Mengutuk secara berjemaah terang-terangan dah jadi satu keseronokkan.
Rupanya bencana demi bencana yang jadi kat dalam and luar negara tak dapat menginsafkan kita.
Kalau stop pun kejap je lah, time malapetaka sedang menimpa, masing-masing benti kejap dari sesi kutuk-mengutuk ni.
Dah reda bencana esok, boleh lah start balik mengutuk.
Memang patut pun bencana demi bencana kerap kali berlaku, like tak berkesudahan.
Dengan banjir besarnya, dengan kemarau, catuan air, jerebu, puting beliung, ekonomi jatuh teruk.....macam-macam.
Pun, masih tak dapat menyedarkan sesetengah manusia.
Masih seronok berkumpul mengutuk orang beramai-ramai.
Kerana menyangkakan bencana yang datang selama ni adalah akibat kesalahan orang lain.
Sebab tak terkena kat diri sendiri.
Belum terkena sebenarnya.
Tadi ada sorang reader email tentang isu ni.
Dia mintak aku komen tentang satu anonymous yang kerjanya stalk IG and FB orang lain untuk dijadikan bahan kutukan.
Yang pelik tu, this anonymous terima request dari followers untuk 'review' orang lain.
Pastinya bukan good review lah.
Reader tu bagi a few link to that anonymous page.
Ada la 2-3 nama yang aku tak kenal.
Aku tak faham apa keseronokkannya mengutuk orang beramai-ramai?
Yang betulnya, apa sebenarnya masalah korang ni semua?
Semua orang kau nampak salah.
Politician, celebrities, ahli agama, sampaikan ke orang awam yang ntah sape-sape pun kau bahankan.
Printscreen gambar orang awam dan jadikan bahan gelak.
Follow IG artis untuk cari bahan mengumpat.
Banyaknya masa korang ni semua.
Printscreen gambar orang awam dan jadikan bahan gelak.
Follow IG artis untuk cari bahan mengumpat.
Banyaknya masa korang ni semua.
Tang mana seronoknya mengutuk orang ni?
Dah la yang dikutuk tu takde kena-mengena dengan hidup kau, kenal pun idak.
Yang kenapa sakit hati sangat?
Atau adekah ni sejenis game?
Apa nama game ni?
'Siapa lagi cepat masuk neraka' nama game ni kot eh?
Kadang tu aku terfikir, apalah troma yang spesis-spesis ni lalui sampaikan dah tak jumpa jalan keseronokkan lain maka mengutuk orang dijadikan satu keseronokkan.
Kalau tengok mana-mana cerita saiko, orang yang mendapatkan keseronokkan dengan cara menyakiti (bunuh, dera, etc) selalunya masa lampaunya dipenuhi dengan troma.
Maybe kemiskinan.
Mangsa bully.
Pernah didera.
Famili kucar-kacir.
Masalah dengan spouse.
Kesian.
Sebenarnya ni penyakit mental.
Tapi kita susah nak realize sebab selalunya orang yang ada masalah mental ni memang tak nampak macam orang sakit pun.
But seriesly, ini memang sakit mental.
Cuba fikir, normal ke seorang manusia tu kalau sanggup habiskan masa everyday bersembang tentang keburukan orang?
Keburukan kot. Mana ada manusia normal nak kisah tentang keburukan.
Something yang tak bagi manfaat kot keburukan ni. Buat apa nak di-discusskan.
Something yang tak bagi manfaat kot keburukan ni. Buat apa nak di-discusskan.
Orang normal bincang tentang kebaikkan sebab itu adalah manfaat dan manfaat tu lah yang kita nak follow.
Kau kutuk orang tu muka buruk, adekah kau dengki muka kau tak seburuk muka dia?
Nak jadi buruk jugak?
Kau kutuk dia edit gamba guna kamera 365 untuk nampak lebih cantik.
Kalau kau rasa kau juga boleh jadi secantik dia bila gamba kau diedit, then editlah. Kenapa tak buat?
Tak boleh ke cari aktiviti senggang yang lebih berkualiti other than menyebarkan hatred?
Puas ke dapat mengutuk orang ni ramai-ramai?
Puasnya sampai ke mana?
Esok pagi bangun boleh jadi jutawan?
Ntah esok pagi bangun-bangun kena jawab soal kubur.
Dulu masa aku buat umrah, jemaah di sana panggil aku Ustazah.
Puncanya sebab salah seorang jemaah terperasankan yang aku dok berzikir sepanjang 8 jam atas flight.
Padahal aku berzikir sebab ketakutan. Biasala kan, jahil. Dah takut mati baru teringat nak berzikir.
Tak sangka hanya kerana itu, sepanjang aku ada di Tanah Suci, jemaah panggil aku ustazah.
Mungkin itu titik tolak kesedaran dalam diri betapa Allah tu tak susah nak ubah apa-apa pun.
Aku percaya ini semua sebab doa dari orang lain.
Selalu aku terima email dari reader di hujung email tu nanti dia tulis 'semoga Kak Di dirahmati Allah...'.
Inilah antara doa yang mungkin Allah makbulkan.
Menjadi orang yang dikenali bukan untuk harap dipuji, bukan untuk merasa glemer.
Tapi dengan harapan ramai yang mendoakan.

Tulislah yang baik-baik, cakaplah yang baik-baik walaupun kita belum dapat jadi baik.
Sekurang-kurangnya itu dah menyelamatkan kita dari menulis yang buruk-buruk.
Mengutuk orang ni memang sedap.
Nak pulak kalau ada nasi tambah.
Tapi jangan lupa, apa yang kita tuliskan (kutuk) akan kekal.
Dan kita takkan tau apa tulisan kita yang terakhir.
Apa yang kita cakap, akan jadi doa.
Bayangkan doa kita terhadap orang lain, yang kemudiannya orang itu menerima hidayah Allah, insyallah saham doa kita berterusan dengan setiap amalan yang dia buat.
Tak teringin ke saham macam ni?

Tulislah yang baik-baik.
Kerana kita tak tau tulisan kita yang mana yang menemukan orang lain dengan jalan hidayahnya.