2018-10-02

Bila ada homework



Korang yang mana?
Aku pernah buat semua.

Tapi yang paling aku ingat adalah LEGEND = siapkan homework masa cikgu tengah pungut buku.

Kejadian ni terjadi tahun 1989, masa aku Darjah 6.
Masa ni pertengahan tahun, sebelum exam mid year.
Meja kelas kitorang masa Darjah 6 bukan meja desk biasa tapi meja macam dewan kuliah yang kerusi bersambung dengan meja tu.
Maksudnya kedudukan dalam kelas ada duduk sorang-sorang.
Atau dalam erti kata lain, kau tak boleh nak meniru sebab meja kau dengan meja sebelah jauh.

Cikgu kelas aku nama Cikgu Khaidir, ajar BM.
Dari Darjah 5 lagi kitorang dapat tau cikgu Khaidir ni garang (dari cerita-cerita from senior).
Berdoa taknak dapat cikgu garang, tapi dapat jugak.
Siap jadi cikgu kelas lagi.

Cikgu Khaidir ni rupanya manusia, bukan hantu.
Dia takkan terpekik kalau kau tak buat hal.
Sepanjang dia jadi cikgu kelas, cuma 1 kali je dia mengamuk.
Dan yang 1 kali tu lah aku terbabit sama. Haihhhh.
Aku pun tak sangka hari tu aku akan jadi sebahagian mangsa amukan dia.

Kisahnya, dia ada bagi homework BM semalamnya.
Tapi aku terlupa lansung!
Seriously aku bukan sejenis yang tak buat homework.
Susah macamana pun homework tetap aku akan siapkan walaupun meniru. Kahkahkah.

Tapi nak dijadikan cerita, aku boleh terlupa lansung pasal homework tu.
BM je kot, aku terer BM dulu.
Kalau bab karangan sap sap soi je 120 patah perkataan tu.
Tengoklah camana panjang aku menceceh dalam blog, kan. Hahaha.

Ntah hape hangin dia hari tu, boleh la pulak dia mintak semua keluarkan homework semalam, letak atas meje.
Dia nak check satu-satu.
Selalunya suruh hantar ke depan terus.
Masa tu lah aku baru teringat ada homework.

Tempat duduk aku kat lorong ketiga, tengah.
Dia start check dari meja awal (depan pintu).
Dari meja tu nak kena meja aku ada la dalam 24-25 orang kena lalu.
Cepat-cepat aku keluarkan homework and tulis mana yang sempat.
Ada 50 soalan pulak tu.
Konfem tak sempat lah weii.
Jadahnya 50 soalan nak siap dalam masa 10 minit.

Tapi sempat la aku siapkan dalam 15 soalan.
Rupanya dia dah nampak aku tengah menggelabah siapkan keje.
Aku ingatkan lagi 2 meja nak sampai ke meja aku, aku nak stop.
At least kalau dia selak-selak, nampak lah aku dah siap 15 soalan, takde la pemalas sangat kan.
Lagi 2 meja nak sampai, aku dah stop dah menulis dan cuba untuk buat muka rilek.
Elok je dia sampai meja aku dia ambik buku terus hempas kat lantai okeh?
Sikit dia tak selak.
Maknanya dari awal lagi dia dah nampak aku tengah siapkan homework.

Ya Allah, malu gila aku wehhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Sebab aku bukan budak yang bodoh sangat sebenarnya.
The things is, budak yang tak berapa bijak pun boleh siapkan that homework, tapi aku tak.
Dah la masa tu belum mid term.
Dulu, exam 2 kali je, mid and final. Takde Ujian 1.
Jadi, pada ketika tu, aku belum dapat buktikan kat Cikgu Khaidir yang aku bukan budak bodoh.
Tak sempat nak buktikan apa-apa, dia dah nampak aku pemalas buat homework.
Tak aci la camni kan. Hahaha.

Tapi semua tu ada hikmahnya.
Disebabkan kes tu, aku jadi semangat nak buktikan yang aku bukan budak bodoh.
After mid term, cikgu ubah susunan meja ikut nombor.
Aku dapat nombor 10, terus dapat row kedua, duduk depan sekali.
Senang Cikgu Khaidir nampak muka aku.

Elok je lepas dapat tukar tempat duduk, Cikgu Khaidir tukar skolah lain.
Tapi takpe, aku puas hati at least Cikgu Khaidir nampak perubahan aku.
Saya tak bodoh cikgu. Saya pun bukan pemalas. Tapi blur-blur tu pasti.

Yang kedua, BERANI MATI = tak siapkan lansung, bersedia hadapi denda.

Masa ni Form 1 and Form 4.

Form 1 tu masa aku kat TKC.
Aku kan taknak stay situ, so salah satu malapetaka yang aku sengaja cipta adalah tak buat kerja skolah supaya aku kena denda banyak-banyak kali, lepas tu kena kick dari skolah tu.
Time prep orang lain sibuk study and siapkan homwork, aku lukis gambar family aku.
Tak pun tulis diari.
Memang jenis hati kering.

Memang dari kecik aku punya perangai, kalau aku say no, means no.
Kadang-kadang aku memang tak berapa pasti apabenda yang aku nak.
Tapi aku always pasti apa yang aku taknak.
Jadi kalau aku kata TAKNAK, maknanya aku dah bulatkan fikiran.
Bila dipaksa-paksa untuk stay, maka itulah jadinya.
Aku memberontak dalam senyap.
Taknak buat homework, taknak blaja, taknak apa pun tak nak.
Tapi agaknya kes aku tu dah jadi bualan ramai penduduk di sana, jadi cikgu naik malas nak sound aku.
Maybe dorang rasa aku mental problem, jadi even aku submit homework tak siap, aku tak kena marah.
Dorang tak kuasa nak layan aku agaknya.

BERANI MATI yang kedua, Form 4.
Subjek Add Maths.

Letih betul subjek ni tau tak.
Bab 1 tajuk Janjang tu pun aku pecah otak nak memahamkan.
Kadang-kadang aku terpikir gak takkan aku ni benak sangat ke Maths sampai bab 1 pun tak lepas?
Tapi bila pikir-pikir balik, maybe betul apa yang aku cakap tadi.
Kalau aku cakap TAKNAK, maknanya taknak.
Kalau aku cakap tak suka, maknanya tak suka.

Cikgu Add Maths nama Cikgu Leong.
Cikgu ni cikgu tergarang kat skolah aku dulu.
Dia ni cikgu ko-op jugak.
Bayangkan dia pernah mengamuk dengan student kat ko-op tingkat 2, sampai ke tingkat 3 kelas hujung pun boleh dengar suara dia lagi.
Memandangkan dia satu-satunya cikgu Add Maths, jadi takde pilihan, memang kena hadap dia.

One thing yang best cikgu ni, agaknya dia tau add maths ni bukan senang.
Lagipun kat skolah aku tu kelas sains ada seketul je, jadi kitorang je la student dia yang ada pun.
Tu pun tak sampai 30 orang.
Jadi, dia sangat bersabar nak bagi kitorang faham.
Cuma dia takleh tolerate kalau tak buat homework.
Dia kata, kalau salah tak apa, tapi kalau homework pun tak sentuh, maknanya kita takde effort lansung.

Nak dijadikan cerita, aku terlupa nak siapkan homework.
Itulah kali kedua dalam sejarah aku bersekolah, terlupa buat homework.
Tapi kali ni aku lebih matang (matang tengkorak kau!), aku taknak menggelabah siapkan homework sebelum dia pungut.
Aku dengan macho-nya letak buku atas meja, bersedia untuk ditibai.
Aku mengambil konsep "dah buat salah tu, mengaku je lah".

Kebetulan, semalamnya aku ada kelas tusyen Add Maths.
Kelas tusyen pun gunakan buku teks add maths yang sama.
Setiap kali aku buat latihan dari kelas tuysen, aku akan gunakan buku tulis skolah.
Tapi aku letak tajuk "Latihan tambahan yang dibuat sendiri, bukan arahan guru kelas".
Agaknya Cikgu Leong perasan kot dalam buku latihan aku yang dia semak sebelum-sebelum ni aku ada buat extra exercise, jadi bila hari tu homework aku tak siap, dia tak marah.
Mungkin dalam hati dia cakap "Budak ni ada inisiatif buat banyak latihan sebab dia bodoh. Takpelah kalau sekali ni dia tak buat. Jangan punahkan semangat dia".
Dia selak-selak, pastu cakap "Hmmm..."

Phewww!!! Selamat!
Hari tu dia mengamuk tapi buku aku tak kena hempas, itu dah dikira bagus dah.
Walaupun hakikatnya tetap tak betul sebab homework tak siap.

Masa ambik result, semua cikgu aku jumpa say thank you.
Cikgu Leong je aku tak berani nak jumpa sebab aku malu add maths aku dapat C6.
Dia ajar bagus, aku je yang benak jadi aku tak sampai hati nak jumpa.
Aku just tak minat Maths lansung, bukan salah cikgu tu tak pandai ajar.
Tapi masa aku jumpa Cikgu Leong, dia cakap "Wah! You credit ah? Good!"

Aku macam eh C6 pun happy ke, cikgu?
Mesti dia bajet aku F9. Mbhahahaha.

Cikgu Leong yang ajar Maths pun bangga dengan result C6 aku.
Laki aku tengok Add Maths aku C6, "La...add maths A2 pun takleh dapat ke?"
Kerek gila.
Tu pasal walau dia terer maths, dia tetap tak layak jadi cikgu.
Karang hari-hari muka dia parents viralkan kat FB.




Birthday Big Bos coming 7 Oct ni.
Sempena umur nak masuk 42 tahun ni, dia buat keje gila bagi offer RM42 untuk setiap kurta and kebaya yang tinggal. 
Kes nak perabiskan stok ni.
By the way, nak bagitau siang-siang pada yang nak beli kebaya bersize S cuma tinggal 2 helai je tau, tu pun warna pink je.
Tapi size lain insyallah ada, kena tanya size and kaler.