2017-08-01

Langkawi again


Langkawi lagi untuk kali yang ke ompek tahun ini. Insyallah ada satu lagi trip ke Langkawi bulan November nanti. Yang tu agaknya last kopek sebab nak angkut barang-barang Redza kosongkan bilik sebelum naik ke Form 2. Ya ampunnnn, anak aku dah nak Form 2 tahun depan? Phewww....dia punya berdebar habis UPSR tahun lepas pun tak abis lagi ni tau-tau dah nak masuk Form 2 pulak. Ok takpe, yang tu tahun depan baru pikir.

Redza ada minggu bermalam, last week, untuk 2 malam.
Kitorang plan nak suruh dia balik je sebab En Wan nak renew passport dia katanya.
Tapi Redza kata penat pulak nak balik untuk just 2 malam, jadinya, kitorang je lah yang naik ke Langkawi.

Kali ni aku pujuk En Wan drive ke sana, jangan naik flight.
Aku gunakan mak mertua aku sebagi 'umpan'.
Kebetulan mak mertua aku cakap kalau naik flight dia taknak ikut tapi kalau bawak kereta dia ikut.
Cut story short, menjadilah plan aku ke Langkawi tak payah naik flight. *lega*

Kitorang gerak dari PH pukul 7.15 pagi, stop jap kat Tapah 8.45pm untuk makan nasik lemak feveret. Then terus pecut ke jeti Kuala Perlis. Pukul 1pm dah ada dalam feri. Harap-harap takde dapat surat saman hujung bulan.



Cadangnya ada reader yang akan tunggu di Kuala Perlis untuk kitorang letakkan kereta. Tapi sebab kitorang sampai jeti pun dah lagi 15 minit feri nak jalan, jadi park je la kat tempat berbayar. En Wan kata ok juga parking lot tu, berbumbung. 



Budak ponteng skolah 2 hari.
Dalam feri tu dia tayang cerita 16 Puasa. Cerita yang aku tunggu-tunggu sangat raya hari tu tapi aku terlupa nak tengok. Tapi tengok tak habis sebab sejam dah sampai Langkawi.

Kali ni kitorang sewa Avanza, RM100/day.
Sebab dah plan nak angkut banyak barang dari sana, jadi kereta bior besar sikit lah dari Kancil.
Terus pi ambik Redza kat skolah. Ramai jugak mak bapak yang pick up anak-anak untuk bermalam kat sana. Ada banyak jugak van-van tunggu ambik budak-budak ni nak bawak ke airport.



Redza dah semakin kurus. Hari tu dia pack baju-baju dia yang besar untuk kitorang bawak balik. Even kemeja batik dia ni pun dah gedobos. Dia mintak kecikkan. Aku cakap takyah. Bukan kau hari-hari pakai batik ni pun. Pakai je sampai habis tahun, next year baru beli baru.

Kali ni kitorang duduk kat Bella Vista. Sebab bawak mak, jadi En Wan kata biar duduk kat pekan Kuah boleh ulang-alik nak pi shopping. Mak-mak ni kalau pi Langkawi tak berkenan duduk kat tepi pantai, dorang nak pi tempat yang mudah nak shopping.

Kitorang ambil family room. Ingatkan satu bilik besar rupanya 2 bilik with connecting door.
Dia kata memang kalau family room macam tu, always 2 rooms, never 1 room.
Mula-mula dia upgrade bilik kitorang ke some other room yang katanya bigger and facing the sea TAPIII bilik tu dua bilik yang berasingan takde connecting door. Jadi En Wan taknak, susah dia nak jenguk-jenguk mak dia nanti. Jadi, berbahagialah kita dengan room asal yang mengadap lot kedai. Takpe, mengadap kedai pun boleh. Ia seakan-akan pembakar semangat untuk shopping lagi dan lagi dan lagiiiiii.




Malam tu En Wan ingat nak ajak Redza makan western, kesian kot dah lama tak pekena segala chop chop bagai. Kitorang pi Uncle Jai Cafe. Last-last aku ngan En Wan yang pekena steak, Redza pilih nasik goreng je. 



Mak pilih mee bandung. Mak kata udang banyak sangat dalam mangkuk ni.
And portion dia agak besar untuk mak mertua aku yang jenis makan sikit. 



Nasi goreng Redza. Lupa apa tajuk, rasanya seafood.



Ni aku punya sama ngan En Wan punya.
The gravy ok, mahsed potato pun ok je lah, cuma a bit plain. Kalau ada mushroom slices dalam tu lagi sedap kot. Daging too dry and macam gumpalan daging tapi sedap.



Budak ni makan fries and eskrim je.
Sebab 'kenyang' dapat main tikam-tikam, free telur mainan.



Kat tepi Bella Vista ni tengah buat water park. Katanya tahun depan siap. Memang penuh la gamaknya hotel ni orang duduk. Konfem ada pakej water park sekali dia offer. 
Hotel ni besar tapi takde wowo factor sangat. Lobby dia pun takde aircond. Tak sure pulak kalau konsep dia memang taknak pakai aircond kat lobby. Tapi bilik alhamdulillah ok je. Aku punya syarat tak banyak, janji ada aircond and hose, dah ok. Oh tapi, wifi dia sangat slow sampai aku terpaksa add on internet kat sana sampai RM80 dek kerana Rayyan belasah tengok YT siang malam. 



Lagi satu lif dia memang ada problem. Tak sure lah problem ni since when tapi En Wan kata masa dia baca review yang lepas-lepas ramai dah komplen pasal lift dia ni. Lift dia berfungsi cuma lambat. Kau dah sampai level 1, nak tunggu pintu dia bukak pun sampai 23 saat! Mujur lah dalam ni dia dah letak notis tentang masalah lif. Kalau tak, menggagau orang kat dalam ingat dah stuck rupanya memang pesen dia macam tu. 




Breakfast dia so-so je.
Pilihan tak banyak. Bersepah gila!
Hotel ni besar tapi manpower tak ramai. Guest kena kemaskan meja sendiri. 
Aku tak gemar sangat pi hotel-hotel macam ni sebenarnya.
Selalunya hotel yang dibina untuk ada sangkut-paut dengan theme park memang macam ni.
Tempat makan memang bersepah dan smelly. Kat kaunter berselepet-selepet makanan tumpah. Aku sampai takde selera nak makan. Kaunter omelet beratur punyalah bapak panjang sampai fedap. Tapi hotel ni ramai Pak Arab duduk.



Jumaat, takde apa nak buat pagi tu jadi En Wan ajak pi Water World.
Redza dah penah datang sini tapi that was 9 tahun lepas. Masa tu aku pakai seluar 3 quarter masuk sini. Kali ni datang bawak Rayyan pulak.



Redza, 9 tahun lepas ke sini. 
Masa tu baru umur 4 tahun.



Now, Redza dah lonjong.
Seperti biasa, aku dah jadi tukang ambik gambar dah sekarang. Muka aku jarang masuk henfon dah sejak nak masuk 4 series ni.





Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar kat sini kitorang ambik tapi malas aku nak up sini sebab semuanya benda yang sama yang pernah aku blog tahun 2008 dulu. Takde apa yang berubah, semua sama.



Bendalah ni pun ada lagi rupanya. 9 tahun lepas, En Wan yang bergambar dalam ni.
Kali ni Rayyan pulak. 



9 tahun lepas datang sini semua benda nak kena bacakan untuk Redza.
Masa tu baca tak lancar lagi.
Now masuk sini, pandai baca dah. Sila baca sendiri. 



Ramai tunggu sesi nak bagi penguin makan.
Aku pun tunggu jugak sebab katanya best.
Tahapa yang best pun aku tak tau. Bagi makan je kot.



Hidup lagi ikan ni!
Dulu aku ada ambik gambar ikan ni. Ikan ni macam monyok je tak bergerak ke mana-mana pun.
Agaknya berat perut. Nampaknya after 9 years sama je perangai kau ni. Kat situ jugak mengensot tak gi mana-mana.



Ada ni haaaa gamba tuan tanah. Jadiklah seketul dalam Water World.



Artisan Pizza.
Ini kalu kedua pekena pizza Artisan.
Boleh lah, nak rasa-rasa kemelayuan sikit.



Malam macam biasa makan kat Wan Thai lagi.
Sampai aku dah naik malas nak ambik gambar kat sini. Ini je lah gamba yang ada pun.



Ya ampunnn laki aku pi sana kali ni dengan ke hulu-hilir sangkutkan tote bag free gift GreenAard ni kat bahu dia. Aku cakap dah kenapa nak bawak beg ni? Dia kata nak isi henfon and purse dia senang takyah sana sini nak pegang, sumbat setempat je. Ye lah, faham. Tapi dah kenapa nak kena sangkut kat bahu? Pegang je tak boleh ke? Dia kata "Eh, ni beg leather lah. Proud la sikit".
Ya ampunnnn. Tolong lah!



Berbaloi ambik Avanza. Muat.



On the way nak hantar Redza balik, kitorang singgah lunch kat kedai ni - Kedai Gulai Mak Ngah.
Katanya sedap, En Wan yang suggest pi sini. Kedai ni menghala nak ke skolak Redza. Akan melintas MRSM Langkawi dulu pastu terus ke depan lagi maintain tengok kanan. Kedai ni belah kanan.



Ikan yang ada hari tu cuma kerapu and bawal putih.
Kitorang pilih bawal putih. Dia kata pilihan masak ikan ni cuma 2 je - gulai kari atau goreng garing.
Dia suggest ambik dua-dua jenis masakan sekali. Ok, ambik kari and goreng.



Ikan memang besar. Puas makan.
Tapi kalau nak kata sedap ke tak sedap tu, aku rasa biasa je ni.
Sebab kari kan, rasa macam kari aku masak je.
Atau maybe masa aku makan ni aku tak lapar sangat jadi nak kata sedap sangat tu tak le jugak tapi boleh la makan. Tapi mahal le, ikan saja RM65. Maybe ikan ni mahal kot.



Last kopek kat jeti Langkawi.



Sampai jeti Kuala Perlis around 4pm. Terus zassssssssssssss pi Laksa Kak Su.
Walaupun orang kata kalau gi petang-petang selalunya kuah dah cair sikit. Takpe. Janji pekena laksa Kak Su. Aku dah lama mengidam ni tau tak. Tak jadi nak makan kat sana sebab orang ramai gila. Jadi, kita tapau je.



Tapaukan sebekas laksa untuk anak sedara En Wan yang blaja kat Kolej Matrikulasi Arau.
Kesian dia kat sana sorang je jauh dari mak bapak kan, dah alang-alang ada sana, meh le kita pegi.
Rayyan kemain suka lagi nampak kakak Alia dia. Terjun dari kereta terus berlari and peluk siap berdokong. Jejak kasih sangat padahal baru je raya lepas jumpa. Cantik jugak Kolej Matrikulasi Arau ni. Mengimbau kenanangan zaman blaja tetiba. Especially the library. Teringat zaman-zaman masuk library semata-mata nak book PC untuk chat dengan En Wan. Semua benda nak get connected. Now, aku siap block dia dari FB. Tak kuasa.

Mak mertua aku lega tengok tempat blaja cucu dia senonoh.
Dia dok ingat kena hantar hujung Malaysia ni mesti tempat jin bertendang.
Padahal cantik elok je ha.
Jauh sanbgat nak banding ngan kolej matrik aku dulu. Yang tu batu betul tempat jin bertendang. Pukul 9 malam dah boleh main galah panjang depan jalan besar sebab seketul kereta pun taknak lalu situ dah.

Kolej Matrikulasi Arau ni punya cafe gila besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
Dah macam food court. Bukak sampai pukul 2 pagi pulak tu. Mak bapak yang anaknya tercampak kat sini toksah risau lah. Arau bukan ceruk sangat pun. Kolej ni keliling dia kawasan perumahan. Memang selesa sangat.



Di Perlis kali ni duduk kat Motel Fyna Arau. 
Biasa je hotel dia, shop lot tapi not bad. Segala benda yang asas yang diperlukan oleh mana-mana guest kat hotel, ada kat Motel Fyna. Sementara kuah laksa masih panas, marilah membalun 2 mangkuk. Pinjam mangkuk and sudu garfu kat cafe motel.

Puas hati dapat makan Laksa Kak Su.
Dulu, zaman-zaman buat bisnes Biotek, stok laksa Kak Su ni boleh dikatakan tak putus aku dapat. 
Kejap-kejap naik Perlis. Sometimes naik Perlis untuk makan je padahal takde keje pun. Sanggup semata-mata nak makan laksa. Now, setahun sekali je. Harap-harap hujung tahun dapat pi lagi.



Selama ni kalau pi Perlis, dinner wajib makan seafood kat Linda atau Mona (kat jeti).
Tapi kali ni berbeza. En Wan entah bila masa dia buat survey ntah, tau-tau je dia ajak aku makan kat Restoran Api-Api Ikan Bakar, also in Kuala Perlis. Orang memang ramai, kebetulan dah hujung bulan kan, weekend pulak tu. Tapi tempat duduk ada je. Besar tempat ni. Parking je payah sikit.

Ikan siakap malam tu besar-besar.
Udang besar, kerang pun bulat-bulat. Sotong pun cantik. Ketam pun ada tapi takde mood nak makan ketam.



Best!!!
Puas hati dapat ratah sotong goreng tepung. Crunchy gila!
Sos pulak sos Thai. Memang takde beza makan kat sini or kat Linda/Mona. Lepas ni takyah gi Mona/Linda lagi. Nak pi sini je.



Ikan besar makan berdua. Malam tu memang sengaja aku tak makan nasi. Nak meratah lauk je.
Lagipun aku dah balun 2 mangkuk laksa sebelum keluar dinner. Cara-cara tu pun masih lagi perut aku ada space nak isi seafood ni semua. 



Kerang bakor, air asam and sambal belacan.
Aku cicah dengan sambal belacan. Memang terangkat!



Pagi esoknya plan nak balik terus ke PH pagi-pagi.
Sekali baru tau mak mertua aku tak pernah sampai Padang Besaq lagi. En Wan pun tak pernah sampai. Aku je yang dah sampai berkali-kali. Maka dengan bangganya aku jadi pemandu pelancong hari tu.




Ini lobby Motel Fyna.
Cafe dia kecik je kat ceruk belah sana tapi muatlah untuk beberapa family nak breakfast.
Breakfast dia pagi tu ada nasik goreng, mihun goreng, cereals, kuih-muih (keria, donut, dadar and serimuka), telur masak setengah, and roti. Pastu ada epal. Ok lah ni. Semua aku makan. Pueh hati dapat makan kuih-kuih melayu.

Selama ni aku duduk Seri Malaysia Kangar sebab itu je la pun hotel yang ok sikit aku rasa kat sana.
Tapi bila dah duduk Motel Fyna ni aku rasa not bad jugak. Cuma dia takde swimming pool je. Tapi food dia ok je. Kalau Seri Malaysia Kangar pun food tak banyak pilihan sangat. Bilik air takde bathtub jugak. Even bilik family kat Motel Fyna ni sama besar dengan family room Seri Malaysia Kangar.



Arked Niaga Padang Besaq
Dah makin meriah pulak kat tengah-tengah ni.
Dulu tengah-tengah ni orang jual mainan je banyak. Now macam-macam pun ada kat tengah ni.




Seketul budak lelaki yang bahagia dapat beli mainan dalam ni.
Bulan depan dia ajak datang sini lagi.

Aku takde apa sangat nak beli kali ni, just nak bawak dorang jejak sini je.
Tapi beli la jugak ikan bilis, jeruk, pulut, beras nasi dagang. Makcik-makcik sangat perangai, kan?



Ingatkan lepas keljuar Padang Besar nak terus balik PH, rupanya En Wan ajak patah balik ke Kuala Perlis untuk lunch Nasik Daging Bakar. Bila dah duduk kat meja ni baru tau rupanya femes jugak warung ni, dah keluar paper, siap jadi tempat tumpuan retis-retis Malaysia. Tapi tu lah, menu dia cuma 2 je - nasik lauk daging bakar atau nasik lauk ayam bakar. Nasik pulak ada 2 jenis samada nasik putih atau nasik kuning. Takkan la makan nasik putih kot kan, sesekali datang Perlis, pekena la nasik kuning tengok apa rasa dia.



Cenggini ha!! 👍👍👍
Memang sedap gila!!
Tak pernah aku singgah kedai ni tapi memang perasan kedai ni kalau everytime nak ke jeti.
Ko tengok nasik sampai tenggelam dek daging?
Ya Allah, tekak ni terasa-rasa dah nak makan lagi. Apesal la Perlis ni jauh sangatttttttttttt. Untungla orang Perlis dapat makan ni hari-hari.

Dia punya daging bakar tu perapan dia memang lain. Memang sedap.
Nak lagi daging dia ada lemak-lemak tu, pehhhhh! Memang dengan lemak-lemak sekali aku balun.
En Wan pun kata terasa-rasa lagi sedapnya nasi daging bakar ni kat tekak. Kalau Perlis ni ada airport, aku berani book tiket semata-mata nak pi makan je. Aku dah aim, hujung tahun gi ambik Redza tempat ni wajib pergi. Dulu aku rasa macam "Apebenda je la yang ada kat Perlis ni?". Now, aku dah ada reason kenapa perlu tido di Perlis. Kahkahkah.



Eh korang kan kalau nak dapat diskaun beli Makeup Remover, tolong BACA POST NI.