2017-11-28

Cinta itu pilihan tapi jodoh itu takdir.


Follower FB aku tau kot aku always gunakan nama Fattah Amin kat status.
Hakikatnya aku bukanlah peminat dia pun, tapi takde masalah nak layan drama dia. Ok je.
Baru semalam aku tau rupanya Amin tu bukan nama dia tapi nama bapak dia. Aku ingatkan nama dia Fattah Amin. Bagus dak Fattah ni, letak nama bapak sekali as nama panggilan dalam industri.

Baca kisah dia laki bini rasa seronok pulak.
Macamana sweet Allah aturkan jodoh Fazura.
Kita yang orang awam ni dok kata Fazura tu anak dara tua, memilih sangat sebab tu tak kawen-kawen. Bila dia kawen dengan Fattah, orang kata pulak Fazura dah takde pilihan lain sebab dah tua jadi sambar je la Fattah.

Masalahnya, ada ke orang pompuan yang nak jadi anak dara tua?
Semua perempuan kalau boleh nak kawen awal, supaya dapat anak pun awal.
Yang sebetulnya Allah simpan jodoh Fazura sebab DIA dah tetapkan jodoh Fazura ni dengan orang yang 7 tahun lebih muda.
Kalau Fazura kawen umur 25, maknanya Fattah baru 18. Belum matang lagi. Masih budak-budak.
So, Allah simpan lama biar cukup umur 27 tahun, biar dah matang sikit, baru layak kawen dengan Fazura. Itu yang sebenarnya.

Lepas tu ada pulak yang cakap Fattah ni muda lagi, tak sematang Fazura. Tak layak bersama.
Kalau 27 masih lagi tak dikatakan matang, aku tak tau la En Wan tu apa agaknya orang akan panggil dulu.
Si Fattah tu at least umur 27 baru kawen. Laki aku umur 24 dah kawen.

Pernah tak korang teringat kat sorang laki atau pompuan yang kita minat, terus tak khusyuk solat?

Kalau aku, pernah.
Masa tengah angau dulu semua benda buat pun aku teringat dia.
Masa solat pun teringat jugak.
Itu baru minat.
Belum lagi bila dah declare bf-gf, lagi la tak khusyuk especially kalau bf tak call-call, gf tak reply mesej, lagi la tak khusyuk.
Kalau bersembang dengan kawan pun kesian Hamba Allah tu berbuih bercerita, yang kita kat depan ni dengar tak dengar je sebab kepala dok ingat kat bf/gf.
Kenapa semakin besar rasa sayang kita pada seseorang, kalau perhubungan tu terkehel sikit, buatkan kita tak khusyuk dalam solat?
In fact, semakin kuat sayang kita pada pasangan yang belum halal, semakin tak khusyuk dalam solat.

Sebab tu jangan question kenapa orang tu kawen awal, ataupun "eh, baru je bercinta dah nak kawen?".
Anggap saje la dia nak beribadah dengan tenang.

Aku tak percaya kalau ada orang kata "Sejak aku kenal dia, aku jadi makin khusyuk dalam solat. Aku jadi makin rajin baca Quran..".
Takde maknanya.
Itu namanya Talbis.

Talbis itu tipu daya iblis.
Kita rasa selepas jumpa dia, kita jadi semakin baik.
Padahal kita buat kerana cinta pada dia, bukan kerana Allah.
Talbis buatkan kita rasa cinta kita tu disulami dengan syariat.
Cinta yang disulami dengan nasihat untuk mengaji, nasihat untuk tahajud, nasihat untuk rajin solat.
Bila perhubungan tu berkecai, ibadah kita pun berkecai.
Yang ini yang dikatakan Talbis.
Kita berbuat kebaikan kerana cinta.

Aku pernah dapat email reader, isterinya cakap suami dia berubah lepas kawen.
Sebelum kawen selalu nasihatkan dia solat, mengaji, tapi lepas kawen suami dia tak buat pun semua tu sampaikan dia pun terikut tak buat.
Ini pun namanya talbis.
Buat kerana cinta pada manusia.
Tapi kalau kita masih istiqomah meneruskan ibadah walau selepas relation tu tak menjadi, alhamdulillah.

Apa beza tertarik kerana hati dengan tertarik kerana nafsu?

Kalau tertarik kerana nafsu, setiap kali pasangan buat baik, kelihatan menarik, kita akan puji dan rasa sayang menebal.
Dan setiap kali pasangan buat salah atau jadi semakin tak menarik, kita akan kutuk dia dan marah kaw-kaw siap maki hamun.
Itu akibat kalau tertarik dengan nafsu.

Tapi kalau tertarik kerana hati, tak kisahlah orang itu tua, ada kekurangan, buat salah, dia terima dan sentiasa berusaha untuk bantu atasi kekurangan pasangan. Pasangan tak jadi paling hebat pun tak apa, janji terbaik di mata dia.

Jadi, kalau isteri orang tu tua 10 tahun sekalipun, itukan isteri dia. Bukan isteri kau.
Dah dia suka and sayang yang lebih tua dari dia.
Kau jaga pasangan kau je dah la.
Peliknya manusia ni selalu membayangkan benda yang belum tentu jadi.
Kalau dah jadi lain cerita. Ni belum jadi.
Dia pulak over imagine "susah esok dah tua-tua baru nak beranak."
Umur 34 tua hapenya. Aku yang beranak umur 27 tahun pun susah weh.

Ada yang lagi teruk pi question "Apesal la mesti pilih Fattah?"

Eleh, cakap orang macamkan laki kau Tom Cruise.
Orang tengok laki kau pun agaknya orang tertanya apesal kau pilih itu jadi laki.

Perlu ada etika dalam menerima qada' dan qadar Allah.
Perlu faham yang cinta itu adalah pilihan tapi jodoh itu takdir.
Bercinta lah macam nak rak dengan siapa pun, tapi kalau bukan jodoh, tetap bukan.
Yang menulis ni dah alaminya ya.
Bercinta bagai nak rak siap ada album gambar khas berdua, taknak campur dengan gambar lain. Senang nak bubuh bawah bantal tengok gamba yang sama hari-hari. Kat kulit album gamba ada signature masing-masing punyalah nak membuktikan betapa cinta kitorang.
Segala benda nak letak initial bersama macamkan orang kesah sangat.
Tapi alih-alih yang jauh tak nampak di mata tu rupanya jodoh aku.

Hal jodoh ni memang hal yang rumit sikit.
Ada beberapa perkara yang kadang-kadang tak masuk akal dan payah nak dihadam oleh akal lojik manusia.

Ada orang yang buat macam-macam ikhtiar untuk melembutkan hati seseorang supaya cintakan dia.
Atau cuba buat macam-macam untuk ambil hati bakal mertua yang tak setuju dengan pilihan.
Atau buat solat hajat beramai-ramai untuk pastikan jodoh pastu bertemu (tetiba tajuk lagu Afghan).
Dari usaha paling ringan sampai ke usaha yang paling besar, semua dah dibuat.
Sampaikan ada yang buat usaha extreme misalnya ugut nak bunuh diri kalau cinta tak kesampaian.

Sesungguhnya campur tangan Allah dalam urusan jodoh sangat besar.
Kita tak boleh paksa orang untuk suka kat kita apetah lagi memaksa 2 orang untuk berkahwin atas alasan kita rasa dorang sesuai bersama.
Kenen-kenenkan boleh. Tapi kalau tak menjadi, kita harus terima sebab jodoh itu kuasa Allah.
Kalau dia bukan jodoh kita, maknanya Allah dah tentukan ada orang lain yang lebih tepat cuma masanya bukan sekarang.
Bukan bermakna yang kita kenenkan tu kurang baik tapi kurang tepat.

Tukang kenen kena jadi positif.
Kau kenenkan Hamba Allah dua orang tu sebab kau rasa dorang sesuai sangat.
Tapi bilamana bukan itu jodoh mereka, maka kau kena positif.
Alangkan yang kau nampak macam sesuai tu pun tak berjodoh akhirnya, maknanya pasti yang Tuhan simpankan tu jauh lebih sesuai. Be positif je sudah.
Bukannya bila jodoh tak kesampaian kau pi buat U-turn kutuk pulak orang tu balik.
Mula-mula kau yang kenenkan pastu bila tak jadi dan-dan segala buruk orang tu kau korek.

Kesimpulannya, kita harus yakin bahwa Allah dah ciptakan manusia dengan takdirnya.
Dan kita juga kena yakin bahawa manusia itu diberi pilihan untuk memilih takdir yang paling baik untuk dirinya.
Maka, keimanan pada qada' qadar harus mendorong kita untuk selalu berdoa dan berikhtiar sebaik mungkin, sementara hasilnya takdir Allah.



TINGGAL 3 HARI LAGI OFFER NI.
Basic Value Pack. Free pos sehingga 30 Nov.