2015-08-20

Man sues wife over make up



Cewahhhh, tak agak-agak siap sue berbelas ribu.
Ce tengok sikit muka laki dia pulak apa hensem sangat ke?
Ekzejeret gila sampai nak terperanjat sangat bila bangun besok pagi tengok muka bini kat sebelah tak sama macam selalu.
Psychological suffering kononn.
Kau yang saiko padahal.
Ngengada. Terajang baru tau.

Nampak sangat laki dia ni suka pompuan ni sebab cantik semata-mata.
Esok lusa kalau jumpa yang lagi cantik, bini yang selama ni dia kata cantik dan-dan dah tak jadi cantik.

Make up wonders.

Kebanyakkan wanita bila dimekap memang akan nampak lebih berseri dari sebelum make over.
Yang ni at least selepas makeover nampak la jugak cantiknya.
Ada some, wajah lepas make over lagi horror dari before.
Tapi yang tu kes kes terpencil la. Selalunya spesis overdo.

Kenapa kebanyakkan perempuan suka pakai mekap/berhias ada kaitannya dengan perkara kat bawah ni :



Bunyiknya macam tak lojik, tapi kita kena akui, kita sedang hidup di zaman di mana manusia lebih tertarik kepada penampilan luaran.
Segala benda dari kecantikan, pilihan pakaian, gaya, penampilan, semuanya jadi faktor untuk menjadi lebih outstanding dari yang lain.
Dan selalunya dalam mana-mana interview, penampilan saja dah buat kau menang 20% sebelum sesi temuduga bermula.

Tak caya, tengok pertandingan ratu cantik.
Sebelum interview, kita rasa macam tak tau nak pilih sape jadi juara sebab semua pun cantik.
Until they start talking....

Dulu kalau tak salah aku Dewi Remaja pemilihan dia melalui gambar kan?
Pastu readers akan vote siapa yang layak.
Not sure if Dewi Remaja sekarang guna kaedah yang sama.
Dulu aku layan gak majalah Dewi Remaja ni, tapi tak beli la, rembat Apeng punya.
Aku suka tengok pompuan cantik-cantik, so kalau time pemilihan finalist tu suka la aku berdebat ngan Apeng sape paling cun.
Bila diumumkan siapa juara, selalu kitorang terperanjat, eh apesal dia menang? Padahal yang tu lagi cantik.

Itu je pun dah menunjukkan penampilan memang bagi markah extra.
Toksah cakap la "saya tak memandang luaran, saya memandang hatinya".

Puiiii!

Semua orang akan start pilih/nilai hati bila dah berkenalan dengan orangnya.
Abis, sementara nak kenal hati tu, apa faktor yang menyebabkan kau approach dia?
Bukan sebab penampilan?
Kalau bukan sebab penampilan, meh gi approach makcik janda belakang rumah mak aku.

Nak taknak, memang itulah hakikat yang kita kena terima.
Bukan makna kata kau kena berhabis-habisan berbelanja untuk dipandang tinggi atau dilayan special.
Cukuplah sekadar mampu.
Tapi janganlah sampai selebet maut. Dengan muka berdekir, ketiak hapak, rambut berselipat.
Aku kalau nak ambik pekerja pun nak gak tengok penampilan.
Kalau penampilan diri sendiri pun selekeh, apa jaminannya dia boleh tampil sebagai wakil syarikat?

Lepas muka lulus, gaya lulus, barulah kita scan IQ dia pulak.
Sape kata kalau time interview, candidate yang pointer 3.85 ada higher chances?
Tengok jugak la keje apa kau mintak.
Kalau keje sales & marketing, aku lebih berminat nak ambik budak yang pandai bercakap dan dia tahu apa yang dia cakapkan.
Jangan ko nak cakap asal bercakap je pastu merepek bek bek bek bek bek kang makan pelempang aku kang.
Penampilan memang penting.
Sebab tu kalau tengok mana-mana budak sales and marketing mesti sedap je mata memandang.
Masa aku keje ngan satu company ni, suka aku tengok penampilan dorang hari-hari.
Bergaya gila.
Selalunya yang dah jadi bos-bos je yang rilek je masuk opis tanggal kasut, sarung selipar.
Bila nak jumpa key customer baru pakai mekap, kalau tak muka sorang-sorang dah macam makcik cleaner. Makcik cleaner sendiri pun konfius tengok bos-bos aku apesal makcik-makcik ni semua duduk dalam bilik besar dia kata. Kah Kah Kah.

Berbalik pada isu wife yang kena saman tadi, aku tak rasa la muka dia huduh nau.
Cuma laki tu tak pernah tengok je muka dia tanpa mekap.
Sama la macam kita semua yang pompuan-pompuan ni.
Semua bajet letak gambar selfie time masing-masing rasa diri tengah cun. Ce snap muka betul-betul lepas bangun tido. Mau lepas sorang, sorang, unfren kau. Tak pun dorang yang deactivate FB terus. Mbahahahaha.



Kau tengok muka dia sebelum mekap, dah macam rupa maid Filipina aku tengok.
Sekali dah mekap, haaaa tak tentu arah semua carik bilik air.



Sekali pandang muka dia before make over macam Mark Zuckerbeg pakai rambut panjang.
Lepas mekap, ambik kauuuu.



Ni kalau lalu kat sebelah, potong jari la kalau ada orang yang mengorat.
Sape sangka dia akan bertukar jadi sexy sebegitu lepas dimekap??
Padan muka kau. Menyesal kau tak ngorat dia tadi.



Kesian awek ni ada acne problem.
Kulit dia memang sangat teruk. Too sensitif.
Tapi bila dimake over dah macam retis.


Kalau bangun tido lepas kawen tetiba nampak wife tak secantik yang kau biasa tengok, jangan dan-dan tu nak cerai. 
Kau beristighfar seketika, pastu jalan masuk bilik air. Pastu tengok muka kau pulak semenggah ke tak.
Jangan sedap cakap muka bini tak cantik.
Abis muka kau dengan t shirt pagoda with kain pelikat tu cantek nau??

Nak wife cantik, belikan mekap, pi hantar dia buat facial, belikan supplement, carikkan dia pembantu rumah so that dia ada masa nak belai diri. Consider la sikit, mana dia nak jaga penampilan, mana dia nak mengemop rumah, mana dia nak sental lubang jamban, mana nak suap anak makan, mana nak menggentel telo kau lagi, ewahhhhh cantek muka kau nak demand wife jelita doplohpat jam?
Biarkan dia sesekali muka macam puaka.
Kerana ada waktu-waktunya, dia akan kelihatan jelita.