2019-10-28

Sambung lagi bab Law of Attraction


Post aku Jumaat lepas tentang "Law of Attraction Haram Percaya?" banyak betul yang hantar respond. Yang email, yang DM, yang PM - semua nak tau lebih lanjut pasal kes ni.
Ada juga yang mintak aku cerita apa kebendanya Law of Attraction yang sampai orang kecoh-kecohkan sangat.

Betul.
Yang sebenarnya aku pun tak faham apesal ada orang nak angkat isu ni seolah-olah ia satu isu yang sangat-sangat besar.
Hakikatnya mereka sendiri yang tak faham konsep Law of Attraction dan juga tak faham konsep yang diterapkan dalam Islam itu sendiri.

Lepas aku published blogpost Jumaat lepas barulah aku tau rupanya kes ni dah sebulan lebih kecoh kat media sosial.
Alhamdulillah, hampir semua yang email aku bagi feedback positif, they said aku bagi penjelasan yang clear untuk difahami.
Alhamdulillah, syukur ya Allah, moga ada manfaat.
Tapi hari ni aku suka nak elaborate further tentang isu Law of Attraction ni sebab aku jadi bengang pula bila ada orang manipulate konsep Law of Attraction dan cuba nak mengkonfiuskan orang lain.

Kepada mereka yang no idea apa bendanya Law of Attraction ni, actually konsep ni bermula seawal tahun 2011-2012.
Konsep Law of Attraction ini mudah, iaitu "like attracts like".
Maksudnya, kalau kau fikir positif maka yang datang pada kau semula juga yang positif saja.
Kalau kau fikir negatif, maka yang negatif saja kau jumpa.

Dalam kajian sains ada mengatakan bahawa setiap benda ada energy-nya.
Even our own bodies pun always hantar signal berbentuk getaran [vibrations] pada sekeliling.
Contohnya, kalau kita pandang someone dan kita berharap orang tu pandang kita balik, somehow nanti orang tu akan toleh pada kita.
Kalau kita cakap perkara yang baik secara konsisten [contoh "Aku kaya!"], lama-lama kekayaan akan datang pada kita.
Itu konsep Law of Attraction.
However untuk merealisasikan hukum ini, ada syaratnya.
Syaratnya, kita kena visualize benda tu seolah-olah ia sudah pun menjadi realiti.
At the same time kena yakin apa yang kita bayangkan, memang kita dah dapat.
Visualization and keyakinan inilah nanti yang akan menjadikan segalanya realiti.

Bunyinya macam tak masuk akal untuk dipraktikkan, that's why ada some people say hukum Law of Attraction ini adalah syirik.
But come to think of it, konsep ini tak jauh beza dengan firman Allah "Aku adalah sebagaimana sangkaan HambaKu".

"Like attracts to like" is the key concept here.
Maksudnya, apa yang kau bayang, kau dapat.
To me, that is the same dengan firman Allah "Aku adalah sebagaimana sangkaan HambaKu".
Kalau kau percaya Allah boleh penuhi segala impian kau, maka itulah yang akan jadi.
Kalau Kau percaya Allah boleh menjadikan sesuatu yang mustahil kepada tidak mustahil, maka itulah yang akan terjadi.

Sebenarnya hukum Law of Attraction ni bukan menjanjikan apa yang kau fikir, apa yang ko imagine, semuanya kau pasti dapat.
Hukum itu cuma train kita untuk bersangka baik, train kita untuk hanya fikir yang baik-baik, train kita untuk hidup bertujuan, etc.

Begitulah juga dengan firman Allah "Aku adalah sebagaimana sangkaan HambaKu".
Statement ini Allah nak kita jadi believer, bukan doubter.
Adakalanya kita tak nampak jalan, Tapi Allah selalu ada jalan [penyelesaian].
So our attitude should be - "Ya Allah, I believe!"

Bila kita percaya dan yakin Allah mampu buat semuanya, Allah akan buka semua pintu peluang, Allah akan datangkan the right people kepada kita dan Allah akan mudahkan semuanya.
Ustaz aku kata, setiap permintaan [doa] Allah akan kabulkan.
Itu baru berdoa [meminta], itupun Allah janji Dia akan kabulkan.
What if kalau kita yakin?
What if kita yakin Allah akan penuhi impian kita?
Dah tentu lebih cepat Allah makbulkan.
So this is salah satu konsep Law of Attraction too.
Bila kita percaya, kita yakin, maka kita akan capai.

Terpulanglah, samada nak percaya atau tak.
Bagi aku, Law of Attraction dan teorinya ada persamaan yang kuat terhadap sains tassawuf, solat istikharah, solat hajat dan ajaran Islam pada umumnya.

Contohnya solat istiharah dan solat hajat.

Rasulullah saw ajar sebelum buat sesuatu atau bila tak pasti tentang sesuatu, buatlah istiharah.
Kita minta Allah yang buatkan keputusan untuk kita.
Bermakna kita serahkan hasilnya pada Allah.

Begitulah yang diajar dalam Law of Attraction.
Dia ajar, pasang impian, write your goals, repeat your wishlist dan kemudian yakin bahawa kita akan dapat.

Kan ke sama dengan konsep istiharah?
Bila kita tahu apa kita mahukan, tapi kita juga mahu apa yang kita nak tu Allah redha, maka kita serahkan pada Allah untuk menentukan dan kita yakin apa juga hasilnya pasti yang terbaik untuk kita.

Rasulullah saw ajar buatlah solat hajat untuk minta pertolongan Allah.
Bagitau apa kita nak, apa kita harapkan.
This is what the law of attraction basically teaches too.
Dia ajar kita untuk ASK, FEEL and BELIEVE.
Konsep yang sama kita buat dalam istiharah and solat hajat.

Dalam ilmu tasawuf, kita diajar bagaimana menolak fikiran/imaginasi buruk dan pasakkan pemikiran positif dalam kepala.
Kalau kita fikir susah, semua benda akan jadi susah.
Tapi kalau kita cakap "Aku boleh!", pasti ada jalan untuk semua benda jadi boleh.
Bukan ke sama konsep Law of Attraction dengan ilmu tasawwuf ni?

Last sekali, firman Allah yang famous "Kalau kau bersyukur, Aku tambah lagi".
Ini lagilah terang-terang konsep Law of Attraction.

Law of Attraction ajar kita bersyukur untuk perkara yang kita dah ada dan yang belum ada.
Katanya kalau mulakan hari dengan mood yang positif, maka segala benda yang kita nak buat hari tu pasti mudah terlaksana.
Untuk dapatkan mood positif kita kena banyak bersyukur atas segala perkara yang kita dah ada dan belum ada kerana bila bersyukur tenaga positif yang kita bebaskan akan menarik tenaga positif lain kembali pada kita.
Kekerapan bersyukur akhirnya akan hasilkan satu tenaga yang cukup kuat untuk menarik segala yang kita mahukan datang pada kita.

Konsep ini sama dengan firman Allah tadi.
Cuba nanti kau listkan apa benda yang boleh disyukuri.
Listkan semua dari celik mata sampai tido balik malam karang.

Bermula dengan bangun dari tido - ini saja dah syukur sangat sebab masih diberi peluang untuk hidup.
Ada orang yang tido malam tadi tak tahu rupanya dia takkan bangun lagi hari ni.

Kemudian kita bangun dari katil menuju ke bilik air.
Ini pun bersyukurlah.
Tanyalah perempuan yang baru lepas bersalin c-sect, jangankan kata nak bangun, nak mengiring pun hazab!
Kau dapat bangun melenggang ke toilet sebenarnya dah besar rahmat.

Kemudian, seruan toilet - boleh kencing dengan lawas.
Ada orang bertahun-tahun dapat sakit kencing tak lawas.
Siapa pernah kena UTI taulah hazabnya macamana.
Menangis nak kencing, tapi air kencing tak keluar. Hazabedah!

Allah....banyak sangat perkara yang mesti disyukuri.
Jadi bila kita terbiasa dengan bersyukur, maka kita akan jadi sangat positif.
Tak ada ruang dalam diri nak merasa negatif dan merasa diri kurang nikmat. Tak ada.
Kerana kita jadi sedar terlampau banyak nikmat yang Allah bagi yang semuanya tu kita tak mintak pun tapi Allah bagi.
Lama-kelamaan aura positif kita akan bercambah.
Orang yang hidupnya positif, yang datang pada dia semua orang-orang yang positif.
Bila orang yang positif saja dekat pada dia, maka bersembang pun benda yang baik-baik, idea yang datang pun baik-baik, pertolongan yang datang pun baik-baik, dan akhirnya hidup dia jadi mudah.
Itulah yang Law of Attraction terapkan.
Apa tak sama ke dengan apa yang Islam anjurkan?

Apa yang Law of Attraction ajar bukannya benda baru pun.
Dia cuma tunjuk apa yang salah pada diri kita yang selama ni kita buat tanpa sedar.
Dia ajar supaya kita berani untuk mengimpikan sesuatu, berani untuk membayangkan perkara tersebut dan berani untuk percaya bahawa apa yang kita bayangkan boleh terjadi.

Law of Attraction ajar manusia untuk feel apa yang kita mahukan.
Bukan saja membayangkan tapi merasakannya.
Apa yang kita rasa adalah impak dari apa yang kita fikirkan.
Apa yang kita fikirkan adalah impak dari apa yang kita percaya.
Kat mana nak datang percaya ni?
Haaa...patah balik kat Sifat 20 Allah.
Belajar balik sifat tu baru datang percaya.

Yang sebenarnya, kita ni tak cukup kenal Allah.
Kalau kita kenal Allah, kita akan tahu konsep Law of Attraction ini adalah sebahagian dari kebesaran Allah.