2017-03-28

Tok Aman Bali



Dari Redza balik bercuti sampai lah dia dah balik semula ke Langkawi, aku takde cerita apa-apa pun pasal perkembangan 'bisnes' dia. Ramai yang komen kat IG aku nak tau sangat pasal bisnes dia ni. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, lepas dia balik cuti 4 hari tu, skolah dia sibuk buat minggu aktiviti.
Bagus skolah dia ni. Skolah lain semua ada exam before cuti tapi skolah Redza tak.
Pengetua dia taknak budak-budak baru stress and bertambah homesick agaknya, jadi no exam. Lepad ia balik 4 hari tu, dia busy dengan minggu aktiviti. Tiap-tiap hari main je dia kata. Sampai naik melekit kulit kau balik kali ni aku tengok. Aku macam pelik pulak dah kenapa kau tak sms mak bapak kau menjak balik ke skolah semula ni? Aku whsatsapp homeroom teacher dia mintak checkkan Redza ni sakit ke apa ke. Rupanya minggu aktiviti. Melampau nau kan sampai takde masa nak sms mak bapak dek seronok sangat main.

Disebabkan busy dengan minggu aktiviti, maka bisnes maggi pun tak sempat buat. Semua maggi dia bedal sendiri sebab lapar sangat banyak guna tenaga dia kata. Kadang-kadang tu kepenatan sampai tertido tak sedar waktu makan dah habis. Jadi terpaksa makan maggi. Dipendekkan cerita modal aku hangus gitu je lah. Sukati ko la nak, janji bahagia.

Hari dia nak balik tu baru dia call tanya aku nak cekelat apa dia nak belikan.
Pandai nak jek jek mak sebab nak mintak stok maggi lagi la tu.



Nervous tak kalau dalam kereta kau ada Iron Man tumpang? 😂😂
Ni pagi Isnin, kitorang nak gerak balik ke Tganu, anak sedara En Wan kawen hari Selasa.
Jangan terperanjat ya ada orang kawen hari Selasa.
Mak mertua aku cakap orang Tganu memang gitu. Asalkan namanya cuti skolah, hari Isnin ke, Selasa ke, tetap dia buat kenduri. Takde hal. Aku tanya, dah tu sape yang datang, kan hari keje tu. Sape je yang datang kalau buat hari bekerja? Nak jamu budak skolah je ke apa ni.
Mak cakap selalu yang datang orang kampung je, takde yang keje. So takde hal la kalau nak buat hari biasa pun.
Ok, lojik.

Perjalanan ke Tganu memang clear.
Tak banyak kereta.
Tapi sebab sepanjang jalan dari Putra Heights sampai ke Kuantan hujan non-stop jadi takleh bawak laju sangat.
Dalam pada tak laju sangat tu pun 120 gak En Wan tekan.
Kalau tak hujan mahu terbang terus kereta tu.



Sampai KT around 2pm, makan kedai terus.
Takde sape nak menanti kepulangan kitorang balik dengan nasik dagang. Rumah mak takde sape duduk. So apa-apa hal gi makan dulu kat kedai.
Dah nama sampai kampung, of cos lauk puk hawa-hawa kampung le - nasik panas + ikan kembung bakor + budu + sambal belacan + telur ikan singgang.
Menjejessss!!



Sebelah kedai makan ada kedai roti.
Terliur tengok roti-roti kampung macam ni.
Beli, jangan tak beli!




Ko nampak biskut lutut tu?
Itu dah jadi makanan wajib ada tetiap petang time aku lepak kampung masa kecik.
Macam tau-tau je uncle India tu kitorang ada kat kampung.
Dia lalu depan rumah nenek aku slowwwww je ngan moto dia.
Memang takkan missed punyalah! Hahah.
Selalunya kitorang akan beli biskut lutut tu. Cicah teh O, pehhhh!!! Beli sepaket, habis pun sepaket jam jam tu gak.



Lepas makan singgah kedai Kak Long En Wan (berdepan dengan kedai makan ni je pun).
Jumpa cucu.
Ni cucu feveret En Wan sebab ada iras-iras Redza time baby dulu. Dengan tangan and kaki yang ketak-ketak - sama macam Redza.
Tapi tu lah, atuk kau ni pegang henfon pun gigil. Bergegor gambar cucu aku jadiknya.



Redza and anak sedara beliau yang macam beliau sewaktu baby.
Budak ni ok je ngan sesape pun yang nak pegang dia.
Dah terbiasa sebab mak dia dokter rajin kena on call, jadi dari kecik dia dah berdikari 😂.



Iron Man dah jumpa Bat Man terus lupa mak bapak.
Sangat gembira sekali dapat panjat gerai orang.
Aku terpekik-pekik pun dia buat sardin je.



Bawak balik cucu ke rumah sebab mak bapak dia keje.
Kat rumah, datang sorang lagi cucu.
Maka bergumpallah cucu-cucu sekalian dalam bilik atuk.



Nenek kemana-mana pun bawak kalkulator, Cu. Mainlah kalkulator nenek tu. 
Mudah-mudahan esok jadi bisnesman.



Malam tu En Wan tapau mihun sup dari warung paling tersohor kat kampung dia.
Memang sedap!
Itupun En Wan ngan anak-anak buah dia kata dah kureng sedap berbanding dulu.
Now warung tu anak dia take over. Masa arwah bapak dia dulu jauh lagi sedap katanya.

Cara-cara anak dia pun aku dah rasa sedap sangat ni. Dia punya kuah pehhhhh, cenggini ha 👍👍.
Daging dia punyalah banyak. Mihun dah habis, daging tak abis lagi, ok?
Lagi satu, bila aku tengok sambal dia. Mihun dia ni macam mi utara - pakai sambal merah.
Kalau belah selatan pakai sambal kicap.
Bila aku makan mihun ni baru aku teringat masa mula-mula kawen ngan En Wan, dia pelik apesal aku buat mihun pakai sambal kicap? Rupanya pantai timur pun sambal merah. Dah 16 tahun kawen baru tau benda ni. Nampak sangat En Wan tak penah bawak aku pi makan mihun sup Tganu, kan?



Walaupun dah bedal mihun sup semangkuk, pukul 11 malam kitorang tetap berbondong-bondong pekena maggi dapur kayu pulak. Padahal maggi je pun, tapi the feeling makan maggi berjemaah di samping memakan maggi yang orang masakkan - memang lain rasanya. Hahaha.



Kali ni best. Maggi aku sampai awal sebab aku sorang je yang mintak tomyam takde telur.



Ni sendiri bawak, tapi mintak tokey maggi tolong masakkan.
Itulah keistimewaan warung ni. Tolong masakkan udang ni takde charge ya.



Esok pagi adalah hari kenduri kawen anak sedara En Wan.
Depan kereta kitorang adalah kereta lama aku.
Seronok bila everytime balik Tganu boleh nampak kereta lama ni.
Kadang-kadang pinjam :)



Eh kata klorga kan, haruslah sampai-sampai je mentekedarah dulu.
Jap lagi pengantin sampai barulah boleh bekerja dengan riang.
First class betul nasik minyak kenduri abang En Wan ni, entah kat mana la dia order catering. 
Memang sedap! Especially ayam masak merah dia, pehhh!



Dua orang sekaligus anak sedara En Wan bersanding serentak - dua-dua lelaki.
Yang belah kiri tu dah akan-akan muka pok sedara dia.



Abang En Wan dan akak ipar with pengantin.



Nak dijadikan cerita, anak sedara En Wan buat bersanding pukul 11 pagi!
Tak pernah lagi aku tengok orang bersanding kul 11 pagi.
Actually on the same day aku dah plan nak ke Jerteh untuk attend another wedding reader blog.
Dah lama sesangattttt aku tunggu dia kawen. Kebetulan dia pun buat hari Selasa.
Tapi masa tu aku takut tak sempat nak pergi memandangkan anak sedara En Wan pun kawen. Takkan anak sedara kawen kita nak blah macam tu je kan. Mesti la kena tunggu sampai pengantin semua sampai, kurang-kurang pengantin sampai kul 2pm. Gitu gini gitu gini mau kul 3pm gak boleh gerak. By the time sampai Jerteh majlis pun dah habis.

Tetiba abang En Wan kata dia buat sanding pukul 11 pagi!
Ko tak rasa ke macam Tuhan memang nak suruh kau pegi gak Jerteh tu? Hahaha.
Lantasssss kitorang gagahkan jugak cari rumah pengantin kat Jerteh, dan jumpa.
Masa kitorang sampai pengantin tengah bersiap.
Tetiba pengantin keluar jap ke beranda pastu kitorang tegur. Agak blur jugak muka si pengantin ni nampak kitorang. Maybe dia pun tak sangka kitorang betul-betul datang. Ye la, hari Selasa kot.



Dah macam adik-beradik muka pengantin sepesen dengan En Wan.



Lepas Jerteh kitorang zassssssss ke Tok Aman Bali.
Aku sebenarnya tak tau menahu perancangan En Wan pi sini.
Dia yang book semua. Aku cuma warned dia jangan bawak aku kat hotel yang tak semenggah.
Aku kalau lepak hotel mesti nak berehat, so jangan serabutkan kepala aku dengan hotel yang boleh menyebabkan susuk aku terkeluar. Keluar saka-saka aku karang.

Ya ampunnnn punya lah teriknya panas kat Kelantan. Merelit punya panas!
Kat PH hujan hari-hari tapi kat Tganu and Kelantan panas berdenting. Hitam ai. Eh.




Ni gambar aku ambik kat internet. Aku nak tunjuk view sebelah sana pulak.
This is the same room-type cuma aku punya katil - 1 king, 1 single and 1 sofa bed.



View tasik. Seberang sana laut. Tapi tak nampak sangat sebab ada pokok-pokok.



Tapi yang paling best, view ni.
Haaaa, view Club Sandwich Tok Aman Bali.
Ni la satu-satunya hotel yang hidangkan club sandwich sebanyak-banyak ada sampai aku tak habis.
Sampai 6 keping roti kauuu, Terbelahak nak habiskan.



En Wan and Rayyan share sepinggan.



Redza hantu nasik.
Mana-mana pun mesti mintak nasik.



Ayuh! Marilah kita serang semua makanan ini.



Lepas makan, lepak-lepak jap. En Wan tido kejap. Aku dapat baca buku. Oh, heaven!
Pastu En Wan bangun bawak budak-budak ni mandi kolam.
Dia tak kasik aku ikut sebab panas sangat. Nanti hitam katanya. Kahkahkah. Kesian laki aku, kemaruk nak tengok bini dia jadi putih agaknya.




Lepas mandi kolam, si Rayyan sibuk nak main pasir kat beach katanya.
Janji takkan main air, just nak main pasir.
So masa sampai beach, En Wan tak kasik aku turun. Dia suruh duduk je dalam kereta sambung baca buku, biar dia bawak anak dia pi main pasir.
Lepas beberapa ketika dia whatsapp gambar ni.
Aku tengok alahaiiiii. Tak main air amende kalau dah kuyup macam ni. Dah la baju spare tak bawak.
Terpaksa la pulak pusing ke depan jalan besar carim towel. Mujur ada kedai RM5, dapatlah beli towel RM5 selai 😂😂.



Sebenarnya kat depan-depan jalan besar tu banyak warung seafood. Melambak!
Tapi En Wan dah penat nak drive, so kitorang dinner kat dalam je lah.
Kebetulan malam tu ada Mongolian Buffet Nite, Entah apa jenis masakan Mongolia pun aku tak tau tapi gamble je lah ambik buffet ni. Janji kenyang dah.



Buat kat luar dah cun dah.
Tapi angin takde lansung!
Musim summer betul Kelantan hari tu.
Melekit-lekit muka aku nak habiskan makanan.



Tapi budak ni maintain fresh hingga ke akhirnya.



Ini paling the bestest!!!
Aku pun tak tau apa nama dia. Nak kata satey bukan, tapi sedap gila especially yang daging. Dia punya gravy tu memang ishhh tak tau nak cakap macamana. Kesedapannya, orgasma.



Semua dah siap, kau tinggal ambik dan hulur kat dia, nanti dia bakorkan.



Aku sempat ambik jelly and onde-onde je. 
Lepas tu aku hanya mampu merenung gamba ni sambil rasa sesal apesalla perut aku kenyang awal malam tu.



Kaunter ni pun best.
Ada macam-macam jenis mee.
Pastu ada selection ayam, daging, sotong, udang, ketam - semuanya mentah.
Kau ambik apa yang ko nak pastu kau bagi kat chef untuk masakkan. Kira macam kau design sendiri apa ko nak makan. Aku apa lagi, ambik mee sikit pastu ambik ayam and sotong banyak-banyak. 
Lepas hulur pinggan aku cepat-cepat pandang tempat lain sebelum chef tu pandang aku.
Aku takut nanti dia tanya "Tak penah makan seafood ke?". Kahkahkah.



Ni view Mongolian Buffet.



Sepanjang cuti sekolah tu, Tok Aman Bali ada buat School Holiday Fun Games.
Ada macam-macam games - orang tua and budak-budak boleh join.



Antaranya main beskal 😂.
Sebenarnya game main beskal ni agak bagus jugak, sebab dia caj RM10 untuk 30 minit.
At least lega la mak bapak nak makan, takde la tercekik mana nak pegang sudu mana nak pegang anak. Lama-lama tersuap dalam lubang hidung.

Patutnya ia memudahkan.
Malangnya Rayyan jenis segan nak main tanpa pengawasan ibu bapa.
Dia naik 5 minit je, pastu "Dah, Pa. Adik dah penat. Adik nak main lain".
Hoih! RM10 tu ko tau tak?? 



"Adik nak catch duck, Pa"
Setiap kali dapat duck sangat lah suka dengan harapan dapat hadiah.
Nan ado! Sebab dia nak itik yang tak berbunyi.
Aku rasa dalam tu semua itiknya berbunyi, takde yang tak berbunyi.
Ingat aku tak tau trick ni ke, ceh!



Bapak pun join mentikam. Macam biasa la, tak lepas.
Panahan kurang tepat.
Aku tengok dari jauh pun tau dah. Kalau tepat dah lama dah aku ada 6 anak. Eh.




Ni lagi satu permainan yang aku tak paham.
The ball yang Redza jatuhkan tu mesti hit nombor-nombor yang nilai keseluruhannya mesti capat certain jumlah. Yang peliknya tu banyak nilai 0 ngan 1. Nilai 2 and 3 tak banyak pun. Ni memang taknak kasik menang ke camne cerita dia?



Breakfast kat tengah tasik.
Takde gambar breakfast sebab breakfast pun dah lambat so makanan tak banyak yang tinggal.
Tapi aku rasa breakfast kat sini tak best sangat.
Kalau hotel lain, pukul 9.30am masih ada banyak lagi makanan. Kat sini, dah tinggal tak banyak, pastu kaunter pun tak banyak. Kuih and cakes pun tak banyak. Padahal hotel penuh.



Amacam?

Ni perjalanan balik semula ke Tganu, singgah Pantai Rhu Sepuluh pekena sotong goreng.
Sekali aku tengok seloyang besar udang goreng dia. Dah macam goreng keledek kemain banyak lagi.



Coconut shake.
Tapi takleh celen Klebang punya coconut shake.



Ha gitu makanan dia.
Macam nak makan 10 orang padahal 3 orang je. Yang lagi sorang tu kunyah kerak sotong je.

Oh, tak berapa clear eh gamba?
Ok ni aku up bagi clear.



Korang rasa apebenda ni?
Masa aku nampak hari tu aku ingatkan scallop. Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaa TELUR SOTONG!
Gila lah weii. 16 tahun aku kawen, setiap kali balik Tganu makan sotong goreng tapi belum pernah nampak orang jual telur sotong goreng. Dah la besar-besar penumbuk telur dia. Selama ni kalau siang sekilo sotong, segenggam pun susah nak dapat telur dia. Ni kali siap seloyang ok! First time la kali ni aku tak makan sotong sebab aku hadap telur sotong ni sorang-sorang.





Sotong kat sini takde la besar macam Pok Nong, tapi ok lah, sotong je pun.
Janji takyah jem beratur sejam semata-mata nak makan sotong.




Malam tu, orang kampung En Wan datang bawak ni ha!!!
Fresh from the river okeh?
Dia ngail sendiri malam-malam.
Dia cakap lately ni udang banyak dalam sungai tu. Itu petanda sungai tu ada buaya.
Tapi belum pernah nampak buayanya but dia kata air sungai tu suam-suam je, maknanya ada buaya la tu. 



Esok pagi-pagi gerak balik PH sebab kitorang kena masuk opis terus.
Sebagai penutup pekena dulu nasik minyak Manir.



Ni lah kedai feveret kitorang kat Manir.
Kedai ni jual nasik dagang and nasik minyak.
Datang awal sikit. Kau dapat 9.30am insyallah dapat senyuman dari tokey kedai je lah. 
Nasik semua habis.
Kalau sesape nak pegi sini, korang kena masuk area pasar Manir. Kedai ni kat simpang tiga pasar Manir. Nama kedai tak tau, rasanya takde nama kedai.






29 MARCH.
GreenAard ada kat sini.

Aku plan nak stay dari pukul 10am sampai 3pm kat booth ni nanti tapi tetiba Mak Aji masuk spital pulak jadi plan terpaksa bertukar. Staff aku akan jaga booth ni. Tapi aku and En Wan akan ada waktu pagi kejap untuk tolong setup booth. So kalau ada sesape nak jumpa aku waktu pagi insyallah ada.

Tapi jumpa aku tak penting sebenarnya, sebab esok aku akan jaga Live Chat the whole day.
Kalau tak dapat jumpa aku, boleh chat ngan aku je.
Yang penting grab offer dulu kat booth.

Harga kat booth macam biasa :

🍀 GC Plus RM78/botol 〰〰〰 jimat RM12
🍀 Nutrijuice RM50/botol 〰〰〰 jimat RM9
🍀 Makeup Remover RM35/botol 〰〰〰 jimat RM4

Kat online TAK DAPAT HARGA NI.
Harga ni valid kat booth je.

Lagi satu, memandangkan now kat online tengah ada promosi shawl, so korang boleh dapatkan shawl tu kat booth jugak. Tanya staff aku camne caranya, ok?
Kalau nak tanya apa-apa bukak website GreenAard and klik Live Chat, jom tanya aku 😉.










W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools