2019-08-28

Berpantang laksa


Last week agak kecoh di media sosial tentang isu berpantang vs tak berpantang.
Dah lama dah aku peratikan isu ni berlegar-legar kat FB.
Aku baca both sides, ambil ilmu yang aku belum tahu.

Bukan nak meng-ia atau menidakkan tetapi sebagai someone yang belajar sains makanan, sebenarnya ada kebenarannya kenapa perlu berpantang makan [walaupun aku bukan orang yang follow pantang dengan kuat].
Maybe inilah maksud lecturer aku dulu.
Dia kata "Medical doctors and biotechnologist/scientiest jarang sependapat".
Dulu aku tak dapat tangkap sangat apa maksud dia.
Bila dah bekerja and now produce own product line, aku dah semakin faham why.

Tapi, to be fair with doctors, aku rasa most of them tembak traditional practitioner, alternative medicines and supplement bukanlah kerana they are always right tetapi some of founders, sellers, and traditional practitioners terlalu overclaim.
Akibatnya, orang macam aku yang really invest money and time untuk research kena tempias sekali.

Aku tak sure apa silibus dalam medicine course and how banyak they learn about food science.
Aku tak sure tentang tu.
Tapi budak sains makanan tahu dalam buku kitorang always cakap "food is medicine".
Our course memberi penekanan kepada peranan makanan dalam kesihatan.
Memang bukan semua makanan menyembuhkan penyakit.
Kalau makan too much pun dapat penyakit jugak.
Maksud aku kat sini, ada makanan yang membantu proses penyembuhan.
Itu kita kena terima.

Some medical doctors yang menghentam supplements atau alternative medicine, aku tak pasti adakah mereka memang tak mahu terima lansung atau they lack of fundamental grounding in the subject.
Zaman-zaman aku keje sales, aku banyak follow research work customer aku.
Kebanyakkannya mengkaji tentang plant.

Herbs contohnya boast numerous beneficial compounds, such as antioxidants.
From here aku dapat idea untuk produce GC Plus.

Then another customer aku buat research of plant sterol and stanol.
From there aku dapat idea produce Nutrijuice.

Dulu kecoh dengan kes laksa - samada boleh makan atau tak boleh semasa berpantang.
Satu pihak kata boleh.
Another pihak kata tak boleh.
Aku nak mencelah masa tu tak berani sebab aku bukan siapa-siapa.
Takde title 'Dr'.
Karang orang kata memandai-mandai pulak.

Hari ni aku nak bagi pandangan aku sikit tentang isu laksa ni.

Laksa adalah resistant starch.
Resistant starch maksudnya kanji yang tak boleh dicerna dalam usus kecil.
Hanya bacteria saja boleh cerna that starch.
Bakteria akan proses resistant starch untuk hasilkan molekul-molekul yang bermanfaat untuk badan.
Jadi, aku faham kenapa pada doctors kata "tak apa kalau makan laksa semasa berpantang" sebab resistant starch somehow akan jadi sesuatu yang baik untuk badan.

However, proses penguraian resistant starch kepada molekul-molekul sihat ni hasilkan gas yang sangat banyak and berbau.
Orang tua-tua kata "angin".
Bila angin [gas] banyak sangat dalam badan, dah tentu perut kembung.
Atas sebab inilah bidan-bidan and orang-orang tua kata elakkan makan laksa.
Gas yang terhasil dengan sangat banyak boleh menyebabkan overgrowth of these bacteria.
Overgrowth of these bacteria akan jadikan kita sembelit and sakit perut yang sangat-sangat.
Hat ni la orang tua kata "Jangan makan laksa nanti bentan!"
Sakit perut yang sangat-sangat tu la namanya bentan.

Tapi ini semua bergantung pada ketahanan badan seseorang.
To some people maybe lepas seminggu dua gas tu hilang.
Tapi, to some maybe payah nak hilang.
Jadi to be on the safe side, tak payah la makan.
Tapi kalau nak cuba ok je.
Aku dulu makan je, alhamdulillah ok.
So aku rasa badan aku ni sejenis boleh terima apa je asal bukan batu and kayu.

Oh by the way, jangan risau kalau korang asik terkentut-kentut sebab secara purata, seorang manusia yang sihat akan kentut lebih kurang 20 kali sehari.
However ada cara nak kurangkan kentut and bloating.

Orang yang diet hariannya banyak makan sayur-sayuran lebih senang untuk kentut [banyak kentut] berbanding dengan orang yang makan makanan rencam [campur sayur and daging] sebab sayuran banyak sulfur.
Sulfur ni nanti akan diuraikan oleh bacteria dalam usus.
Proses penguraian ni akan hasilkan gas.
That's why orang-orang tua kata jangan banyak sangat makan sayur time berpantang sebab berangin.

Aku tak sure macamana orang tua-tua tau pasal tu.
Mustahil dorang duduk kampung sambil buat research kan.
Tapi ada kebenarannya, sebab plant-based foods memang ada lebih banyak sulfur.

Apa solution orang dulu-dulu untuk buangkan angin?
Letak bawang putih, kan?

Aku pernah nampak orang berpantang sumbat bawang putih kat telinga.
Aku rasa itu salah satu cara untuk buang angin dari badan.

Memang bawang putih boleh buangkan angin sebab ada sejenis active ingredient dalam bawang putih yang stimulate gastric system and helps to relieve bloating.
Active ingredient ni sensitive to heat.
Kalau kau masak bawang putih tu, kalau terlebih masak, active ingredient tu mati.
Sebab itulah pengguna GC Plus kata perut dah tak kembung lagi bila ambik GC Plus kerana dalam tu ada garlic and halia sekali.
And thats why aku guna method extract, sebab nak extract keluar active ingredient tu supaya tak expose pada over heating.
Berdesup-desup angin kau keluar bila makan GC Plus.

Nanti mesti ada yang tanya kalau macam tu takyah makan laksa and sayur forever la nanti angin.

Bukan macam tu.
Kena faham, dalam tempoh berpantang, badan melalui proses healing.
Sebelum bersalin, diet kita berubah untuk support optimal growth and development.
Maka selepas bersalin diet haruslah berubah sikit untuk healing process pula.
Dah betul-betul baik nanti kau nak mandi kuah laksa pun silakanlah.

Esok kalau dah betul-betul baik, try ambik makanan yang ada resistant starch sebab resistant starch ni resistant to digestion [sebab tu namanya resistant starch].
Bila resistant to digestion, kita mudah rasa kenyang, dan secara tak lansung it can help with weight loss.
Tapi the way kita prepare starch-containing foods boleh efek its starch content jadi ada caranya juga.
Antara makanan yang starch resistant is oat.
That's why orang kata makan oat kenyang sepanjang hari [tapi perut aku 4 compartment so aku tetap nak nasik lemak jugak].

Sebut pasal weight loss kan, aku selalu cakap GC Plus increase serotonin dalam badan, betul tak?
Serotonin ni nanti akan bagi rasa kenyang.
Jadi secara tak lansung, bila makan GC Plus kau dengan sendirinya kurang makan.

Korang perasan tak kalau makan kat hotel-hotel atau restoran gempak-gempak, sementara nak tunggu order sampai, dia akan hidangkan roti dulu?
By the time dinner is served, twenty minutes or so after kau makan roti tu, kau punya appetite dah downsized.
Selera makan yang tiba-tiba hilang tu bukan sebab korang dah makan 120 kalori roti tu, tapi sebab efek serotonin.
Serotonin can be made only after starchy carbohydrates are eaten.
Roti tu akan stimulate serotonin dalam badan.

Konsep inilah yang aku guna dalam GC Plus.
Tapi dalam GC Plus kau tak payah makan roti untuk increase serotonin.
Tindak balas kimia bahan-bahan dalam GC Plus tu akan stimulate serotonin.

Actually tahun 2006-2007 kat US dah ada ubat anti-obesiti yang gunakan konsep yang sama.
Ubat ni dijual kat farmasi.
Cara ubat tu bekerja dia stimulate otak hasilkan serotonin untuk kurangkan rasa lapar.
Ubat tu diproduce menggantikan anti-obesity drugs yang lain sebab dia tak gunakan too much chemical.
Jadi secara teori, konsep yang aku guna dalam GC Plus bukanlah baru cuma aku olah menggunakan herba.

However kau pun janganlah bergantung sepenuhnya pada GC Plus untuk turunkan berat.
Kenalah berpantang sama.

Aku ni dah masuk 2 minggu batuk.
Bena Expecorant tu dah 3 botol aku togok, tapi batuknya tak hilang-hilang.
Sebab apa?
Sebab aku togok teh O ais, susu sejuk dalam fridge tu sehari kalau tak 3 kotak tak sah, makan nasi nak bersulam air sejuk jugak taknak air suam.
Dah tu macamana batuk nak hilang, kan.

Gitulah juga dengan weight loss.
Kalau kau makan macam bela saka, jangankan makan GC Plus, kau mandi GC Plus pun berat kau tak turun-turun.

Apa-apa pun yang penting kita saling respect orang.
Kita betul, orang lain juga boleh jadi betul.
Jangan kecam-mengecam, keji-mengeji.
Berbahaslah dengan beradap, insyallah orang pun lebih terbuka untuk terima pandangan kita.


p/s : Ada free gift untuk setiap pembelian GreenAard. Whatsapp sini.