2018-11-27

Susah tinggalkan dunia - Part 2


Ok ni sambung post semalam.

Point yang kedua yang buatkan kita bertangguh dalam hijrah adalah lingkungan yang salah, kawan-kawan yang tak salah, dan sokongan yang tak membantu hijrah.

Cuba tengok Abu Talib.
Dia ni bapak sedara Rasulullah saw.
Kalau nak ikutkan lojik patutnya dia antara yang awal beriman pada Allah tapi malangnya sampai me akhir hayat kekal bukan Islam.

Kerana apa?

Kerana dia selalu join Abu Jahal ke mana-mana.
Sampaikan ke saat-saat nazak pun, Abu Jahal ada kat tepi dia, dah tu camana.
Padahal Rasulullah dah berulang-ulang mintak dia bersyahadah tapi sebab dia lebih terpengaruh dengan kawan yang buruk, akhirnya dia mati dalam keadaan syirik.

That's why dalam entry aku yang lepas aku ada sebut, kalau kita nak berhijrah tetapi kelompok kita sekarang tak dapat membantu kepada hijrah kita, tinggalkan kejap.
Tak payah nak mikir "Nanti apa pulak dorang kata.."

Tak.

Kalau dorang kawan yang baik, yang berkawan dengan ikhlas, dia akan faham bila kita bagitau kita terpaksa kurangkan gathering sebab ada kelas agama, ada kelas tajwid, nak attend ceramah, etc.
Manusia ni kalau dia nak kata, dia akan kata.
Tak kira apa pun kita buat, dia tetap kata.
Sebab dia ada mulut.
Tapi jangan lupa, kita ada telinga, jadi buat-buat je lah tak dengar.

Manusia punya persepsi memang berbeza-beza.
Kadang apa yang baik bagi Allah, bagi dia semuanya buruk.
Tak payah jauh la, kalau pi umrah/haji pun macam-macam cerita yang tak best kadang kita dengar hasil dari persepsi manusia.

Hamba Allah tu sesat tak jumpa pintu keluar, dikatanya "Ada la tu yang salah dia buat dulu..."

Hamba Allah tu sakit, dikatanya "Ada la tu yang tak selesai kat sana hari tu..."

Kita tak sedar ucapan kita tu adalah ujian untuk diri kita.
Boleh jadi ketika kita ucapkan tu, hati timbul bangga dapat beribadat dengan mudah.
Sayangnya, itulah yang boleh menghapuskan penat kita berumrah beribadat berjam-jam.

Boleh jadi yang diuji dengan sesat dan sakit tu Allah ampunkan dosanya bila dia berdoa "Ya Allah, kalau ini kifarah dosa-dosaku aku redha.."

Betul kata ustaz.
Di syurga nanti, dipenuhi dengan ahli maksiat yang sudah bertaubat.
Tapi di neraka, dipenuhi dengan ahli ibadah yang sombong dalam ibadahnya.
Nauzubillah.

Apa pun kata orang, biarlah.
Itu persepsi mereka.
Kalau kita percaya apa yang kita buat ni, hijrah kita ni, semata mencari redha Allah, teruskan.
Laluan hijrah memang tak pernah mudah.
Setakat kena perli, kena cop bajet alim - tu biasa.
Tu memang wajib ada dalam mana-mana history hijrah, jadi jangan sedih-sedih sangat.

Yang ketiga, punca lambat hijrah adalah ketika kita merasa umur kita panjang lagi.
Panjang angan-angan orang kata.
Terlampau banyak hal-hal duniawi dalam wishlist yang di-aim, sampaikan bertangguh-tangguh untuk berhijrah kerana nak fulfill wishlist dulu.

Jangan salah faham.
Pasang angan-angan tu tak salah, tapi jangan sampai lupa yang mungkin kita akan jumpa maut dulu sebelum jumpa impian.
Orang kata berpatut-padanlah.

Hal dunia ni kita jangan terlampau banyak angan-angan.
Orang mukmin itu memandang dunia dengan bersahaja.
Kalau dapat, syukur.
Kalau tak dapat, takpelah, memang bukan itu tujuan kita hidup di dunia ni.
Jangan sampai mati-matian sebab nanti kita akan terus mengejar dunia tanpa habisnya.
Bila angan-angan terlampau besar, itu menjadi punca kita lupa nak bertaubat dan hijrah pada Allah.

Orang kata berhijrah ni tak menarik.
Semuanya jadi tak menarik.
Penampilan tak menarik.
Pergaulan tak menarik.
Aktiviti pun tak menarik.

Betul, aku setuju.
Memang bila berhijrah semua benda jadi tak menarik.
Dulu boleh buat, sekarang tak boleh
Ada je benda yang salah.

Kerana apa?

Kerana kita dah terlalu lama melakukan yang salah, jadi bila melakukan yang benar, semuanya rasa janggal.
Kerana mata kita terlalu banyak melihat yang haram, jadi bila melihat orang bertutup litup kita terasa pelik.
Kerana telinga kita terlalu banyak mendengar gosip, jadi bila mendengar ceramah agama kita terasa boring.

Semua tu takkan jadi menarik kalau kita masih berada di kelompok adan persekitaran yang asal.
Kita akan merasa left out dan terasing serta 'pelik'.
Tapi kalau kita berada di kelompok yang betul, insyallah hijrah tu akan jadi sangat menarik.