2014-01-16

Prasangka



Ni la kenapa aku malas nak join melepak kat luar mahupun di alam maya, apetah lagi join grup-grup perbincangan aka forum (lah sangatttttt).
Objektif asal tu nanti ujung-ujung jadi lain.
Last-last masing-masing bukan berbincang pun, tapi berdebat.
Tak dapat apa pun, dapat sakit ati je sudahnya.

Rasanya, isu-isu macam ni dah selalu sangat aku tengok orang dok up kat status.
Isu maid, isu wanita bekerja, isu menyusu anak, isu bersalin normal....
Aku memang bangsa malas nak ambik port benda-benda macam ni.
Kau taknak keje? Sukati.
Kau nak bersalin normal taknak ambik epidural? Silakan.
Nak keje sungguh-sungguh biar simpanan ada 3 juta? Go ahead.
Nak beranak ramai?
Nak beranak sikit?
Taknak beranak?
Bukan masalah aku kot.

Sometimes, aku bersyukur sebab aku tak tau banyak benda daripada nak ambik tau semua benda.
Biar la orang kata aku ignorant ke, blur ke, bangang ke.
Sebab kebanyakkan orang sekarang bangga kalau dia tau semua benda.
Tapi bila tau semua benda, dia jadi judgemental. Sebab dia rasa dia lebih tau segalanya.

Aku pun tak paham apa yang nak jadi big deal sangat kalau makan masakan maid?
Boleh jadi bangang ke?
Takut maid ludah?
Takut maid jampi?
Orang Indonesia, orang Filipina, Orang Cambodia je ke yang tau menjampi?
Abis orang Malaysia ni tak reti menjampi-jampi? Helooooo.

Bibik Lenny adelah bibik aku yang kelima. Antara 5, cuma sorang je yang paling bangsat setakat ni.
Yang lain alhamdulillah, berjaya menamatkan tempoh bekerja 2 tahun tanpa masalah besar pada aku and family. Masalah sikit-sikit tu adelah, like suka melayan pak guard bersembang, suka bersms, kejap-kejap nak pi kedai...tapi as long as kau buat keje kau, jangan sampai ada benda-benda lain jadi, I'm ok.
Tak semua maid tu cilaka.
And tak semua majikan tu mulia.
Manusia ni kalau nak jadi jahat, tak payah tunggu jadi orang Bangladesh, orang Nepal, orang Nigeria.
Manusia jahat ada dimana-mana.
Takyah ada skill nak pecahkan rumah orang pun.
Jadi keybod warrior pun dah cukup.
Takde komputer kat rumah?
Takpe, kita join mesyuarat tingkap pun boleh.
Dah jadi paling jahat dah tu.
Makan daging sedara sendiri kan. Takkan tak cukup jahat kot.

Semua bibik aku, aku ajar dorang masak.
Sebab aku travel a lot.
Time aku outstation, takkan laki aku and anak-anak nak makan luar manjang?
Dah aku tak mampu nak jaga makan dorang waktu tu, aku amanahkan lah orang lain masakkan.
Sometimes kita takleh selfish.

Aku tak paham ada orang yang rasa jijik dengan manusia yang basuh berak kencing anak dia.
Masakan maid jijik.
Bibik tu basuhkan baju, gosokkan baju, kemaskan bilik kau, tak rasa jijik pulak ya.
Pelik sangat tu.



Aku ambik bibik untuk bantu keje-keje rumah. Sebab aku bekerja. Aku takkan menang tangan nak buat semua benda. Tapi tak bermakna aku lepas tangan terus dengan keje-keje di rumah.
Kalau sesape pilih untuk jadi surirumah, silakan. Kau ada pilihan kau, aku ada pilihan aku.
Masing-masing dah pun pilih nak jadi apa.
Kenapa mesti nak kondem pilihan orang lain?
Apa yang membuatkan kita rasa pilihan kita terbaik?
Sebab kita boleh jaga makan minum pakai suami and anak-anak, kita rasa kita solehah mithali dan menjalankan amanah Allah dengan baik?
So, macamana pulak dengan isteri yang memilih untuk bekerja sebab nak bantu and kongsi perbelanjaan rumah dengan suami?
Macamana pulak dengan isteri yang keje untuk pegang duit sendiri supaya tak perlu membebankan suami dengan permintaan yang bukan-bukan?
Memanglah memberi nafkah dan menjaga keperluan asas keluarga tanggungjawab suami.
Tapi kalau isteri bantu, Allah dah janjikan pahala yang besar buat dia.

Kita surirumah ke, kita wanita bekerjaya ke, KITA SAMA-SAMA HEBAT.
Sebab kita sama-sama berjaya jalankan objektif asal kita.
Objektif kau jadi surirumah sebab kau nak jaga anak and tengok anak membesar depan mata.
Rumah kau terurus, kau dapat penuhi permintaan keluarga kau nak makan apa everyday.
Yang pilih untuk bekerja pun berjaya capai objektif dia untuk ringankan beban suami. Ujung bulan dapat tolong suami bayarkan bil.
Dah la kan.
Sama-sama dah berjaya capai objektif. Ko nak compare apa lagi.

Oh taknak kalahhhhhhhhhhhhhh.
Tak dapat beat dari segi income diri sendiri, kita beat pulak bab laki.
"Laki kau tu takde tanggungjawab. Patutnya makan pakai bini semua dia kena sediakan. Apa pulak nak suruh bini bantu? Tengok cam laki aku, siap boleh belikan aku kereta lagi"

Sebab tu aku cakap, ujung-ujung "perbincangan" tu akan jadi lain.

Dia senang cakap gini lah.
Kalau paham apa objektif asal kita buat sesuatu, kita takkan ada masa untuk kaji objektif orang lain.
Jangan ingat bila kita dapat sempurnakan tanggungjawab makan pakai anak-anak suami, kita dah berjaya. Masa kita panjang lagi. Kalau umur kita sampai 70, ada berpuluh tahun lagi kita nak jalani hidup kita. Kita belum tau apa nak jadik tengah jalan. Jangan dongak langit sangat.

Kita yang bekerja ni pun jangan dok perli-perli sangatlah isteri-isteri yang tak bekerja.
Belum tentu lagi minggu depan badan kita larat nak pegi opis.

Jangan tak tau.
Pernah ada kes, sorang manusia ni sangattttt suka hentam orang yang ada maid.
Bangga bila dia bekerja dan tak memerlukan maid.
Tapi, everytime nak tengok movie, everytime ada company dinner, everytime nak pi wedding, letak anak kat rumah kakak. Maid kakak tengok-tengokkan.
So apa beza dia?



Masa aku cerita aku susukan Rayyan cuma 2 bulan, apa ajelah yang aku tak kena hentam.
Tapi seb baik aku ni bangsa sukati ko la ko nak cakap apa pun. Anak aku ngan anak ko tak sama.
Kau nak bagi anak ko susu badan sampai sampai doblas tahun pun sukati ko la. Yang kena sedut tetek kau, bukan tetek aku. Apa ade hal?
En Wan tu tak minum susu dari kecik sampai besar.
Kecik-kecik minum sirap.
Sampai ke tua ni dia takleh terima minuman bersusu.
Adekah dia tak membesar?
Adekah dia tak bijak?
Adekah dia membesar menjadi beruk?
Alhamdulillah, dia elok je jadi macam kita semua yang minum susu dari kecik sampai ke tua.

Bila bercakap pasal isu bersalin di rumah, kita pandai sebut "Dokter bukan Tuhan. Yakin pada kuasa Allah"
Bila bercakap pasal isu vaksin, kita sebut "Ubat bukan penyembuh. Yang sembuhkan cuma Allah"
Tapi bila sampai bab menyusukan anak, lancang je mulut kita cakap "Mak yang tak menyusu anak adelah mak yang mengelat. Tak cukup berusaha untuk banyakkan susu badan"
Tak pulak kita penah terfikir yang rezeki susu badan tu pun dari Allah kan?


 

Jangan main tudoh-tudohhhhhh *gaya Jef Ali Setan pelis*

Mak mana yang taknak bagi yang the best kat anak?
Mak mana yang tak sedih susu badan sikit?
Aku ni kalau boleh dengan bapak-bapaknya sekali aku nak tetekkan.
Tapi rezeki susu badan aku takat 2 bulan je.
Abis ko ingat susu formula tu dibuat sesaje tanpa tujuan ke?
Tujuannya untuk orang-orang macam aku ni la. Yang bangsa susu badan tak banyak turun-temurun.



KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS