2018-12-14

Cari jodoh macam menjemput rezeki




Jodoh adalah salah satu misteri yang selalu kita persoalkan.
And if someone asks about jodoh to someone else, there will be different answers from them.

Contoh, kita tanya tentang jodoh pada yang belum ada gf/bf, dah tentu dia akan list-kan kriteria calon suami/isteri yang best-best je [kes banyak nau berangan ni].
Berbeza kalau kita tanyakan soalan yang sama pada orang yang dah ada bf/gf.
Of cos kriteria gf/bf dorang tu la yang dia ceritakan.

Kalau dapat yang tak berapa cantik, jawapannya "Nak pilih bini tak cantik sangat pun takpe beb, janji orang tu mesti hati baik".

Dan-dan tak cantik takpe okeh.
Sebab dapat yang tak cantik kan.
Cuba dapat yang cantik, konfem itu dulu yang kau highlite-kan ðŸ˜‚.
Oh ni cakap pasal diri sendiri ya, bukan cakap pasal korang.

Jawapan ini juga akan jadi lebih jauh berbeza kalau kita tanyakan pada orang yang dah kawen.
Apetah lagi yang dah 10 tahun kawen.
Jawapan selalunya lebih sederhana.

"Asalkan faham agama, tau tanggungjawab, rajin, jadilah".

Perasan tak?
Makin lama tempoh perkahwinan tu, makin ringkas kriteria pasangan idaman.
Kita jadi lebih realistik bila bercakap tentang jodoh dan pasangan.

Jadi, memilih jodoh yang terbaik tu sebenarnya bukanlah terbaik serba-serbi sampai perlu jadi the best person on earth, tapi menjadi yang terbaik untuk kita.
Kita yang nak hadap dia everyday, jadi pilihlah yang rasa kita boleh hadap tiap-tiap hari.
Boleh hadap perangainya.
Boleh hadap muka tak bermekapnya.
Boleh hadap baik dan buruknya.
Tak perlu nak memilih sangat.
Bukan tak boleh memilih.
Kalau nak calon yang sangat hensem, sangat cantik, sangat bijak, sangat kaya, sangat 6 pack, sangat putih, suara sedap bila azan, hafal 30 juz Quran, romantik - ini semua memang ada.
Orangnya memang ada, cuma belum pasti lagi orang tu nak kat kita.

To be fair, sebenarnya aku pun dulu bertungkus-lumus mencari jodoh yang terbaik.
Bukan terbaik untuk aku je tapi terbaik di pandangan semua orang.
Aku nak yang handsome, yang bijak, yang terpelajar, yang bergaya, yang kerja besar, yang senang.
Memang hakikatnya macam tu, kita semua nak yang best-best.
Takde sape nak jodoh yang selebet dan sengkek, mengaku je lah!

Tapi lama-lama aku realized sebenarnya aku pun tak bersedia untuk dapat lelaki yang hebat sangat sebab aku sedar diri aku kat mana.
Aku taknak bila dia terlampau bijak, aku akan jadi sangat bangang di mata dia.
Aku taknak bila dia terlampau hensem, aku jalan sebelah dia dah macam bibik dia pulak.
Aku taknak bila dia terlampau kaya, keluarga aku jadi segan dengan dia.

Last-last aku decide aku memang perlu cari yang hensem sebagai satu benchmark, tapi kalau asal sedap mata aku memandang sebenarnya dah ok.

Memang perlu cari yang bijak, tapi kalau dapat yang hanya satu level dengan aku pun masih ok lagi.
Tak bijak sangat dan tak benak sangat.

Memang perlu cari yang berduit (sape taknak oii), tapi kalau tak sengkek and tak darat sangat pun dah memadai.

Macam follower ni kata dia letakkan tempoh masa 6 bulan untuk berkenal-kenal.
Itu bagus.
Macam tu lah sistem takruf dalam Islam.
Kenal 2-3 bulan dan terus kawen.
Tapi berapa kerat sangatlah yang berani nak kawen dalam tempoh 6 bulan kenal.
Mana nak kenal lagi, mana nak kumpul duit lagi, mana nak prepare majlis kawen lagi.
Nak pulak kalau jenis buat majlis nak grand panggil 2000 orang makan, menggagau nak siapkan semua dalam tempoh 1-2 bulan.
Jadi kalau kita memang hadkan tempoh 6 bulan untuk kenal dan terus kawen, cara yang paling mudah adalah mintak mak bapak carikan.
Selalunya kalau mak bapak yang carikan, proses tu jadi cepat sikit dan insyallah mak bapak takkan pilihkan anak-anak jodoh yang tak semenggah.

Dalam Islam, jodoh bermaksud seseorang yang namanya telah ditulis di Luh Mahfuz, even long before we humans were created into a world, di mana dia akan ditakdirkan untuk menjadi teman hidup kita di dunia ni.
Tapi tak bermaksud kita kena tunggu dan tak perlu berusaha dan memilih.
Kerana yang tertulis di Luh Mahfudz tu ada banyak pilihan jalan.
And that is actually the result of our akhlak.

Menjawab soalan dia "samada mencari jodoh sama dengan menjemput rezeki?", jawapannya YES.

Rezeki yang kita dapat memang dah ditentukan.
Kalau Allah dah takdirkan minggu depan kita dapat 2 juta, memang kita akan dapat that 2 juta.
Tetapi jalan untuk dapatkan 2 juta tu bergantung pada ikhtiar dan doa kita kepada Allah.
2 juta tu boleh jadi kita dapat dengan jalan yang salah atau jalan yang betul.
Tapi tetap dapat 2 juta cuma persoalannya adakah 2 juta tu datang dengan redha Allah atau tak.
Kerana tak semua yang Allah bagi tu Dia redha.

Samalah macam jodoh.
Jodoh kita memang dah ditentukan di Luh Mahfudz.
Tetapi kita boleh pilih dengan siapa kita akan berjodoh.
Tentunya ada pengaruh akhlak dan sikap kita.

Memang dalam memilih jodoh kita kalau boleh nak semua yang best-best kerana kita tahu jodoh adalah cerminan diri.
Kalau jodoh kita pengotor, boleh jadi kita pun sebenarnya pengotor [tapi kita tak sedar].
Kalau jodoh kita liat nak solat, boleh jadi kita pun bukannya rajin solat.
Jadi atas sebab itu kita semua always berusaha nak dapatkan jodoh yang best-best supaya menjadi gambaran di mata orang bahawa kita juga se-best itu.

Bagi aku soal jodoh ni a bit funny sikit.
Urusan jodoh memang Allah dah tetapkan tapi Allah saja nak tengok macamana dan apa ikhtiar kita untuk berjumpa jodoh.
Adekah dengan jalan maksiat atau jalan yang diredhaiNya.
Sometimes kita mencari calon macam nak rak, ujung-ujung kita dapat yang lansung kita tak pernah expect.

Jodoh memang rahsia Allah.
Tapi ikhtiar milik kita.

Aku dengan En Wan dulu masing-masing beria bercinta macam nak rak dengan orang lain.
Maisng-masing bercinta dengan orang yang kitorang sama-sama cari sendiri ikut kriteria yang kitorang nak.
Akhirnya, yang sorang frust menonggeng kena tinggal dek awek.
Yang sorang lagi drama gila siap kes nak terjun jambatan, nak toreh tangan bagai.

Ujung-ujung Allah jumpakan kitorang dengan jodoh yang bukan saja kriterianya berbeza dengan apa yang kitorang nak, tapi semuanya berlaku dengan sangat cepat.
En Wan tak payah nak risau awek lari kat orang lain dah sebab kali ni jodoh dia memang datang serah diri.
Dek kerana nak selamatkan diri dari exbf, aku sendiri yang berlari ke jodoh aku.

Aku pulak bingung mikir kalaulah aku tak jadi kawen dengan exbf mesti jadi anak dara tua sebab nak start all over again dengan orang lain akan mengambil masa.

Eh, rupanya tak lama pun.
Kerana kes cinta lama aku tu buatkan En Wan sendiri yang offer diri "Ok, jom kita bertunang".

Hah! Itulah dia rahsia Allah.
Cari yang lain, dapat yang lain.
Boleh pulak masing-masing bersetuju je dengan jodoh ni walaupun tak betul-betul kenal antara satu sama lain.

Jadi, yang belum berkahwin, usahalah cari jodoh.
Ikhtiar adalah milik kita.
Tapi dalam masa yang sama kena berlapang dada dan be considerate juga.
Kerana hak kita adalah memilih tapi hak menetapkan jodoh adalah Allah.