walk on wings, tread in air: Jangan compare <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/?m%3D0\x26vt\x3d1156211493529826500', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
Visitor Counter
MY VIDEO


TESTIMONI GREENAARD


Jangan compare
2019-01-07



Aku tak berminat nak cerita pasal tips yang aku bagi tu, tapi interested nak cerita pasal soalan yang dia tanya.

"Akak ni boleh tahan gak shopping dulu, sekarang saya tak pasti..."

As we know, perception is everything terutamanya di media sosial.
Dari segi persepsi, kita semua ada keinginan untuk maximizekan careers, nak jadi berjaya dan nak jadi inspirasi.
Oleh kerana penggunaan media sosial dah semakin berkembang - FB, IG, Twitter, Pinteresr Google+ - menyebabkan ramai orang seronok menayangkan kehidupan yang ideal berbanding kehidupan sebenar.

Dulu, aku selalu share apa saja je benda yang aku beli.
Tujuannya - sebab aku memang sejenis yang suka bercerita.
Kadang apa yang aku beli tu biasa-biasa je pun, tapi aku suka share.
Aku seronok bila apa yang aku share tu jadi rujukan orang.
Contoh kalau aku beli perfume.
Dulu aku sejenis beli perfume sekaliguus 4-5 botol.
Lepas beli aku akan review bau each one of them macamana.

Tapi rupanya ada yang tak seronok bila aku share benda-benda macam tu especially kalau barang yang aku beli tu nampak mewah dan mahal.
Tak semua suka.
Punyalah aku explain panjang lebar tentang kat mana aku beli, berapa harga, apa spesifikasinya - hujung-hujung ada yang salah anggap seolah-olah kita ni nak tunjuk yang kita banyak duit. Alahaiii.
Padahal perfume je pun.
Tapi ye lah kan, dah aku beli sekaligus sampai 4-5 botol, konfemlah ada yang sentap.

Selalunya gitulah.
Kita always anggap seseorang tu kaya dah berjaya hanya kalau kita nampak (read : dia tunjuk) :

- dia beli barang mahal
- travel mewah
- makan tempat best-best
- rumah cantik
- kereta besar
- tayang duit kepuk-kepuk
- check in private hospital .......

Bila orang tu tak menayangkan mana-mana kualiti di atas, kita assume he/she is just an ordinary person tapi bila ada yang tunjukkan mana-mana kualiti tu, jadi bahan kecaman pulak.

Tak semua orang suka travel.
Nak lagi yang pentakut naik flight, travel bukanlah satu yang ada dalam plan kecuali dah takde pilihan lain.
Tak bermakna bila dia tak travel a lot macam kita bermakna dia tak mampu.

Tak semua orang suka beli barang berjenama.
Bukan kerana dia tak mampu tapi dia tak mahu.

Tak semua orang suka tunjuk kehidupan dia.
Boleh jadi apa yang dia tunjuk di media sosial hanya 10% saja.
Lagi 90% dia simpan untuk dia dan keluarga saja tahu.

Bila kita meletakkan piawai kejayaan dan kebahagian seseorang pada apa yang dia beli, berapa harga dia beli, ke mana dia pergi, di mana dia hang out - inilah punca kenapa hidup kita kurang bahagia.
Kita, secara tak sedar dah meletakkan tanda aras pada diri kita sendiri bahawa kita belum cukup bahagia sekiranya kita belum jadi seperti dia.

Selagi kita belum dapat stay kat hotel Burj Al-Arab, kita belum kaya.
Selagi kita tak ada 5 henbeg Gucci, kita belum kaya.
Selagi kita masih pakai Honda Civic dan Toyota Vios, kita masih lagi biasa-biasa.
Selagi anak-anak kita masih lagi pakai baju Kiko, kita belum lagi gred T20 (eh!).

Percayalah, sampai bila-bila pun kita takkan jumpa bahagia dan tak pernah puas dengan apa yang kita ada kalau asyik membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada.
Happiness is found when you stop comparing yourself to other people.

To be fair, it is natural sebenarnya bila kita membandingkan diri kita dengan orang lain.
Yang salahnya adalah bila kita membandingkan gambar seseorang dengan keseluruhan kehidupan kita.
Hanya kerana 100 keping gambar dia beli barang mewah lalu kita bandingkan dengan seluruh hidup kita selama 30-40 tahun hidup ni dan anggap apa yang kita dah lalui selama ni adalah nothing berbanding that someone.

Hari tu kan aku nampak salah sorang FB fren aku letak gambar dia dapat surprise dari husband.
Husband dia hantar a bouquet of coklat and satu belon ke opis.
Not a big bouquet pun, very small je.
Dalam bouquet tu ada tak sampai 10 coklat Kit Kat.
Belon pun bukan belon trend sekarang yang siap bertulis nama bagai, just a simple helium belon tulis Happy Birthday.
Yang aku seronok tu bila dia up gambar dia dengan bouquet tu sampai 7-8 keping sekaligus!

Dalam hati aku cakap "She is a very happy person. She has a very happy relationship".

Bukan dia tak tau hadiah dia dapat tu tak se-gah orang lain.
Aku percaya dia tahu.
Dia ada FB so dia mesti tahu ramai yang pernah dapat hadiah jauh lebih hebat dari dia dapat.
Tapi itulah dia orang yang bahagia.
Walaupun surprise delivery yang dia dapat tak 'selari' dengan trend surprise delivery zaman sekarang, dia proud share gambar dia dengan pelbagai pose sampai berkeping-keping.

Sekarang ni kat blog aku banyak menceceh dari letak gambar, kecuali kalau ada pi jalan-jalan ke mana-mana.
Siapa yang follow blog ni dari 10 tahun lepas mesti nampak banyak beza.
Dulu, semua benda aku tepek.
Test baju kat fitting room pun tepek (tak beli pun, baru test je).
Beli ikan kap kat Sungai Buloh pun tepek gambar.
Beli pokok bunga pun tepek.
Beli henbeg pun tepek (Carlo Rino je pun).

Now ni, aku bukan tak shopping.
Nampak je macam aku dah kurang shopping padahal tak pun.
Cuma aku ada medium lain untuk aku simpan memori apa yang aku beli.
Aku memang ada satu lagi akaun IG yang aku privatekan untuk aku simpan semua gambar-gambar barang yang aku beli, bahagian rumah yang aku renovate, my new hair cut, bra and spender baru beli (kahkahkah) - well, kau ingat Diana Ishak yang dulu dah berubah?
Dulu dan sekarang Diana Ishak tetap suka letak gamba spender and bra baru beli kat media sosial, cuma kali ni simpan untuk tontonan sendiri.
Bukan apa, semua benda tu memang aku suka documented-kan, seronok bila sesekali tengok balik apa yang aku beli, dan bila aku beli.
Banyak gambar-gambar travel and staycation yang aku tak letak kat blog, aku akan letak kat private IG tu.
Yang aku letak kat blog cuma 10-15% je.
Well, Diana Ishak kan.
Queen of camwhore dulu what.
Takkan lah queen ambik gamba sikit-sikit je skarang. Tak lojik. Kata queen. Kahkahkah.



Y.E.S GreenAard ada lagi 4 hari lagi.
Kod diskaun kita akan blast selepas Y.E.S tamat.
Yang dapat kod tu, korang boleh guna untuk beli THE SAME PRODUCT saja, tak boleh beli untuk produk lain.



posted by Diana Ishak @ 12:12 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER