2013-09-24

Wedding : Hasif & Faeza


Blog telah dipaksa-rehatkan selama 3-4 hari bagi membagi laluan tuan tanah membusykan diri di wedding cousin. Sabtu lepas, cousin aku kawen. Aku groom's family. Semangat gila ni, aku rasa aku bangun lagi awal dari pengantin. Lama nau rasanya family kitorang tak buat wedding. Wedding akhir rasanya wedding cousin aku belah Pak Aji. Pastu takde dah. Nak harap wedding Ibal tu rasanya lambat lagi kot. Sempat la 3-4 orang lagi cousin aku kawen agaknya.

Jumaat malam tu lagi aku dah keluarkan 3-4 baju pening pikir ni nak pakai mana satu, Macamkan aku yang titik tumpuan kan yang beria-ia sangat pening tak tau nak pakai baju apa. Tapi macam biasa la, kalau aku dah sampai ke level "pening", selalunya esoknya tu aku akan pakai baju yang takde lansung dalam senarai.

Aku pilih jubah.

Senang.
Berangin luar dalam.
Tak renyuk.
Longgar.
Boleh makan banyak-banyak.

Ni konsep baju untuk attend nikah Sabtu lepas.

Cousin aku kawen dengan schoolmate dia sendiri, so masing-masing duduk Ampang.
Reception pun sekali harung.
Jimatkan masa.
Bagus.
Senang sikit keje aku takyah pikir nak pakai sampai 3 baju.



Jubah hitam yang aku beli kat Madinah.
Jubah ni sesuai la kot pakai pi wedding.
Walaupun dia kaler black, tapi dia ada bunga-bunga colorful kat tepi so takde la nampak macam nak gi funeral kekdahnya kan.

Pagi Sabtu, aku yang sampai dulu kat Masjid Ubudiah, Ampang.
Tapi dalam 15 minits, cousin aku semua sampai.
Seb baik dorang cepat.
Kalau dorang lama sikit je lagi, konfem penuh memori henfon dengan gamba camhoring aku.


Tukang bawak hantaran and door gifts.
Kemain ayu lagi yang bawak bakul belah kanan tu.
Lentok.

Dari kiri : Ms Available, Ms Available, Ms Available, Bini Orang, Mr Not Available, Mr Laki Kepada Bini Orang Tadi.


Aku melenggang, tak bawak hantaran apa-apa pun.
Bawak perut ngan tetek je.
Tu pun dah berat.




Aku sangat teruja tengok kasut si Ros ni.
Boleh rilekkk je dia catwalk macam takde apa je.
Kalau aku pakai tinggi gini besar harapan 3 tapak je la.
Masuk tapak ke-ompek aku dah terkangkang atas jalan.

Cousin-cousin aku yang anak-anak dara lagi 3 orang tu pun kemain suka lagi kasut tinggi-tinggi macam ni.
Maybe dorang masih slim so daya imbangan masih terkawal.
Macam ahkak ni payah la sikit.
Nak pulak menjak perut ngan tetek dah sama tinggi ni kan, payah nau nak menyeimbangkan badan.
Pakai selipar Comfit je la sudeyyyy.


Hantaran both sides


Hantaran dari pihak laki :


Red velvet cuppies with macarons


Wang hantaran


Mas kawen and bracelet untuk batalkan wudu'


Tepak sirih.
Senang kan?
Takyah gubah.
Bawak tepak je terus.


Ni style anak-anak skarang ye.
Henfon tau. 
Tak 'in' tau takde henfon dalam hantaran.
Aku rasa lagi 2 tahun mesti trend orang bagi hantaran laptop, printer, scanner...


Hantaran dari pihak perempuan :

Sirih junjung


Seb baik time balik dari masjid kek ni tak masuk dalam keta aku.
Kalau tak, mesti keluar dari kereta dia dah jadi half.


Untuk batalkan wudu' jugak


Baru nak belikan En Wan yang ni.
Tak jadiklah...beli lain pasni.
Motif taknak sama??


Ni kamera kan?


Teringin nak ada jam Tissot.
Tapi aku tak pakai jam.


  The cousins and beloved uncle

Ni aktiviti sementara nak tunggu kadi and pengantin settle sign-sign apa ntah.
So kitorang malas la nak duduk dekat-dekat kan, bukan aku paham pun.
Jadi kitorang menyenggangkan diri kat tepi sambil snap gamba macam takde hari besok.
Penat aku sengih satu hari tu.
Macam aku pulak pengantin semua nak begambo ngan aku. Lalalalalala.....


  Kenapakah Mak Aji begitu melentok kat sebelah aku?


Complete 6 beradik Mak Aji seibu-sebapa.

From left : Yang bongsu, yang nombor tiga, yang nombor dua, Mak Aji yang sulong, yang nombor empat, and yang nombor lima (mak pengantin).

3 duduk Malaysia, 3 duduk Singapore.
Adik-beradik Mak Aji yang dengan first father semua duduk Singapore.
Yang baju merah belakang Mak Aji adelah cousin aku.
Lelaki kat depan adelah Daddy aku (uncle), married to aunty yang kedua.

Yang tengah jubah hitam tu perlukah diperkenalkan lagi?




Ni hasil snap dari kamera En Wan.
Laki aku bagus.
Dia tau role dia sebagai kameraman aku.
Bukan kameraman pengantin ya, tapi kameraman aku.
Aku perlukan kameraman juga untuk buat liputan.

Kitorang semua tengah memekak kat dalam tak sedar keluarga pengantin perempuan semua dah sampai. Bila dorang masuk barulah tetiba masing-masing jadi sopan sikit.
Cover line...

Alhamdulillah, nikah berlansung dengan cepat.
On the same day dala, masjid yang sama, serentak ada 2 nikah.
Tapi kitorang habis awal walaupun group yang lagi satu tu start awal.
Yang paling penting, group sana tu pun ramai jugak tapi tak memekak macam group kitorang okeh.
Bila aku cakap kat Hasif (pengantin lelaki) nak ambik gamba family, Hasif cakap "Kak Yana, ambik kat luar la. Akan menjadi kurang sopan kalau ambik kat dalam".

Ngahahaha.
Aku pun rasa begitu juga.
Nasib tak kena halau je ngan pak imam.
Kalau kena halau, aku serta-merta akan masuk group lagi satu.

Ok layan je la gamba-gamba ni ya :



 
 


Cuba fokuskan pandangan kepada aku yang kat belakang tu.
Gila series muka aku kan.
Macam aku lak jadi tok kadi nak bagi dengar betul-betul lafaz.
Seb baik tok kadi ni tak nampak keseriesan muka aku.
Kalau tak, mesti dia bangun bagi laluan kat aku.


...now a husband



Hasif paused kejap masa upacar batalkan wudu' sebab dia nak solat.









Jangan kata Hasif, aku yang tengok ni pun bergenang airmata.
Tiba-tiba terkenangkan nenek.
If only nenek sempat tengok another cucu dia kawen.


 ...apetah lagi bila masing-masing baca FB status petang tu..seriesly aku nangis sampai bengkak mata.
Memang rindu sangat kat nenek.
Rasa macam baru je jumpa nenek hari tu.
Sometimes aku terlupa nenek dah takde.


Ni aku syak Hasif tengah cakap ngan akak dia yang keje kat Qatar.
Tak dapat balik sebab baru je gi sana.
But tak salah aku dorang bukak video call time nikah tu.


Gamba aku harus banyak ye, sebab ni kamera aku.

Ni la baju yang aku beli kat Madinah hari tu.
Baju ni aku pakai time ziarah Jabal Rahmah.
Sesuatu sangat kan pi Jabal Rahmah pakai baju merelip.


Goodie bag dari pihak lelaki ke pihak perempuan.
Truffle cone and cookies.

Oh yes, sebut pasal kukis ni nak bagitau yang Mak Aji tengah produce kukis untuk tempahan wedding, so kalau ada sesape nak masuk order, silakan lah. Dah alang-alang dia produce banyak ni so kalau sesape nak sebalang dua ke, no hal. Email aku kalau nak ya : aveo757@yahoo.com


L-R : Andak (mak pengantin), Daddy, Mummy (yang suka mensabotaj gamba), Nabilah and Mamot.
Percayalah cakap aku, makcik-makcik aku semua suka bergambo so aku tak terperanjat kalau aku pun ada sawan kamera.




Aku tak tau la kenapa aku kelihatan sangat berseri dalam gambar-gamba ni semua.
Adekah effect Ephyra?
Wahkahkahkahkhakah.

Ok, boleh la kalau nak muntah ramai-ramai.



Ok apa-apa event pun, bab paling best adelah bab makan.
Padahal pagi tu aku dah mentekedarah nasik.
Mak Aji la punya pasal, siap bagitau aku "Kat sana nanti takde makan-makan tau sebab kat masjid, Kau makan siap-siap kat rumah"

Aku syak Mak Aji tau Andak aku tempah mihun goreng and roti jala lantas dia nak ambik share aku so dia tipu. Sebab dia tau aku suka makan mee.




Selamat Pengantin Baru to Hasif and Faeza :)

Reception cerita kendian.