2013-05-28

Gores & Menang


 
Random 1



Kalau sesiapa berminat dengan beg-beg ni, nak tanya lebih lanjut if the bags datang dengan card, dustbag, box, etc, silakan email direct to her ya.

 
 
Random 2

Email dari reader :



Reply dari kawan :



 
Random 3



Sindiket gores & menang ni hidup lagi eh?
Aku rasa dari zaman aku blom kawen sampai skarang, si gores & menang ni macam makin maju pulak. Ntah bila nak melingkup pun aku tak tau la.
Kalau orang biz cakap - ada demand, ada supply.
So adekah gores & menang ni banyak demand??
Atau adekah kita ni jenis yang mudah tertarik dengan benda murah dan free?

Aku penah ada peluang kena dengan gores & menang ni.
Tapi tak terkena la, cuma aku berpengalaman berdepan dengan situasi tu.
Masa tu aku blom kawen, tapi dah keje. Time tu Mak Aji ngan Pak Aji keje, aku ngan Ima je ada kat rumah. Aku ingat lagi masa tu hari Jumaat, dalam lepas orang solat Jumaat macam tu, ada sorang perempuan cina rambut panjang pakai baju kurung datang rumah cakap dia ada tawaran gitu gini gitu gini.

Mukadimah dia memang tak menampakkan yang dia menjual barang.
Dia cakap dia ni pekerja sukarela yang digajikan oleh satu syarikat. Syarikat ni nak buat survey sebab nak bina mall kat Bandar Baru Bangi. So aku pun layankan je. Dia kata takyah isi borang, cuma dia nak tanya aku beberapa soalan je. Bila dah sebut "beberapa" soalan tu aku bajet memang akan jadi lama la kan, aku pun malas nak berdiri so aku ajak masuk rumah.

Dia tanya soalan pasal berapa lama dah duduk Bangi, mak bapak kerja apa, selalu membeli-belah kat mana, perbelanjaan rumah sebulan berapa, bla bla bla. Walaupun aku rasa macam benda ni akan jadi meleret tapi soalan yang dia tanya tu masih dalam ada sangkut-paut dengan pembinaan mall tadi.
Pastu dah habis tanya soalan semua dia kata syarikat ada bagi a token of appreaciation la sebab aku sudi bekerjasama dalam survey tadi. So dia keluarkan 3-4 kertas gores tu and suruh aku pilih. Dia kata semua pun ada hadiah, antara besar ngan tak besar je hadiah tu. Hadiah paling murah pun RM50 voucher membeli-belah. Aku pun ambik la satu. 

Dia suruh aku gores. Bila aku gores tu terpampang lah kat kertas tu "Hadiah sebuah kereta Kancil".
Gila kauuuuuuu.
Kancil tuuuu.
Masa tu pulak baru start keje, dapat pulak menang keta memang dah kira mahvelles abis.
Tapi kesilapan dia adelah EKZEJERETand TOO EXCITED.
Macam over pun ada, padahal aku yang menang tapi kau yang terlompat-lompat terpekik-pekik kat hall rumah aku. Aku ngan Ima pandang je tebiat dia. Kau pehal ni? Ni sape yang dapat kereta ni, kau ke aku?

The way dia "gembira" tu fake nak mampus.
Like kejadah kau nak terpekik kat dalam rumah aku "OMIGODDDDDDD OMIGODDDDDDD YOU ARE SO LUCKYYYYY!!!!! I MUST CALL MY BOSS NOW! OMIGODDDDDD OMIGODDDDDDDDDDDD"

Macam lanch.

Pastu buat-buat call bos dia terjerit pekik "THIS CUSTOMER WON KANCIL!! OMIGODDDDD. SHE CAN COME AND COLLECT NOW RIGHT? JUST TAKE THE CAR LIKE THAT RIGHT? OMIGODDDDDD"

Kejadah???

Beria-ia bagitau dia dari pagi round satu Bangi paling tinggi hadiah so far is hamper bernilai RM250, kira aku ni gila punya luckyyyyyyyyy.
Puiiiii.

Dia bagitau kereta tu dorang park kat dalam kawasan Balai Polis area Puchong.
Lojik kah???
Tapi masa tu aku tak berminat nak tanya sebab aku rasa kalau dah masuk bab-bab kereta ni harus kena tanya mak bapak aku dulu. Time tu aku blom kawen kot. Of cos la semua benda kena tanya makbapak dulu.

Dia kata actually aku kena bayar RM5000 ONLY untuk dapatkan Kancil.
RM5000 tu sebenarnya untuk urusan documentation bla bla bla bla ntah apa dia merepek aku dah tak berminat nak dengar dah time ni. Sebab kepala aku cuma paham FREE means FREE.
Nama pun GORES DAN MENANG.
Lain la kalau nama dia GORES DAN MENANG TAPI BAYARLA DULU SIKIT.

Pastu aku cakap la aku taknak la hadiah ni lagipun masa tu aku dah ada Kancil.
Nak but apa banyak-banyak. Bukan aku ada lesen pun time tu.
Bayangkan dari mula dia terpekik aku menang kereta sampai la dia keluar dari rumah Mak Aji dengan kecewa, sejam setengah!
Dia ambik masa sejam nak persuade aku supaya bayar RM5000 tu.
Siap nak teman aku pi bank keluarkan duit bagai.
Kemaruk dowh.

Bila aku cakap aku taknak hadiah tu, dia cakap "Betul you taknak? Kalau u taknak I ambik lah. Takpe ke? Takpe ke I ambik?"
Konon nak saiko-saiko aku la.
Dia tak tau aku dah ada pengalaman dengan bapak saiko lagi seblom tu.
Boleh jalan ngan kau punya saiko.

En Wan pun pernah berpengalaman dengan gores & menang. Kat rumah lama kitorang, Putra Heights jugak. Chinese guy, pakai spek. Aku tak tau kisahnya yang dia datang untuk gores & menang. Aku just duduk dalam rumah. Tetiba aku dengar suara lelaki terpekik WAWOAWAOWOWOAOWOA lebih kurang la camtu.
En Wan kata kekdahnya sama la.
Buat-buat terperanjat and excited macam beruk, call bos bagitau ada pemenang hadiah utama, terlompat-lompat kat depan macamkan kau yang menang.
Kononnya En Wan menang 7 barangan elektrik. Semua barang elektrik tu dari Jepun.
Memang silap besar kau lah nak kencing orang yang 7 tahun duduk Jepun.
Pulak tu En Wan baruuuuu je balik dari keje kat Jepun, so dia kata dia tak pernah pun nama brand-brand yang budak laki tu bagitau.
Kung kuang kuang. Kantoi kaw-kaw.
Kena tengking ngan En Wan terus tak nampak-nampak dah kelibat dia pastu.

Aku rasa gores & menang ni salah satu sebab kenapa dia masih berleluasa adelah sebab dia tau takde orang yang tak suka barang free. Second, takde orang yang tak suka barang murah.
Macam yang En Wan tu, dia offer 7 barang letrik dengan harga cuma RM4000.
Barang letrik bukan calang-calang.
Home teater, vacuum cleaner yang pakai kat hotel-hotel lobby tu, mesin basuh, mesin jahit, pastu ntah apa menatang lagi at only RM4K. Mau tak buta mata kau kejap?
Padahal barang yang dorang offer tu semua bangsa yang belum tekan punat, mesin dah jem.

Now aku rasa dorang dah mula guna taktik pukau-memukau pulak.
Kalau dah sampai ke tahap ni dah memang setan sangat la.
Gila sengkek sampai nak kena pukau orang baru boleh bagi anak bini mak bapak kau makan.
Aku rasa dulu penah keluar kot kat TV pasal gores & menang.
Tapi tak tau la apesal, macam takde efek je dorang ni.
Lagi kita highlite pasal ni, lagi dia pulun. Dah kita ni macam bagi free marketing pulak kat dorang.

So readers, kita sama-sama hati-hati ya.





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here