2017-11-02

Pengaruh kawan la ni.


Ada some reader-reader lama bagitau, dulu kalau baca blog aku tak sah kalau tak gelak.
Bahasa aku gila-gila and takde cover-cover.
Now, cara aku blog lain sangat dari dulu.
Masih straight to the point tapi lebih serius writing. Bukan huhahuha macam dulu.

Ya, aku sendiri perasan macam tu.
Aku tend to write on heavy issues now.
Salah satu faktornya - usia.
Aku start blogging umur 29 nokkk. Zaman tengah menggila.
Now dah 40. Kalau sekarang masing menggila pekejadahnya kan.
Puas dah kot aku buat gila dulu. Now kasi peluang orang lain take over.

There's a saying say :

You are the books you read.
You are the movies you watch.
You are the people you spend time with.
You are the conversations you engage in.
Choose wisely what you feed your mind.

Whether kita sedar atau tak, our mental and emotion berubah bila terdedah secara rutin kepada apa yang kita dengar and tengok everyday.
Dia sama macam badan kita jugak lah. Badan kita sihat kalau kita dedahkan dengan makanan and aktiviti yang sihat.
So does mental and emotional health. Bergantung kepada apa yang kita dedahkan.

Dulu, zaman sekolah dulu, aku ingat nasib kita hanya akan berubah dengan pelajaran semata-mata. Kau kena jadi pandai baru kau boleh berjaya, baru boleh dapat kawan dengan orang yang hebat-hebat, baru orang hormat.
Nak konsisten jadi one of the top performers setiap kali exam dah jadi misi utama aku.
Aku punya pikiran masa tu - sebab aku tak kaya, aku tak cantik. Jadi aku kena jadi pandai baru orang pandang aku.

Now, bukanlah maksudnya pencapaian akademik tu lansung aku tak guna.
In fact, aku rasa grateful sangat dianugerahkan peluang sambung belajar sampai U and dapat quite good result.
Tapi bila dah masuk alam pekerjaaan, aku realized good result rupanya bukan key point untuk success.
Success kat dunia pekerjaan ni berbeza term dia.
Cuma kalau kau excel in academic, chances untuk kau dapat kerja tu tinggi. Itu je.
Selebihnya, bergantung pada usaha keras kau.
Bila dah dapat kerja tu, akademik kau orang dah tak pandang dah.
Orang akan pandang pulak how kau manage to siapkan kerja, how creative kau buat kerja, kau meet KPI ke tak dan .......  how well kau ngam dengan bos :)

3-4 tahun lepas baru aku nampak rupanya diri kita ni samada success atau tak, senonoh atau tak, sebenarnya banyak bergantung pada siapa kita berkawan. Itu sebenarnya yang bagi pengaruh besar.

Kawan-kawan kita akan pengaruhi sikap.
Meraka mempengaruhi cara kita berpakaian.
Mempengaruhi cara kita bercakap.
Mempengaruhi topik apa yang selalu kita bualkan.
Mempengaruhi kecenderungan kita memilih bahan bacaan.

Omputih ada cakap "Tell me who are your friends, and I'll tell you who you are".

Aku pernah tulis pasal ni dulu.
Kalau kita kawan dengan orang yang suka bercantik-cantik, kita akan jadi cantik.
Kalau kita kawan dengan orang yang suka bergosip, kita akan jadi mak joyah.
Kalau kita kawan dengan orang yang berpelajaran tinggi, kita pun nak sambung blaja juga.

Aku sedih bila baca email reader ni. Kesian pulak kat dia. Bacalah, how hidup dia berubah hanya sebab pengaruh kawan.





Berapa bijak kita.

Apa bakat kita.

Di mana kita tinggal.

Perhubungan dengan keluarga.

Semua ni memang mempengaruhi siapa kita.
Tapi tak sehebat pengaruh dengan siapa kita berkawan.

Someone maybe dilahirkan dalam keluarga yang senang but lead an unhappy life.
Someone yang lain lahir dalam keadaan susah tapi akhirnya berjaya keluar dari kepayahan hidup.
Ini semua ada kaitan dengan siapa kita bergaul. Kawan-kawan ni lah yang influence cara kita berfikir sampai kita boleh berjaya.
That's why our habits determine the person we become.
Habit kita banyak bergantung pada dengan siapa kita bergaul.
Kalau bergaul dengan orang yang minum pagi sampai sejam setengah, kita pun terikut-ikut lah.
Kalau bergaul dengan orang yang tak kisah solat, lama-lama solat kita pun hanyut sekali.

Memang cara aku blogging sekarang berubah sikit sebanyak disebabkan pengaruh dengan siapa aku berkawan.
Takde la kawan sangat pun, tapi aku banyak spend time dengan kelompok ni.
Actually aku join kelas hafazan and tadabbur/tazakkur Quran.
Pendedahan yang berulang-ulang pada kelompok ni dan bahan bacaan mempengaruhi cara aku menulis sekarang.
Merempan ada lah jugak kan, tapi dah tak macam dulu.
Those yang suka penulisan yang gila-gila mungkin dah tak enjoy baca blog aku lagi.
Tapi takpe, aku menulis sebab aku suka. Tak baca pun takpe.

Persekitaran aku lebih positif and aku memang perlukan medium yang positif dan create benda positif.
That's why aku sebolehnya mengelak dari kembali ke penulisan yang dulu.
Persekitaran yang positif bagi impak pada kemudahan untuk menghafal.
Aku pernah tulis entry merempan sehari dan emosi tu berpanjangan sampai ke 3 hari, Allahu, impaknya sangat dasyat.
Surah Al-Talaaq yang hanya 12 ayat lagi susah nak hafal dari Al-Kahf yang 110 ayat.
Betapa dasyatnya persekitaran negatif. Tu baru cara-cara 1 hari menulis entry merempan tau.
Apetah lagi kalau hari-hari dok sembang mengumpat, dok mengutuk orang je keje tak abis-abis, baca bahan bacaan yang merepek yang akan mempengaruhi emosi.

Sebab tu, pandai-pandailah letakkan kita dalam kelompok yang betul.
5 orang yang paling kerap kita habiskan masa lah yang paling banyak buat perubahan pada mood kita.
Mood kemudian akan mempengaruhi tindakan.
Mood akan bagi kesan kepada cara kita berfikir, self-esteem dan berapa bijak kita buat keputusan.
Of cos, kita adalah kita. Tapi, bagaimana kita dibentuk banyak dipengaruhi oleh persekitaran kita.

Tidaklah bermakna kita tinggalkan terus kawan-kawan kita sekarang.
Dan bukanlah bermakna asal kita jauhkan diri dari kawan-kawan maknanya kawan-kawan tu perangai dia buruk.
Tapi kita kan boleh pilih nak habiskan masa yang lebih dengan orang yang macamana, sesuai dengan hala tuju kita.
Kalau kita dah rancang apa yang kita nak, maka kita kena cari persekitaran dan kawan-kawan yang boleh membawa kita ke arah tu.
Jadi, kita ada otak, kita boleh pikir mana betul mana tak.
Kita ada kaki, kita boleh je angkat kaki dan blah dari group yang kita tak suka.
Insyallah, kita boleh kontrol semua tu.




Nak beli?