2015-08-25

Kau ingat nama kau best nak ejek nama orang?




Aku ada up gamba ni kat FB.

Aku terkejut bila tengok gambar Rosmah time muda.
Honestly, pada pandangan mata aku, Rosmah sangat cantik time muda.
Macam Yusanani Yushak pun ada, macam Normala Samsudin pun iye gak.
Memang cantik.

Oh btw, aku bukan kaki kipas Najib and Rosmah.
Not a fan pun.

Tapi terkilan bila aku tengok RAMAI yang make fun of gamba-gamba ni.
Kesian.
Bukan kat Rosmah, tapi kat mereka-mereka yang suka make fun of rupa paras orang and nama orang.
Macam tak puas jadik budak kecik.
Dah berbulu atas bawah pun masih lagi nak name calling nak mengeji muka orang.

Tak suka dia, takpe.
Dia pun tau ramai orang tak suka dia.
Tapi boleh tak jadi dewasa.
Kau keji muka dia, kau ubah nama dia, apa kau dapat?
Adekah menjadikan kau lebih kaya now? Hell no.
Kesian, dah la tak makin kaya, makin banyak dosa lak tu.

Tak payah nak tolong kira dosa dia.
Kira dosa sendiri sudah.

Jangan lupa, satu masa nanti kita juga akan tua.
Raut wajah kita juga akan berubah.
Itu pun kalau sempat tua lah.
Kalau tup tup esok lusa eksiden, muka tebakor sebelah, herot sebelah, kau nak kata apa?
Bila wajah dia berubah, kita kata itu semua sebab banyak makan hasil yang tak pasti.
Esok lusa ditakdirkan muka kita pulak berubah jadi jauh lebih buruk, boleh kita terima kalau orang gunakan alasan yang sama?

Raut wajah seseorang memang boleh berubah disebabkan banyak faktor.
Faktor usia, faktor tekanan hidup, pemakanan - banyak faktor.
Malah, tulang muka kita juga berubah seiring dengan perubahan usia.



Nampak tak beza?

Tak caya pi belek album gamba korang and bandingkan dengan wajah korang sekarang.
Eye socket, tulang hidung, tulang rahang memang akan berubah bila kita semakin senja. Takde yang pelik.
Yang pelik adalah apabila ada manusia yang rasa diri cerdik pandai-pandai tafsirkan perubahan muka seseorang ada sangkut-paut dengan halal-haram harta yang dia makan.

Itu bukan kerja kita. Itu keje Tuhan. Biar Dia yang mengadili.
Kalau tuduhan kita tak betul, itu jadi fitnah.
Kalau tuduhan kita betul, itu jadi mengumpat.
Pusing kot mana pun, dosa dapat kat kita jugak.



Jangan kata Rosmah, Mak Aji pun berubah muka bila dah tua ni.
Kiri sekali time kawen, kanan bawah (pakai baju hijau) masa aku skolah rendah kot. Gamba tudung putih tu time pi Hong Kong 2009 kalau tak salah.
Now lagi berubah.
Makin berisi, pipi pun dah kurang tegang, wrinkle pun dah makin jelas berbanding 4-5 tahun sudah.
It's a normal process.

Tak boleh nak kata muka orang tu nampak bengis sebab makan banyak benda haram, or muka macam witch sebab banyak sangat amalkan perkara khurafat.
Apa ilmu kita sampai kita boleh menilai buruk baik manusia hanya dengan raut wajah?
Berapa banyak kes aku tengok orang dok share kat FB wanita bertudung muka kemain baik cam orang kampung tapi curi baju satu kodi bubuh celah kangkang?
Berapa banyak kes pakcik tua berserban muka cam warak tapi rogol cucu sendiri?
Berapa banyak kes muka sedih mintak derma padahal penagih dadah?

Kita ni pun yang konon makan harta halal, yakin ke?
Yakin gaji kita tu 100% halal?
Dengan cara kita bekerja kejap mengulor, kejap tido kat surau time keje, kejap gi shopping masuk keje lambat, balik tengahari kejap tengok anak masuk keje balik setengah jam lewat tapi balik on time, plis lah...rentikanlah judge orang.
Kita nampak aje silap orang kat mana, silap kita kemain lagi kita men-defend.
Kot ye benci pun, jangan lah sampai merepek-repek tuduhannya.
Nak fight, biar dengan fakta, bukan dengan sesuatu yang tak sahih, apetah lagi nak mengejek muka and nama.

Aku rasa orang-orang yang mengutuk rupa orang, mengejek nama orang, menggelarkan nama, mungkin korang tak pernah rasa nama mak bapak korang diejek.
Aku penah rasa.
Bukan kejap ya.
Hampir sepanjang aku bersekolah, orang ejek nama bapak aku.
Dulu nama aku DIANA BINTI SAHAK. Bukan Diana Ishak.
Orang ejek nama bapak aku - KAHAK.
Tapi alhamdulillah Tuhan bekalkan aku dengan hati kering.
Apa yang aku perlu masuk campur, aku campur.
Setakat name calling ni, pi mampus lah kau kat sana nak panggil apa pun. Tak heran de aku.

Cuba imagine nama kau, kawan anak-anak kau main-mainkan?
Kau kat rumah memang takkan tau.
Tapi apa perasaan anak-anak tu nanti?
Kalau dorang pun jenis hati kering takpe.
What if kalau dorang jenis yang sensitif, ko tak rasa ke benda-benda macam ni akan membawa kepada masalah yang lebih besar kemudian hari?

Kau ingat nama kau Diana, nama kau Ruzelia, nama kau Zac Efron dah habis gempak??
Sape tau lagi 20 tahun akan datang nama Diana tu dah jadi jenama sebuah jamban.
Pastu anak-anak kau kena ejek.
Kau leh imagine tak apa perasaan anak-anak kau kalau dia dihina hanya kerana nama mak bapak?

Ni apa ntah aku tengok orang tukar nama Najib jadi NAJIS.
Kamon la, tak puas jadi budak-budak ke apa?
Kalau ye pun tak suka dia, tak payah la nak hina nama, nak ejek nama, nak kutuk muka dia segala.
Cubalah matang sikit. Buah kerandut dah besar penumbuk pun nak main ejek-ejek nama orang lagi ke.
Grow up plis!

Kita boleh berbeza pendapat.
Tapi debatlah dengan ilmu.
Bukan mengejek.
Kadang-kadang aku rasa orang yang mengejek ni dah serupa pulak ngan perangai budak-budak yang tak puas hati kalah main bola, pastu tak tau nak fight macamana, tetiba jerit "Mak kau ijau!"

Kau sepesen camtu lah.