2015-02-22

Magisnya persekitaran


Ada orang cakap beraninya aku pergi umrah awal-awal. 
Aku cakap pergi awal lah bagus sebab Mekah sebenarnya bukan untuk orang tua-tua tapi orang muda sebab tenaga yang diperlukan kat sana bukan calang-calang tenaga. Mana dengan tawafnya, dengan saie-nya, dengan berjalan jauh ulang-alik ke Haram (kalau dapat hotel jauh), tu belum lagi ibadah Haji. Lagi memerlukan tenaga yang banyak. 
Istilah 'pegi Mekah bila dah tua' sebenarnya salah. 
Masa muda badan tengah kuatlah kita buat ibadat umrah/haji. 
Tapi kita kena akur juga dengan jemputan Allah.
Kalau jemputan belum sampai, maka tak dapat juga kita ke sana.
Cuma, jangan beranggapan nak ke Mekah kena tunggu dah tua. 

Aku faham apa sebenarnya yang orang tu maksudkan bila dia tanya aku tak risau ke pegi umrah muda-muda. 
Sebab kalau pegi waktu muda, nanti balik dah susah nak buat keje jahat katanya.
Bukan jahat apa, maklumlah kalau dah pegi Mekah tu orang selalunya akan expect bila kita balik nanti kita lebih baik dari sebelum kita pergi. 
Betul, sepatutnya macam tu lah. 
Tapi, kebanyakan orang selalu rasa bila seseorang tu dah balik dari Mekah, dia patutnya jadi maksum terus.
Kalau macam tu la kekdahnya, betapa beruntungnya la yang belum sampai ke Mekah sebab buat salah pun orang tak berapa nak mengata, "Aku jahil lagi, belum dijemput ke Mekah. Takpelah kalau buat salah pun". 
Benda-benda macam ni la yang buatkan some people hatinya berbelah bagi nak ke Mekah. 

Ada yang takut nak pegi sekarang sebab kalau balik Malaysia nanti belum bersedia nak pakai tudung.
Apa pulak orang kata, Mekah dah sampai tapi kepala tak tutup-tutup jugak.

Nasihat aku, jangan peduli apa orang kata tentang bagaimana kita selepas balik dari Mekah nanti.
Itu urusan Allah. Kita dulukan urusan DIA, DIA akan uruskan yang lain-lain untuk kita.
Takyah nak pikir sangat apa orang bakal kata sebab kita pun tak tau kita sempat balik ke tanahair ke tak. 
Entah-entah mati kat sana. 
Tak sempat pun nak dengar orang mengata. 
Jadi, yang hatinya tergerak nak pergi ke sana, pergilah! Jangan berdolak-dalik. Kalau Tuhan dah hadirkan keinginan nak kesana, tu maknanya DIA menjemput la tu. Ada pelajaran yang DIA nak sampaikan kat kita di sana nanti.

Tapi, nak berubah jadi baik, tak payah tunggu ke Mekah dik. 
Sekarang pun boleh. 
Cuma di Mekah proses kita nak mengubah diri menjadi lebih baik tu lebih mudah kerana keajaiban persekitarannya. 
Salah satu faktornya adalah suasana sekeliling kita.
Di sana, semua orang bertudung. 
Hampir 99% wanitanya berjubah. 
1% je yang pakai seluar (Turki kebanyakkannya). 
Bila kita berada di kelompok orang yang begini, mustahil kita nak pakai seksi kan?
Jangan kata nak pakai seksi, tak pakai stokin keluar bilik pun rasa bersalah ya amat!
Sama la jugak situasinya kalau kita pi kelab malam. Payah nak jumpa wanita berpurdah kat dalam tu. 

Sebab tu orang kata di Mekah kita mudah sangat jadi baik, susah nak marah, hati pun sentiasa tenang. 
Salah satu sebabnya adalah faktor Tanah Haram itu sendiri. 
Itu kan rumah Allah. 
Yang di sana tu semua tetamuNya. 
Pasti DIA hadirkan keajaiban dalam hati tetamuNya untuk sentiasa rasa tenang dan bersangka baik. 

Tapi faktor lain juga adalah kerana di sana kita dikelilingi dengan perkara-perkara yang positif. 
Semua orang menutup aurat. 
Alunan bacaan Quran tak kira masa. 
Orang bersolat 24 jam.
Kalau bersedekah ni dah macam makan nasi. Kiri kanan orang bersedekah walaupun sebijik kurma. 
Aura positif terlampau banyak! 
Dalam agama islam pun kita percaya yang malaikat akan hadir di setiap majlis zikir dan majlis ilmu membawa rahmat Allah.
Apetah lagi di Baitullah! 
Para malaikat datang membawa barakah dalam bentuk rahmat dan maghfirah Tuhan. 
Itulah faktor energy luar biasa yang ada di sana. 

Sebab tu pakar motivasi cakap kalau bercampur dengan orang positif, maka kita pun jadi positif.
Bila bercampur dengan orang negatif, lama-lama kita pun jadi negatif.

Di Mekah, aura positif memang kuat. 
Setakat nak tahajud 12 rakaat tu sap sap soi. Tido sejam je pastu mata terbukak sendiri punya la semangat nak tahajud.
Lepas 3 bulan balik dari Mekah, kena letupkan mercun Cina sepapan baru terjaga.
Tu pun kadang-kadang terbabas. 
Aku la tu. Bukan orang lain. 

Faktor persekitaran memang mainkan peranan kerana manusia secara semulajadi akan menyesuaikan diri dengan persekitarannya. 
Kalau kau duduk dengan orang yang tengah bergosip, mula-mula kau dengar je, lama-lama kau join sekaki. 
Kadang-kadang kita kata "Takpelah aku dengar je. Aku tak campur pun". 
Itu kata kita. 
Tapi kita lupa kita ada hati. 
Hati dalam bahasa Arab adalah Qolbu yang maknanya 'bertukar-tukar'. 
Hati kita bukannya kuat mana pun, sifatnya berbolak-balik. 
Dan ia berupaya untuk serap apa juga input tak kira positif atau negatif tanpa kita sedari. 
Sebab tu kita ada mood swing. 
Pagi ok, tengahari kang sentap, petang merempan pulak. 
Kerana itu, penting untuk kita pilih persekitaran yang baik supaya hati kita sentiasa terlindung dari pencemaran. 

Contoh lain, kalau di rumah, selalunya kita tak berapa nak rajin solat sunat sebelum fardu.
Tapi kalau kita ke masjid, bila orang lain start solat sunat, kita pun sama solat sunat. 
Asalnya kita taknak buat sebab kita tak berapa rajin pun buat kat rumah. 
Tapi disebabkan energy dari persekitaran tu akhirnya membuatkan kita pun solat sunat sama. 

Ini lah manusia. 
Manusia fitrahnya memang membuat keputusan berdasarkan nilai tertentu dan ia dibentuk oleh pemerhatiannya terhadap contoh dari luar. 
Sebab tu ramai parents percaya kalau anak-anak dapat bersekolah di sekolah berasrama penuh, insyallah keputusan peperiksaan lebih cemerlang dari bersekolah di sekolah biasa. 
Kerana persekitaran sekolah berasrama tu sebenarnya yang mempengaruhi. 
Tak pun cuba tengok sebuah keluarga yang abangnya success dalam pelajaran.
Insyallah, adik-adiknya pun ikut success.
Sebab persekitaran mempengaruhi. Kebiasaannya macam tu lah. 

Jangan salah faham. 
Bukan bermaksud kita kena putuskan silaturahim dengan kawan-kawan kita sekarang (sekiranya kawan-kawan sekarang banyak sebarkan aura negatif). 
Jangan putuskan silaturahim. Kawan tetap kawan. Borak macam biasa. 
Kita tetap perlukan satu sama lain sebagai check and balance. 
Memutuskan silaturahim boleh menyekat rezeki. 
Cuma kita perlu buat pilihan yang boleh mendatangkan faedah pada kita. 
Contohnya, kalau kita berbisnes, cuba bincang hal bisnes pada orang yang sama-sama berbisnes. Jangan bercerita pasal bisnes pada orang yang tak minat berbisnes. 
Selalunya orang macam ni takkan bagi pandangan yang positif. 
"Alah, makan gaji pun boleh kaya jugak". 
Terus down dengar.
Tapi kadang-kadang member yang sama-sama berbisnes pun takleh pakai gak. 
"Kau kena suap sikit baru la dapat projek tu". 
Ni pun hampeh jugak. 
Pandai-pandai la pilih ya. 
Pilih member yang positif. 

Kalau kita rasa energy kita tak kuat, maka kita perlu berusaha berada dalam kelompok yang menyebarkan aura positif supaya energy dalaman kita juga positif.
Energy yang baik takkan datang kalau kita tak cari. Kena usaha cari sebab persekitaran mampu mencorakkan dalaman.
Apa yang masuk di kepala, itu lah yang akan keluar membentuk personaliti diri. 


{Diana@mobile}