2015-03-24

Karakter



Kata orang, kalau nak kenal orang tu macamana perangainya, kita lihat dengan siapa dia berkawan.
Kalau kawan-kawan yang dia boleh ke work together play together tu adalah A, maka A jugak lah perangainya. Kalau kawan-kawan tu perangainya B, maka B jugak la perangai kita. Sebab tu kita boleh sekepala dengan kawan kita tu dalam hampir keseluruhan perkara.

Aku alaminya 4-5 hari ni.
Dan hasilnya, aku jadi tongong seminggu.

Aku ada new project and perlukan aku work together dengan some profesional and big-big tittle people.
This is something yang aku memang look forward.
Seronok bila ada dalam kelompok orang-orang macam ni.
Karakter dorang sangat jelas.
Their habit tu akhirnya membentuk satu karakter yang strong.
Yang akhirnya menyebabkan aku konfius apa sebenarnya karakter aku.

Bila aku nak update blog, aku dah tak tau nak update apa.
Sebab dalam kepala aku semua ada perkara-perkara melibatkan kerja yang aku tengah buat.
Takkan nak cerita kat blog kot pasal keje aku? Gila boring.

Betullah proverb ni rupanya.
Bila kau berada dalam kelompok orang yang rajin, lambat-laun kau akan jadi rajin.
Kalau kau berada dalam kelompok orang yang suka membaca, secara tak lansung kau akan jadi ulat buku jugak.
Dan kalau kau berada di kalangan orang-orang yang success, kau takde pilihan lain melainkan terpaksa jadi success jugak.

Group yang aku work with ni dorang punya tahap energy and focus tu gila bahabi punya aku takleh follow mula-mula.
Pdahal dorang tak buat apa-apa pun kat aku, but aku stress.
Dorang gurau, gurau jugak.
Tapi gurau dorang semua sangkut paut dengan ilmiah, figures, money making.
Discuss pun benda-benda ilmiah like sejarah Kesultanan Johor, sejarah Uthmaniah, Julius Caesar....hoh!

Paham tak agak-agak situasi aku skarang camne?
Bila kau dah spend time dengan group-group macam ni for a while, lama-lama karakter kau pun akan ikut dorang.
It's not that aku tak suka karakter group ni.
Aku suka sangat. In fact dari kecik lagi aku suka berangan dapat keje dalam ofis korporat-korporat yang pekerjanya smart-smart gila meeting discuss projek juta-juta.
Bukan nak tumpang nama, tapi nak ambik aura.
Dorang ni punya aura lain.
Terasa kerdil gila berada dalam kelompok ni, nak lagi pulak aku pakai kasut pengawas.
Macam sakai terasa diri ini.

Ada sekali tu masa semua tengah busy-busy discuss marketing plan semua, aku bawak keluar shaker yang dah siap bancuh Ephyra. Selamba minum. Pastu baru perasan semua pandang aku.

Mamat depan aku senyum "Cutenya bawak botol air, how old are you?".

Pastu baru aku perasan masing-masing atas meja dengan Starbucks drink and mugs memancor-memancor ala-ala pewter. Yang aku..?

*whateverrrrrr*

Masa introduce diri lagi la.
Namecard aku memang selama ni aku tak letak academic qualification and position sebenar aku.
Masih maintan dengan "Senior Product Specialist".
Malas tukar.

Ada satu lady ni exchange card dengan aku.
Dia tengok card aku pastu cakap "You must be very good, bos you hantar you untuk present kat sini".
Aku macam .....errrr.
Saya....saya.....errr.
Senyap.

Kalau hal-hal kerja ni, aku punya perangai memang kampung sikit.
Aku punya prinsip, as long as aku siapkan keje aku, meet people's expecation, secure the deal, that's it.
Aku tak kisah kasut pengawas ke, bawak botol mineral isi air sirap ke, namecard aku tak letak position sebenar aku ke - TAKDE HAL.
But bila dah 'berkampung' dengan group-group ni aku rasa kecik sangat. Rasa takde konfiden.
Nak bagi opinion pun takut.
Pastu tup tup ada mamat depan aku bagi opinion yang sebijik aku fikirkan, then semua macam WHOAAAAA gitu.
Aku terfikir, kalaulah aku yang bagi opinion ni tadi, adekah macam tu jugak reaksinya?

Hari ke-5, baru aku realized.
Cara aku silap.
Aku telampau nak reserved tak kena gaya.
Nak merendah diri tak kena tempat.
Yang akhirnya akan menyebabkan aku di-leftout dalam banyak perkara.
Bukan kerana takde kelayakkan untuk pergi jauh dengan dorang tapi aku sendiri yang hilangkan keyakinan dorang terhadap potential aku.
Bila aku kejap-kejap "Takpe...it's ok"... satu Dato ni cakap kat aku "Diana, simpan your sweet character tu for charity work, dalam bisnes kita tak boleh be nice all the time. Orang tak konfiden dengan you sebab you tak firm. No need to be nice to everyone".

Panggggg!!!
Rasa macam kena lempang.

Aku suka sangat berada dalam kelompok ni sebab secara tak lansung menukar cara kerja and pemikiran aku.
Tapi ntahlah.
Not sure if I am ready for this change.

Stress.

Gi Subang Parade kejap lah.