2015-10-25

Komen


Semalam aku browse-browse internet, tau-tau sampai kat satu isu.
Rupanya isu ni dah sebulan lebih. Tak salah aku time nak raya haji hari tu.
Biasalah, aku ni apa aje la yang aku baru tau. Nak-nak lagi gosip.

Isu tentang seorang public figure.
Aku pun tak sure dia ni sebenarnya kategori apa, nak kata selebriti bukan, tapi followers dia 500k lebih.
Tapi tu bukan isunya.

Yang jadi isu adalah apabila orang kutuk dia kaw-kaw.
Kutuk kat page dia sendiri.
Aku pun tak paham apa isu yang buatkan ramai orang kutuk dia ni.
Yang aku pelik ni dah kenapa dengan manusia sekarang, kebanyakkannya tegur ("nasihat") orang dengan cara yang mengaibkan.
Ke memang sekarang trend menegur orang macam tu?

Salah satu komen yang aku baca "Korang ni yang tegur-tegur dia ni tak takut kena block ke? Dia ni pakar memblock orang. Pantang kena tegur sikit terus block"
Lebih kurang macam tu lah ayat dia.

Ok, kat sini aku ada sikit pelik.

Kau tegur dia boleh.
Tapi dia block kau, tak boleh?

Cubalah jangan marah kalau dia block kau.
Sekurang-kurangnya dia tak maki kau macam kau maki dia.
Dia block kau pun kau marah. Kang dia maki kau balik kau marah gak.
Abis, kau nak dia buat camne skarang ni?

Dah memang jadi satu keseronokan bila attack page orang dengan bertujuan menyakitkan hati, kenapa?

Lepas dapat sakitkan hati orang, dapat malukan orang, so pastu kau dapat apa?

Kepuasan?

Kepuasan dari segi apa?

Puas sebab dapat bagi nasihat, atau puas dapat bash dia?

Tanya balik, betul ke kita nasihat tadi sebab nak tegur kesilapan?

FB ni ada butang MESSAGE tau.
Saja je lah aku nak bagitau, kot-kot ada yang tak tau.

Butang MESSAGE tu ada tak diwujudkan saje-saje.
Ada tujuannya.

Agama dah ajar kalau nak menasihatkan orang mesti dalam keadaan sembunyi dan menjaga air mukanya.
Kalaupun nasihat secara sembunyi pun tak bermakna kita boleh bash dia sesedap rasa.
Cara penyampaian pun kena penuh hikmah.
Seolah-olah kita membayangkan dia itu adalah diri kita yang sedang menerima nasihat.

Kesalahan yang sering dilakukan ramai orang abila menegur adalah kita tak dapat bezakan antara orang yang ditegur dengan kesalahan yang membuatkan dia ditegur.
99.9% yang menegur secara terang-terangan sebenarnya cenderung menegur orang itu sendiri berbanding dengan kesalahannya. Sebab itulah teguran tu suka dibuat di depan umum supaya orang yang ditegur mendapat malu.
Itu tujuannya.

Tak ada satu patah perkataan pun yang kita ucapkan hilang dari pendengaran Allah.
Tak ada satu patah kata pun yang kita ucapkan kecuali pasti dipertanggungjawabkan di depan Allah.

Setiap manusia diberi modal oleh Allah.
Dan modal tu adalah waktu/masa.

Manusia yang bijak adalah manusia yang memanfaatkan modalnya (masa) untuk keuntungan dunia akhirat.
Sedangkan sebodoh-bodoh manusia adalah orang yang membuang modalnya (waktu).
Everytime kita bukak mulut confirm gunakan modal, iaitu waktu.
Zaman media sosial macam sekarang memberi komen dikira sebagai berkata-kata lah.

Kemuliaan dan kehormatan sebenarnya dapat dilihat dari apa yang diucapkan manusia.

Ramai sangat orang yang bila bagi komen merasakan dia berkata benar.
Berkatalah benar walaupun pahit katanya.

Kalau nak berkata dengan benar, pastikan kata-kata tu bersih dari bahasa kesat, kata-kata yang bertujuan untuk mengaibkan dan mengandungi fitnah supaya kata-kata tu dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya.
Jangan bercakap/tulis apa-apa yang kita sendiri tak yakin dengan apa yang kita katakan.
Dan jangan berkata-kata/tulis semata-mata nak bagi orang terkesima, suka, popular.

Tak semua kata-kata/komen tu sesuai untuk semua situasi dan tempat.
Dan tak semua tempat sesuai dengan perkataan yang kita nak cakap/komen.
Kena tengok jugak siapa yang kita nak nasihat/tegur tu.

Menasihatkan budak-budak caranya jauh beza dengan menasihatkan orang tua.
Bercakap dengan remaja pun ada beza.
Sebab tu dulu kat sekolah ada guru kaunseling, ada Pembimbing Rakan Sebaya.
Approach-nya berbeza-beza.
Berpada-pada lah bagi teguran.
Apetah lagi secara umum.
Kerana orang yang tak berketrampilan dalam memberi nasihat/teguran, walaupun niatnya betul, tapi kalau caranya salah, hasilnya pasti tak menjadi.
Kadang-kadang kita rasa macam kita tengah bagi nasihat, tapi sesungguhnya kalau tak hati-hati menyusun kata, kita free-free dapat dosa.

Mulut manusia ni umpama muncung teko.
Muncung teko hanya mengeluarkan isi teko.
Kalau dalam teko ada kopi, maka yang keluar pun kopi.
Kalau dalam teko ada air putih, maka yang keluar pun air putih.
Macam tu lah ibaratnya mulut dan hati manusia.

Semoga faham.