2017-11-29

Kalau jodoh itu takdir, kenapa ada yang bercerai?


Entry aku tentang jodoh semalam.
Ada reader tanya "Kalau jodoh tu takdir Allah, kenapa ada yang bercerai?"

Good question.
Sebab aku pernah tanya exactly the same question kat ustaz.

Cerai tu tak salah.
Tapi ia adalah perkara halal yang paling dibenci Allah.
Memang takde hadis tentang ni tapi ia berdasarkan ayat ini "Perceraian itu hanya diperintahkan oleh syaitan dan tukang sihir, sebagaimana firman Allah "Mereka belajar dari keduanya sihir yang boleh memisahkan antara seseorang dengan isterinya." (Al-Baqarah: 102).

Maksudnya apa?
Maksudnya, cerai bukanlah satu perkara yang digalakkan tapi alternatif terakhir untuk selesaikan masalah suami isteri.
Maknanya, cerai bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian.
Kalau tak terpaksa sangat sangat sangat sangat sangat - janganlah bercerai.
So, mana mungkin Allah takdirkan penceraian tapi dalam masa yang sama Allah nyatakan cerai itu adalah perkara yang dibenciNya?

Cerai adalah pilihan.

Bila kau dah kawen 10 tahun tapi laki kau masih lagi kejenya goyang telor kat rumah, tak reti nak cari keje, makan hasil bini, mengangkang isap rokok, duit rokok pun paw bini, solat jauh sekali.
Kau dah bagi masa 10 tahun, tapi perangai masih tak berubah.
Kau beristiharah, solat hajat dan solat taubat setiap hari mintak pentunjuk dari Allah.
Lalu kau decide untuk teruskan atau bertahan.

Bilamana couple tu takde tolak ansur, asyik bertekak siang malam, lansung takde persefahaman lagi - maka akan berlaku perceraian.
Maknanya manusia itu sendiri yang jadi puncanya, bukan Allah.
Tapi, semua ni memang dah dalam pengetahuan Allah sebab Dia Maha Mengetahui.
Cuma ada beza antara pengetahuan dan ketentuan.

Bukan Allah saja yang menentukan setiap gerak laku manusia mahupun punca ke arah sesuatu kejadian yang dilakukan oleh manusia.
Allah menciptakan rasa kecenderungan dan kasih sayang sebagai fitrah manusia.
Tapi manusialah yang berperanan untuk menjadikan rumahtangganya sakinah, mawaddah dan warahmah.

Contoh seorang cikgu boleh bajet mana satu anak murid dia yang akan berjaya dalam exam berdasarkan penelitian dia.
Tapi bukan cikgu tu yang tentukan samada anak murid tu berjaya atau gagal.
Murid itu sendirilah yang akan tentukan kejayaannya.
Kalau dia usaha, doa, tawakkal, jika berlandaskan sistem Allah yang betul, maka dia boleh berjaya.

Cerai ada hukum jugak. Bukan asal terkehel je kau lafaz cerai.
Kalau suami isteri tu asal tinggal sebumbung je bertekak dan saling menyakiti, memang takde peluang nak berbaik lansung, maka lebih baiklah cerai.

Lafaz cerai pun jangan dibuat main-main ya.
Lafaz cerai ada 2 - yang sahih dan yang berbentuk sindiran.
Yang sahih tu kita tahu lah memang jelas dia sebut "Aku ceraikan kau".
Tak kira kau serius atau main-main, talak tetap jatuh.

Yang kedua, berbentuk sindiran atau kiasan.
"Pegi balik rumah mak bapak kaulah, menyampah aku tengok muka kau!"
Kalau semasa suami lafazkan ini niat dalam hati dia nak bercerai, maka jatuh talak.

So suami, jangan main-main dengan kias-kias macam ni ya.
Kalau dalam hati masih ada rasa sayang, jangan cuba-cuba nak berkias macam ni kat isteri.
Karang kau yang kering.
Yang pompuan pulak, jangan nak ugut-ugut suami kalau hati tu tak cekal. Kalau setakat nak test-test if suami berani ceraikan kau ke tak, janganlah guna perkataan "Ceraikan aku! Ceraikan aku!"
Sekali laki kau cakap "Ok, aku ceraikan kau!", hah mampus kau nangis kat situ.
Melainkan kau nekad, dah habis pikir, lain cerita.
Sebab dalam hadis ada cakap "Mana-mana perempuan yang mintak cerai tanpa alasan kukuh, maka haram baginya bau syurga" (Riwayat Abu Daud, 1899).

Tapi kita-kita orang awam ni jangan pulak asal dengar pompuan yang mintak cerai maka kita jatuh hukum memandai-mandai.
Perlu tahu dulu kenapa minta cerai.
Kerana minta cerai pun tak salah tapi perlu tau kenapa dia minta cerai. Itu yang kena tahu dulu. Puncanya. Jangan buta-buta jatuh hukum masuk neraka (refer balik hadis Abu Daud kat atas).

Aku kenal a few fren yang bercerai bukan sebab tak sayang, tapi sebab sakit hati hari-hari suami perli badan dah gemuk, and alasan-alsan yang tak lojik like tak pandai masak, bla bla bla.

Bagi aku, kawen itu bukan untuk mencari isteri yang pandai masak, tapi cari isteri yang mahu memasak.
Dan untuk isteri pulak, bernikah bukan untuk cari suami yang berpendapatan tinggi, tapi cari pendamping hidup yang nak berkongsi pendapatan untuk keluarga.
So, kalau rasa takde tolak ansur, maka silakan bercerai je.
Bukan tambah isteri lagi. Eh.
Kalau alasannya kesian atau nak tolong gadis atau janda, takyah nikah pun takpe. Bantu je lah.
Kalau nikah lagi tu namanya nafsu. Eh lagi.
Jangan cari pembenaran poligami dalam kajian agama dan Quran, sebab takkan habis.
Sebab nafsu manusia takde batas. Eh lagi lagi.

Dalam Quran sendiri ada cakap ketika kita bernikah, akan hadir ujian-ujian yang mematangkan rumahtangga.
Jadi, ujian Allah itu bukan untuk menjadikan rumahtangga bermasalah, tapi nak memantapkan kematangan suami dan isteri.
Aku lupa ayat ke berapa tapi semaklah balik dalam tafsir. Memang ada disebut di saat kita sah bernikah je, akan ada ujian dan akan ada setannya (nama setan pun ada disebut setan jenis apa).

Sedangkan rumahtangga Rasulullah saw pun ada masalah.
Rasulullah saw tu syurganya dah pasti, masih ada masalah rumahtangga.
Yang kita ni syurganya belum pasti tapi nak rumahtangga smooth sepanjang hayat?
Eh, lagi soleh kau pulak dari nabi.





ESOK LAST DAY! ESOK LAST DAY!
RM149 saja FREE POS.