walk on wings, tread in air: Weekend <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Weekend
2015-08-18

Raya dah habis rupanya, baru aku sedar.
Dan baru jugak tersedar yang raya tahun ni, aku tak gi beraya rumah sesape pun kecuali rumah makcik-makcik.
Jemputan open house semuanya time aku balik Tganu and gi Jakarta, jadi semuanya aku tak dapat attend.
Tahun ni pulak takde rezeki nak buat open house, tak jumpa tarikh mana nak selit, jadi kira gone la tahun ni punya raya.

Sabtu lepas, gi beraya rumah makcik En Wan di Ampang.
Ni memang port tetiap tahun mesti datang.
Dan memandangkan aku tak jumpa open house lagi setakat ni, jadi aku makan kaw-kaw kat rumah mak cik En Wan ni. Seb baik rumah sedara.
Dah la hidang nasik minyak lak tu. Memang kem salam la aku nak segan silu.


Round 1 - nasik minyok


Lama gila tak jumpa char juey tiaw sedap macam ni.
Dulu kat pasar malam Bangi (Shell) ada satu abang ni punya kuey tiaw memang sedap gila.
Kuey Tiaw Pulau Mutiara kalau tak salah aku.
Gila sedap! Jenis yang selak kerang baru nampak kuey tiaw okeh.


Round 2 - Char Kuey Tiaw


Round 3 - Puding kastard sumi jelly.
Aku ingatkan aku je yang suka ambik jalan short cut everytime buat puding kastard.
Aku malas nak buat puding, selalunya aku tuang sumi jelly je.
Rupanya makcik En Wan pun sepesen macam aku gak.


Nampak cam sikit je aku makan kan.
Padahal kuey tiaw yang aku makan tadi tu Redza punya.
Pastu aku bedal En Wan punya kuey tiaw lak.
Sebab time dia tengah makan sekali dia terpandangkan sesuaitu atas meja buffet...


...Rojak buah.
Aku tak reti makan rojak buah, so aku ambik timun je, tanpa sos rojak.


Memang sedap abang ni punya char kuey tiaw.
Katanya area Taman Kosas punya kuey tiaw ni.
Maybe glemer kot abang ni area sana, aku je yang tak kenal.



Ahad lepas, bermula misi carik barang nak buat hantaran untuk 2 orang anak sedara En Wan, kat Nilai.
Tapi baru carik barang je, buatnya belum lagi.
Aku tengah serabut dengan keje, so biarkan dulu.
Lagipun mood belum mari.
Kena pasang lagu selamat pengantin baru baru boleh start buat.

Lepas aku naikkan entry semalam, ada reader yang cakap tak sabar nak baca entry aku celebrate besday.
Eh, aku ada cakap aku nak cerita pasal celebrate besday ke? Hahahah.
Ko ingat ahkak umur 18 tahun dik? Dah 38 dah pun. Takde maknanya nak celebrate besday segala.

Tahun ni aku just keluar makan berdua je ngan En Wan kat Serai Paradigma Mall.
Itupun sebenarnya tak plan pun nak kekyar berdua.
Kebetulan Rayyan and Redza taknak ikut, so dapatlah dinner berdua.
Dah alang-alang keluar berdua tu, aku terus la shopping.
Beli hadiah untuk diri sendiri, rembat 5-6 heai blouse, pastu balik.
Macam boring je besday celebration kan?
Tapi tunggu lah sok kau dah umur cam akak ni, dah ada anak segala, kau akan rasa sendiri betapa kau tak perlukan hadiah di hari jadi, cukuplah sekadar dapat makan dengan tenang. Gitu.



Ahad, aku teringin nak makan chicken wings Nandos.
Tekak ni dah teringin lama sangat nak makan tapi asik tertangguh-tangguh.
Malam tu pegi la jugak kat Main Place USJ tu, kebetulan memang nak pi beli sayur kat Jaya Grocer.
Sekali chicken wings dah habis!!

Actually aku tak sure if chicken wings ni dah habis, atau dah memang obsolete.
Sebab budak yang ambik order tu macam blur blur je.
Bila aku cakap nak chicken wings dia kata chincken wings dah takde.
Aku tanya "Dah takde? Abis kenapa ada dalam menu ni?"

Dia jawab "Sebab yang ni hot item, jadi dah takde"

Pastu aku pulak yang blur.
Dah apabenda yang kau cakap ni dik?

Aku tanya balik "Dah habis ke, dah takde?"

Dia cakap "Dah takde, sebab hot item"

Balik-balik dia ulang benda yang sama.
Aku syak budak ni ada bateri kat belakang dia.

Pastu setiap order yang datang mesti tak cukup.
Konfem lah ni, memang tukang ambik order ni yang blur.
Minggu ni aku nak gi carik lagi Nandos, selagi tak dapat makan chicken wings ni selagi tu aku merepek tak tentu arah.



Ada reader tanya kat IG tablet aku ni Samsung yang baru ke.
Ye, yang baru.
Aku beli sebab tablet aku yang besar tu Rayyan punyakan terus.
Pastu S Pen dia tenggelam takleh keluar-keluar dah.
Payah gila aku nak buat keje kalau berkongsi dengan Rayyan, so terpaksa angkat lagi satu.
Lebih ringan, lebih slim, lebih best.
Pastu sampai sekarang aku asiklah buat keje non-stop.
Dah jadi masalah la pulak bila tablet ada kat tangan sentiasa.





Terpaksa makan 1/4 chicken.
Sedap, tapi macam tak jatuh ke perut sebab kepala nak makan wings jugak.


Aku jamin akulah manusia paling pendek dalam rumah ni sok.
Sebab Redza pun dah nak sama level ngan bahu aku.
Nak buat camne kan, mak kiut sangat. Lalalalalalaaalallalaallaa.




posted by aveo757 @ 12:56 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER