedangkan aku pun nak pakai banyak duit. Aku terpaksa lepaskan peluang spend time dengan member sebab ada perkara lebih penting nak dibuat. Many people in my life difficult to understand what I was going through. Ini tempoh-tempoh kritikal. Emosi agak rapuh waktu ni jadi semangat kena kuat. Now keadaan dah stabil, dah ada masa nak berjimba dengan member tapi badan dah tua pulak. Nak berjimba-jimba pun tak larat dah. Kita membawang dalam group whatsapp je lah.

14. Nobody cares
Takde siapa kisah pasal kau pun. Nak-nak lagi time tengah struggle. Dorang pun ada hal sendiri nak disettlekan. That's why passion is important. Kita kena bagi semangat pada diri sendiri sebab kita je faham misi kita.


Business is not for everyone.
Prosesnya sangat panjang. It is not easy.
Rintangan dan halangannya luar biasa.
Tapi kalau willing to work hard, insyallah tak mustahil boleh.

Oktober tahun ni insyallah anniversary company aku yang ke 12.
That day bila status 10 tahun lepas keluar kat FB memories, tergelak kejap.
Malu pulak rasanya. Kau dah kenapa Diana nak mengeluh kat wall FB? Attention seeker? Hahaha.
Mesti aku tengah stress waktu tu. But I'm thankful I didn't give up.