2017-08-17

Dilema anak sulung


Nah baca ni dulu :





Sebenarnya email budak ni panjang lagi tau, tapi aku tak sampai hati nak bagi korang baca panjang-panjang. Hahaha. Yang selebihnya tu takde apa sangat, lebih kepada luahan hati saja. Intipati cerita ada kat email yang aku attach kat atas.

Dilema anak sulung perempuan.

Macam aku je ni..? Hahaha.
Sebab aku pun anak sulung perempuan jugak.

Aku pun ada hasrat yang sama macam budak ni.
Itu rasanya hasrat yang normal untuk mana-mana anak, tak kira anak sulung atau anak bongsu.
Cuma selalunya anak sulung ni macam anak harapan.
Orang tua-tua kata, kalau anak sulung 'menjadi', insyallah anak-anak yang lain menjadi jugak. Katanya lah.

Aku pun ada impian macam tu.
Masa mula-mula kerja memang kalau boleh semua benda aku nak bagi.
Aku nak bagi mak bapak aku duit bulan, walaupun dorang tak pernah mintak. Masa tu pun dorang masih kerja lagi so money s not a problem. Bak kata Mak Aji, kau kalau dah kerja, tak bagi mama duit takpe, tapi jangan nak menyusahkan mak bapak lagi. Haaa gitu setepek dia bagi.

Tapi masa aku mula kerja dengan gaji kasar RM1400, aku tak dapat nak hulur pun kat mak bapak aku. Sebab aku ada tempoh setahun je nak kawen. Duit tu la nak guna untuk pi keje hari-hari, duit tu la nak buat makan kat keje, duit la tu jugak nak beli barang-barang nak kawen. Cuma, aku bagi RM50 tetiap bulan kat Ibal. Masa tu Ibal skolah menengah, aku bagi dia allowance. Sebab aku pernah rasa pi tusyen petang takde duit tambahan. Apa yang mak aku bagi waktu pagi, itulah jugak aku guna untuk tusyen. Kalau ada duit, ada. Kalau takde, melopong. Mak aku dulu memang bagi duit tambang bas pi tusyen je. Kalau member ajak lepak kat mana-mana sementara tunggu waktu tusyen, memang aku serba-salah sebab aku memang takde duit untuk minum, apetah lagi untuk makan. Jadi, sebab aku faham situasi tu, aku bagi allowance kat Ibal. RM50 jadilah. Ima takyah, Ima masa ni kat asrama.

Aku tak sure if  'penyakit' reader ni sama macam 'penyakit' aku ke tak.
Aku punya 'penyakit' ni bukan setakat nak tolong mak bapak, tapi suami and orang lain jugak.
Mula-mula aku pun macam reader ni jugak, rasa tertekan bila duit tak cukup sebab aku nak buat banyak benda.
Aku nak bagi kat mak bapak.
Aku nak belanja dorang makan.
Aku nak belikan dorang baju raya.
Aku nak bagi duit raya yang banyak.
Aku nak support kenduri raya.
Aku nak belanja adik-adik aku.
Aku nak bagi duit kat nenek.
Aku nak bagi duit kat orang kampung mak aji and pak aji.
SEMUA benda aku nak buat.

Nasihat aku, jangan tertekan atau merasa tertekan.
Semua benda yang kita nak buat ni, takde orang paksa pun.
Tapi kita yang nak buat.
Jadi kenapa mesti harapkan bantuan orang lain?

Kita tak boleh nak paksa orang berubah untuk merealisasikan impian kita.
Dia taknak buat, kita takde hak nak rasa tertekan.
Kita boleh nasihat atau tegur mana yang kita rasa perlu tegur.
Takkan kita nak paksa adik-beradik tong-tong jugak duit untuk renovate rumah mak bapak dah kalau memang dia tak mampu?
Rezeki kita tak sama. Kalau kita ada lebih, kita buat, apa salahnya.

Sometimes, kita rasa tertekan sebab kita punya expectation tinggi sangat.
Kalau boleh nak yang best terus.
Alasan, mak bapak dah tua takut nanti tak sempat merasa.
Entah-entah kita yang mati dulu, sape tau kan?

Aku and adik-adik aku kalau nak buat something untuk mak bapak, memang kitorang bincang.
Sometimes ada yang tak dapat contribute. Takpe. Takde hal.
Tak berbaloi la nak bergaduh adik-beradik hanya untuk penuhi impian kita.
Impian kita grand pulak tu.
Kita kena ada timbang-rasa jugak.
Tak kisah lah adik kita tu taknak contribute atau tak boleh contribute dari segi kewangan, kalau kita nak buat, kita yang kena sediakan lebih. Sebab yang nak buat tu kita.

Sometimes, kita nak ubah orang bukan dengan cara paksaan atau pujukan tapi dengan cara perbuatan
Kalau nak belanja mak bapak makan, belanja saja.
Kalau nak belikan mak bapak hadiah, belikan je.
Tak payah tong-tong pun takpe.
Cuma lebih manis bagitau adik-adik "Bulan ni nak belikan mak hadiah besday, korang nak chip in tak?".
Kalau dorang taknak, takpe. Kita buat.
Manusia ni ada rasa malu tau.
Lambat laun, adik-adik akan terasa nak buat benda yang sama juga.
Mungkin kesedaran tu lambat sampai, tapi tak bermakna dorang takde ikhtiar untuk ubah nasib.
Ada jenis orang yang kesedaran tu datang dari tauladan.
Bila dia nampak orang lain buat, lama-lama dia pun nak buat jugak.

Sebab tu aku always cakap, sebenarnya kita ni tertekan bukan sebab orang lain tapi sebab diri sendiri.
Kita yang letakkan macam-macam syarat untuk diri sedangkan kita tak mampu pikul.
Buat satu-satu. One at a time.
Jangan nak pikul semua benda last-last satu pun tak jadi, yang dapatnya stress.

Mak bapak sebenarnya tak harap pun duit kita.
Tapi dia berbangga bila ada anak-anak dia hulur especially kalau anak tu anak sulung.
Dulu aku pun tak nampak benda ni, tapi bila aku ada anak, baru aku tau kenapa.
Anak sulung ni macam orang harapan tau.
Mak bapak terasa 'lega' kalau anak sulung boleh diharap.
Mak bapak ni, walaupun anak-anak yang lain dah berbulu atas bawah, dia tetap rasa anak-anak dia masih perlukan banyak perhatian.
Jadi kalau anak sulung tu boleh diharap, dia rasa 'lega' kalau mati esok, tak risau sebab ada anak sulung yang boleh take care anak-anak dia yang lain.

Even Mak Aji, kalau bulan puasa nak balik kampung dia akan call aku "Mama nak balik kampung ni. Kau ada nak kirim apa-apa kat orang kampung?"

Aku yakin sangat mak aku hanya tanya aku sorang je.
Bukan sebab dia rasa aku mampu tapi sebab kita anak sulung.
Mesti anak-anak sulung yang lain ada pengalaman macam ni jugak.

Mak mertua aku pun macam tu.
Apa-apa hal, dia akan call Kak Long aku dulu. Padahal dia tinggal serumah ngan anak bongsu dia ni. Tapi apa-apa benda nak buat, kitorang akan dapat tau dari Kak Long.
Kalau korang nak tau, mak mertua aku nak beli berus gigi, shampoo, sabun, dia bagitau Kak Long tau.
Padahal anak dia ada kat rumah ni, selang 3 hari pi Giant. Tapi sikit dia tak bagitau apa dia nak.
En Wan kadang-kadang stress "Apesal mak tak cakap nak apa, adik boleh beli".
Asal aku tanya mak sabun ada lagi? Ubat gigi ada lagi? Semua dia kata "Ada lagi. Banyak".
Banyak pulak tu dia jawab! Padahal takde.
Tapi Kak Long memang bagitau aku "Diana toksah kecik ati tau. Mak memang gitu".
So aku assume, ini memang perangai mak-mak dengan anak sulung masing-masing.

Jadi, jangan lah rasa diri terbeban bila mak asik harapkan kita je.
Jangan rasa kecik ati kalau nampak macam balik-balik kita je yang kena hulur lebih.
Rezeki kita semua tak sama.
Kalau ditakdirkan rezeki kita ada lebih, kita bagi lebih.
Kalau sikit bagi sikit.

Dulu aku pernah terfikir gak, apesal aku ni asal ada duit je mesti aku belanja mak bapak aku makan, belikan barang, belikan hadiah untuk En Wan, belanja mak mertua tiket kapal terbang balik Tganu - macam duit tu tak lekat kat aku.
Tapi sebenarnya aku rasa lega bila duit tu semua 'berjaya' sampai pada orang yang aku nak bagi.
Dan aku berpuas hati walau beraya dengan baju raya lama with kasut pengawas.
Bila aku pikir-pikir balik, maybe rezeki aku cuma 'pegangkan' duit orang.

Baru-baru ni aku bertambah faham.
Apa benda yang aku belikan untuk En Wan be it perfume, baju, kasut, jam - semua bertahan.
Tapi benda yang sama aku belikan untuk diri aku, tak bertahan lama.

Contoh, sebelum pi umrah tahun 2015, aku beli baju banyak gila kat Dorothy Perkins, sampai tag pun belum bukak. Alih-alih balik dari umrah tu, aku pakai jubah hitam terus. Baju tu tak bersentuh, ada yang aku dah bagi kat anak-anak sedara En Wan.
6 bulan lepas aku shopping lagi 7-8 helai baju kat Dorothy. Ingat nak pakai la kan. Last-last aku pakai sekali dua pastu aku peram dalam almari. Dah macam mood tak sampai je bila pakai baju-baju tu. Now, kalau aku tak solat baru aku pakai, kalau boleh solat, aku pakai jubah je lah. Ape adehalll.

Kasut.
Aku bukan takde kasut Chanel, Ferragamo - ada.
Tapi tak tau apesal, kaki ni selesa nau ngan kasut pengawas yang RM49 tu.
Baru-baru ni kasut-kasut tu semua aku bagi kat anak sedara En Wan.

Perfume.
Yang ni dah berapa kali ntah aku beli aku jual aku beli aku jual.
Memang agaknya rezeki aku cuma beli je, tapi takde rezeki pakai.

Jam.
Aku belikan En Wan Tissot 2 tahun lepas - kekal pakai sampai sekarang.
Aku beli jam Swarovski untuk diri sendiri, tak sampai 6 bulan - hilang. Lupa mana aku letak.

So aku anggap, aku ni cuma rezeki pegang duit je.
Dan beli yang murah-murah je untuk diri sendiri.
Duit yang aku ada ni sebenarnya orang punya agaknya.

Tapi takpelah.
Lama-lama aku seronok and tenang.
Kadang-kadang kita terasa apesal balik-balik kita je kena hulur?
Tapi sebenarnya memang yang kita hulur tu hak orang.
Allah pilih kita sebagai pemegang amanah saja.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada reader request aku buat demo makeup remover guna FB live.
Insyallah, kalau aku betul-betul free nanti aku cuba buat Live FB demo.
Sekarang takleh sebab memang ada benda nak kena buat.
Tapi pagi tadi aku sempat buat video sikit.

Memandangkan cuaca mendung, aku takleh guna bilik air aku sebab bilik air aku ada partition. Sink memang terlindung sikit dari cahaya luar, tak berapa cantik sangat video kalau guna bilik air aku. So aku guna bilik air Redza la apa lagi. Bilik Redza ni memang cun betul pencahayaan dia. Video ni duration dia 2.58 minit saja. Aku set time 1 minit untuk demo cuci muka. Jangan terperanjat tengok muka keliwon. Memang sengaja mekap macam tu. Kalau mekap lite-lite nanti tak nampak pulak dia punya magic.



Ada 2 hari je lagi untuk korang beli Makeup Remover ni dengan harga Birthday Sale.
Camna cara nak beli?
Refresh page ni and isi form kat pop-up window. Nanti kitorang reply.