2014-07-27

Selamat Hari Raya





Kau nampak tu, hayunan langkah seorang model?
Hari-hari keje dia ini la. Seluar sendiri tak nak pakai. Seluar orang dia rembat. Tapi tetap tak pakai kat kaki, pakainya kat kepala. Ntah hape la perasaan dia berangan dengan seluar mak. Kalau nak ikutkan lasak, memang macam panglima. Tapi bila dapat geledah lemari mak, terus transform jadi Heidi Klum.

So, korang semua dah ada kat kampung ke?
Aku still kat rumah lagi ni, tengah sibuk buat tempeyek untu entah keberapa round. Asal buat abis. Asal buat abis. Cepat lah sikit raya ni hendaknya. Dah tak larat aku asik nak buat tempeyek. Selagi belum raya selagi tu kena buat tempeyek. Maybe tengahari nanti baru aku balik kampung. Harap-harap tak jem la. Kah Kah Kah. Riak betul statement. Cam sial.

Kesian betul aku tengok kat newsfeed, rata-rata semua stuck kat jem.
Kalau dari tol Gombak lagi dah jem, aku boleh bayangkanlah betapa hazabnya nak menyampaikan ke Terengganu tu. Setakat ni aku belum pernah stuck kat jem kalau balik raya kat Tganu. Sekali je kitorang penah stuck kat jem, terus tobat nasuha taknak balik lambat. Kalau raya jatuh hari Senin, Rabu malam aku dah balik. Sanggup En Wan cuti awal 2 hari semata-mata nak elak jem. Sebelum ada anak dulu, kitorang penah balik Tganu time cuti merdeka. Gila kau dari Batu Caves dah jem. Dulu mana ada Duke lagi, memang tu je la pun laluan kalau nak ke Gombak. Dari Batu Caves santak sampai ke Karak jem dia. Lembik bijik aku duduk dalam kereta. Padahal cuti merdeka je, still jem. Kalau cuti raya mau sampai KT dia punya jem. Serik..serik.

Kawan En Wan whatsapp, dari KL ke KB, 20 jam.
Aku tak tau la nak gelak ke nak nangis. Tapi kalau aku ada dalam kereta tu konfem aku dah bersumpah 5 tahun tak balik raya. Konfem! And aku boleh bayangkan sepanjang-panjang dalam kereta tu aku akan bertekak dengan En Wan, menyalahkan dia kampung jauh sangat. Tu pasal everytime balik Tganu En Wan pecut kaw-kaw, kadang-kadang 5 jam je dah sampai depan rumah mak sebab dia tak tahan dengan aku bingit kat dalam tu. Jadi kalau kau taknak dengar aku bingit, bawak keta bior cepat sikit ya. Bila semalam En Wan cakap kawan dia stuck sana-sini dalam jem, dia cakap "Ni kalau awak ni dah lama nangis dalam kereta".
Ha, tau pun. Kalau sampai berbelas jam sape tak nangis weh.
En Wan cakap stuck dalam jem la best. Baru la feel balik raya.
Ye la, memang la feel sebab bukan ko yang stuck dalam jem 20 jam. Ce yang stuck dalam jem semalam tu dia sendiri, baru tau feel ke fail.

Tapi tak tau la nape, tahun ni aku rasa macam best pulak raya sebab tahun ni mak mertua pun ada sekali raya ngan kitorang kat sini. Mak sendiri ada dekat je kat Bangi. Takde apa nak risau rasanya. Semua dekat-dekat sini je. And yang paling best sekali, aku masih boleh tido atas katil sendiri, bilik sendiri, takyah tunggu turn nak mandi, takyah berebut channel TV. Ni barulah namanya sorga!

Semalam, orang lain semua dah start balik kampung, kitorang anak beranak terkangkang depan TV kunyah mamee ngan kuih gunting sambil tengok Braveheart. Gila rare. Tak penah-penah orang sibuk nak balik raya kau sibuk nak layan Braveheart. Tetiba En Wan "Apa nak jadi kita ni Di, beg baju tak kemas lagi ni". La haiii, kesian laki aku. Okla, layankan pack baju jugak. Pack baju untuk mandi petang kang kat rumah Mak Aji je, sebab kitorang stay sana sampai malam kang. Pastu dalam kul 11 malam ke balik semula ke rumah. Esok pagi lepas solat raya insyallah baru balik Bangi semula, salam-salam raya pulak.



Baiklah, dikesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kat semua readers and sesape saje yang terjebak masuk baca entry ni. Terima kasih sebab follow this blog, aku minta maaf kalau ada penulisan dan kata-kata yang mengguris perasaan samada secara sengaja mahupun di luar sedar. Semoga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.

Wishing you a very happy, selamat, prosperous, great meaningful Hari Raya Aidilfitri.
Have a safe journey.