2015-10-18

Kalau tak mahu merana...



Ni artikel dalam BH 17 Oktober 2015.
Kalau tak jelas, klik pada gambar pastu baca.

Dulu aku pernah tulis pasal isu ni.
And apa yang artikel ni tulis lebih kurang sama je point-point-nya.

Konsepnya sama dengan NAK MAKAN and PERLU MAKAN.
Kalau 3 hari tak makan, maka dia PERLU MAKAN supaya tak mendatangkan mudarat.
Tapi kalau NAK MAKAN, mungkin dia dah makan tapi nak makan lagi.

Macam tu la kebanyakkan manusia.
Dah ada henfon, tapi bila keluar model baru, tak tentu arah nak tukar henfon.
Kalau mampu lain cerita.
Tapi ni bangsa henfon lagi mahal dari gaji tu yang aku tak paham.
Dan kebanyakkan pengguna henfon zaman sekarang berlumba-lumba tukar henfon sebab 'gamba lebih cantik'. Betul tak?
Beli henfon mahal tapi kita sendiri tak tau macamana nak gunakannya.
Apps yang diguna tak seberapa pun, banyak guna kamera je.

Orang yang banyak keinginan selalunya tak tenang sebab takut keinginannya tak dapat dipenuhi.
Semakin banyak keinginan, semakin kurang rasional pemikirannya.
Sebab bila dia nakkan sesuatu, dia akan carik bermacam-macam alasan supaya dapat apa yang dia nakkan.
Dan alasan-alasan tu dia yang cipta sendiri.

Contohnya macam henfon.
Bila kita berkeinginan nak tukar henfon, tiba-tiba je henfon yang ada sekarang nampak buruk, nampak tak user-friendly, masa tu la jugak nampak semua gamba yang kita ambik blur dan tak cantik.

Masa aku contemplating nak beli new phone pun camtu gak.
Time tu la aku nampak henfon aku sekarang kejap-kejap jem la, lembab la, apa la.
Hampir-hampir aku nak angkat new henfon.
Tapi aku switch pi beli tab sebab kebetulan tablet Rayyan buat hal, daripada dia asik lenjan henfon aku tengok Upin Ipin, baik aku beli tab baru.
Bila dah beli, esoknya, tablet lama Rayyan dah ok. Elok je pulak tu sampai sekarang.
And henfon aku pun tak jem-jem dah.
Bila aku 'muhasabah henfon', comparekan henfon dengan tablet, aku tak nampak apa yang kurangnya kat henfon aku. Semua sama, semua masih ok, except tablet aku ada stylus which lagi senang aku nak buat keje.
Yang lain-lain semua ok.
Of cos always ada henfon yang better, tapi untuk kegunaan aku, apa yang ada ni dah ok. Tu pun aku tak abis explore lagi. Tak semua apps aku guna pun.

Bukan tak boleh tukar new henfon, tapi kebanyakkan budak-budak yang gaji tak sampai 3K ni tak tau apa itu PERLU and INGIN.
Ramai dah aku jumpa budak-budak muda yang pakai henfon harga half dari gaji masing-masing.
Ada tu harga henfon lebih dari gaji!
Dan aku tau dia bukan dari background orang senang.
Tapi macam artikel BH tu cakap, masing-masing tak ukur baju kat badan sendiri. Seronok ukur baju kat badan orang.

Kalau diingat-ingat balik, tempoh perjuangan kita dengan macam-macam alasan nak dapatkan henfon baru dengan sesudah dapat henfon tu - tak lama.
Dia punya perasaan membuak-buak nak beli tu sampai takleh tido, sampai tak lalu makan, gelisah tak tentu arah.
Tu sebenarnya Tuhan sedang tarik nikmat tenang, nikmat kenyang, nikmat lena....tapi bila dah dapat beli henfon, habis kuat pun seminggu je belek-belek.
Pastu entahlah...sama je kot dengan henfon lepas.

Apa-apa saja yang kita ingin, keseronokkannya takkan lama.
Sebab INGIN itu adalah nafsu. Dan nafsu sifatnya tak pernah puas. Dia akan nak lagi, nak lagi, nak lagi.

Contohnya barangan elektrik, katakanlah food processor.
Food processor canggih, bangsa yang masuk kentang, keluar-keluar terus jadi fries siap goreng.
Teruja gila tengok.
Harga pulak cuma RM90/sebulan.
Alah, RM90 je.
Terus beli.
Balik rumah, excited nak masak.
Sebab nak guna food processor.
Nak masak menu untuk 4 orang (laki bini and anak umur 11 and 5 tahun).
Bulan pertama excited la guna.
Dapat bil letrik hujung bulan, insaf.
Nak simpan sayang sebab tak abis bayar lagi ni. Hutang ada lagi 23 bulan nak bayar.
Tapi kalau guna, bil letrik mencanak-canak pulak.
Ujung-ujung menderita dalam diam.

Tak salah, nak beli apa pun.
Tapi kena ukur baju kat badan sendiri.
Kadang-kadang time beli tu kita tak ambik kira faktor-faktor lain.
Nak beli senang. Nak maintain tu yang berat.

Kadang-kadang kita beli bukan sebab kita perlu tapi kerana mengejar penilaian orang.
Zaman sekarang ni orang lebih pandang kebendaan jadi secara tak sedar terikut-ikut sehinggakan kita tak enjoy dengan apa yang beli tapi semata-mata follow the trend.

Henbeg contohnya.
Ni pengalaman sendiri.
Beli Chanel, beli Dior.
Tapi nak sumbat macam-macam dalam beg tu sayang, sebab beg mahal.
Last-last pakai balik beg murah. Sumbat selagi ada dalam beg bila berjalan. Hati tenang sebab beg murah, rosak pun takpe sumbat macam-macam.
Sampai sekarang yang aku pelik tu beg murah ni tetap tak lunyai-lunyai.
Jadinya, henbeg mahal-mahal tu ternyata Tuhan bagi rezeki untuk beli saja, tapi Tuhan tak bagi rezeki untuk guna.
Maka, duduk la kau dalam kotak.
Tak ke rugi namanya.

Memang seronok dapat beli barang mahal sebab selalunya barang mahal ni berkualiti (selalunya, tapi tak semua).
Jadi berlumba-lumba orang mengejar jenama kerana lambang kemewahan.
Padahal mewah tu bukan terletak pada harga tapi sesuatu yang melampaui keperluan.
Pakai kasut Bata harga RM40 je, tapi kalau sampai ada 100 pasang kasut Bata dalam koleksi, itu pun namanya mewah sebab melampaui keperluan.


 Ni purse aku sekarang yang aku dah lenjan hampir 2 tahun.
Ni bukan LV ori ni, tapi semua ingat yang ni ori.
Ni hadiah dari reader, dia bagitau siang-siang ni bukan ori.
Aku pakai, takde hal.
Selama aku pakai ni semua ingat yang ni ori.


Ni ori tapi nampak cam tak ori kan?
3 tahun lenjan sampai naik haus.
Now, tempatnya dalam laci.
Nak buang tak sampai hati, nak bagi orang buruk sangat pulak.
Kan dah satu masalah tu?


Aku ada a few entrepreneur frens yang pendapatan sebulannya paling bangsat pun RM100K. Setakat LV tu boleh beli timbang kati. tapi they choose to pakai henbeg tak ori. Disebabkan personaliti dorang tu lebih 'berjenama' dari jenama LV, maka apa yang dia pakai semua nampak mahal di mata kita.

Jangan menyeksa diri beli sesuatu untuk dapatkan kekaguman orang.
Orang kagum 2-3 hari je, pastu semua buat hal masing-masing.
Yang bengkok membayar hutang kau sorang.

Beli apa yang kita mampu, beli apa yang kita enjoy, dan beli biar berbaloi.
Kalau mampu, lain cerita.