2019-01-18

#10yearschallenge



Ini IG Story aku.
Macam sentap lah pulak baca, kan?

Jangan risau.
Aku pun main gak #10yearschallenge ni kat IG 2 hari lepas.
Tapi tak letak gambar sendiri.
Manalah aku ada gamba yang decent 10 tahun lepas.
Semuanya gamba selambak. Eh.

Tak kisah kalau sesape nak main challenge ni, bukan aku nak perli pun.
Cuma aku nak ajak kita semua berfikir.
Kebanyakkan kita (aku juga) sangat concern dengan perubahan fizikal dalam tempoh 10 tahun.
Samada kita semakin kurus, semakin chubby, semakin cantik, semakin cerah, semakin nampak muda, atau masih maintain.
Seronok rasanya bila sekarang kita nampak lebih "sedap mata memandang" dari dulu.

Tapi itu kan perubahan fizikal.
10 tahun adalah wajar untuk fizikal kita berubah.
Kalau makin cantik, itu adalah bonus.
Kalau makin berusia, itu adalah lojik.
Tak ada apa yang perlu dirisaukan bila kita nampak semakin berusia.
Kalau nampak berusia tu menjadikan kita lebih ingat pada kematian lantas menjadi lebih taat, itu menjadikan kita hambaNya yang lebih baik.
Tapi kalau dengan bertambahnya usia tidak mengingatkan kita pada kematian malah lebih berlumba-lumba bersaing siapa yang nampak lebih gorgeous, this is so sad.

Bak kata ustaz aku, ada orang bila nampak uban tumbuh sehelai membuatkan dia semakin dekat dengan Allah.
Tapi ada juga orang pantang nampak uban sehelai terus cari solution nak warnakan rambut.

Orang kata hidayah itu milik Allah.
Katanya kalau Allah tak bagi, macamana nak ada perubahan dalam tempoh 10 tahun ni.

Betul, hidayah memang milik Allah.
Tapi Allah Maha Adil, semua orang Dia bagi hidayah.
Hanya kita saja yang menolak hidayah.

Uban adalah hidayah dari Allah.
Ia adalah tanda kemantian.
Nabi Yaakub didatangi oleh malaikat maut, lalu Nabi Yaakub tanya "Kau datang ni untuk jumpa-jumpa macam selalu ke?"

Malaikat maut jawab "Tak, aku datang untuk mencabut nyawa engkau"

Nabi Yaakub tanya balik "Bukan ke aku dah pesan, hantar reminder dulu sebelum nyawa aku kau ambik?"

Malaikat maut jawab "Ya, aku dah kirimkan isyarat yang kau tunggu-tunggu. Bukan setakat satu tapi tiga kali. Yang pertama, uban. Yang kedua, tubuh kau makin lemah. Yang terakhir, badan kau membongkok. Itulah isyarat yang telah kukirimkan kepada semua manusia sebelum aku datang untuk cabut nyawanya."

Uban.
Ini salah satu bentuk hidayah Allah yang mengingatkan kita bahawa kematian semakin mendekat.
Tapi kita anggap tumbuh ubah adalah perkara biasa.
Tak mendatangkan apa-apa makna.
Hanyalah indicator bahawa umur dah makin meningkat.

"Biasalah tu tumbuh uban umur 40 tahun".

Kerana sangkaan kita rambut perlu memutih dulu baru kematian sampai.
Setakat tumbuh 1 helai, belum apa-apa lagi.
Padahal Allah tak janji pun syarat mati rambut kena putih seluruhnya baru malaikat maut sampai.
Entah-entah sempat tumbuh 2 helai je, esok dah ajal.
Allah...

Jadi siapa kata hidayah itu Allah pilih-pilih?
Hidayah itu memang milik Allah, tapi Allah dah bagi pada semua orang.
Tingal kita saja yang tak ambik kisah.

Al-Quran.
Ini pun satu bentuk hidayah.
Sebab di dalamnya terang-terang dah tulis "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" (Al-Baqarah, 2)

Baca ayat yang aku bold-kan tu saja (supaya lebih senang faham).

Al-Quran adalah hidayah yang Allah bagi pada semua.
Tapi, hanya orang yang HENDAK bertakwa saja yang ambik.
Yang TAKNAK, dia tak peduli pun dengan Quran.
Dia malas blaja Quran.
Dia malas baca Quran.
Dia malas nak selak Quran pun.
Padahal ada je Al-Quran 2-3 bijik dalam rumah tu.
Jadi tak adil kalau kita anggap kita tak berubah sebab Allah yang tak hantar hidayah.
Padahal kita yang buta hidayah.

Majlis ilmu/taklim/ceramah agama.
Itu pun hidayah.
Tapi yang NAK hidayah saja yang dengar.
Yang TAKNAK memang takkan dengar.

Nasihat.
Ini lagi lah.
Jangankan nak dikata hidayah, malah dikecamnya tukang bagi nasihat.
Bajet ustazah katanya.

"Kau pun belum tentu lagi masuk syurga, takyah nak nasihatkan orang".

Kalau kita orang yang faham ilmu, dah tentu kita maklum semua manusia ada dosa.
Manusia yang maksum berapa orang je, dik. Tak ramai.
Dan dorang pun dah takde, dah lama meninggal.
Kalaulah hanya yang maksum saja layak berdakwah, dah tentu kita semua ni jadi manusia yang jahil-sejahil-jahilnya!
Tapi dek kerana ada yang ikhlas menyampaikan nasihat, berdakwah, menyebar dan mengajak kebaikan, maka itu peluang kita untuk berubah.
Itu pun kalau kita nak.

Hidayah ni tak datang selepuk depan mata kita dengan lebal "HIDAYAH".
Kita bukan nabi sampai Allah nak hantar malaikat persembahkan hidayah depan mata.
Kita kena usaha cari dan ambil.

Orang yang rajin berdakwah dan menyampaikan kebaikan ni pun bukannya petanda dia sudah baik, jauh sekali alim.
Tapi dia tau Allah dah bagi dia ilmu, maka wajib untuk dia menyampaikan setakat yang dia tahu.
Dia tak harap pun orang akan ikut nasihat dia.
Dia cuma nak menyampaikan supaya at least di akhirat esok bila Allah tanyakan "Apa yang kau dah buat dengan ilmu yang Aku bagi?", maka dia dengan lega boleh berkata "Aku dah sampaikan kepada kawan-kawanku".

Orang yang berduit, ujiannya adalah pada duit.
Orang yang berharta, ujiannya adalah pada harta.
Orang yang bijak, ujiannya adalah pada kebijaksanaannya.
Orang yang berilmu, ujiannya adalah pada ilmu yang dia tahu.
Semua tu nanti Allah tanya ke mana dan bagaimana kita kendalikan amanah yang Dia bagi.

10 tahun ni kalau datang dalam bentuk hukuman penjara, tempohnya terasa sangat panjang.
Tapi kalau dalam tempoh 10 tahun menjadikan dia lebih mendekat pada Allah, maka penjara adalah kebaikan buat dia.

10 tahun ni kalau datang dalam bentuk sakit, sangat menyiksakan.
Tapi kalau dalam tempoh 10 tahun menyebabkan airmata taubatnya mengalir tanpa henti, maka sakit adalah kebaikan buat dia.

10 tahun ni kalau datang dalam bentuk kemasyuran, selalunya tempoh terasa singkat.
Kalau dalam tempoh 10 tahun ni menjadikan dia semakin leka dan semakin 'longgar' ketaatan pada Allah, maka 10 tahun itu bukanlah nikmat, tetapi musibah buatnya.

Tengok balik 10 tahun yang lepas, bagaimana kualiti ibadah kita.
Bagaimana kualiti solat kita.
Kualiti sedekah kita.
Kualiti ilmu kita.
Jangan hanya sekadar mencapai dunia.
Kalau umur kita setakat 45, maka pencapaian dunia kita setakat 45 tahun sahaja.
Siapa tahu kita akan berada dalam liang lahad selama 100 tahun.
Apa sajalah bekal yang dah disiapkan.
Allah...