2018-11-21

Redza : History



Rabu lepas [seminggu lepas punya cerita] aku up gambar kat IG hantar Redza ke KLIA untuk trip dia ke Cambodia.
Ramai yang surprised Redza dah sama tinggi dengan aku.
Sebenarnya bukan sama tinggi ya, tapi sama pendek.
Aku tak tinggi mana, 155cm je.
Tapi insyallah by the time Redza umur 21 nanti dia dah jauh lebih tinggi dari aku.

Tak sangka ramai yang masih ingat Redza as "budazah".
Di kalangan followers IG ada yang tanya budazah tu apa ðŸ˜‚😂.
Aku rasa followers IG are new blog readers.
Ni mesti ramai-ramai datang lepas artikel aku viral pasal Fazura-Fattah tu.

Macam ni, masa Redza umur 4 tahun, dia dah ke tadika.
Kat tadika tu ada subjek mengaji jugak.
So one day Redza balik rumah bagitau aku yang ustazah dia pesan something.
Dia masih pelat waktu tu, dia sebut ustazah = budazah.
Aku ceritakan ni kat blog.
From that on ramai pulak yang panggil Redza = budazah.
Sampai sekarang orang ingat pulak tu.

Bila aku tengok gamba ni, alahaiii, memang dah besar rupanya anak aku.
Suara pun dah serak-serak basah.
Kalau dia bercakap kat phone aku always ingatkan dia batuk, padahal itu memang suara dia sekarang.

Memandangkan ramai yang berminat nak tau pasal budazah ni, aku highlite mana yang penting je la ya.



Persiapan nak menyambut Redza.
Ini je baju-baju Redza yang kitorang beli.
Semua baju tido sebab katanya baby sejuk kan, elok pakai seluar and lengan panjang.
Padahal ini je pun baju yang ada tapi hari-hari aku bukak katup laci, punyalah excited nak dapat baby.



Redza lahir 3 September 2004 ikut tingkap.
Ni la dia budak yang taknak keluar-keluar walau dah 3 kali Dr induced mak siap korek-korek nak bukakkan jalan tapi tetap tak bukak-bukak.
15 jam tahan sakit sampai biru kuku kaki, last-last Dr bedah saja.



Ya, saya memang berketak-ketak sejak dari lahir.
Patut la payah nak keluar. Gemuk rupanya. 
Keluar-keluar je dah kencingkan nurse dulu.



Tahun 2005.



Pertama kali berendam dalam kolam.
Ini kat Awana Kijal, first time Redza duduk hotel.
Biasala kan, orang baru ada anak, nak pergi bercuti dalam negara pun dah kecoh buat persiapan untuk anak.
Beli pelampung dia la, beli bola dia la, beli sunblock dia la.
Ibu-ibu muda memang macam ni, menggelabah lebih. Kahkahkah.



Mahap la, henfon ahkak dulu samsung flip cokia tu je.
Kamera pun berkabus ðŸ˜‚.
Ini rutin Redza everyday, berendam 1 jam dalam besen.
Perangai ni membawak sampai ke besar ni.
Kalau mandi kemain lama lagi.
Kalau dalam bilik air tu kebetulan ada baldi, main dengan baldi pun jadik anak aku ni.
Tau-tau je bergendang dari dalam.



Dan setiap Mahgrib dia akan mengimamkan bapak dia ðŸ˜‚.
Rutin harian Redza, lepas Maghrib dia akan bawak flash card dia duduk depan En Wan untuk study.
Kadang tu kalau bapak dia lupa, dia yang ingatkan "Pa, study!"



Sesiapa follow cerita Rayyan mesti ingat Rayyan ke hulu-hilir bawak 'anak kera', kan?
Redza pun sama, kalau nak tido atau pi jalan mesti masukkan menatang tu dalam kereta.
Rambut Temenggung Jugah tu wajib.



Berjahit kat kepala 2 kali.
Satu kat depan, satu kat belakang.



2008, hari pertama masuk skolah CEC, at age 4 years old.
Nampak tu kemeja dah shirt sleeves pun masih nak lipat lagi, ala-ala Berverly Hills 90210.
Masa ni mak berada kat zaman jahiliah, pastu masukkan anak kat skolah omputih pulak, memang mak kena kecam kaw-kaw kat blog lah ðŸ˜‚.



2008, performance Redza yang pertama.
Disco mode ON.
Masa ni suara mak dia yang paling kuat sekali dalam dewan bersorak masa anak keluar ke pentas.
Macam orang lain takde anak, dia sorang je ada anak. Hahaha.



2010, konsert Redza yang terakhir cum graduation tadika.
Masa ni aku mengandungkan Rayyan.
Tak lama lepas konsert ni, aku pun tersadai kat jadi maskot wad bersalin 28 hari.



2011, Redza mendaftar ke skolah rendah.
Pagi tu cium adik dulu sebelum pi skolah.
Aku tak dapat hantar sebab tengah berpantang Rayyan.



2017, Redza mendaftar ke MRSM Langkawi.



2018, gambar paling latest, Jumaat lepas masa dia ke Cambodia untuk program skolah.
Dalam tempoh setahun dia boleh kurus.
Jadi marilah kita sama-sama masuk skolah asrama, mana tau boleh kurus macam Kate Moss.

Itu sejarah ringkas Redza.
Banyak sebenarnya gamba-gambar Redza dalam blog ni.
Nasib baik la mak rajin menceceh dalam blog, ada la jugak kenangan.
Apaknya dulu time aku sibuk memblogging dia membebel.
Buang masa lah, takde manfaat lah.
Now dia pulak yang rajin kelebet blog aku nak retrieve gamba-gamba lama.

Dulu masa aku start blogging, niatnya suka-suka je sebab kawan aku yang encourage aku blogging.
Dia kata aku kuat bercakap.
Asal lepak dengan dia, dia cakap sikit je, balik-balik aku yang bercakap.
Dia kata aku ni terlampau banyak idea nak bercakap so apa kata aku menulis.
Bila banyak yang aku dah tulis mungkin kurang sikit aku bercakap dia kata. Hahahaha.

Nan ado!!
Tulis is tulis.
Bercakap tetap lajuuuu.

Rupanya ada juga manfaat blog aku ni.
Boleh gak mengimbau memori lama.
Maklumlah makin tua ni banyak benda yang tak berapa ingat.
Bila ada blog ni, selak-selak entry lama baru teringat kisah dulu-dulu.