2015-03-17

Kalau Dah Jodoh - Ustaz Redza



Bagus betul korang yang follow blog ni.
Aku sendiri tak berapa nak ingat bila aku cerita pasal Pak Aji pernah mengajar kat SMSS.
Maybe dah lama kot, aku pun dah lupa.
Tak sangka reader ni gigih mencari majalah lama maka terjumpalah akan itu CIKGU SAHAK NAIM.

Mesti budak ni konfius, muka dah sama tapi check nama lain.
Nama Pak Aji asalnya memang Sahak bin Naim, bukan Ishak Naim.
Atas sebab apa aku pun tak sure, masa aku Form 2 bapak aku tukar ke nama Ishak.
Idok le pulak aku bertanya apa sebab. Sahak tu takde maksud apa-apa kot tu yang dia tukar tu.



Majalah tahun bila la ni aku pun tak sure sebab masa bapak aku jadik cikgu aku kecik sangat lagi.
Pak Aji dapat transfer ke Jabatan Pendidikan Selangor masa aku sekolah rendah, year berapa tak sure.
Yang aku tau Pak Aji dulu cikgu.
Pernah mengajar kat Sekolah Tun Fatimah (dia mengajar Tunku Puan Pahang Tunku Azizah dan Prof Muhaya yang kemudiannya Prof Muhaya kawen ngan sepupu Pak Aji. Dunia ni kecik rupanya), pastu Sekolah Menengah Sains Selangor, pastu Sekolah Menengah Seri Serdang, pastu bapak aku pernah ditukarkan untuk mengajar Sekolah Jalan San Peng. Bapak aku cakap sekolah Jalan San Peng ni budak dia ramai yang jahat-jahat, jenis yang cikgu mengajar kat depan dia boleh baling-baling roket kat belakang. Gila pailang.

Aku tak sure apa sekolah terakhir dia sebelum ditukarkan ke Jabatan Pendidikan Selangor.
Tak banyak yang aku ingat zaman Pak Aji jadi cikgu.
Yang aku ingat everytime skolah bukak, aku akan daftar diri sendiri kat kelas sebab bapak aku pun sama sibuk kena bertugas kat skolah dia.




Ni aku dapat dari En Wan.
Dia cakap dia pun buat iklan jugak kat FB.
Tapi harap korang jangan letakkan harapan la kat dia untuk pasangkan kipas korang ya.
Sebab sebijik kipas mengambil masa setengah hari untuk disiapkan.
Siap memang la siap tapi semak rumah aku dari pagi sampai ke malam dia kejekan.
Tobat larhum aku rela upah cina pasang walapun RM200 daripada sakit mata aku tengok rumah aku macam tongkang pecah sehari.

Tu kalau dia sorang yang buat keje.
Dibuatnya masa tu 'assistant' dia ada sekali, lagi haru ok.
Habis kotak dia usung ke sana sini, masuk dalam kotak, keluar kotak masuk dalam plastik pulak, susun polisterine pastu tendang.
Aku ni pakkal mak mertua aku ada sekali.
Kalau tak, memang kipas kat lantai, dua-dua orang ni yang aku gantung kat ceiling.



Sesekali mak ada kat rumah kan, buat roti telur bodoh camni pun dia kata sedap.
Semalam, aku cuti sebab tak berapa sihat.
Tapi akhirnya aku habiskan cuti aku tu dengan overhaul rumah.
En Wan balik dari opis tercengang "Sape alih almari Di?"
Cewah bertanya pulak. Ingat aku hembus je lemari tu boleh baralih sendiri? Aku la yang angkattttttt.
Tapi dengan bantuan Redza la.
Sampai Redza bengang ngan aku "Mama, this is not cleaning the house. This is just arranging".
Kau jangan nak bertazkirah omputih ngan aku ya.
Mana larat aku nak punggah lemari sofa meja makan segala.
Memang Redza je la harapan aku.

Masa tengah mengalih-alih barang teringat zaman aku besar-besar Redza ni aku selalu tolong arwah nenek alih kabinet dapur, alih almari baju, angkat pasu-pasu yang gabak-gabak tu alih ke tempat lain.
Terasa macam gila kuat tenaga aku padahal berat aku masa umur 11 tahun berapa sangat. Sedangkan berat aku tahun 2001 baru 41kg. Inikan berat time budak. Tapi kuat jugak kederat aku nak alih-alihkan kabinet semua. Macam ada saka lak aku ni.

Dan pagi semalam terasa anak aku ni makin dewasa pulak bila dia 'membincangkan' topik role lelaki and wanita dalam rumahtangga.
Aku speechless (baca sendiri printscreen).
Ni bukan apa ni, dia selalu layan aku tengok Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim, sebab tu dia biasa dengar perkataan "suami mencari rezeki untuk keluarga". Padahal dia tau sebut je bukan tau maksudnya pun. Biasa la budak-budak.

Sape taknak oiii duduk rumah sesaje.
Aku pun nak sangat.

Tapi En Wan tak kasik aku benti.
Sebab kalau aku duduk rumah, memang hari-hari la keje aku memunggah mengalih barang. Lama-lama tercabut engsel-engsel lemari aku kejekan, kejap usung ke sana, kejap usung ke sini.
Lagipun keje aku now dah quite flexible, nak benti buat apa kan. Selagi boleh bekeje, bekeje je lah.

Now pun kebanyakkan yang stay at home mother pun dah slowly bertukar ke working at home mother, walaupun jual kain ela kat jiran sebelah-menyebelah, namanya tetap keje sebab nak carik duit lebih.
Tak mudah sebenarnya seorang isteri nak buat keputusan benti keje macam tu je tanpa preparation yang sewajarnya.
Nak lagi pulak kalau isteri tu di zaman bekerjanya lagi dia dah biasa sediakan keperluan mak bapak, adik-beradik, and saudara-mara yang memerlukan.
Taknak cerita la pasal RM yang turun gila bahabs skarang ni.
Gila sakit aku bayar invoice.

Aku ada attend satu motivational talk.
Speaker tu cakap, bila berkahwin, makbapak mertua dah jadi makbapak pertama untuk isteri.
Second baru jatuh makbapak sendiri.
Tapi untuk suami pulak, makbapak isteri dah jadi  sama level dengan mak bapak sendiri.
Kalau suami selama ni bagi duit RM500/bulan kat mak dia, bila dah kawen secara lojiknya amount yang sama dia perlu bagi pada mak isteri dia.
Itu kalau suami mampu.
Abis kalau dia tak mampu nak bagi sama banyak camne?
Nak cakap kat mak dia "Mak, mulai saat ni saya bagi mak RM250 je, sebab saya kena share amount tu dengan mak mertua saya".
Kalau sanggup cakap, silakan.
Pulak tu kalau si isteri dah biasa bagi mak bapak dia RM1000/bulan.
Bila dia dah berenti keje, takkan nak paksa laki bagi jugak RM1000 kat makbapak kita.
Kalau mampu takpe, kalau tak mampu tapi kita paksa-paksa jugak, lama-lama laki kau mampus.
Walaupun mak bapak konfem takkan mintak, tapi bila kita dah biasa beri, otomatik kita sendiri yang akan rasa bersalah kalau tak bagi.

Aku pernah gak cakap ngan En Wan, kalau katalah dia nak aku benti keje, aku nak sebulan dia bagi aku sekian-sekian amount. Bukan untuk aku, tapi untuk kelansungan apa yang selama ni aku dah mulakan.

Like bagi parents duit bulan.
Savings ASB and Tabung Haji.
Donations.
Fun funds.

Benda-benda ni semua aku dah ada exact amount.
Tak boleh kurang, lebih takpe.
So kalau boleh teruskan apa yang aku dah biasa buat ni, alhamdulillah.

Dan selepas itu topik ni tak dibincangkan lagi. Hahahahah.



Ok ni pasal Ephyra.
Website www.fleurbymrshim.com crash pagi ni.
Aku tak tau apesal. Tengah fixkan, insyallah esok ok.
So kalau sesape nak order Ephyra, email aku directly aveo757[at]yahoo[dot]com.

Gambar di atas tu adelah loose pack Ephyra untuk 200 orang yang email aku untuk join LET'S-PLAY-GAME-game..
Hanya yang email saje yang tau apekah 'permainannya'.
So, kepada yang dah commit for this month punya purchase, please wait for next month punya 2nd instructions ok?