2013-05-22

Desa Murni Batik Event


Semalam aku attend event pembukaan Butik Desa Murni Batik di Seksyen 7, Shah Alam.
Desa Murni Batik ni originally from Terengganu. Masa aku dapat invitation tu aku tanya En Wan pernah dengar tak Desa Murni Batik? Sebab masa ni aku tak pernah dengar lagi. En Wan kata "La, apa pulak tak kenal. Kan Era Fazira duta dia. Ada kan gamba Era kat Tganu?"

Wahh, advance laki aku. Aku tanya pasal nama kedai. Dia kenal dengan dutanya sekali!

Acara start pukul 2.30pm.
Pagi tu aku rasa aku dah kensel semua appointment punyala taknak kacau event petang tu, tapi rupanya masih banyak lagi bendalah aku nak settlekan last-last 1.30pm masih ada kat opis. Tapi sempat balik rumah basuh-basuh muka, makan jap pastu baru merempit. Terperasan gak ada abang polis menyelit dengan kamera beliau kat bawah jambatan. Ahh, gasakla. Aku memang dah lambat.

 
 

Abaikan si kecik kat belakang tu. Dia memang suka buat keje-keje pembersihan bilik abang dia.
Aku memang tak tau apa nak pakai pergi event-event macam ni.
Lagipun aku dah lambat, so aku pakai je la baju aku pi opis pagi tu.
Aku dah boleh bajet mesti yang attend event ni semua dressup gila-gila. Takpe..takpe...aku aim nak duduk blakang-blakang je sudah. Janji aku buat keje aku.

Seb baik parking boleh tahan banyak, tapi bukanlah depan-depan butik.
Aku park kat blakang. Tak jauh pun nak menapak. Janji ada parking.



Masa sampai depan butik kena sign attendance.
Aku tengok page pertama dah nampak list nama-nama dari ntv7, TV3, Astro, BH, etc.
Ah sudah.
Abis kalau dia tanya aku dari mana aku nak jawab apa?


Akak kat meja : Siapa nama?

Aku : Diana

Akak kat meja : Dari mana ya?

Aku : Saya blogger. 


Gila slow suara aku. Maklom lah takde tag wartawan. Saya sedar diri.
Kau kalau blogger femes satu Malaysia kenal takpelah jugak kan nak sebut nama kau kuat-kuat.
Oh rupanya ada jugak nama aku dia letak dalam column Blogger. Yang nama Lily Harlina Nasir tu novelis, tapi dia ada blog jugak.


 

 Batik Gangnam!
Kau ada?
Aku adaaaaaaaaaaaaa.
Semalam setiap orang yang di-invite untuk event ni dapat sehelai batik sutera crepe gangnam. Aku punya kaler hijau pucuk pisang.


 
 
 
 Pipi aku ngan Rayyan dah sama besar naiknya.
Macam dibagi makan baking soda.



Kat sini, bukan saje sutera batik pasang yang dijual, tapi shawl and tudung pun ada.
Aku tak sempat nak ambik gamba shawl tapi dekat pintu masuk ada deretan shawl dia gantung corak Paisley!! Aku dah aim ada 2 helai tu nampak cantik nau kat mata aku. Tapi semalam macam tak sesuai pulak aku nak berjual beli kat situ sebab ada event. Shawl dia reversible. Skarang kan style reversible, depan blakang boleh pakai. Tapi depan Paisley, belakang plain. Yang penting dari silk. Harga lebih kurang Ariani punya shawl. Yang semalam tu aku tengok RM110/sehelai. Cantik.

Kain pasang pulak tak jauh beza kalau kau beli kat Pasar Payang. So kalau nak beli batik sutera, takyah la nak keluar duit nak ke Terengganu, kat Desa Murni ni pun dah boleh dapat harga yang lebih kurang sama.

Corak dia pun very rare. 
Selalu kalau kat Pasar Payang tu aku nampak corak dia masih mengekalkan motif bunga yang sama. Perasan tak kalau corak bunga kat kain batik ni ala-ala sepesen je bunga dia. Tapi kat Desa Murni semalam aku nampak ada satu sutera tu corak bunga carnation. Rare gila dowh.


 

Kain yang kat patung pertama and ketiga dari depan ni cantik kan?
Aku suka sangat. Tapi blom mintak kebenaran En Wan lagi.
Aku rasa kalau dia tahu sepasang RM400 konfem terbuntang-buntang mata dia.
Tapi cantik sangat la wehhhhh. Kalau design ekslusif macam ni aku rasa RM500 sehelai pun orang sanggup beli. Ni kalau kau pakai, konfem takkan sama dengan orang lain punya sebab satu design satu pasang je.


 

Sila..sila cuci mata.
Korang semua dah nak gaji esok lusa kan?
Aku snapkan gambar untuk korang tengok-tengok, kalau ada yang berkenan boleh terus pegi.


 
 

Beli ya, Jah.
Sempat lagi nak hantar tempah baju. Tailor masih terima lagi tempahan.




Ya ampunnnn. Era ni dah la tinggi, cantik tu memang semua tau la kan. Ratu Cantik Malaysia kot. Yang penting selim u ollsssssss.
Kalau yang tak kenal dia ni tak tau pun umur dia dah 39, anak dah sorang.
Aku tengok body dia mengah kejap.
Terasa letihnya nak menahan makan. Tekak aku ni kalau hantu raya tengok pun gostan.
Tapi tu la kan, Erra membuktikan kat kita semua sape kata perempuan yang semakin meningkat usia, berkahwin, and ada anak tak boleh dapat balik shape badan zaman anak dara. 
Boleh punyaaaa. Tinggal lagi kau nak ke taknak je.
Aku taknak. *nada-nada orang yang putus asa*

Era ni takde la putih mana. Aunty-aunty aku lagi putih kot.
Tapi of cos la Erra ni putih dari aku. Semorang konfem putih dari aku punya. 
Tapi muka dia bersih, licin and bebas dari sebarang jerawat, maybe tu yang menyebabkan dia nampak sangat cerah. Aku takleh imagine Zizie Ezzette putih macamana. Yang pastinya aku takkan bergamba sebelah Zizie Ezette. Mesti kameraman kena halakan flash kat aku sorang. Wakakakkaka.

Yang aku rasa macam nak belasah diri sendiri semalam, bila aku tengok tab takde dalam henbeg.
Ye ye je semalam aku charge bateri bagai tak kasik En Wan guna sebab nak make sure bateri full untuk ambik gamba event ni. Hah kauuu. Derhaka lagi kat suami kan. Terus terlupa bawak tab. Kelam kabut nak keluar agaknya, aku pi masukkan planner aku instead of tab.
Tapi rupanya ada hikmah. Masa sembang-sembang dengan reporter dorang mintak kad seb baik semua tu ada dalam planner.


 

Tersangattttttttttttt lah cantiknya Erra ni.
Ce kau tengok perut dia.
Kempis hokeyyyy.
Untuk beberapa minit aku terlupa aku datang untuk review Butik, bukan review Erra. Sebab dia terlalu stunning sampai aku lupa objektif aku kat situ. Ni cara-cara aku tengok Erra boleh termamai. Camana la kalau orang lelaki tengok. 

Yang pakai candy shawl tu owner of the boutique - Puan Sasaliza Mohd Sirin.
Yang man between roses tu pengasas Batik Desa Murni. Ni kategori pakcik kayo ni.

Aku pun taknak kalah. The moment Erra masuk je, aku pun sama naik dengan kameraman ke depan nak ambik gamba. Tapi tu la, orang lain semua kamera gabak-gabak. Aku dengan penuh yakinnya keluarkan blackberry. Dah la block kameraman bagai. Aku rasa kameraman tu mesti menyumpah-nyumpah aku.


 

Aku duduk satu baris dengan set-set ntv7. 
Cantik gilaaaaaaaaaaaaaaa. Ada reporter, ada newscaster.
Tapi aku tak kenal tapi macam pernah nampak.
Yang penting dorang semua bergaya dan outstanding. Dorang pun ingat aku reporter. Buat kesekian kalinya suara aku slow je "...saya blogger.."
Terasa sangat kerdil dan sangat picisan. Eh tapi memang aku kerdil pun.




Again, perhatikan perut Erra.
Tensi okk aku tengok perut dia.
Terus rasa taknak makan hari ni.

Masa ni sessi ucapan dari ketiga-tiga pihak.
Puan Sasaliza sebagai owber butik, Pengasas ceritakan serba-sedikit tentang produk and projek. Erra sebagai duta Desa Murni Batik selama 2 tahun.

Kalau yang attend semalam pun dapat sutera crepe buta-buta gitu je, apetah lagi Erra sebagai duta. Mesti yang cantik-cantik dia dapat dulu kan?
Or mesti ada jugak idea-idea Erra terselit di antara deisgn-design yang ada.




Lepas sessi pengenalan, Erra rasmikan butik Desa Murni Batik Shah Alam dengan menandatangan plaque. 
Sangat depan sekali aku snap kan?
Walaupun Erra takde kehinginnya nak pandang kamera blekberi aku, tapi aku tetap gigih berdiri sama depan dengan kameraman lain. Hahha.



 

 

 Potong riben.
Masa potong riben ni pun berlari aku dari dalam butik membongkok lalu bawak riben ni punyalah sama sibuk nak ambik gamba. Mesti dorang kat situ cakap "Ntah apa-apa je la minah ni. Sibuk gila macam dia pulak yang kena buat cover event ni"


 

TV3
Tak tau kat rancangan apa dia nak keluarkan.
Maybe NONA?


 

Peewitttttt.
Nangis anak dara tengok body Erra.
Aku tak nangissss.
Aku bukan anak dara. Zaman dara aku dah berlalu.
Cuma aku geget jari je la pikir amacam badan dia bleh slim macam ni??


 

 Nak selim camana kan kalau kau asik mentekedarah nasik lepas sepinggan, sepinggan macam ni.

Lepas habis event, semua dijamu makan kat kedai sebelah - JM Beriyani House.
Barulah aku tau kat sini pun ada JM Beriyani. Semalam kedai tu ditutup untuk orang luar, hanya untuk tetamu event butik je.


 

Semua yang datang semalam bawak balik sepasang kain sutera batik crepe Gangnam, duit rayo pengasas/pemilik butik bagi, bunga rampai and red velvet cupcake.



Habis tu takkan aku taknak ambik gamba ngan Erra kan.
Harus lahhhhhhhh.
Tak sedar diri kan pipi dah la kembang mambang ada hati nak laga-laga dengan muka Erra yang runcing tu. Memang terserlah la kekembangan dikau.

Kalau sesape nak ke kedai ni, senang je.
Sape penah pegi Burger Bakar Abang Burn, kedai Desa Murni Batik ni adelah shoplot depan kedai Abang Burn.
Sape penah pegi Radiusite, kedai Desa Murni Batik ni belakang row Radiusite.

Address penuh :

No. 7G, Jalan Plumbum R7/R
Pusat Komersial Seksyen 7
Shah Alam

Selamat bershopping!