2016-02-27

Tudung sampai beribu!



Hambik tu tudung sehelai sampai RM5,732,48.
Nampak macam biasa-biasa kan?
Especially kalau kita belum mampu nak beli memang semua benda pun kita akan nampak macam biasa-biasa.
Tapi sebenarnya kalau kita ada duit, spender macam roti kirai pun kita tetap beli.

Rata-rata yang komen kat tudung Bawal Exclusive ni macam tu la.
Semua pertikaikan tudung hape mahal beribu macam ni sekali.

It's ok.
Nak pertikaikan, silakan. Tak salah.
Sebab pertikaian memang akan wujud di kalangan orang yang tak tau. Itu biasa.
Tapi tak perlulah sampai "Tudung ni kalis api neraka ke?"
Kalau kalis, apa salahnya beli kalau setakat RM5K.
Neraka tu bukan suam-suam kuku oi. Kalau boleh ditukar ganti dengan RM5K, alangkah bodohnya tak beli.

No..No.
Tak payah nak sarkastik sampai macam tu sekali.
Akan menampakkan lagi betapa singkat dan sengkeknya akal kita.
Sengkek poket takpe.
Tapi kalau pemikiran pun sengkek, tu kritikal.

Untuk kita-kita yang kurang faham apa istimewanya tudung sampai beribu padahal biasa-biasa je rupanya, macam tu lah jugak orang lain tengok kita bersusah-payah kumpul duit untuk beli designer henbeg yang rupa bentuknya pun biasa-biasa je.

Tapi sebab apa ada orang sanggup berhutang untuk beli?

Sebab ada istimewanya henbeg tu pada mata dia.

Mungkin dari segi kekemasannya.
Mungkin sebab labelnya.
Mungkin sebab lambang kemewahannya.
Mungkin juga sebab minat. Memang minat sangat-sangat.

Memang ada jenis manusia yang kalau dah minat dengan satu-satu brand tu, dia akan kumpul apa jugak keluaran brand tu tak kisahlah walaupun bendalah tu pelik gila rupanya, dia tetap akan beli.

Ini namanya raving fans.

Dan Bawal Exclusive ni keluarkan tudung beribu-ribu ni bukan suruh orang cam kita-kita yang tak minat ni pi beli.
Dia pun tak hadap kita beli.
Dia keluarkan tu untuk raving fans-nya.
Untuk those yang memang pakai Bawal Exclusive, yang memang kumpul koleksi Bawal Exclusive, yang memang follower that brand.

Yang kita-kita ni tak paham perasan si Bawal tu hadap kita ni pi beli.
Takde maknanya!

Aku pernah alami ketaksuban macam ni kat Ariani.
Masa mula-mula bertudung dulu kan aku pakai tudung awning.
Masa tu tak reti nak pakai shawl segala.
Payah gila kot nak cari tudung awning yang cantik terduduk atas kepala.
Masa tu takut gila nak masuk Ariani.
Sebab kedai nampak gah nau dari luar.
Pakai model Wardina (artis).
Dulu mana ada orang jual tudung pakai duta artis. Ariani sorang je.
Lagi lah nampak mewah. Dah kalau nampak mewah, of cos la mahal.

Lama-lama dek kerana fedap keluar masuk kedai tak jumpa gak tudung awning yang cantik terletak, aku beranikan diri masuk Ariani.
Ariani Bangi memang untungla hari tu dapat new customer yang terdesak macam aku.
Aku sarung sekali je tudung awning dia terus cantik terduduk atas kepala.
Terasa cun gila tengok muka sendiri pakai Ariani. Iras-iras Wardina. Kaler je lain sikit.
Terus aku rembat 5 tudung awning and 3 shawl.
Padahal first time beli tu.
Pakai shawl pun tak reti tapi dah beli dulu.

Tengok harga tudung awning plain (yang ni yang paling murah time tu) dah RM89 sehelai.
Pastu shawl RM150/helai.

Takpe. Bayorkan je lah janji sedap pakai.

Aku suka tudung awning dia.
Aku suka shawl-shawl Ariani sebab semua cantik-cantik.

Start dari tu, aku akan sentiasa beli Ariani.
Dan selalunya aku akan beli time tak sale.
Sebab sebenarnya time tak sale lah stok dia cantik-cantik.
Ada beza kualiti jahitan yang dijual time sale.
Tapi kadang-kadang pergi jugak time sale tu.

Aku pernah habiskan beribu in a single resit kat Ariani.
Sebab tu aku kata Ariani ni berpuaka especially untuk raving fansnya.
Konfem tak jumpa pintu keluar.
Ketaksubannya melampau-lampau.
Aku main sauk sauk sauk je shawl yang aku rasa cantik kat mata.
Padahal sampai sekarang ada lagi price tag tak bukak.
Menunjukkan betapa aku tak pakai pun sebenarnya tapi disebabkan aku kategori raving fans Ariani, sebab tu aku beli.

Dulu aku pelik apesal la Ariani ni jual shawl sampai RM800 sehelai, sape nak beli?
Sebenarnya ada pembeli. Bukan aku la.
Tapi kalangan yang minat dan dikalangan yang ada duit.
Dalam banyak situasi orang yang beli baju beribu, kasut beribu, tudung beribu ni semua bukan sebab dia nak pakai sangat pun.
Tapi dia minat dan dia ada duit.

Janganlah kita ingat tudung beribu tu takde pembeli.
Ada.
Tinggal lagi pembelinya mungkin bukan di kalangan yang tak memerlukannya macam kita.
Dan yang beli tudung beribu tu pun dia beli sebab dia mampu.

Dulu Mak Aji selalu bising bila aku beli Ariani banyak gila.
Tu yang kadang-kadang aku angkut dia sekali masuk Ariani mintak dia pilih apa dia nak.
So that dia tak bising kat aku.

Kalau orang lain tengok pun mesti agaknya dia cakap aku gila.
Membazir je beli tudung yang tak kalis api neraka ni.
Tapi itulah bezanya antara BELI KERANA NAK PAKAI dan BELI KERANA MINAT.

Kalau kita beli sebab nak pakai, pasti kita pakai.
Tapi kalau kita beli sebab minat, belum tentu pakai tapi PASTI BELI.

Yang kedua tu yang selalunya kedai-kedai akan jaga lebih.
Dia belai baikkk punya.
Tak caya gi tanya orang yang kumpul satu-satu jenama henbeg.
Dorang tu beli henbeg sebab kedai henbeg tu call dia everytime ada new arrival tau.
Sebab kedai tu tau orang macam tu la raving fan. Dia mesti akan beli punya walaupun henbeg yang beli 17 bulan lepas pun tak pakai lagi.
Yang ni lah Bawal Exclusive buat.
Tudung beribu tu untuk yang BELI KERANA MINAT.

Tapi dah lama dah aku tak masuk Ariani menjak jadi Darth Vader ni.
Baru-baru ni dapat sms sale aku leh wat dek.
Alhamdulillah, jimat duit aku.