2014-06-26

Judge


Aku baru baca pasal orang kecoh-kecoh cakap Wardina bash government pasal case OKU, tu pun sebab ada reader yang mintak aku baca status Wardina. Point Wardina pasal JKM tu aku taknak ulas banyak, sebab selalunya kalau kes dah kecoh-kecoh macam ni, jap lagi mesti JKM keluarkan statement jugak. Kita dengar pulak apa JKM nak kata.

Secara peribadi, apa yang Wardina tulis tu aku faham apa yang dia maksudkan.
Cuma mungkin masa dia up status tu dia dalam keadaan yang marah and sedih dengan kes budak OKU Nilai tu. Jadi penggunaan kata-kata dia kelihatan arrogant sikit. Biasa la, orang tengah beremosi. Tapi, aku faham apa sebenarnya yang dia nak sampaikan. Dia buat perbandingan untuk tunjuk betapa dia puas hati cara Australia gov handle kes-kes OKU. Dia sebenarnya nak maksudkan yang JKM boleh diperbaiki tapi cara dia sampaikan maksud tu menyebabkan some anggap dia lupa daratan. At the same time aku baca gak reply dari someone yang sangkal dakwaan Wardina yang kononnya kerajaan Australia tanggung gaji parents, and segala tok nenek expenses. So aku tak tau la mana satu yang betul. Tapi kalau tanya aku, aku rasa aku paham apa sebenarnya yang Wardina nak sampaikan.

Objektif dia cuma nak the authorities buat check and balance dengan pengurusan. Tu je.
Tinggal lagi dia tak sedar cara perbandingan tu dibuat menmpakkan seolah-olah JKM tak buat keje lansung. Takpela, dia tengah sedih kot time tu.

Tapi sebenarnya hari-hari pun benda ni berlaku tanpa kita sedar. Kadang-kadang kita tak perasan kita pun penah buat gak. Kalau tak, takde la pepatah "the grass is always greener on the other side".

Kalau kita dapat keje baru, tak banyak sikit kita akan bandingkan dengan opis lama.
Dan selalunya opis baru lebih best dari yang lama. Kalau tak best, takkan kau accept the offer kan.
Akan ada komen-komen like "Kat company baru ni bonus 6 bulan, opis lama hampeh, takat sebulan je tu pun bayar empat kali".

Naik MRT kat Japan, "Best gila MRT dorang, sharp on time! Tak penah delay! Kat Malaysia kalau tak delay maknanya ada something wrong" - ok ni aku yang cakap. Kah Kah Kah.

Tak biasa dengar?
Biasa dah kot kan.
Benda ni jadi sebab kita compare dengan something yang lebih bagus dari sebelumnya.
Penah tak ko compare laki kau dengan exbf?
Suami/isteri korang dengan ex-es mana lagi best? Ex lagi best ke?

Cuba compare imegresen Madinah and Mekah dengan Malaysia.
Jom gi Ho Chi Minh, compare pengurusan trafik dia ngan kita.
Jom gi India, compare tahap kebersihan dengan kita.
Jom gi China, compare toilet dorang ngan kita.
Jom gi Bangkok. Cuba gi Cambodia.
Mesti kita nampak Malaysia jauh lebih baik.

Nak buat perbandingan boleh. Bukan tak boleh.
Tapi jangan sampai tak nampak satu pun kebaikan. 

Tapi aku lebih tertarik nak cakap pasal pengkomen-pengkomen kat status Wardina tu.
Ada sorang tu cakap "orang yang baru berhijrah ni selalunya macam ni la. Lebih-lebih berdakwah padahal ilmu tak seberapa. Time dia pakai skirt pendek dulu...bla bla bla".

Apehal nak kaitkan dia dulu dengan yang sekarang eh?
Bukan saja Wardina, tapi kebanyakkan orang yang baru berhijrah ni, orang mesti akan kaitkan dengan masa silam dia. Time orang tu macam dajal, kau kutuk. Bila dia dah berubah, tetap kau kutuk siap korek balik history dia. What's your point?

Dia nak berdakwah biar.
Kalau kita rasa kita lebih berilmu dari dia and dakwah dia ada yang salah, kita tegur.
Yang nak pi korek segala gamba, ungkit segala cerita dia zaman tok kaduk dulu dah kenapa.
Time orang tu tak bertudung kau perli.
Ni dah bertudung kau pi ingatkan balik zaman dia pakai skirt singkat.
Why??
Why mesti nak kena ingatkan semuaorang sape dia yang dulu?

Ni ada satu cerita aku baca kat buku. Tapi cerita ni bukan cerita betul la. Cuma dia reka untuk jadikan iktibar.

Ada sorang driver bas ni bawak bas laju gila sampai semua penumpang senyap sepi ketakutan.
Ada 40 penumpang termasuk seorang guru agama kat dalam tu.
Sekali bas terbabas masuk gaung. Semua mati.
Satu masa bila dibangkitkan dari kubur, dan dihisab amalan, ternyata guru agama masuk neraka dan driver bas masuk syurga. Guru agama ni tanya kenapa driver bas boleh masuk syurga sedangkan dia penyebab 40 orang mati. Sedangkan dia (guru agama) selalu ajar agama, bagi ceramah, nasihat.

Kemudian dia dapat jawapan "Memang kamu selalu memberi ceramah, tapi orang yang mendengar ceramahmu selalu tidur. Mereka yang mendengar ceramah tu pulak tak terus teringat pada Tuhan. Sedangkan pemandu bas ni, setiap kali dia memandu, penumpangnya akan menjadi takut sehingga mereka berdoa dan mengingati Tuhan"

Agak klaka jugak la cerita ni, tapi buatkan aku teringat betapa banyaknya pahala pilot kapal terbang sebab dia berjaya buatkan aku berdoa berzikir sepanjang aku kat atas tu.

Cerita tu ada pengajarannya, betapa sebenarnya tak semestinya orang alim saja yang boleh mengingatkan kita pada Tuhan. Sebab hidayah tu milik Dia and Dia akan sampaikan hidayah tu dengan berbagai cara dan tak terhad kepada alim ulama' je. Ada penceramah agama yang gagal menyedarkan orang dan gagal menjadikan mereka ingat kat Tuhan. Nak suruh orang dengar cakap (dakwah) kita ni bukannya senang dan penceramah tu pun tak boleh nak disalahkan. Dah orang taknak dengar nak buat macamana kan. Tapi setidak-tidaknya dia dah berceramah, dia dah berusaha. Kita memang takde kuasa nak tundukkan hati manusia. Para Nabi pun tak dapat buatkan semua orang dengar dan ikut nasihatnya. Siap kena fitnah lagi. Ada yang kena bunuh.

True.
'Orang-orang baru' macam Wardina, macam aku ni, tak boleh berlebih-lebih kalau nak berdakwah. Nak-nak lagi kalau sentuh bab hukum hakam. Melainkan kita benar-benar tau and ada sumber sahih. Tapi tak bagus la kalau melabelkan orang yang baru berhijrah ni sebagai "memandai-mandai and ekstrem".
Hanya kerana their history tak as clean as yours, tak bermakna you can judge them.

Kita tunggu judgement day sudah la.